Alhamdulillah ramai yang datang melawat Ken Hamza baru-baru ni, tak sempat nak cerita di sini. Saya cerita secara berperingkatlah ye (bajet macam ramai nak baca haha, takpe untuk memori kami sekeluarga juga).
Beberapa hari balik rumah adik2 junior datang group girls dan boys campur semua tahun 2-4. Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak buruk kami tu. Rumah kecik muat2 aje hehe. Jamu minum petang makan pengat. Sudah tentu bukan patik yang masak. Terliur toksah cakap la nasib sempat makan sebelum bersalin.
Masa ni Hamza tidur, bergilir2 (dari kiri) Mastura, Hanun dan Kira pegang Hamza. Mereka tak confident (faham sangat perasaan tu sebab saya pun tak berani pegang baby baru lahir) tapi dengan sifat keibuan (eceh, dush!) saya yakinkan mereka untuk pegang, lagipun badan Hamza yang agak montel tu mungkin senang nak pegang (ye ye aje kamu ni-penulis berkata pada dirinya sendiri).
Hadiah dari kakak-kakak cuns untuk Hamza... eh eh anpanman la (mama hamza pulak excited)
Hadiah dari hero2 encem buat Hamza...
Kunjungan seterusnya sangat meriah dan havoc. Tak disangka kehadiran Ken Hamza telah memberi peluang untuk dua bloggers bersua muka bertentang mata (ahai ayat kemain lagi). Ada rezeki juga jumpa Kamalia dari Iwate. Seronok Hamza boleh jumpa Mama As dan Aunty Kamalia. Ada entry khas juga dari Kamalia bertajuk
Ken Hamza. Beliau sekeluarga baru balik dari Hokkaido uwaa syoknyaa... kalau nak tahu trip mereka klik la pada link Ken Hamza tu.
Buah hati Kamalia (Mr. K) pun sempat enterprem dengan baby Afiya. Pasangan ni sangat lawak ok, sakit perut gelak. Romantika in their own way. Yang masih diingati bila Mr. K tanya nama Hamza, dia dengar Hamdan instead of Hamza, lawak je. Banyak betul dengar pengalaman dari senior2 ni i loikee... tapi tak banyak boleh borak, baru je syok bergosip-gosipan, Hamza nak susu pulak... takpelah tunggu Hamza besar sikit boleh gather2 lagi... insyaAllah.
Murah rezeki Ken Hamza dapat hadiah lagi dari auntry Kamalia dan Mama As... eh bertambah koleksi anpanman, walaupun Hamza tak sempat kenal anpanman di sini, ada koleksi anpanman serba sedikit pun jadilah...
Terima kasih tak terhingga buat semua dan juga hadiah yang diberikan, syukur alhamdulillah. Nanti nak cerita kunjungan diva ladychenta
gucci dan juga mommy to be Ami jika berkesempatan.
Ramadhan datang lagi. Bersyukur juga kerana masih diberi peluang. Gunakan peluang sebanyak mungkin untuk memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan ni, kalau boleh bukan di bulan ni saja malah bulan2 lain pun kita cuba untuk memperbanyakkan ibadah. InsyaAllah.
Kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa di bulan ramadhan bulan yang mulia ini buat semua ahli keluarga, sanak saudara dan kawan termasuk kawan bloggers. Maafkan kiranya ada salah silap. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar dan diterima semua amal ibadah yang dilakukan serta mendapat keberkatan dari Allah.