Monday, July 23, 2012

Ken Hamza...

Ramai yang bertanya akan nama Ken Hamza. Kenapa letak Ken? Apa makna Ken? Memang ada Ken ke kat depan tu? Habisla kalau di terengganu jadi "Keng" semoga nama anakanda tidak dipermain2-mainkan huhu.

Asalnya saya dan cinta hati nak letak satu nama je, Hamza sahaja atau nama2 pendek lain yang bersesuain, banyak yang masuk dalam list seperti Husin, Yusuf etc. Kemudian kami berbincang nak letak nama jepun atau tak, bila fikir-fikir balik, akan letak kalau jumpa maksud yang bersesuaian. Kalau ikutkan tuan puteri (dah lama tak berangan jadi tuan puteri hu) saya ni nak la letak Hiro (bajet hero mama) atau apa2 la dalam dua suku kata. Tapi fikir2 balik over acting la pulak. Best masa duduk sini je, bila balik malaysia tak tahu la apa persepsi orang lain.

Cinta hati nak letak Miu (macam jenama miu miu pulak), sebab nanti boleh buat simbol miu maths tu (uish mentang2 dia orang maths nama anak pun nak letak perihal maths jugak hehe). Tapi Miu tu nama untuk perempuan. Malah cinta hati juga berkenan nama2 belah europe yang ada titik 2 yang susah nak pronounce tu, tapi nanti susah nak daftar, nak tulis dan sebagainya.

 sayang dia...

Akhirnya terjumpa Ken, けん(hiragana) ケン(katakana) yang mempunyai maksud sihat 健(kanji bagi ken) dan pedang 剣 (kanji lain bagi ken). Kalau orang jepun nama anak bergantung pada kanji yang dipilih. Ada yang cakap mereka sangat susah untuk memilih nama anak mereka sebab nak kombinasi kanji yang bagus/baik. Memandangkan banyak kanji bagi ken namun maksudnya berlainan bergantung pada tulisan kanjinya. Maka kami memilih maksud sihat dan pedang. Manakala maksud Hamza (bahasa arab) atau Hamzah berani, kuat dan ada juga yang saya jumpa maknanya turut merangkumi kebijaksanaan. Wallahua'lam. 

Apapun kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Ken Hamza.

35 comments:

Anonymous said...

simbolik.

Umie Naziera said...

seyesly,,sgt sedap nama Ken Hamza..unik

whitecappuccino said...

OOOO...macam tu ya? makin menyerlah kemachoaan hamza..tembam pipi dia!!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Curlasttt sgt Nama hiro tu ngeee
Ai pong dh verangan nama akachan ni asal preggy pun belom ni....
But ken tu dah cukup elok bg ai
Geng Sendai dah ader gen kun, ai chan & ken kun next anak Pitt Nama apa plak (*^_^*)

Asmara said...

Tak kisah nama apa kan. Asalkan nama tu ada makna walau dalam bahasa apa sekalipun. Contoh kalau orang Jepun masuk Islam pun tak perlu nak tukar nama kalau nama dia memang ada maksud yang baik kan! :D

*eh tadi betul ke papa Ken Hamza komen kata nak mkn cendol dgn onde2. hehe... mcm tak caya plak kalau mi yg komen. hihi..

CikUna said...

Alolo cumilnye anak mama nie... Nak cium boleh tak mama ??? Hehe germane..

Unknown said...

handerr..jepun nah

♥ p a a n i ♥ said...

Ken besar nanti mesti kuat dan bijak!

Mixed-family in da house.... said...

Tak kisah bahasa apa pon hanis, yg penting maksudnya elok....Nama anak saya pon gabungan arab + cina, cuma x ditonjolkn lg dlm blog (sebab takut kontroversi org takleh terima).....huhuhu

Anonymous said...

comelnye baby ken :)

fadhilah said...

hehe... kt tganu nnti sah sah jadi 'keng'. tp kalau panggil hamza selamat sket. ^^

DaZzlingLilLy said...

unik nama ken hamza ni..moden pun iyer jugak..apa2 pun kita hanya mampu buat yg terbaik kan utk anak2..

Kalamhati said...

kelaahh..br kak wan tau maksud ken tu..yg penting nama tu ado makno.tak kiro bahasa gapo pun deh

Ribbon and Circus said...

Ken hamza..dah boleh bukak clothing line dgn nama ni :) Best nama..:)

Aunty said...

Our name is something we will carry on till we die. I bliv it'll reflect our dignity, attitude and future.For aunty,the name given was different, catchy, nice to write and to remember.Insyaallah. Importantly, it was such a good meaning behind it. I love Ken, combined with Hamza too. So inspiring.Happy growing Hamza!

Chekgu Azrine said...

apa2pun akak suka nama tuh.. hehehe

Dina Zakaria said...

stylo ah nama baby..what should we call him then??ken ke hamza?

Puan Awin said...

geram nya tgk pipi dia yg gebu tu..

anismelon said...

dah ade baby dah akak..huuu..comel..lame tak singgah sini..

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

mcm abg ipar sye pn dlu blaja kt jepun..n mmg die nk sgt ank perempuan name hana ikut mkne jepun..
jd 3 org ank perempuan name start dgn nur hana ... (cahaya bunga ...)..
hehe

Eey said...

Hmmm... Betol tu, x kisah nama apa. Janji maksudnya baik2.
Anak2 sekarang pun nama memang pelik2 plus panjang2 lagi. Berbelit nak menyebutnya. "Ken Hamza" tu dah just nice.
:p

Cho Zila said...

ehm sedap namatu.. tak over sangat simple senang sebut.. sesuai ngan si comeltu.. moga dia jadi insan yang berani...

Fazleyatul Aini said...

apa2 pon namanya, yang penting maksudnya dalam islam adalah maksud yang baik2 kan. lena tido ni. baru lepas menyusu ke

FnF Simple Life said...

nama yang cantik...mksud yang baik... pandai mama papa dia carik nama best...

Min Aina Ila Aina said...

Unik..pilihan ibu bapa. Saya suka nama Ryu..apa maknanya ye.

amirah said...

unik.akak suka.nanti dah besar mesti dia jawab "sbb mama ngan papa kita study kat jepun" hehe

amirah said...

unik.akak suka.nanti dah besar mesti dia jawab "sbb mama ngan papa kita study kat jepun" hehe

Nieda said...

tanda simbolek lahir kat jepun.
tmpt lahir ni akan di tanya smpai masuk sekolah

msredcheesecake said...

KEN TU MMG NAMA HAMZA? INGATKAN KEN TU GELARAN JEPUN KE... SUKA NAMA KEN HAMZA...

Yong Is My Name said...

Cik Yong sudah jatuh Chinta dengan Ken Hamza ;-).. muahhh

Unknown said...

dulu ada kawan di sekolah yang sangat comel namanya 健 juga. tapi disebut たける. sangat comel dan bijak..semoga ken hamza membesar jadi anak yang berani macam saidina hamza dan bijak macam ibu bapanya.. :D

Farah Shamsudin said...

ala, tak kisahla nama ape pun.. yang penting meaning kan.. tapi kan.. nama ken hamza ni sangat unik tau!

Unknown said...

amin (^__^)

salam ramadhan... ramadhan indah bersama si tecik ken hamza (^___^)

Unknown said...

wahhh besh tui maksud nama bby u ... so pangil KEN ker HAMZA ?

montel gitu , xsabo nk tunggu bby dlm perut ni kuor bln 9 nnt

Unknown said...

alololorrhh baby pwince kite nyenyak tido...hehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails