Tuesday, April 17, 2012

Chousyoku to go-fufu...

Nak tahu Chousyoku boleh ke LINK INI. Pernah story mory my love masak masa zaman awal berblog, ayat pun macam muda remaja je hik2. Nak baca boleh KLIK SINI. Alhamdulillah sejak patik makin sibuk dan makin sarat ni my love makin banyak membantu mana yang patut. Syukur sangat.

go-fuufu = pasangan suami isteri, GO digunakan untuk lebih sopan, sebut fuufu aje pun boleh, ada beberapa istilah tapi suka pulak dengan perkataan ni, macam comel aje hehe...

to = dan [sebutannya macam sebut "to"lak...]

Rasanya semua suami di luar sana pun macam tu kan? Bagi saya proses ni bukannya pling2 terus menjadi macam fairy godmother dan cinderella (princess aje kamu ni). Tambahan pula, kami sama-sama belajar dan sibuk dengan tugasan masing-masing. Tapi sudah tentu sebagai isteri kita cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik pada suami tersayang. Bila si dia membantu tanpa dipinta, hati ni bagai bunga sakura kembang setaman, ahauwww (eh gediks). Dengan adanya pebincangan, sikap bertolak ansur serta komunikasi (eh kenapa ayat macam kaunselor je ni? :P) barulah menjadi.

Rezeki masing-masing yang Allah dah tentukan, ada suami suka masak untuk isteri dan keluarga. Ada juga yang isteri yang bekerjaya buat semua dari a-z, memang tabik la. Adakala seronok tengok surirumah masak macam2 mencuba pelbagai resipi. Rasa nak aje jadi macam tu hehe... habis tu pelajaran dan career (career u, tak menahan) yang sedang diusahakan sekarang ni macam mana? Tak boleh imagine pula kalau tak kerja. Saya ada bertanya my love, kalau saya tak berkerja agaknya macam mana eh? Dia pun tak boleh nak imagine jugak sebab dia memang nak isteri yang mempunyai kerjaya sendiri. Boleh membantu mana yang patut. Jika isteri dah membantu dari segi kerjaya suami pun seharusnya macam tu jugalah, membantu mana yang patut dalam hal kerja rumah, barulah ada give and take gitu kan... 

Sebelum kahwin lagi saya dah confess awal2. "I tak tahu masak, betul ke nak kahwin dengan I?" (ayat drama u!). Bukannya tak pandai tapi setakat yang simple2 je dan kalau nak masak untuk ramai-ramai atau jamuan makan tu memang patik surender awal2 :P. Malah, masa mak mertua datang merisik abah tak cover line pun, siap cakap "Anak saya ni bab2 dapur "kosong" (tiba-tiba nak nyanyi lagu kosong najwa latif, apakah??) betul ke nak jugak ni?"jelas beliau sambil buat tanda kosong dengan jari, haha like father like daughter. Tapi kalau dah jodoh tak ke mana jua...



 
salah satu juadah from my love with love hehe... walaupun simple tapi amat bermakna buat patik dan sangat sedap yummylicious (eceh, over). Arigatou my love! Muah muah...
 

p/s: talking about empathy...

33 comments:

Anum said...

kerjasama sangat penting untuk mencapai kebahagian

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

rajin mi ryori kt u....
menu penuh ngah chenta & kasih syg gituew auwwwww

sabar dubai said...

kak hanis kalokite ni pon daa ckp yummylicious daaa tau..

kak hanis...ety kak hanis tny tuh ateehah hamzah yer?

Ijah EmoTemo said...

heee..comel je ayah akak siap ckp secara jujur ngee.. ijah pun xpndi jgk masak memasak ni.. tp yg simple2 boleh la kot ngee..

heee sweet je akak dgn hubby saling tlg menolong hiks..

yatie chomeyl said...

wpon nampakm macam terlebih well-done hotdog tu, tp sbb hubby yg masok..terus jd sedakk deh? hehehe

シャイマ said...

hehe i did not imagine myself being a housewife tapi now housewife pulak. we'll never know kan. tapi many of my friends who used to be a working mom and eventually stopped working said, jadi surirumah with kids is much2 harder. coz when u stay at home (with kids), the house is expected to be perfect, kids perfect everything perfect but kalau kerja, mcm takpela rumah sepah kan kerja..takpela makan luar/tapau sbb kerja etc. expectation lower. wallahua'lam.
i dont really know coz syaima housewife with gaji and no kids, the easiest thing ever haha.

ps. i think u misspelled career ;)

Unknown said...

lapo pulak tengok makanan..malangnye i couldn't eat any food sesuka hati buat masa terdekat ni..huhu..

Hanis MY said...

@シャイマ

ha ah la cemana leh eja carrier haha sebab tgh survey carrier baby agaknya, thanks dear! dah betulkan, really read through my entry... i likeee hehe...

Kamalia said...

hanis,saya dulu jugak tak pandaimasak langsung..mula kawin sampai sebelum dtg sini, cili kering yg kami beli tak habis2..padahal bukan beli banyak pun..haha*so,boleh bayangkan dulu mmg jarang masakla*
tapi,skrg dah dudk sini,pastu ank pun dah brtambah,kenala belajar masak smpai pandai dan sedap..tangunggjawabkan.huhu:)

psstt..hanis,yang michinoku park tu, saya rasa saya nak pergi sanala..nak tengok tulip dan segala jenis bunga kat situ.*gigih semalam duk katamkan entri hanis pi situ*.agaknya,bilakah waktu yg sesuai utk kami pergi ye?tq hanis..take care.:)

Asmara said...

comelnya sosej dikelar mcm tu, hihi.. seronok dpt merasa jd fully housewife walau sementara dan dpt jaga anak masa kecil ni. malasnya nak balik bekerja. uhuhu..

Kakzakie Purvit said...

Hanis... kalaulah abang boleh masak macam your loves tu agaknya kakak terus terbang naik angkasa. Mungkin sebab dari awal kakak hidup bersama dah ada bibik so memang tak adalah abang nak masak. Masak maggi agaknya yg dia tahu...

Bersyukur your loves one caring sungguh dan memang kena begitu sebab sama-sama mengejar karier demi masa depan juga...

Mixed-family in da house.... said...

Salam Hanis,

wahwahwah.....so sweet laaa.....tak ppenting cinta hati reti masak ke tidak, yg utama cinta hati ada hati nak buat utk isterinya kan kan kan?

Wa said...

Hanis, akak belajar masak dari internet je hehe..tapi bila google mesti tambah perkataan 'sedap' kat belakang resepi tu..

wahh..skali skali bila huby masak mmgla kita appreciate sangat2 kan :)

lavenderlover said...

sweetnyer..moga kekal bahagia & ada anak2 yg cute..hehe

nadia pon x reti sgt masak2 especially tuk ramai org mcm jamuan tu but for me as long we cook with pure heart & with love im sure the food we cook gonna be one of the most delicious in the world..hehe..

take care akak & suami..=)

Umie Naziera said...

pnjangnya dyorang komen,sy nk komen pnjag2 pon sy blom kawin lagii,weee...tp sweetla dpt hubby ringn tulang mcm tu..hehe,,wish u a happy marriage forever

Ash said...

Typo...career not CARREER..

Nuwairani said...

walaupun menu tu nampak simple, tapi kalau dah dimasak dengan penuh kasih sayang (ewah!) mesti akan rasa sedap jugak...bertuah hanis dpt org mcm tu..

Unknown said...

semoga sy and bakal suami pon mcm tu.aminn.hehe

Unknown said...

"I tak tahu masak, betul ke nak kahwin dengan I?"

is suka ayat tu, sebab is pun kata camtu gak kat mtr hubby b4 get married dulu.. hehehe

apdm said...

salam..

semoga bahagia itu akan kekal menjadi milikmu..

mmg bagus kalau suami ringan tulang v:)

en_me said...

Muger2 rumahtangga akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn

Unknown said...

tak tahu masak takpe asalkan nak belajar...dalam rumah tangga memang kena kerjasama..masa akak pregnant bukan tak boleh nak masak ngemas semua..tapi suami tolong jugak..walau pun kadang2 hasilnya kurang memuaskan..yg penting diorang mencuba..hehe..

Chekgu Azrine said...

alhamdulillah.. selalunya lelaki yang baik juga untuk wanita yang baik.. bertuah sis.. semoga sihat dan dipermudahkan urusan semasa di labour nanti ye..

Ain said...

Pingan 2 comel ada gmbr ikan...suka2

Woofer Storm said...

masakan ringkas pun asalkan ikhlas pasti menambat hati sang suami..

#semoga baby tu baik2 je hendaknya sis..amin3

Daddylicious said...

tak tahu masak tak per jgn buat tak tahu sudah la...hehe

Eliss said...

bestnya makan air tangan suami :) sekali sekala ada la kot hubby msk tu pun simple2 jer :p

Annisa said...

Assalamualaikum kak hanis, sihat tak kat sana? :)

bersederhana itu membahagiakan :)

Unknown said...

sedap ke tak tolak belakang...yg penting masakan tuh dimasak dgn penuh kasih sayang kan...hehe

Hanamiko Sakura said...

romantiknya kak hanis and hubby.. betul tu.. suami isteri kena bekerjasama.. suami tolong isteri hal rumah tangga dan isteri tolong suami hal2 mencari rezeki.. ^_^

Cenderahati-Perkahwinan said...

waaa sedapnya..dah lama x makan sandwich sosej.xde masa nak buat. best la tuan blog ada orng tolong buatkan.

ct kektus said...

bila suami yg masak, masak apa pon tak kisah kot kak. kan. janji dia ikhlas nak buatkan. :)

CikUna said...

alalala.. so sweet la go fuufu nie.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails