Tuesday, January 24, 2012

Gong Xi dan Betonam...

Gong xi gong xi gong xi ni... selamat tahun baru cina dan juga selamat bercuti. Mesti seronok berkumpul ramai-ramai tak kurang juga mesti ada yang pergi bercuti malah berkunjung ke rumah saudara mara... selamat bergumbira buat semua... apa pengalaman best bila tiba cuti ni? Patik malas nak recall balik hehe, yang pasti seronok dapat makan limau banyak2... yummy oh! Semalam cinta hati layan cerita cina, malam ni dia tengok sekejap je sebab tak berapa best. Nasib baik wifi berjalan lancar je, kadang kala ada juga tersekat-sekat, masa nak tengok episod akhir bunga april (walaupun tak folo drama tu) tapi beria nak tengok kesudahan malangnya tak ada rezeki wuwuwu.

Apa hal pula dengan Betonam = ベトナム = Vietnam. Ada apa di Vietnam? tengok gambar rakan blog seronok aje pergi sana especially bab shopping. Tak pergi pun tapi patik dapat omiyage (souvenir) dari Pitt, Iryd's hubby.

IMG_0038
magnet dan rose coin purse yang super duper comel!  Arigatou...

Dengar dia cerita memang seronok, tempat cun, makanan best. Tapi kena hati2 bila naik cab dan juga beli barang. Kena tipu dari segi harga yang mana mereka mark up harga tak hengat huhu... (betul ke Kak Amirah? akak kan ada pengalaman holiday kat sana...)

Patik hanya pernah tengok bandar vietnam dan sekitarnya dalam blog dan juga dalam amazing race. Teringin nak beli sutera vietnam, orang kata cantik dan murah. Selebihnya tentang vietnam, saya tak tahu hehe... ampunn... have a wonderful holidays!

p/s: bila nak story mory ceritera di Yone ni huhu...

14 comments:

Woofer Storm said...

best ke kat vietnam..sdngkn malaysia ni tak abis lagi ronda2 sis..insyallah ada rezeki nak round satu malaysia dulu..hehheee

Chekgu Azrine said...

Tingin gak nk ke vietnam..dgr citer mmg best esp sopink!!eheh..

si ngokngek said...

waa,comelnya rose tue,tp apasal warna hijau pulak..HEHE

eh vietam ada apa eh,rasanya bali lagi best..errr

Lya Colours said...

comel rose tu. kalau kaler purple lagi comel kot. hehe

Gen2Merah said...

org kata awek2 Vietnam cantik2... ehehe,.. nanti kalau akak p sana jangan lupa ambil gambar2 gadis sana aa... ahaa..

Happy holiday akak Hanis sekeluarga

laskar pelangi said...

comel laaaaa rose coin purse tu...kat mana part masukkan duit tak tau.kreatif sangat.hihi :))

mzhany said...

waaa sgt cantik itu rose hijau ;)

Asmara said...

mula2 baca dah rasa mcm vietnam, ehek betul la pulak. hehe..
haah kan ada baca jugak kata sutera dan cutton betonam murah dan cantik. ada rezeki jln sana pulak ye. ;D
*mkn mikan byk utk elak selsema. ;)

Nieda said...

teringin gak nak gi Vietnam. Bila baca org balik shopping di sana lagilah rasa meluap-luap .

umie naziera said...

comelnya si bunga tuuue

whitecappuccino said...

ciknor pernah bekerja dengan UNHCR dan Red Cresent Malaysia di kem pelarian Vietnam pulau Bidong selama 2 tahun..mereka memang kreatif tapi sesetengah kuat bodek dan menipu,

Cik TeN10 said...

sy ade sorg mmber vietnam kt sini !! dia selalu jugak la masakkan masakan vietnam kt sini.. mostly nk sediakan masakan vietnam mmg renyah.. sume bnda nk kena cincang halus.. nk buat tu take time tp sedap !! antara mknn yg i suka ialah harumaki.. :))

lg satu.. yg sy suka pasal vietnam ni ialah diorg punya pakaian traditional .. perempuan pnya pakaian.. cantik.. kain dia pun lawa.. kl g mmg nk borong kain dia la.. amik buat baju kurung..

erkk gomennnn ! terbebel panjang.. ;p

amirah said...

hehehe..tersesat lak nama kat sini ye..best sebab pergi tempat orang jenjalan kan..hehe..nnt bolehla hanis gi coti2 vietnam lak..betulla tu..tp tak ramai yg buat perangai cenggitu..maklumlah..nak carik duit lebihla tu..

Teratak Hami said...

Vietnam best part shoppinglah. Katanya kain cotton kat Vietnam cantik dan murah. Bila nak pergi ek?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails