Tuesday, November 29, 2011

Atapon...

Kisah benar yang saya lihat di tv suatu ketika dahulu. Ada satu rancangan ni, berkisar tentang kisah benar yang pelik serata dunia dalam versi lakonan semula. Rasanya diambil dari rancangan tv luar tapi dialihbahasa ke bahasa jepun. Sudahnya saya dan cinta hati selalu tak faham sepenuhnya tentang apa yang diceritakan. (kalau bahasa asal belum tentu faham jugak tambahan pula jika cerita dari negara yang ada bahasa sendiri). Faham sikit2 je, yang mana tak faham pandai2 je buat tekaan sendiri. Tekaan yang di luar jangkauan sudah tentu dari si dia. Walaupun saya selalu berangan jadi tuan puteri, tapi sekali cinta hati kasi dia punya khayalan, kalah i ok hehe, tak agak2 betul rekaan dia tu tau :P. Kisah benar ini berlaku di Thai.

Oh Atapon
Di sebuah perkampungan di thai, lahirlah seorang bayi lelaki diberi nama Atapon. Sejak dari kecil dia suka sangat makan, mak dia tengah masak kat dapur pun dia syok makan, bila mak dia hidang makan nasi sekeluarga dia makan lagi. Dia juga suka sangat makan kuah minyak. Wuwuwu... bila mak dia tengah goreng (tatau goreng apa, tapi tak ada rupa ayam pun) Atapon akan hulurkan pinggan minta mak dia letak minyak goreng tu. Huwaa pengsan tak? Kut ye pun sayangkan anak jangan la sampai bagi makan minyak huhu...

Di sekolah dia tak ada kawan lelaki sebab geng2 lelaki asyik ejek tubuh badan dia. Haish tak baik betul bebudak ni. Tetiba terfikir takutnya anak saya nanti ada perangai suka ejek orang, saya akan cubit mulut tu (eheh "garam" tak i?). Sudah tentu la kita tak ajar kan, cuma takut dia terpengaruh dengan kawan huhu... back to the story kawan yang gegirls pula suka ajak dia bermekup, sebab Atapon ni baik je, dia rela je dirinya dimekup oleh gegirls tu semua. Last2 dia pulak terjebak. Balik rumah ambil barang mekup kakak dia dan duk koya2 depan cermin. Ayah dia punyalah marah tapi mak dia rilek je. Sayang betul pada Atapon ni.

Bila dia dah besar perasaan nak jadi perempuan tu ada tapi senyap2 aje sebab nanti ayah dia maran. Namun ayah dia meninggal tak lama lepas tu. Kakak dan abangnya pergi merantau ke belajar tak pastilah pula. Tinggallah Atapon dengan mak dia di kg. Dia nekad nak jadi perempuan dan tak lama lepas tu dapat kerja di salon dekat rumahnya... Pada suatu hari datanglah seorang jejaka. Atapon terus jatuh hati. Bagai cinta pandang pertama pling pling keluar bintang dan bidadari berterbangan, dush!. Lelaki tersebut suka dengan cara Atapon potong rambut dan jadi regular customer. Tak tahan memendam rasa akhirnya Atapon meluahkan perasaannya. Dengan tak disangka-sangka cintanya berbalas. Maka gembiralah Atapon, sebab happy sangat dia pun makan lebih banyak dari biasa senang jatilah katakan, bila keluar dating pun dia makan makan jugak...

Namun cintanya terhalang bila mak lelaki tu tak nak terima dia. Siap dah carikan calon perempuan kg tu jugak dan suruh mereka segera kahwin. Perempuan pilihan tu siap muka gedik lagi ha (sila bayangkan macam drama melayu tu) sambil pegang dan peluk2 boifren Atapon tu. Lelaki tu serba salah tapi dia terpaksa ikut cakap mak dia. Frust dan kachiwa la Atapon ni. Bila sedih, lagi banyak dia makan secara non-stop, tak pergi kerja, minum mimuman keras (eh baiknya bahasa) etc. Mak dia tegur pun dia tak nak dengar. Kemudian mak dia meninggal, maka lagi parahlah keadaan dia. Tak pastilah berapa ratus kilo berat dia masa tu. Patik lupala pula. Nampak macam dah kronik sampai dia tak boleh bangun katil siap kena angkat dengan crane...

Lepas tu tak tahu macam mana, siapa yang bawa dia ke salah sebuah hospital di negara urm.. erm... kalau tak silap di china, untuk menjalani pembedahan pembuangan lemak. Pembedahan tersebut berjaya. Salah seorang wartawan dalam rancangan tv jepun tu telah berkunjung ke thai untuk lihat kehidupan baru Atapon. Nampak dah recover, berat pun dah banyak turun. Mekup dan baju yang sangat vogue d vass... dia pun nampak happy je dan ada bisnes kedai makan di depan rumahnya... semoga Atapon berbahagia dengan kehidupan barunya itu...

Motif tiba2 cerita Atapon ni? Asal saya masak yang goreng2 je pasti ada orang kat belakang cakap "eh Atapon suka makan kuah ni", sampai sekarang tau... Nakal betul en suami patik ni ish2...

Bercerita tentang dugaan kehidupan ni, sebagai orang beragama Islam, jika berlaku dugaan dalam hidup itu adalah lumrah dan Allah berhak untuk menguji hamba-Nya. Kita perlu selalu rujuk pada Allah... jangan sekali2 lupakan Dia, paling takut bila kita rasa jauh dengan Dia bila mana senang untuk kita melakukan perkara yang dihasut syaitan. Cakap senanglah kan, tuan empunya yang menanggung derita. Tapi ingatlah ayat al-Baqarah 286 "Allah does not charge a soul except [with that within] its capacity. It will have [the consequence of] what [good] it has gained, and it will bear [the consequence of] what [evil] it has earned."

p/s: patik ada happyou (presentation) tolong doakan eh huhu... kowaiii (takuttt)...

39 comments:

Imran@Copenhagen said...

Ingatkan tajuk typing error, rupanya nama orang. Apepon, good luck in your presentation

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Moral of da story bersyukur ngan rupa badan skrng
Rupanyer ader lg gemuk khen
Ngeeee....comment ni Ada Kena mengena ngan n3 x? Ngeeee....ganbare uols happyou jer mesti blh buat :))

qasehraihan said...

gud luck hana sakura..

Anonymous said...

mmg ada satu perkataan typing error ,cuba check..

hurm,entahlah rasa mcm atapon la pulak...

Ce'gu JAERA said...

wahhhh, khusyuk saya baca satu persatu sinopsis cerita atapon ni... hebat la kak sakura..

Kisah dia memang sedih, tapi tu lah dia membesar menjadi seorang yang songsang.. Tu sebab ibu bapa perlu memantau setiap perilaku anak2 sejak kecil

Umie Naziera said...

buat presentation baik2yerr...atapon msti comel dgn badan tembamnya tuu..hihih

Azian Elias said...

semoga kita tergolong dalam orang yang beriman...

whitecappuccino said...

Hanis boleh jadi penglipur lara la..ya..Allah Maha Mengetahui..dugaanNya untuk menguji keimanan kita.Good luck for the presentation!

Chekgu Azrine said...

bestla citer atapon ni..hehehe

anyway.. good luck sis on ur presentation k..

DaZzlingLilLy said...

Kisah kehidupan biasa di thailand agaknya..tapi bab suka makan minyak paling tak tahan..hehe..gud luck hanis..do ur best yea dear

kurus said...

nama tuu unik je .. :)

salam kenal dari akak dik ..

LadyBird said...

mungkin ini kot kisah org yg tergemuk di dunia tu.. yang terpaksa diangkut dgn crane tu.. yg xleh jalan tuh..

Queenie said...

comeynya pasangan ni...
blajar wajin2 tentu boleh hadapi happyou..all the best to you...

So Shy Lady (SSL) said...

wah cikgu BM ke annony kat atas tu? hihihi
akak tau apa spelling error tu- maran

gud luck ye hanis!

dalila said...

good luck!!...

Soo Hae Daa said...

wahhh...kta cam atapon...stress ke sedih ke frust ke...mesti try solve ngn mkn...wuwuuw...abis lah lau jdik cm atapon nnt..tidakkk...!!!

gud luck hanis..!!

نورعيم said...

eh, atapon neh lelaki kan? dia jadi perempuan ke?

Asmara said...

tiba2 tergelak pulak bila ada org ckp atapon suka mkn kuah ni. hahaha.. pandai lawak pulak mie. :D
*menarik kisah atapon ni, jd prempuan la dia ye akhirnya. :)

♥ p a a n i ♥ said...

wah xpenah pulakkk tgok cerita tu.. ayooo.. sampai kne angkat dgn crane..kesiannyee

Hanis MY said...

Akak SSL, memang anon tu cikgu BM bertauliah... sy plak terkenal dgn miss typo hehe... tak sah kalau tak ada salah ejaan...

arigatou semua yg wish... ureshii...

Cik Pulau said...

oh atapon..
hehehe..

gud luck kak...^^,

Anonymous said...

@Hanis MY

siapakah anon itewwwwww?nak tau gak....adakah dia betul2 cikgu BM....hebat dia bc krgn u satu2 sampai boleh tau typing error u buat....

btw,u mmg miss typo...glrn for u forever n ever....

Hanis MY said...

EE. of course la kenal... guna instinct je (mode gedekiah)
anon itu JL :)...

Hanis MY said...

wahai anon...
kenapa mesti rasa macam atapon? adakah anda sedang berduka lara... jangan begitu encik anon, banyakkan bersabar dan mohon doa byk2...

wida said...

mcm mana lah rupa atapon tu yer..

emm..meh bayangkan

nur easy said...

all d best hanis

Tea said...

Haha Anis, boleh tak sambung lg cete atapon ni...

amirah said...

hahaha...yg paling nak tergelak bila love hanis ckp "atapon suka makan ni.." haha

man yusoef said...

tak nak baca entry, baca komen. JL tu ape?? Jennifer Lopez? Kelas JLo baca blog akak..HAHA..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

eh atapon@kaknis suka tengok citer lucu2 kah? hiks...

dugaan dan ujian itu perlu, untuk uji tahap sabar, untuk uji tahap usaha...

Fatin Syahira Ramli said...

atapon? unik gila ah nama tu. cerita yg banyak teladan ni. harap2 Allah sentiasa tolong kita ya akak =)

Cik TeN10 said...

perghh mkn minyak mcm hirup kuah sup.. itu yg sy bygkn la ttg atapon drpd penceritaan akak.. ngeh3..

good luck presentation !! :)

Kazman / Sue said...

wah letih juga saya habiskan bacaan cerita ni tapi pengisiannya best....

lady-D said...

nm unik sungguh..atapon..ingatko atapon nok bunuh diri doh sbb frust ruponyo meme suko make sunggoh atapon neh..huhu..

lady-D said...

gud luck k.hanis..present molek2 deh..ganbatte!!!!!

Azmie & Vivie said...

hani-chan! =0)
comey sungguh nama atapon tu...
kalau ada sesiapa tak da selera makan, baik ajak atapon makan skali..pasti bselera jugak dibuatnya...sdgkn kuah minyak goreng pun atapon mamam jugak...ngeehihihihi =0).

all da bez utk presentation, hani-chan! =0)
buat yg sebaik-baiknya. chayok! =0).

ct kektus said...

mak kite selalu cerita, masa dia kecik2 dia selalu makan nasi dengan minyak bekas goreng ikan tu kak. sebab, masa tu dah tak ada lauk. tapi, tak ada jadi mcm atapon yg asyik nak makan saja. hehe :)

Rohani Hashim said...

comey lak nama atapon ni kannn eh eh ;)

Anonymous said...

huwwaaa..dasyta betol cerite atapon ni.hobi makan tu bawak bencana pulak. tp ending yang baik xpe la. harap dia bahagia.

happyou cemana? ok tak?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails