Thursday, January 12, 2012

Washington DC - US Capitol Building...

Sebelum balik, kami tukar hotel berdekatan dengan bandar DC. Bukan apa tak nak bayar mahal charge Marriot tu sebab tempoh free dah tamat memandangkan conference dah habis. Maka jumpa hotel yang agak murah lebih kurang range kat jepun ni. Lagipun lebih dekat dengan airport. My love and i stayed at Liason Capitol Hill. Antara paling murah yang kami dapat cari. Ish2 nak yang murah aje kamu ni haha... mestilah kan. Yang bestnya boleh check in awal. Kami sampai kat hotel tu dalam pukul 11 am via cab lepas check out di Marriott. Saje je tanya kalau check in awal kena bayar berapa. Sebab kat jepun check in super duper awal sebelum tengah hari ada extra charge. Kalau 1-2 jam sebelum waktu check in kira free ajelah. Receptionist tu check bilik, kebetulan ada bilik dah tersedia tapi doube queen beds. Tercengang seketika. Alamak kena bayar lebih ke? tanya dia sekali lagi berapa extra charge (maklumlah makan pun kena bayar extra banyak percent, tax lagi service lagi huhu). Alhamdulillah lega boleh check in awal bilik yang besar tanpa bayaran. Rezeki...
IMG_6716
rate lebih murah dari Marriot tapi bilik jauh lebih cun... 

IMG_6717
penulis terus serbu katil, ambil gambar sekeping dua dan tiba2 dunia menjadi gelap gelita, zzzzz.... untuk beberapa minit...

Hotel tu berdekatan dengan The Capitol building. Lepas solat dah makan ringan-ringan kami pun keluar. Sayangnya hujan pulak waktu tu, mula2 ingat nak redah je sebab nampak tak lebat baru jalan beberapa langkah tiba2 lebat pulak, terpaksa beli payung wuwuwu.

IMG_6723-tile
some of the autumn view, tak sempat autumn kat japun, autumn kecil-kecilan kat sini pun jadilah huhu...

IMG_6726
momiji kana....

IMG_6742
macam momiji tapi tak pastilah... 

IMG_6731-tile
sukalah park ni! kalau daun tak basah dan tak hujan dah lambung2 daun eh apa ke jakun sangat  kamu ni... ish2... masa di kaikan (asrama uni) dulu, kalau pergi lab lambat sempat tengok budak2 tadika datang depan rumah waktu daun gugur dan cikgu sekolah bagi peluang mereka guling2 atas daun sambil lambung2 daun tu...seronok betul patik tengok, rasa macam nak join... :P

IMG_6738-tile
lots and lots of squirrels, masa di lincoln memorial lagi dah nampak ke hulu ke hilir tak duduk diam siap gaduh2 lagi berebut makanan, bila jumpa kat taman ni terus snap gambar, sampai kena tegur dengan my love, sudah2 la tu, dah naik jemu dah dia tunggu haha... penulis ni memang ala2 animal lover gitu kan (dush!)... 

IMG_6737
approaching the building.... called The Capitol...

"The Capitol is among the most architecturally impressive and symbolically important buildings in the world. The Senate and the House of Representatives have met here for more than two centuries. Begun in 1793, the Capitol has been built, burnt, rebuilt, extended, and restored; today, it stands as a monument not only to its builders but also to the American people and their government."  info from here.

Boleh masuk ke dalam bangunan ni tapi waktu kami pergi tu mungkin dah tutup. Tapi kat sini agak leceh la, semua tempat nak masuk tak boleh bawa bag besar seperti bagpack dan mesti melepasi sekuriti ala2 airport gitu kan wuwuwu. Ramai abang polis dengan pestol-pestolan yang besar gedabak. Siap folo dari jauh tatkala kami masuk sampai la kami jalan menghampiri kawasan bangunan. Punyalah ketat sekuriti.

IMG_6756
ada lake dan monument kat depan tu tapi tak pergi pun, tskk...

IMG_6754
i like flowers! siap request cinta hati ambil gambar kat bunga tu walaupun nampak dah layu2 semuanya haha...

IMG_6760
arigatou mr stranger!

IMG_6770-tile
my love and i...

IMG_6775
saigo desu (last)...

IMG_6749
eh ada lagi la hehe... hari dah makin gelap, nak pergi food hunting pula...

IMG_6767
Washington monument dan nun di belakang adalah lincoln memorial, semua ni berada selari je.... boleh refer peta di entri ini...

IMG_6780
one last memory at the park, nak duduk kat bench untuk dapakan feel/tinggalkan kenangan (macam2 betullah hehe) tapi basah, berdiri tepi bench pun jadilah...

p/s: Goodbye DC, hello NYC, tapi pengalaman selama sehari je, tak banyak memori di sana huhu...

33 comments:

Asmara said...

memang cantik tamannya. kalau jepun taman mana2 sama je pesennya. hehe..

Kamalia said...

huhu..takut dengan abg polis dengan pestol yang mengekori kita.terasa macam bersalah pulak..hehe

Hanis MY said...

@Kamalia kat mana2 pun ada polis, dia ikut dari jauh je jeling2 hehe tapi boleh perasaan la dia ikut...

アヌムちゃん said...

ibu preggy ni nampak selim je dlm gambar2 ni.kalah org yg x preggy ni.heee.cantik2 pic :)

umie naziera said...

comel la si tupai..eh,yunk menagkap gamba tupai lagii comeyy ..hehe :)

DaZzlingLilLy said...

cantiknya bilik hotel tu..tupai pun comel jer kat taman tu..hehe

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

owh pose lambung momiji x buat lagik blh buat next aki ngeeeee....cute giler squirrels tue...mau tangkap 1 bw blk bela...sini bapa punya mahal...

Chekgu Azrine said...

background gambar so nice.. jeles lagi.. pengsan..hahaha

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

walah...semuanya cantek2 belaka pandai sipenulis ambik gambo ye..

Noraim said...

kawalan kat sane mmg ketat eh? takut pulak tgk.

agk2 akak lah kalau tupai kat malaysia akak suka tk? hihi.

Hanis MY said...

@umie naziera
tapi lagi comey org yg bagi komen ni hehe...

Hanis MY said...

@☆*♥L@dy @yU♥*☆
takpe u lama lagi kat nihon boleh jadikan acara tahunan gitu...

Hanis MY said...

@Noraim
mestilah suko tapi susoh nok jupo huhu...

amirah said...

pastu gi NYC? waaa...bestnya...nak itottt

Miss uCu said...

nice pic...:)

Lya Colours said...

cantik daun2 pokok tu. bila la dpt pergi sana ye.huhu

Kalamhati said...

behnyo la..huhu
nice pics!!

Ira said...

Cantiknya autumn kat sana :) berbaloi2 ikut husband!! those squirrels pon ya ampunnn.. kawaii sgt! kalo ayna nampak tu sure bertempiaran lari kot, ayna geram, kejar. haha..

Woofer Storm said...

rezeki tu dapat sampai dua katil..boleh tdo satu sorang..hehee

#saigo desu tu nama building ea sis? cntik la..

Kalamhati said...

hoo..ambo ore klate..=)

Gen2Merah said...

wowwww.. kagum2... bila la turn saya nak jalan2 sana ek.. (",)

Nadiah Sidek said...

wah..kami yang duduk di US tak sempat nak explore DC betul-betul. orang jepun pula dapat ronda-ronda sepuasnya sekitar DC :D

Syaima' said...

momiji da yo!cun2 gambarrr masa ni perut tak nampak laggiii. hehe

Tea said...

Sgt cemburu lah tengok anis dan hubby dpt gi tengok byk tempat..

Ikr@m said...

nice kak :-)

c'axoera said...

daaa best >_<

Hanis Azla said...

comelnya hanis.. rasa macam nak like byk2 kali.. he..he.. bestnya hotel tu.. katil gedabak tu nmpk comfort sgt.. capitol tu sungguh cantik.. buat akak teringin nak bergambar dgn background yg sama..

Papa Mifz said...

jeles nyer...raso nak pergi esok jer..tp duit tak cukup...huhu

Cik Pulau said...

comey molepp posing nga payung tu kak.. hehehe..

x amek buh dale beg ko squirell tu.. napok supo comey jah.. hahaha..

kak.. wat kelik daun tu ke sy selai.. hahaha...:P

nuwairani ismail said...

hamboi2...kemaen lagi dia posing ye!

LadyBird said...

hanis.. cantik2 lah..
mengujakan..
binatang yg kecik comel lotey tu paling mengujakan..

Teratak Hami said...

Seronoknya dapat jalan2 :-)

whitecappuccino said...

Autumn in my heart!! cantik2 views ni..model pun sama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails