Sunday, November 27, 2011

Coffee or Decaffeinate coffee...

 credit to google...

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua. Semoga hari mendatang lebih bermakna dan sama2 berhijrah ke arah kebaikan serta lebih dekat dengan-Nya. InsyaAllah.

Coffee lover? I am one of them... tea pun suka jugak. En suami pun sama tapi dia suka cuba pelbagai jenis. Kalau ke kedai barangan import seperti Jupiter atau Kaldi pasti pening dia nak buat pilihan coffee bean dari blue mountain dan pelbagai jenis lagi. Dulu waktu kecil hanya tahu minum nescafe, dah masuk uni, nescafe jugak tapi versi 3in1 breakfast yang mudah dan cepat kalau ada kelas pukul 8am :D.

Lepas tu jakun bila kakak dan kawan ajak minum di coffee beans dan juga starbucks. Kedai kopi mahal wuwuwu. Pasti saya kecut perut nak order. Peninglah dengan nama dia yang pelik2 tu, siap dengan saiz tall grande bagai. Kalau order mesti ambil sama dengan kawan tak pun, tanya dulu yang mana sedap dan berterus terang aje memang jakun yang amat. Hehe... dahsyat kan? sila jangan pengsan. Masa berjinak2 dengan coffee kat kedai mahal ni baru jumpa kegemaran iaitu cappuccino dan masih favorite sampai sekarang. Tapi minum kat kedai sebegini jarang2 aje, mungkin sekali dalam sebulan/dua bulan, saya rasa mahal la... mungkin sebab masa tu belum kerja. Bila dah kerja tak adalah pulak kedai kopi ni di terengganu dan berbaik pula dengan kopitiam. Yummy jugak! i very like.
from google...

Bila berada di sini saya dan cinta baru terdedah dengan buat kopi sendiri dari biji kopi macam di kedai kopi mahal tu. Tengok lab mate masing2 yang begitu khusyuk kisar coffee bean, jerang air panas, letak coffee bean yang telah jadi serbuk pada penapis dan tuang sambil tunggu... nampak leceh sangat, sehingga suatu hari mereka offer "Hani-chan, ko-hi-?" lalu dihulurkan secawan kopi, gentleman u! ahauww. Depa tak sebut coffee, "katakana"nya adalah コーヒー。Berbaloi rupanya dengan semua proses tu sebab rasa kopi tu bila minum sampai terpejam mata ni ha (amboi over acting sungguh). Sejak itu cinta hati mulalah beli coffee bean itu dan ini, tapi kami kisar siap2 kat kedai, beli penapis ajelah. Namun sekarang dah bersara. Kalau nak minum kopi kami singgah je di Doutor (kedai kopi jepun yang setakat ni cawangannya dalam jepun je), Starbucks atau Tully's. Sebab guna duit yen ni tak terasa sangat.

Eh nak cerita pasal apa ni cik kak? Mukadimahnya dah tertido semua orang. Consuming too much caffeine is not good for health. Rasanya dah ramai orang tahu pasal ni. Tapi ada juga kajian menyatakan secawan kopi sehari masih selamat untuk diminum. Alternatif untuk kurangkan caffeine adalah dengan meminum decaffeinate coffee. Tapi masalahnya pula proses buang caffeine ni melibatkan pelarut kimia, sebab buang caffeine tapi dalam masa yang sama nak kekalkan lagi aorma kopi tu, yang mana mungkin ada kesan sampingan yang lain. Tadi jenguk encik Wiki...

 maaflah gambar sebelah kiri tu ala2 x ray la pulak hehe... diambil di SINI...

Ada pro and cons, bagi yang minum kurang dari 500mg sehari merupakan mild comsumption (refer gambar x-ray tu). Bagi yang lebih 500mg sehari refer caffeine overdose. Jangankan coffee, tea, air berkarbonat dan juga air tenaga seperti red bull pun ada caffeine ok... nak tengok kandungan caffeine dengan lebih terperinci boleh RUJUK LINK INI. Moderate consumption nampaknya memberi kesan yang agak baik kan? (2 cawan 3in1 coffee = 200 mg).

p/s: entah kenapa tiba2 datang angin nak cerita pasal caffeine, pasti semua orang bosan dan pengsan hehe...

38 comments:

Unknown said...

hehe.. boleh buat rujukan neh ;p

Umie Naziera said...

salam maal hijrah untuk org perantauan!!

kasihredha said...

akak memanh penggemar kopi
akak rasa akak dah overdose

msredcheesecake said...

Coffee yg dikisar sendiri kat rumah sebelum kita buat air lebih wangi dan mengancam baunya.... Teruja bila nak minum...

whitecappuccino said...

salam Maal Hijrah! Kaknor minum 2 cawan kopi sehari..hari2 minum kopi.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Bab ni x blh geng la
If minum mesti Sakit kelapa
Sama Mcm mkn daging kambing
Hentak kaki....nangesss

Ijah EmoTemo said...

ijah mmg feveret coffee! hihi tp sejak dua menjak ni kurg sikit minum coffee heheh

NURAZZAH8 said...

sedapnya coffee..... terimakasih di atas informasi yang sangat berguna di atas...

Teratak Hami said...

Akak bukan penggemar, fenings minum kopi. Tapi hubby memang suka sgt kopi. Kat rumah ni ada 3in1 punye kopi sahaja.

Mohamad Rivai said...

saya tak suka coffe, bikin sulit tidur.
hahah,
tapi kalau lagi stress biasa minum 1 cangkir, biar rileks..

Unknown said...

kawe pon gerun masukkeda pelik2...kot2 saloh sebut namo

Cik Pulau said...

samolah.. suko minum nescafee n kopi jugokk...
tapi xminum lg la kopi mahal2 neh.. muahaha...


p/s: teringat citor coffee prince.. hehehe

Fazleyatul Aini said...

saya jarang minum kopi. nescafe saya suka !

wida said...

dari dulu lagi x suka minum kopi..sebab ms kecik dulu selalu pikir kalau minum kopi, kulit jadi gelap..hiks

Kazman / Sue said...

ingatkan orang jawa je suka kopi ni.... heeee3x

DaZzlingLilLy said...

Sama la kita masa mula2 masuk kedai kopi mahal dulu sangat jakun..haha..faveret kopi plak sampai skang tak pasti sebab skali skala je minum..

Nieda said...

Macam mana rasa kopi LUWAK tu ya? Secawan pun Rp 100000.
Ada brani cuba??

anumuchan said...

sy suka air kohi yang beli segera tu je..sedap gila..ready made je..heeee

Soo Hae Daa said...

im a coffee lover too...so, kre ok lagi lah lau minum 2cwn 3in1 dlm shari eh? kte bese had kan 1cwn je perday...ngh kawal diri sndiri gk ni...hihih

Unknown said...

good info.. :)

Chekgu Azrine said...

baru berkesempatan online..

selamat tahun baru sis.. semoga tahun baru ni membuat sis dan suami lebih bahagia hendaknya..

Unknown said...

papa mifz tak dapat caffeine sehari tak boleh wor...

Daddylicious said...

ntah main belasah je ni...:)

Mohamad Rivai said...

belum update ya..
hmmm

Azian Elias said...

salam maal hijrah..

i love coffee...muahhh..

♥ p a a n i ♥ said...

alamak comelnye pic tu!!!!! pic 1st tu.

♥ p a a n i ♥ said...

alamak comelnye pic tu!!!!! pic 1st tu.

نورعيم said...

salam maal hijrah akak.

sy tak suka coffee dan tak pernah minum coffee. rasa takleh telan je dengan kepahitan coffee tuh. huhu.

Pretty Ryna said...

bagus la info pasal kopi ni...sebelum ni main belasah ja minum....thanks 4 d info :)

Anonymous said...

kita sama la hanis...jakun bila berdepan dengan arus kemodenan pasal makanan2 n minuman2 barat ni....kalau x tau nak order ikut org atau x pe la sbb dah kenyang..pastu tgk cmna dorg order barulah beli sorang2 lps lama benda tu berlaku...kenapa kita byk persamaan?

amirah said...

akak tengah 'pantang' sume minuman ada kefein...huk huk huk..rindu nk minum kopi kaw kaw...wanginyaaa

LadyBird said...

cantik gambar tu... siap ade gambar gadis cantik..

lady pun suka minum kopi.. sebab kan.... petua tuk berjaga malam.. kalau minum kopi.. 2 3 malam xleh tdo.. penat.. bdn letih.. tp otak segar..

lady-D said...

dla salah sorang penagih kaffein..hehe..dah nmpk dah kesan buruknya, nadi jd laju, smpai doktor ckp lame2 leh condemn jntung..smpai ati..wuwuw..tp x minum jd pening palo pulok..tp kontrol lg minum, kalu buleh segelas sari jah..pahtu topup air mineral byk2..

Azmie & Vivie said...

dulu Vi suka minum kopi...skrg sdg berusaha beralih minat ke arah green tea demi kesihatan =0).
mula2 tak lalu..lama2 boleh la jugak =0).

Annisa said...

cantik gambar pertama tu.. nisa tau ttg coffe ni pun through cerita coffe prince..

nisa tak minum coffee. bila roomate buat coffee, kuar bilik kejap =___="

シャイマ said...

kohi i likeee! addicted kot tahap. tapi la ni dah kurangkan sikit2. nanti pregnant tak boleh minum sgt org ckp so better kurgkan dari skrg hehe.

Anonymous said...

I'm a coffee lover too!!! citer la pasal coffee sampai besok pun aku baca. hahahahha...hoo..ok 2 cawan 3in1 = 200 mg. pagi tadi dah 1 cawan. so selamat minum 1 cawan lagi ptg. yieapiieess...

Nur-nba said...

Tak suka sangat minum kopi.. Sesekali je.. Banyak info dalam entri ni.. Tq tq..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails