Tuesday, March 6, 2012

Kupon Coach...

Macam invitation letter pun ada. Dapat 3 keping. Tapi tak terguna pun. Geng jepun yang dapat ni mesti dah selamat menggunakan kupon ni kan?

dari 24 Feb hingga 4 Mac

Tak banyak sangat pengalaman di outlet Coach ni. Paling hampir dengan rumah kami di Izumi premium outlet dan juga Mitsui outlet. Kadang berkunjung bila kakak dan kakak ipar kirim handbag. Kadang berkunjung untuk cuci mata je hehe.

Kebiasaannya range diskaun adalah dari 40-60% dan clearance corner. Bila masuk kedai, akan dapat kupon merah yang mana ada diskaun tambahan selepas harga diskaun sebanyak 20-30%. Tapi tak semua, kadang diskaun tambahan ni untuk handbag sahaja tak boleh digunakan untuk purse, jam dan aksesori lain. Kadang untuk semua barang kecuali clearance corner.

Yang bestnya kalau guna invitation kat atas tu, diskaun tambahan untuk semua termasuk clearance corner. Clearance tu dah habis murah dah, dapat pulak tambahan 30%, memang best la. Tapi saya bukan bisnes minded, tak reti la nak mencuba nasib dalam berbisnes ni. Kalau buat bisnes handbag dah lama gunakan sebaik mungkin invitation tu. Nak pass pada orang lain kut2 nak guna di Johor premium outlet (JPO) kupon ni valid di outlet coach jepun sahaja.

Kebetulan tak ada yang kirim, itu yang tak ada feel sangat nak terjah ke outlet.

24 comments:

Hanamiko Sakura said...

saya mahu kirim! ^_^
hehehe... tibe2 pulak...

Kakzakie Purvit said...

Hanis JPO tu belakng taman perumahan kakak aje tau. Tapi mahal gila.... kakak tak beli apa pun minum pun mahal...

Rohani Hashim said...

waa syoknya hana...

amirah said...

waaa....murahnyaaa...

Queen said...

saya pulak tak reti nak berhandbag2..hahaha
pakai bag kertas sudah.. =p

シャイマ said...

jauhnye nak bg org malaysia, kasi kat org niigata pun takpe kot ;p

hanim said...

Wow Coach !!! seronoknya.Kalau la akak ada kat sana....hmmm berangan jab

msredcheesecake said...

Nak kirim.... Hheee....

sabar dubai said...

aahhh syoknyee dpt kupon coach..kt sini coach mahal kak hanis...org arab lebih minat dgn lv..coach mcm xdak org nk masuk uwaaaaa

yatie chomeyl said...

ore pun lamo xterjah butik C, taktu kal terjah..terberkenan pulok..masalah2 ehehe

Anonymous said...

hows life? bestnyer dudk japan..wish i can be there 1 day..>_<

lavenderlover said...

have a nice day..=)wish i can be in japan 1 day..>_<

me suya said...

best2.. xpernah miliki coach pun. hari tu beli coach purse pun buat hadiah untuk ibu tersayang.. hopefully one fine day akan tiba untuk try guna pulak.. beg mahal niii.. hahahaha

Unknown said...

nok kirim rentekkkk laaa.. hihi

Asmara said...

ala dah habis tarikh.. isk2 saya mau. hehe..

Hanis MY said...

@Asmara
kak as tak dapat ke? okies kalau dapat next kupon nanti saya pass k...

Ain said...

lepas dah diskount 1 handbage coach 2 boleh jadi sampai bape yen n dalam lingkungan berapa RM kak hanis?

Lysa said...

guna lah sis. best tau dpt kupon cmni.. lagpun kalau sis x berapa nak sure, tanya lah promoter atau pkerja tempat coach tu =)

Kamsiah yusoff said...

kalau kat malaysia,mau senget poket jugak la nak sambar coach ni

Hafizin Jamil said...

nok kirim so..haha

Unknown said...

hohoh masyuk ni...ekekek :P

Hanis MY said...

@Maruko
maruko chan... bergantung pd jenis bag... paling murah lepas diskaun dlm rm400 gitu kut...

Anonymous said...

waa, akk nk coach!

CikUna said...

Nak satu kak... hehe.. alaaaa... mesti mahal kan ? kan ? iskh.. =(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails