Monday, May 14, 2012

Unexpected baby shower party...

Selepas habis kelas papa mama di Tohoku Daigaku Byouin, tekak memang terasa nak makan nasi goreng Sabai Sabai, buat sendiri tak nak... nak makan kedai jugak ish2. Alang2 sabai sabai dah dekat dengan hospital (eceh alasan). Tapi dalam masa yang sama takut nak tanya en suami in case dia tak approve nanti. Lepas tu cuba juga tanya, "lunch nak makan apa ye? Terkejut opocot bila dia sebut Sabai sabai. Bagai pucuk dicita ulam mendatang (ewah siap berperibahasa bagai). Sesampai di tempat parking sabai2 nampak kereta Pitt n Iryd. Lepas tu lagi satu kereta macam kereta Fadhil. Lantas berkata

"Wahh diaorang pun makan kat sini eh. Kebetulan pulak. Bolehlah join sama." My love pun menyampuk "Ye ke kereta Pitt?"(padahal dialah orang yang paling terror bab-bab cam kereta ni alih2 hari tu tak cam pulak... musykil betul).

Masuk je dalam kedai, nampak kasut tersusun elok di ruangan untuk ke tingkat atas. Restoren sabai sabai ni ada ruang untuk buat majlis/party di tingkat 2. Tingkat bawah pula restoren biasa. Kemudian datang dua orang staff bertanya...

"Join party kat atas ke?" (dalam bahasa jepun). Lantas patik terkejut, haa party? laju-laju geleng kepala. Malu la pulak join party yang tak dapat undangan. Tiba-tiba my love cakap "Jap, nak call Pitt." Secara automatic terus pegang baju en suami
"Eh, tak nak la join... malu la tak dapat jemputan pun. Entah2 ni party kawan dia yang kita tak kenal. Makan kat bawah ni je. Lain kali boleh jumpa diaorang lagi."

Tuptup nampak Hanun junior undergrad tahun 3 muncul di tangga. "Ada makan-makan kat atas, jomla."Penat fikir, majlis apalah yang diaorang buat ni. Birthday party kut... namun kaki tetap melangkah, bukak je pintu "SURPRISE!!! Baby shower party!" Geng sendai menyambut kedatangan patik (adakah ini benar belaka, dush!). Rasanya inilah surprise besar-besaran pertama kali sepanjang hidup selama berpuluh tahun ni.

IMG_1101
pertama kali jejakkan kaki di ruangan ni. Besar jugak, siap ada set sofa, tempat karaoke dan juga lampu lip lap lip lap tak menahan!

IMG_1103
me and diva-diva sendai hehe... paling kiri orang baru di sendai, Kak Ani sekeluarga baru register April lalu ditemani suami dan 2 orang anak perempuan yang comel2. 

IMG_1108-tile
Dapat jugak makan nasi goreng seafood sabai sabai, alhamdulillah. Malah mendapat kejutan yang tak disangka-sangka. Marble choc cheesecake yang dibuat oleh Chef Su. Orishikatta! Chef Kina pula buat moist choc cake, tak sempat snap gambar. Oishikatta jugak! Walaupun tahu kalori tinggi tapi patik tak dapat nak menahan diri ku ini dari memakannya wuwuwu...

IMG_1123
Kina, Ai-chan dan Iryd... Majlis ini dimeriahkan oleh nyanyian merdu mereka berdua, macam2 lagu didendangkan... super duper talented diva cum chef cum model i loikee...

6
Terima kasih tak terhingga buat semua di atas baby shower ni, versi ocopot tekejut pulak tu! Alhamdulillah akachan dapat baby carrier (memang tengah cari pun). Manakala Pitt dan Iryd bagi Fisher price jumperoo. (picture credit to Fadhil). 

2
yang ni pula gaya bebas hehe... siap angkat pasu bunga lagi ha, tapi posing patik limited, duk tang tu jugak haha... (picture credit to Fadhil)


IMG_1135-tile
posing dengan baby carrier... thanks a lot guys! Jumperoo kami tak bukak lagi, tunggu akachan besar sikit baru boleh guna. Lagipun kalau bukak, tak muat nak letak kat dalam rumah kami yang "comel" itu. Maka simpan dalam kotak dulu senang sikit.
 jumperoo (picture from HERE) dari Pitt+Iryd=Ai-chan plus their 2nd baby inside Iryd's womb.

Words cannot describe how i feel. 12th May 2012 to be remembered. May our friendship last forever. Terima kasih sekali lagi buat semua, hanya Allah yang mampu membalasnya. Pandai jugak my love cover line. Dia bukan reti nak surprise2 ni ataupun saja tak nak manjakan isteri dia ni hehe. Terima masih juga atas doa kawan2 blogger yang best2 ni... amin, insyaAllah semoga semua dipermudahkan...

26 comments:

Hanamiko Sakura said...

insyaAllah kak.. amin~

baca story akak pun dah rasa macam mana keseronokan baby shower party tu.. hehe

me suya said...

best3.. take care kak hanis, makin comel dah tu. :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

pompom meriah gituew
curlasttt sgt
terasa diri ai pong di situew gak
nnt nak terjah sabai sabai gak la
siap request kat pitt suruh buat pre bufday party ai chan hahahaha

Ijah EmoTemo said...

wah!! mesti best sgt khen sis?? hihihi :)

et said...

bestnyer..dikelilingi kwn2 yang menggembirakan...moga hanis sentiasa sihat n ceria...

Umie Naziera said...

untung baby,xlahir lagi dh dpt hadiah,hee ^^

kasihredha said...

seronokkkkk...sure hanis terkezutttkan...akachan sure happy gak

Fazleyatul Aini said...

wah seronok ni. mesti tak sabar nak tunggu kelahiran baby. apa2 pon, semoga selamat melahirkan ya =)

Anonymous said...

akak..berseri muke akak!!! seri ibu preggy

نورعيم said...

seronok ye akak diraikan mcm ni. hihi.

wida said...

seronoknya...bestlah hanis.
moga dipermudahkan masa bersalin nanti yer..tu je hadiah yg dpt wida kirimkan:)

ain.ya.nun. said...

Wahh, dah semakin dekat dah ni.
Semoga semuanya selamat ye.

Syigim said...

bestnye, so sweet diorang :) i dah beranak 3 ni pun xpenah ade baby shower.. huhu

Unknown said...

huwaaa suami yang sweettt !!
untung baby nih..alahai..

take care kak !! ^^

nur easy said...

dah nampak sangat perutnya.. sihat akachan kat dalam tu ya..sure chubby tu ;)

HanisLazimAndTheShaklee said...

bestnyaaaa dpt surprise ^_^

hope nnti kawen my hubby wat cmtu jugak lah.wahhh berangan plak =D

Farah Shamsudin said...

sayang, suka sgt datang sini baca all story about u tau.. sometimes jd silent reader je..heheheee

so sweet sgt la ur hubby & kawan2 yang lain..best tau dapat kawan macam drg ni,

amirah said...

eeee...bestnyaaa..bila la nak ada baby shower party..kenduri lenggang perut ada la...hahaha...hanis, sila cepat2 beranak okeh,.,tak sabar nak tengok baby comelll..haha

Asmara said...

seronoknya! ingat bby shower tu kene mandi sekali. hehe.. jakun tak pernah buat pun. moga sihat2 selalu ye Hanis. take care!

Prettywrite said...

so sweet..terharu key kaknis kalu saeng2 n tersayang wat surprise gini..rasi dihargai..hehe..best akachan tok lahir lagi dpt adioh dah..hehe..

Shana' said...

Bestnya surprise baby shower party....beruntung Hanis punya kawan2 yg baik....happy for u. salam utk akachan...:P

Munn Jaafar said...

hihhi bestnye nisssss..btuah badan ni.. =D

Kamalia said...

sangat meriah ..kalau i konpem nangis2 bagai nih..ekeke
kak ani tu dari uni mana?

lady-D said...

kalu dla memey terharulah, bsr2 gini payoh nok dpt seprais doh..huhu..terharu2..canggihnyo jumperoo itu, koho canggihla maene bdk loni..suko tgk..

Admin said...

hehe.. cun,
swet2 gitew..
semoga selamanya bahagia :)

Annisa said...

yeay.. akachan dapat hadiah :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails