Wednesday, January 11, 2012

Antara charge 5% dan 20%...

Sekejap aje kami di Lincoln memorial, makin petang makin sejuk pulak. Tak nak lewat sangat sampai ke hotel. Lama jugak tunggu bas seterusnya, nasib baik kami tak stop banyak tempat kalau tak mesti penat nak tunggu bas.

IMG_6703
lincoln memorial di kejauhan... bas melepasi National World War II Memorial...

IMG_6707
lepas tu bas lalu/stop di white house, hanya mampu tengok dari jauh, tak turun sebab rasa macam tak larat nak jalan dah, plus lapar hehe...

IMG_6708
tak tahu bangunan apa tapi macam cantik je...

IMG_6711
national museum, dalam pamphlet tu cakap one of the best museum, tapi kami tak masuk pun haha...

IMG_6714
gambar terakhir sebelum pergi makan.

Berjalan ke Chinta Town, ambil metro untuk ke Prince George Plaza ternampak Restoren Thai yang menyediakan sajian seafood dan vegetarian. Nampak menu tertampal di dinding rice with fish etc... rice??? apa lagi laju2 masuk ke dalam kedai. Pelik betullah. Dulu masa kami ke Italy tak ada pun ketagih nasi enjoy je makan pizza, pasta dan roti yang yummy, tapi kali ni tak tahu kenapa membuak2 rindu pada nasi huhu...

Masuk dan duduk terus ada waitress datang bagi air kosong dan bagi menu. Ok fine... sama je macam kat jepun ni, kadang kalau makan di kirara sushi tu pelayan siap melutut untuk ambil first order. Tskk.. Di jepun biasanya harga yang tertera dah siap charge tax 5% dan tak ada service charge kira dah sekaligus dengan 5% tu. Tapi menu tempat kami makan tu tak ada tulis berapa charge tax. Harga pun boleh tahan. Cinta hati cakap, takpelah order je nak makan apa janji nasi. Dia pun nak makan nasi juga.

Kami pun order dan makan dengan riang gumbira. Paling tak boleh lupa sotong celup tepung pun ada wowwiii i likee... lepas tu order tomyam share 2 orang. Lagi satu lauk ikan salmon masak apa entah. Bila dapat bill kami assume semua tu dah termasuk, siap dengan service charge. Sebab mahal la jugak charge yang dikenakan tu huhu... (cinta hati kan calculator bergerak, dia cakap sekali dgn service charge dah kut). Bila dah bagi duit, waitress tu tak bagi baki dan terus cakap thank you. Kami pun terus tercegat kat kaunter tu tunggu duit baki. Kemudian dia duk cakap thai sesama mereka. Akhirnya dia bagi baki tu dan bila en suami ambil duit tu terus dia cakap, "actually its a rule here that you need to pay service charge," sambil tangan dia tekan2 calculator dan  sambung ayat "about 10 usd". Huwaaa pengsan! baki kami 10 usd, kira burn terus untuk bayar kat waitress tu huhu. Nyampah mak hokeh wuwuwu... Lepas tu nekad tak nak makan restoren dah, nak makan macam fast food seperti mcd (burger telur/ikan), aunty anne's pretzel ke... tak sanggup dah nak bayar service charge yang melampau2 wuwuwu. Sebelum ni asyik makan hotel aje kan huhu, resit yang dapat tu dah siap dengan charge tax juga 20% service charge. Ingatkan sebab hotel sebab tu charge mahal. Rupanya semua kedai pun macam tu.

Kalau kat sini 5% gov tax je, dan layanan yang diberi tak dikenakan charge pun. Tak tahulah pulak di restoren mahal sebab tak pernah pergi hehe. Kat mesia sekarang macam mana eh? Dengarnya banyak kedai nak kenakan charge ni. Kalau dulu makan di pizza je ada charge tambahan. Tak kisah nak charge pun janii makanan sedap, layanan bagus dan kedai pun bersih. Kalau nak charge bagai tapi tak pandai jaga hati customer, makanan tak sedap etc memang akan rasa menyesal makan kat kedai tu. Kat negara lain macam mana eh? maklumlah pengalaman patik hanya setoet sahaja...

erk panjang pulak membebel... walaupun tahu bukan ada orang nak baca dengan terperinci pun haha, takpelah untuk memori diri sendiri...

26 comments:

Cik tikah said...

cik tikah pun x suka service charge sebab rasa membazir je byr kat dorang. haha

Umie Naziera said...

mahalnya charge dyorang..tercekikkkk!!

Kamalia said...

Uwaaa..service charge yg mahal..10usd.gulppp!
Mmg betul kalau service tak bagus tapi tetap kena charge mahal sungguh tak puas hatikn..

dalila said...

beruntung kan... dpt ke sana... jeles

Nur-nba said...

Rasanya kalau servis, layanan dan makanan yg dihidangkan sedap, berapa pun orang sanggup bayar..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

masa darl gi hari tue dia ckp dia x byr langsung sbb big boss tlg byr semua so kira dia keja mkn jer hikhikhik...mahal ekkk 20% tue nangisss....omg aunty anne's pretzel ai suker sedap....lama x mkn ni!

Hanis MY said...

@☆*♥L@dy @yU♥*☆
heavennya kalau boss bayar, kalau byr duit sendiri memang kena berkira2 wuwuwu...sebab duit tak berapa nak banyak huhu...

Cik SHiNJU said...

Mahalnya service charge dia...
Boleh makan kat Nasi Antarabangsa Lemak Kg Baru byk2 kali..huhuhu...

Amie said...

nampak beza betul bangunan di sana dengan di tempat kita ya Hanis.

نورعيم said...

kat malaysia pun ado jgk certain restaurant yg ade charge. tp mmg mahal lah charge smpi 10usd. huhu.

pstt, kak gmbr kak mmg besar atau ade kena setting mane2. sy buat gmbr besar tp lebih masuk sidebar. cmne ye?

yatie chomeyl said...

mahalnyo service charge, buleh make mugo lain doh rego 10USD tu deh?

Soo Hae Daa said...

cntik glerss pokok b4 p mkn tuh..comell...

mlampau tol dorg ni..charge mahal2 cenggitu...opkos rs xmo mkn dh lps kena byr mahal cenggitu kan? isk2..
kt msia pon lebih krg je skg..mana2 pon mahal..svc charge dh 10% tmbh lagi gov tax 6% kot...isk2...cne lah generasi ank2 kita nnt nk idup ye..? isk, tetiba melalut kat page org lak ni..wakakaka...ampunnnn =p

kasihredha said...

kat malaysia pun ada service charge jugokkk ...tok suko...tok suko..

Kak Mahh said...

Mahal juga service tax depa ye!

blog-tips-kurus said...

bestnya jalan2 tempat orang... :)

whitecappuccino said...

teringat kaknor time bergambar kat tempat ni..hohoho..mmg mahal service charge mereka tu..tapi rasa dolu2 takde la semahal ini.

Cik Sara said...

Setakat ni makan dekat restoran melayu tak kena charge lagilah.. =D

Saya memang fail bab service charge ni! Heee...

Woofer Storm said...

pengalaman ditempat orang luar tu sis lagi berharga..

#kalau sy kaya ,tak kisahlah mahal mcm mana,tapi mesti sedap..kalau mahal pun sedapnya tak..memang sakit hati..ehheee tapi msalahnya tak kaya lagi ni..selamat malam dari bumi malaysia^^

Madam Sooyaree said...

Iskh.. selalu kalau tips it's optional. Diorang kenakan Hana tak, tengok tourist? Selalu kena yang 20% (usually 15%) service charge, kalau party of 6 and above

Ce'gu JAERA said...

bestnya jalan2 tempat org.. takda kena caj plak tu. tapi kat sana mesti payah nak cari tempat yang halal2 kan... btw, mmg menarik tengok gambar2ni

amirah said...

kat malaysia pun mahal gak tax nya hanis..ermm

wida said...

mahal jugak serv charge tu ek..rasa cam rugi pulak..hehe.

untunglah suami hanis tu jd kalkulator bergerak..hehe

Kazman / Sue said...

kalau kat malaysia yg kena service charge kalau makan kat kenny rogers atau fast food yg lain.... heee3x tapi diorang lagi advanceeee...

DaZzlingLilLy said...

mahalnya 10usd tu..kalo convert dah dlm rm30+...rasanya kalo kt msia restoran mahal2 jer yg ada tax dgn service charge nih..kalo kedai biasa tu mmg takde

Tea said...

10USD? itu kira makan 2 hari kat sini.. 3 hari kot dapat.. pengalaman hais ni bukan setoet.. bertoet2 yg hanis dah share dgn semua tauu

Nisa' said...

Kadang-kadang terfikir, kenapa Malaysia tak secantik negara tu, kenapa pokok di Malaysia warna hijau je, kenapa negara kita tiada 4 musim, and macam-macam. But every country will have its share of beauty. That's the power of Allah SWT.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails