Tuesday, November 15, 2011

Lumrah...

Ini entri merapu, pasti menyesal kalau baca hehe. Oleh itu lebih baik pangkah awal2. Owh hati ini begirtu rindu untuk menulis meluah segenap rasa, berkongsi pengalaman hati dan perasaan (amboii tak menahan).

Pengaruh novel, movie dan sewaktu dengannya telah men"terjebak"kan patik adakala luar dari alam nyata. Membawa ke dunia khayalan yang mengasyikkan. Yang pastinya takkan jadi kenyataan.

Kalau boleh memang tak nak bergaduh kan? Tak best gaduh2 ni. Nak rumah tangga aman bahagia sepanjang hidup. Memang respek pada pasangan yang tak pernah ada salah faham. Hebatnya mereka. Pernah suatu masa saya bayangkan agak2, cinta hati kejar tak kalau tiba2 gaduh? Menarik tangan dengan penuh kasih sayang sambil menuturkan kata-kata indah... kemudian tersenyum sendiri hehe... tapi dah tahu konfirm dia tak kejar punyalah haha... tapi kan adakalanya perselisihan kecil membuatkan kita lebih mengenali pasangan dan perbaiki apa yang patut.

Pada patik, romatik tu kan subjektif. Rezeki masing2 lah kan, kalau dia telah ditakdirkan dengan lelaki yang sentiasa membuat surprise, bagi hadiah, etc... apa yang penting bersyukur dengan apa yang kita miliki. Memang lumrah manusia suka mencari ketidak sempurnaan dan membanding-bandingkan. Walhal kita sendiri pun punyai kelemahan. Tapi lain orang lain cara pendekatannya kan, ada suami suka didik dengan cara sebegini dan sebegitu. Apa yang penting jagalah rumah tangga ini sebaiknya... motif entri? entahlah patik pun tak tahu... sebenarnya macam banyak nak karang, tiba2 blur pulak...

Dah lama SCE ni terperap dalam entri.
SCE=soalan cepu emas, pengsan tengok soalan ni semua. Ditag oleh DL=daddylicious
  1. Jika di berikan pilihan 'SuperHero' apa yang menjadi pilihan dan kenapa? alamak saya seorang wanita, mana boleh jadi superhero... (ngelat hik2)
  2. Kenapa harus bercinta dahulu dan berkahwin kemudian kenapa?ini terpulang pada individu ada yang lebih suka bercinta selepas berkahwin, tapi kebanyakan orang zaman sekarang (pengalaman sendiri dan kawan sekeliling) lebih suka mengenali pasangan, bila ada keserasian baru boleh fikir untuk hubungan lebih serius.
  3. Siapa yang lebih bijak dan berkuasa 'wanita' atau 'gadis' kenapa? wanita kut sebab lebih matang dan berpengalaman...
  4. Siapa Idola kamu yang yang masih hidup dan kenapa pilih beliau? skip boleh tak? hehe...
  5. Bolasepak adalah satu 'game' untuk orang gila setuju atau tidak dan kenapa? ahaha soalan apa ni DL, nanti marah pulak fanatik bola di luar sana... tak tahuuu saya kat tengah2 la, aci tak?
  6. Siapa lebih hebat 'membebel' lelaki atau perempuan dan mengapa? kedua-duanya, tengok masa, lelaki jarang bebel tetapi sekali dia bebel kalah wanita tau...
  7. Kalau di berikan pilihan siapakah 'artis' yang bakal kamu ambil sebagai 'kekasih' dan kenapa? owh tidakkk, takmo jawab... ada cinta hati je dalam hati patik ni...
  8. Jika ditakdirkan anda diberikan 'kuasa' apakah benda yang kamu mahu tukarkan dan kenapa? alamak..cluless...
  9. Siapa yang lebih bijak mengawal 'nafsu' ketika di pusat membeli belah EMAK atau BAPA kamu? sudah tentu BAPA...
  10.  Adakah benar Lelaki itu EGO dan Perempuan itu EMOSI benar atau salah dan kenapa? benar, wanita kan punyai sifat penyayang yang semulajadi...
  11.  Jika diberikan pilihan kamu lebih suka jadi Lelaki atau Perempuan dan kenapa? skip jugak hehe... bersyukur dengan apa yang ditentukan oleh-Nya... setiap lelaki dan wanita punyai peranan yang sama hebat...
p/s: tunggu dapat green light tentang sesuatu. oh btw, mana lagi best... contest atau giveaway?

8 comments:

Sekadar Luahan Perasaan Yang Tidak Pernah Bertepi. said...

wat happened?Term is da best man 4 u ..accept him dgn seadanya even dia ade kekurangan sana sini.U pon ape kurangnyer..Dush kurang sana kurang sini.Typo memanjang...Term sgt2 cool,itu lbh baik drpd sgt2 romantik..

green light?adkh term sudah setuju psl U nak buat GA atau contest...hadiah dr roma italia..I la pmngnya tuwwwwwwwwwwwwwwww...

Azian Elias said...

giveaway boleh?

Hanis MY said...

EE dh jangkit drama queen eh? Evitng ok... Sake je td ada terbaca ttg seseorg yg sedih suami dia tk mcm tu mcm ni... Tetiba trus wat entri emo hehe...

yatie chomeyl said...

dua2 pun best ;)

Anum said...

hehehe
dua2 pun anum suka

Unknown said...

perselisihan paham tu le yg wat ubungan lagi indah

Azmie & Vivie said...

kehidupan kita mcm puzzle kan..saling melengkapi antara satu sama lain..ngehehehehe =0).
Hanis nak buat contest or G.A..dua2 bez...Buat jgn tak buat...Vi nak join..Vi nak join =0).

amirah said...

mana ada rumahtangga yang tak langsung ada 'tergigit lidah' nya hanis..apa pun dalam masa berselisih faham kena ada sifat memaafkan dalam hati dan tak boleh nak berdendam. ingatlah benda2 baik yg pasangan kita dah buat sebelum ini supaya kita lupa akan perselisihan faham tu..eh, ahkak pun dah terluah dah ni?? hehehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails