Hari Isnin depan dah melangkah ke minggu 39. Tak lama lagi dah edd. Akachan seronok lg kat dalam ni masih lagi aktif. Mama saya cakap kalau ikut pengalaman dia, bila nak dekat bersalin akachan dah kurang bergerak dan duduk elok pada kedudukannya... tapi sekarang macam tak ada pun tanda2 tu. Senior sekalian sudilah kiranya untuk berkongsi ilmu dengan patik ni hehe...
Alhamdulillah 2 minggu berturut2 dapat doktor lain. Doktor perempuan yang baik. Dia terkejut jugak tengok akachan besar sikit (sikit ke huhu) dari akachan jepun. Lalu ditanya rekod saya dan cinta hati berapa kilo masa waktu lahir dulu. Selepas memberitahu, dia mengangguk-angguk dan berkata "naru hodo". Dua kali jugak dia dah check laluan dah terbuka ke belum, lepas tu kepala akachan dah turun/engage ke belum. Tak biasa la, walaupun rasa diri ni dah relaks dan arik nafas panjang2. Setakat pemeriksaan Rabu lepas masih belum engage lagi.
Midwife pun ada bertanya dah prepare baby bag? Oh ya, kat sini minimum stay di hospital 5 hari bagi yang bersalin normal dan lebih 5 hari bagi kes yang berbeza. Kalau di mesia yang saya tahu lagi cepat discharge maknanya makin smooth la proses kelahiran malah ia menunjukkan ibu dan anak sihat walafiat dan berjalan lancar. Patik pun pelik kok kenapa di sini 5 hari. Bila borak-borak dengan Ayu LC rupanya kat sini tak ada pantang, so dalam masa 5 hari tu memang dijaga dengan baik oleh nurse di hospital. Selepas 5 hari tu para ibu dah boleh buat kerja bila pulang ke rumah masing-masing. Erk boleh ke lepas 5 hari tu buat kerja terus? Tak boleh bayangkan la huhu... maklumlah pengalaman pertama.
Perihal barang2 pula, kalau tak nak bawa banyak pun tak apa, baju akachan, towel boleh sewa dari hospital. Baju mak pun sama. Cuma kena bawa diaper dan body wash untuk baby dan beberapa barang lain. Tapi dah alang2 beli saya letak je dalam bag...
baju akachan 6 helai
diaper
baby body wash (baby lotion perlu ke tak eh? nurse cakap body wash je)
boots, mittens, bedung (nurse tak suruh pun tapi letak je dlm bag)
botol susu dan susu tepung newborn (midwife suruh standby in case susu lambat keluar etc)
kat sini tak barut akachan (so tak bawa, tunggu barut kat rumah nanti)
pants jenis yang boleh buka zap on kat bawah untuk tukar pad
pad saiz L dan M
b* pad
towel
body wash diri sendiri
baju patik sehelai je untuk dipakai balik dari hospital yang lain sewa robe hospital je sebab senang nurse nak uruskan.
apa lagi eh? tolongggg... (uish kecoh betul haha)
34 comments:
Wahhhh... menghitung hari dah tu.. nak tengpk akachan..
Selipar utk ke toilet, towel kecik, camera, iphone. Hehe.. Nnti boring duduk hospital lama. Kalau kat sini wajib 7 hari utk normal, c-sec wajib 10 hari. Mknn mmg dia jaga. Dah request utk muslim food kan? So awal2 x perlu makan jamu mkn ubat hospital nnti dia bagi smpai seminggu biasanya. Dah balik baru pntang betul2. Kat sini boleh bwk mknn luar tp kene mintak permission. Seluar panjang/track/ kain batik sng nk gi toilet dan sng nurse nak check up selalu (bukak2 kan). Baju dia maxi sampai paras lutut. Akachan nnti pakai baju hospital, bawa selai pun ok utk balik. Lepas 3 hari baru dia bagi tido dgn akachan. Akachan akan duk bilik baby so masa nak menyusu kene pergi amik sndiri. Eh pnjang pulak. Nnti ingt akk mesej. Hehe..
Insyaallah segala nya kan baik baik belaka nanti...jgn lupa baca doa nabi yunus tu yer dik..hubby pun amalkan juga dan hembus di dahi isteri tu..
keno bnyk jale la 2-3 hari ni..bui sene nk beranok nti. jgn lupo baco selwat nabi yunu sbanyok2 maso nk teran baby tu nanti. standby kurma retep, nk mkn nak bui tenaga masa nk teran
Rasanya semuanya cukup tuuu....
Kalau dah ada tanda nak bersalin cepat g hospital.
Semuga selamat semua, jgn lupa banyak berzikir
Lailllah hailla anta subhanaka inni kun tum mizazdzalimin
Muga diipermudahkan segalanya
Wah soro soro desune!!!!!! tak sabar nak tengok baby comel kamu!!!
5 hari kena duk spital ekk.. lepas tu pantang sendiri kah..?
anyway k.izan ada buat entry pasal barang2 utk di bawa ke spital cumanya maybe keperluan di Mesia & Nihon berbeza kan
http://www.sweetomoide.blogspot.com/2011/12/catatan-minggu-ke-39-persiapan-barangan.html
waaaaaa dah nak meletop eh??? hihihihi... tahniah dear! mudah2an selamat nanti...
hai hana...
wahh..bersalin di jepun lah nanti yer..nama baby nanti ada unsur jepun x?dl pakcik masa blaja katjepun,wife kat malaysia bersalin (PJJ) nama anak dah ala2 jepon...Haikal akimi..tp bijak tau..umur 3tahun pandai baca paper..
pasal korset PB nih nak tanya lebih lanjut blh jer..
kalau hana berkenan,makneng sanggup pos ke jepun...sbb blh berterusan guna.ramai akak2 kata terbaik la waktu lps bersalin guna..hu2..
nappy rash cram.. just pakai light je kalau akak..
dear... syhh.. kalau masa push tu, u jangan angkat punggung tau.. u kena tekan ke bawah.. Kalau u angkat punggung takut banyak kena jahit nanti..
Akak dua'a kan u selamat dear.. Makan telur tau. Dah minum minyak ke?
gud luck akak..xsabarnya nk tngok muka akachan..mesti comey mcm mamanya :'D org msti real anak Jepun.hehe
Nihonjin ni x der pantang bagai
Tapi theyols semua sihat n umur panjang kan
Ai rasa kt bab pemakanan jugak la
Nnt u mkn food hospital Mcm bukan dlm pantang jer
X per pengalaman tue bersalin nk obesea
Lps blk umah blh bertungku urut semua
Ur mom can help about it...
u, time i bersalin that day, i siap bawak spare biscuits ang kurma kat dalam bag. hehe. sbb nnti mesti akan rasa lapar/ nak munchy-munchy between makan time kalau kat hospital.
dan yg paling penting, jangan lupa bawak camera!
oh ye lg satu org Jepun lepas bersalin akan dapat cuti bersalin selama setahun kalau bekerja, tak kira kerja swasta atau kerajaan. gaji pun jalan tp start bulan ke-3 dpt separuh gaji. boleh extend lg 6 bulan pulak tu, kita kat msia 3 bulan je eh skrg. diorang punya penjagaan lagi lama kalau ikutkan. hehe..
cant wait to see akachan =)
wahh kak hanis..sikit je lagi tu..cepatny mase berlalu kan..good luck tau~
heheh..tak lama dah tu..
hanis dearie
dah ada set jamu tak..dan list makanan ibu berpantang...mula-mula jangan lagi makan jamu tu sebab takut baby jaundice pula..tp hnais kena makan jamu, kebaikkan now and then! 5 hari dah boleh buat kerja ye...? haa, jangan lah ye hanis..cara org kita memang tak sama dengan org lain..jangan naik tangga, jalan slow-slow, sentiasa pkai socks and make yourself warm. minum hot choc, not tea or coffee..hmm, apelagi yek..omg dira pula yang berdebar-debar ni hanis...! dira doakan semuanya selamat ye dear....tak sabaaar nak tengok ur akachan!!
Yayaya !! Baby nak keluar ! Moga selamat kak ^^
semoga segala2nya selamat.
tak sabar nak tengok akachan :)
wah, akachan lahir kat tanah jepun nie..
xlama lg akachan nak kuar melihat dunia. semoga dipermudahkan proses bersalin nnt.. :)
wahh.. dah nak klua dah tuu.. besnye. minta semuanya dipermudahkan..:)
nok sapa hari doh eh kak? semoga smeuonyo selamat kak deh. hehe.
banyak-banyakkan berjalan (berjalan turun naik tangga paling baik). insyaAllah mudah bersalin. kalau nak baby keluar awal, boleh cuba mana-mana cara yang bersesuain. try google 'natural induction of labor'. antara yang saya pernah cuba, minum air nenas. alhamdulillah shakir lahir awal. apa pun, ia berlaku atas kehendak Allah juga. kita hanya berusaha sahaja :)
dalam labor nanti cuba belajar kawal emosi dan tenangkan diri. insyaAllah kalau tenang, lebih cepat proses bersalin dan rasa sakit tu tak sekuat rasa sakit dalam keadaan asyik fikirkan sakit. percayalah. saya dah alami 2-2 keadaan :)
moga2 hanis akan selamat melahirkan anak tu nanti... :)
dan bukan kah ini maksudnya lebih banyak masa untuk berblogging?ekekekek
waa dah tak lama kan kak hanis nak bersalin.suya doakan akak dipermudahkan dalam memperjuangkan mujahid kecil tu lahir ke dunia.. Welcom akachan :)
waiting for akachan,
jaga diri ya kakak,
semoga dipermudahkan semuanya :)
mesti eksaiting kan, tak sabar nak tengok baby:) baterai kamera pastikan penuh yee, bawa snack dan minuman manis untuk supply tenaga masa "berjuang" nanti..
wah...best nye...FnF doakan semuanya dipermudahkan.
da tak lme da. awk perlu rehat secukupnya . . pape pun harap semua berjalan dengan lancar .
Xsabar nk tengok akachan ;)
Hanis! Camera jgn lupa tau........ Inshallah semuanya okay.....xoxo
byk2 berjalan hanis..nnti cepatlah turun baby tu
hanis, akak cuba mcm2 sblum bersalin sbb akak nak sgt VBAC kan..minum minyak kelapa dara, mcm2 petua pun cuba n exercise..byk jalan jugak tau.akak dh rasa contraction sket2 tu minum air bunga fatimah.huhu..semoga semuanya selamat ye hanis..yg brng2 tu rasanya ok kut sbb kalo takde akak rasa pihak hospital akan sediakan..yg pling penting bersedia dn bertenang ye hanis..
saya doakan semuanya selamat... nama dh decide blum?
Post a Comment