Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Thursday, April 18, 2013

Little diary...

Ini adalah entri tertunggak, eh eh boleh pulak ye, macam bil tertunggak aje ha. Dah lama terperap tak sempat nak update.Gambar terbaru mungkin di entri akan datang. Yang dalam entri ni Hamza zaman muda, rambut pun jarang2 lagi haha... masa ni masih di Sendai.

Ni untuk bacaan@tatapan anakanda bila besar nanti, eceh verangan gitu. Tak pun angan2 kedua adalah... pada suatu hari seorang "awek"(awek tu) menghampiri Hamza dan cakap, "eh lambat ye awak tumbuh gigi masa baby dulu." Hamza terpinga2... getusnya, eh kok gimana sih dia bisa tahu (haha boleh pulak cakap bahasa lain eh, apa ingat ini sinetron?) "Saya tahu sebab saya ada terbaca di blog mama awak." sambung awek itu lagi. Aduhai, apa ingat glam sangat ke blog hana sakura ni sampai ramai pembaca haha... pitam! Berangan tak sedar diri namanya tu hihi...

27 Sept 2012 lebih kurang jam 9.30 pm Hamza made his third attempt untuk meniarap. Awalnya tangan tersekat (as usual) lepas tu my love betulkan tangan dia, tapi dia bounce back pada posisi baring. Both of us gelak sebab lawak muka dia masa tu. Sekali dia meraung punya la kuat, sama ada terasa mama papa dia gelak atau gelak kami tu terkuat makanya jiwa sensitip dia sedikit terkejut. Tapi rasanya tak kuat pun gelak2 biasa aje...


nampak penat anakanda dek berusaha bersungguh2 nak main remote tv hikhik....

the next day bangun tak mandi lagi terus nak meniarap...

Progress Hamza ni biasa2 je, tak cepat pun... tapi at least ada progress la... 2 November 2012, Hamza dah boleh mengesot ke depan... 13 November 2012 Hamza dah boleh pusing 180 darjah, angkat punggung macam nak merangkak tapi tak bergerak pun... action je lebih haha...

 20 November 2012 for the first time bila saya cakap Mama oide (come to mama) dia hulur tangan nak pergi dengan mama... berbunga2 hati i, u...
03 Disember 2012 Pertama kali dia makan jari kaki dan habiskan his first porridge!
06 Disember Hamza dah mula meniarap dengan lincah di mana2 pada bila2 masa... sebelum ni time dia rajin je...
10 Disember 2012 genap 6 bulan Hamza dah boleh duduk... (org kelantan cakap duk congok)

Hamza suka baca buku sebab mama dia baca siap dengan suara menjiwai watak gitu kan... masa ni balik je dari rumah baby sitter terus pegang buku sambil jerit geram... bila dah baca baru dia senyap... adoiii

salah satu mainan 100 yen shop yang digemari Hamza... maaflah anakanda mama papa beli mainan murah2 je haha... mahal2 bukan Hamza nak main sangat pun, sibuk nak berebut remote, nak main mug, pinggan, paper cup etc...

27 Februari 2013 Hamza mula merangkak...

04 Mac 2013 Hamza mula pachi-pachi (aka tepuk tangan). Bila cakap pachi aje terus dia buat aksi pachi sambil senyum... tapi sekarang tak senyum dah dia pachi aje...

Tak catat tarikh terkini... tapi waktu 9 bulan Hamza mula berdiri... sekarang bila dah 10 bulan asyik nak tolak kerusi atau kotak atau apa2 tempat yang dia boleh berpegang. memang kena berjaga2 takut jatuh. Nasib baik time merangkak dan jumpa benda dia jenis tak masukkan dalam mulut. Cuma yang harunya... bila dia main pintu ke, sliding almari ke... dia akan jilat kat mana2 yang dia rasa berkenen... haha, nak tahu rasa best ke tak kut... pastu bila tarik dia akan marah, kuat protes betul sekarang ni... tak dapat apa yang dia nak, bising aje... nanti ada masa patik nak rekod pastu tunjuk time dia besar nanti hik2...

anakanda Ken Hamza... will you read about this one day?


Tuesday, November 27, 2012

Autumn with Ken Hamza...

Sipp... ahh... nyaman rasa horlicks panas yang baru diteguk. Buku dan fail berselerak di sebelah, mengantuk pula rasanya... Hamza dah lama lena dalam bilik, berblog sekejap nak ambil mood study... (ye ye je kamu ni). Sejak dua menjak di patik dahulukan mana yang perlu, blog dan bw tak rancak seperti waku dulu huhu, bila dah surut kesibukan ni semua tak sabar nak menulis dan berceritera di sini. Bagi yang pernah singgah, janganlah jemu singgah ke sini lagi ye sob sob...

Pagi tadi dah hantar tajuk untuk menghadapi first defense. Tak lama dah... kadang rasa mampu ke tak untuk membentang dan menjawab soalan2 yang bakal diajukan oleh profesor2 tu semua. Walaupun dah beberapa tahun, tapi ilmu ni rasa macam tak cukup2 lagi huhu. Kalau lulus yang ni baru boleh ke final defense. Takutnyaaaa! Semoga dipermudahkan segalanya buat saya dan cinta hati. InsyaAllah...

Dalam kesibukan sempat jugaklah kami mengambil peluang untuk melihat koyou (daun bertukar warna di musim luruh). Bukannya apa, patik teringin sangat ada kenangan dengan anakanda Ken Hamza. Itupun pergi yang dekat2 je jika ada kelapangan pada hari ahad kerana hari sabtu diisi dengan kerja di lab. Nasib baik baby sitter boleh jaga Hamza pada hari sabtu. Buat rumusan ajelah pasal koyou ni, ada masa patik story mory cerita basi ye!

 naruko gorge... kebetulan waktu tu hujan jadi nak ambil gambar pun terhad apapun kami terpegun dengan keindahannya.. syukur Alhamdulillah di atas peluang ini...

 kokia yang comel, saya hanya tahu nama kokia je, nama melayu ke nama mat soleh ke tidaklah patik ketahui... ampunn...

 kireii ne?

yang ini pula sampai secara tak sengaja di Shiroishi... ingatkan dah tak ada koyou rupanya masih ada saki baki, alhamdulillah kerana berpeluang walaupun tidak dapat melihat keindahannya pada waktu kemuncak, tapi warna daun di kawasan ni senada dan seirama... sama aje semuanya... tak kalerful macam bukit lain, tengok jenis pokok jugak agaknya, maaflah patik kurang arif huhu...

di kawasan tu ada suspension bridge... tapi pendek je... namun walau hanya kami bertiga melintasinya tetap rasa goyang dan berayun... 

singgah isi perut makan nari air dengan isi kani (ketam)... not bad, sedaplah jugak...

Yosh, sambung kerja sikit lepas tu nak tidur... ganbatte to me!

Wednesday, November 7, 2012

Terliur...

Seperti yang patik mention pada entri sebelum ni Hamza memang selalu terliur dengan apa yang kami makan atau minum. Papa Hamza memang suka menyakat anakanda Hamza. "Techian titer tau" (eh apa ni tetiba pelat, konon Hamza tulis ayat ni haha).

tiap kali minum air memang my love suka buat slurrpp... diikuti dengan ahhh sambil memandang Hamza. Ada satu hari tu patik sempatlah ambil gambar sewaktu kejadian berlaku. Dia pandang je mug berisi air di tangan cinta hati sehingga mug tu dibawa ke mulut, sampai terlopong... nampak macam dia terliur kan?

waktu ni my love minum bagi ada bunyi sluurrp... Hamza pandang je lagi dan hanya mampu telan air liur, kesiannya huhu... papa "kerenat" Hamza eh...

muka mengantuk on the way ke rumah baby sitter...

Ada masa rasa macam nak story mory how to start baby food...

p/s: cikelat di entry sebelum ni ala2 teether jugak bukan cikelat betul tau, biasalah penulis over acting tulis tajuk tak menahan hikhik... (sebab ramai yg komen ingatkan itu coklat real.)


Monday, October 15, 2012

Mama to papa...

Random of us dari kaca mata lensa. Uish ayat tak agak2... biasanya mama Hamza yang suka snap2 gambar setiap masa di mana jua hehe. Nasiblah ada iphone4 percuma yang banyak berjasa ni. Sekarang bila ada iphone5 di pasaran, iphone4s pulak yang percuma tapi kena register nombor baru.Tak boleh beli sebab harganya 0yen cuma kena register dengan syarikat telekomunikasi yang bg free tu (eh ayat macam berbelit pulak, takpelah janji penulis je faham hihi, pengsan!).

to=with/and/dengan/dan dah pernah mention dalam entri dulu tapi in case ada yang terlupa (cara sebut macam perkataan "to"lak)
Mama dan Papa Ken Hamza..
Ken Hamza to papa desu...


Ken Hamza to mama desu...

first time cuba baby carrier pemberian dari geng sendai ni... sama tak mata hamza dan mama? perasan betul penulis blog ni, nak jugak ada persamaan dengan Hamza...

Hamza je yang nampak macam pandang camera, mama to papa pandang cermin. Masa ni di Uniqlo, bawa keluarga baru datang Sendai shopping baju untuk aki(autumn) dan fuyu(winter). Makin meriah geng senior citizen Sendai. Tapi kami tak lama dah kat sini, insyaAllah moga dipermudahkan semuanya, sedih la pulak wuwuwu...


Tuesday, October 9, 2012

Finally... a baby sitter

Good and bad news for us. Bad news sebab tak dapat lagi nursery kerajaan yang percuma tu. Masih dalam waiting list. Nak tak nak kena hantar jugak Ken Hamza ni sebab kerja kami banyak tertangguh. Seronok memang seronok menjaga dan melayan kerenah dia tapi apakan daya ada tugasan lain (our study) yang perlu kami selesaikan huhu.

Maka kami pun pergi ke Aoba-ward bertanyakan perihal nursery swasta kut2 ada yang murah sikit ke. Rata-rata semunya dari 45,000-53,000 yen. Baby mahal sikit berbanding kanak2 dua tahun ke atas dan tempat pun terhad. Yang swasta juga banyak dah penuh kalau ada kosong pun jauh dari rumah dan juga kampus. Tiba2 datang seorang staf bagitahu ada baby sitter yang baru dibuka bermula 1 Oktober. Agak dekat dengan rumah kami. Bayaran sama macam swasta juga. Tapi sebab kami bukan bekerja di sini dan tak perlu dapat tax ada diskaun sebanyak 20,000 yen dan bayaran untuk baby sitter adalah 33,000 yen sebulan. Maksimum kanak-kanak yang dia jaga adalah seramai 5 orang. Terpaksa la guna mana2 duit yang patut huhu.

Nak jadi baby sitter pun banyak prosedurnya, dia mestilah berdaftar dengan ward terdekat, ada sijil kelulusan, perlu laporkan bayi/kanak2 yang dijaga pada ward terdekat, rumah mestilah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh standard nursey. Pegawai dari ward akan datang check rumah baby sitter ni. Setelah membuat panggilan untuk temuduga (ada intabiu okeh) kami pun pergi berjumpa beliau, saya panggil N-san. Dia nak tengok baby sihat ke tak, lepas tu banyaklah yang kami bincangkan perihal susu, makanan bila Hamza dah boleh makan nanti. Dia sangat risau siap mention yang suami dia cakap berurusan dengan baik kang tak pasal2 perang balik jepun dan mesia macam zaman dahulu kala. Adeh... yang zaman dulu tu bukan kita perang pun dia yang datang ceroboh kan hik2... tapi tu cerita lama biarlah berlalu (sound effect lagu mendayu-dayu macam dalam cerekarama).

Tang nak terangkan halal haram tu susah sangat. Last2 kami cakap semua daging tak boleh makan. Lagipun buat masa sekarang Hamza minum susu je. Soalan paling comel adalah (setelah ditranslate "Memandangkan tak boleh makan daging, kalau bagi Hamza minum dalam cup ada gambar haiwan tak pun bagi mainan bentuk haiwan boleh ke?" punyalah dia concern kan? Terlebih2 prihatin gitu. Nak tergelak pun ada dengar soalan tu.

Lepas dah setel yang tu, mari kita tengok kerenah baby bulat baby manja ni (BBBM, tak tahan ada abbreviation tu haha) dengan N-san.
Bila bangun pagi, mata belum buka sepenuhnya lagi mulalah nak menangis kalau tak nampak mama atau papa. Bila salah seorang, patik atau my love mendekati Hamza dan bagi salam ke cakap good morning ke ohayou ke baru la tak jadi nangis tapi saje buat bunyi huu ke ekkk mendayu-dayu yang meleret-leret, suruh angkat la tu...

Dah siap-siapkan dia, pakai bib sebab sekarang selalu sangat hisap/gigit jari dan main air liur huhu... letak dalam bumbo baby sofa tu dia tak suka sangat letak sekejap je lepas tu nangis... alololo (eh over pulak mamanya)...

on the way Hamza terlena dalam kereta. Boring dengar kitaorang duk bincang2 alih2 terlena di pangkuan papa. Manja niiii...


Alhamdulillah Hamza diterima oleh baby sitter tu dan kami mula hantar dia 2 Oktober yang lalu. Tak nangis pun bila ditinggalkan. N-san pun makin memahami kerenah Hamza sekarang. Cakap pun lembut je dengan Hamza. Ada lagi nak story mory tapi tak sempat ni till then...


Wednesday, August 29, 2012

Kutsu...

Ada kang yang terbaca kusut instead of kutsu :). Sekarang pun kepala tengah kusuh wuwuwu. Ok back to the story. Kutsu = kasut, kutsu shita = stokin.
Hadiah dari dari kakak ipar, aunty mariana nun di Abu Dhabi beserta 2 pasang baju. Mama dan abah bawakan waktu datang jaga patik dalam pantang dahulu. Dah lama tangan ni tergedik-gedik nak pakaikan... tapi hold dulu sebab mama saya cakap kecik lagi, dia nanti rimas. 

Sehinggalah pada suatu hari iaitu beberapa hari yang lalu, keinginan ini tidak dapat ditahan lagi. Cinta hati ajak makan sushi sebab rasa macam dah berzaman tak makan. Rindu yang amat nak makan Kirara Sushi. Masa nak pakaikan kasut tu en suami tanya, "Betul ke nak pakaikan kasut kat dia,takpe ke?". Saya hanya angguk je sambil senyum padahal dalam hati cakap, [takpeee tak kira tak kira nak pakaikan jugak walau apa pun yang terjadi.]

Yahuu tak perlu tunggu lama, sampai je terus dapat meja. Hamza suka sangat buat muka macam ni... angkat kening, bulatkan mata dan kembangkan hidung. Kadang nak tergelak pun ada... dia pelik agaknya kat manalah mama dan papa dia makan ni...

kadang2 kembangkan hidung dan kecilkan mulut. Adakah ini menguap versi tak buka mulut? wallahua'lam hanya Hamza je yang tahu... nasib baiklah dia diam je bolehlah mama dan papa makan sushi puas2...

Tak lama lepas tu, tertidur... fuhh lega... arigatou ne Hamza sebab bagi kerjasama dan behave, lain kali behave macam ni lagi ye...

Kalau dah tak muat rugi pulak nanti, sebab tu saya pakaikan aje hehe... eh apakah itu gangnam style, semua orang asyik mention tu je, tak tahu apa2 ni huhu...
 

Tuesday, August 28, 2012

Peacock...

Dulu pernah tulis entri Maksud lain bagi rentak. Kali ni entri lebih kurang macam tu juga cuma sekarang ni libatkan perkataan peacock pula.

 inilah rupa peacock, tak agak2 siap letak gambar, macamlah orang tak tahu haha... (courtesy of Wikipedia)

Masa sekolah rendah dulu ada scene sebegini rupa...
"Awak... awak..."ziana memanggil liana (ziana dan liana bukan nama sebenar)
Liana seolah tak dengar padahal jarak mereka berdua tak la jauh mana pun
"Awak...awak.."tapi tak jugak didengar oleh liana
"Eee peacock betul."
Dengan kata lain dan untuk tampak lebih sopan serta kurang mencurigakan, cakap perkataan peacock berbanding pekak atau pekak badak.

Eh apaan sih bicara peacock ini? Tadi Hamza susah nak lena, asyik terkejut je. Mula2 saya dodoi, macam dah tidur tapi asal letak atas tilam terkejut, maka saya suruh my love take over pula. Saya baring depan tv sambil regangkan otot. Kemudian my love panggil, saya cuma dengar dia sebut tv je sambil tangan tunjuk pada tv lah kan. Kami cuma berbisik je, takut Hamza sedar. Patik pun buat muka frust sikit, ingatkan kena off tv. Terus tangan tekan remote. Kemudian my love tanya
"Kenapa off tv?"
"Tadi bukan suruh off ke takut Hamza sedar,"
"Korek telinga ke tak?"
wuwuwu patik peacock seketika, owh tidakkk...
sebenarnya my love cakap Hamza asyik terkejut macam mengigau sebab banyak tengok tv kut petang tadi. Kadang dia memang excited, padahal bukan best pun rancangan tu, siap jerit2 angkat2 kaki, sebab nampak colorful agaknya. Tiap kali saya cuba record guna handphone mesti dia senyap dan tengok aje kat mama dia ni haha...
 gambar selingan semata-mata, gambar lama sewaktu naik subway... nasib baik tidur je walaupun bising, mengantuk sangat la tu...

Monday, August 13, 2012

Jyuppun no ato...

Sebenarnya nak tulis tajuk 10 minit kemudian, tapi macam teringat pulak tajuk entri daddy Qhaliff aka En Ben santai (erk pepandai je panggil En Ben santai ada kang kena marah ni hehe ampunn). Setakat ni Hamza ok je duduk dalam stroller, janji bergerak, kalau berhenti mesti dia akan bergerak-gerak meronta-ronta. Dia boleh duduk dalam ni bila dah kenyang dan tengah mamai-mamai gitu.
jyuppun=10 minit
ato=later/kemudian
tak pasti betul tak ayat kat atas tu, sesiapa yang terel bolehla ajar patik ye
(p/s: Kak Rai, betul ke ayat tu?)

cakk...

10 minit kemudian dah lena... senang sikit mama dan papa nak beli groceries...

Perangai baru bila dah masuk dua bulan ni pantang terkejut mesti Hamza menangis sekuat hati sepenuh jiwa raga macam kena cubit huhu. Ada sekali tu dia tengah khusyuk menyusu, my love yang tengah tengok tv tiba2 terbersin. Acchumm eh tetiba ada sound effect pulleks. Badan Hamza bergerak sebab terkejut dan otometik menangis/meraung sehabis kuat sampai merah muka. Kalau bahasa ibunda patik "kejjut kanja" gitu ha. Saya pun terkejut tengok dia terkejut sampai macam tu. Kenala pujuk2 dan tenangkan dia. Nasib baik sekejap je dah ok.

Sekarang penat nak layan dia bercakap. Sampai satu masa my love cakap, "Ok, Hamza cakap ye papa dengar" haha.. kadang mama pun cakap macam tu bila mana nak makan atau minum time berbuka. Perkataan kegemaran.. "ah hawuuu" sambil muncung2 mulut hikhik. sekarang dah tambah vocab baru tapi tak reti pulak nak eja. Tiap kali nak ambil gambar/video time dia muncung tu mesti tak sempat, nak juga buat kenangan dan bila besar boleh tunjuk pada dia gambar tu sambil cakap "Masa ni Hamza tengah cakap hawuuu." Paling best bila dia nak bersin tapi tak jadi pastu mengeluh, aduii macam2 betul. Hari tu ada movie Charlie and the chocolate factory kat tv, dia dah nak lena tak jadi nak tidur, nampak khusyuk tengok movie yang colorful tu sampai habis baru la nak tido, tapi ok jugak boleh mama rilek2 depan tv. Kalau nak tulis telatah anak kat sini memang takkan habis kan? Mesti dah boring dan pengsan anda semua baca kan... oklah till then...


Friday, August 10, 2012

Ken Hamza@2 bulan...

Hari ni 10 Ogos, kesayangan kami dah 2 bulan. 20 hb nanti ada check up dan injection pertama. Harap2 Hamza tak menangis dan demam. Hu risaunya... (tak habis-habis risau...)

"i could stay awake just to hear you breathing... watch you smile 'and cry' while you are sleeping while you're far away from dreaming..."

Gambar di atas diambil pada 8hb lagi 2 hari nak masuk 2 bulan. Konon nak bergambar bersama mama dan papa berlatarbelakangkan perhiasan tanabata di bandar Sendai, tapi dia tidur pulak. Serba salah nak angkat dia untuk bergambar. Baju dalam gambar tu adalah jinbei. Yukata untuk akachan di musim panas. Kebetulan je jumpa di Jusco. Tak pernah jumpa jinbei saiz untuk baby. Sebenarnya saiz tu untuk umur 6 bulan ke atas tapi dah sedang elok dengan Hamza. Ada diskaun 20% dapatlah harga 624 yen, wee suka suka terus patik ambil tanpa berfikir...

 salah satu gambar kegemaran saya. Mama and papa love you so much!
latest: Salam semua aunties and uncles, hari ni umur Hamza 2 bulan... mama ada ambil video Hamza tapi mama tak pandai upload pulak huhu... mama ni "very the" tak celik IT.

Teringat masa mengandung dulu. Saat yang indah, masa tu syokla rasa nak dapat adik Hamza cepat2 haha... sekali bila dah lalui proses melahirkan Ken Hamza, err trauma jap... tunggu hilang memori tu dulu dan nak spend time dengan Hamza puas2. InsyaAllah moga rezeki seterusnya hadir pada waktu yang sesuai.


Wednesday, August 1, 2012

Macam-macam proses...

Ini adalah entri yang sangat boring tahap skima gaban hehe. Eh sebelum tu nak ucap tahniah Dr Halina (isteri angkasawan-aci tak tulis gini? hu), Bella bakal dapat adik. Eh tetiba plak? Ok back to the story mory.

Saja nak bercerita tentang proses pendaftaran di sini. Selepas bersalin, pihak hospital keluarkan satu sijil lahir. Proses seterusnya my love yang buat sebab saya kan dalam pantang. Selepas dapat sijil lahir, kena bawa sijil tersebut daftar di daerah Aoba. Pejabat Aoba mengeluarkan sijil lahir yang lebih official. Kemudian daftar insurans perubatan Hamza pula. Setahun kena bayar 17,161 yen. Selain tu, setiap bulan Hamza akan dapat duit dari kerajaan jepun sebanyak 15,000 yen sebulan yang akan diberi secara pukal pada setiap 3 bulan.

Selepas selesai urusan di pejabat daerah, sijil yang dikeluarkan tadi dibawa pula ke pejabat imigresen untuk dapatkan visa. Tempoh visa dependent yang diberi adalah selama setahun. Ok setel bab pendaftaran dan visa semua. Segala kertas yang diperolehi perlu dibawa ke embassy untuk tujuan pendaftaran sijil lahir malaysia dan juga passport.

Sekarang perihal nursery pula. Ada 3 jenis nursery di Sendai ni pertama nurseri kerajaan yang mempunyai international standard, bayarannya agak murah tapi penjagaan tip top, itu menurut kata kawan2 la. Kedua nursery swasta sudah semestinya international standard. Yang ni memang mahal. Ketiga separa kerajaan yang mempunyai standard piawaian Sendai sahaja. Di Tohoku University ada nursery untuk staff dan pelajar tapi sebulan dalam 50,000 - 60,000 yen. Erk pengsan! Nursery menerima bayi seawal umur 2 bulan. Tapi tak banyak. Majoriti menerima bayi pada umur 4 bulan ke atas.

Saya dan cinta hati telah memohon nursery kerajaan. Boleh pilih 4 dalam banyak2 senarai yang diberi. Itupun dengan bantuan staff yang sangat cekap di Direct office graduate school of science. Mereka tolong cari nursery yang dekat dengan rumah kami, menerima bayi 2 bulan dan mempunyai kekosongan. Hanya ada 2 nursery yang ada kekosongan. Yang lain perlu berada dalam waiting list. Selepas isi borang permohonan, kami perlu isi borang yang menyatakan kami berdua merupakan pelajar universiti, kemudian borang pendapatan bulanan.

Permohonan dibuat di pejabat daerah Aoba. Masa pergi tu dia cakap syarat lain dah ok, cuma 1 je tak cukup iaitu waktu permohonan Hamza masih kecil baru 1 bulan lebih. Terpaksa masuk waiting list jugak. Ingatkan boleh dapat terus nursery yang ada kekosongan tu. Intake nursery adalah pada awal dan pertengahan bulan selepas bayi berumur 2 bulan. Keputusan akan diberitahu 2 Ogos nanti. Kalau tak dapat sebarang panggilan dari mereka maknanya tak dapat lah tu dan terpaksa kami fikir cara lain. Nak hantar nursery swasta tu sudah semestinya tak mampu. Nursery yang separa tu pula kebanyakannya terima bayi 4 bulan ke atas dan seminggu boleh hantar 3 hari sahaja. Huhu berdebarnya rasa. Kalau dapat Hamza boleh mula ke nursery pada 16 Ogos nanti. Lepas tu barulah patik boleh ke lab seperti biasa.

Berdebar menanti 2 Ogos...


Tuesday, July 31, 2012

Senaman harian untuk bayi...

Tajuk sungguh skima. Walhal saya tak tahu pun senaman ni adalah yang umum atau tak. Selepas check up sebulan Hamza, seorang (erm tak tahulah nak kata nurse ke apa) staf dari daerah Aoba datang ke rumah. Seorang wanita sekitar akhir 30 an - awal 40 an. Sebelum datang dia telefon tanya boleh datang pukul berapa. Tepat jam 10 seperti yang dijanjikan beliau dah berada di hadapan pintu rumah.

Datang tengok rekod Hamza dan tanya perkembangan mama Hamza. Tapi dia cakap full japanese, tak semua yang patik faham huhu. Tujuan dia datang adalah untuk beritahu yang Hamza dah tak boleh pergi check up di Hospital university melainkan ada perkara serius dan dapat rujukan dari klinik biasa. Dia keluarkan buku yang mempunyai senarai klinik kanak-kanak dan tunjuk beberapa klinik yang berhampiran dengan rumah kami. Masuk 2 bulan nanti Hamza kena inject, risaunya... macam mana la agaknya Ken Hamza yang manja ni kena inject eh. Jangan meraung satu klinik dah la hu. Selain tu dia suruh isi poskad dan pos, lepas tu dapat percuma plastik sampah 50 keping. Kat sini ada plastik sampah khas kena beli. Sampah harian dan juga sampah untuk buang plastik. So kalau dapat 50 keping tu dah kira bagus dah.

Dia siap cakap sila berhati-hati dan kalau boleh elakkan Hamza dapat adik dalam masa terdekat hehe... "mochiron" (sudah tentu), mama dan papa hamza kan abiskan study dulu. Lepas dah bagi penerangan, dia tanya ada buat senaman untuk Hamza? Patik terpinga2.. hah, mama Hamza pun tak bersenam apatah lagi Hamza (alamak kantoi patik makles bersenam).

Dia cakap sehari sekali selama 5 minit. Letakkan Hamza secara meniarap. Senaman ni bagus untuk kuatkan leher akachan (baby) dan juga anggota badan yang lain. Sebab dia akan berusaha untuk dongak dan juga bergerak. Mula2 macam owh kesiannya, sebulan dah kena bersenam?

Hamza at his first attempt. Muka sangat blur, dia cuba tolak dengan kaki dan tangan sambil bunyi urgh, argh seolah sedang mencuba sedaya upaya (ayat tak menahan haha).


dari posisi berbeza, nak ambil gambar staf tu tapi takut dia marah wuwuwu... bila dah cukup 5 minit terus angkat, tercungap2 Hamza, macam nak nangis pun ada hehe, manja nii... lepas tu minum susu dan tidur dengan nyenyaknya. Penat bersenam agaknya :). Pesannya lagi, senaman ni perlu dihentikan sekiranya akachan menangis...

Tak pastilah patik tentang senaman ni. Tapi time ada masa dan nampak mood Hamza ok memang akan suruh dia bersenam. Kadang tu dia malas, baring je sampai hisap jari ish2... takpelah janji tak nangis.

p/s: berdebar nak tunggu keputusan nursery, agak2 dapat ke tak eh? hu...


Friday, July 27, 2012

Bila Ken Hamza tak neru...

Memang susah nak ambil gambar baby bila tak tidur sebab tak duduk diam nanti ada je part tangan atau kaki nampak blur. Lagi satu sebab photographer tak bertauliah haha (patik lah tu). Lagi satu (berapa banyak lagi satu daa), ni berdasarkan pengalaman Hamza je, baby lain tak tahu huhu. Hamza asal celik je mesti nangis, alau dia kenyang pun mesti nak kena dukung jugak. Sekarang baru behave sikit boleh letak kat tilam. Itupun tak lama, dia cepat boring.

Ingin ku gapai namun tangan tak sampai, eh macam lirik lagu jiwang rock dulu2 je...

Pada suatu malam, Hamza tak nak tidur maka saya letak atas tilam sebab dah lenguh pegang, borak2 jap dengan dia tak tahulah dia faham ke tak. Kadang dia pandang je giving a clueless look, kadang dia senyum "oh manisnya manisnya senyuman mu" (eh, ternyanyi lagu elite pulak). Lepas tu nampak ok je terus capai phone snap gambar dia. Gambar last tu dia dah panggil "huu huu" yang bermaksud (mengikut imaginasi mamanya) "dah la tu jadi paparazi mama, angkat la saya ni" eh eh punyalah panjang maksud "huu huu" tu ye? Kellas, Hamza tahu paparazi? hehe...

pajama japanese style gitu, tak tidur pun ni, tengah layan perasaan agaknya... tiba2 saya blur nak letak lirik lagu apa...

Hamza sedang berangan naik ke bulan... I believe i can fly...

*scheduled entry... ada urusan di selatan tapi trip balik hari je...


Monday, July 23, 2012

Ken Hamza...

Ramai yang bertanya akan nama Ken Hamza. Kenapa letak Ken? Apa makna Ken? Memang ada Ken ke kat depan tu? Habisla kalau di terengganu jadi "Keng" semoga nama anakanda tidak dipermain2-mainkan huhu.

Asalnya saya dan cinta hati nak letak satu nama je, Hamza sahaja atau nama2 pendek lain yang bersesuain, banyak yang masuk dalam list seperti Husin, Yusuf etc. Kemudian kami berbincang nak letak nama jepun atau tak, bila fikir-fikir balik, akan letak kalau jumpa maksud yang bersesuaian. Kalau ikutkan tuan puteri (dah lama tak berangan jadi tuan puteri hu) saya ni nak la letak Hiro (bajet hero mama) atau apa2 la dalam dua suku kata. Tapi fikir2 balik over acting la pulak. Best masa duduk sini je, bila balik malaysia tak tahu la apa persepsi orang lain.

Cinta hati nak letak Miu (macam jenama miu miu pulak), sebab nanti boleh buat simbol miu maths tu (uish mentang2 dia orang maths nama anak pun nak letak perihal maths jugak hehe). Tapi Miu tu nama untuk perempuan. Malah cinta hati juga berkenan nama2 belah europe yang ada titik 2 yang susah nak pronounce tu, tapi nanti susah nak daftar, nak tulis dan sebagainya.

 sayang dia...

Akhirnya terjumpa Ken, けん(hiragana) ケン(katakana) yang mempunyai maksud sihat 健(kanji bagi ken) dan pedang 剣 (kanji lain bagi ken). Kalau orang jepun nama anak bergantung pada kanji yang dipilih. Ada yang cakap mereka sangat susah untuk memilih nama anak mereka sebab nak kombinasi kanji yang bagus/baik. Memandangkan banyak kanji bagi ken namun maksudnya berlainan bergantung pada tulisan kanjinya. Maka kami memilih maksud sihat dan pedang. Manakala maksud Hamza (bahasa arab) atau Hamzah berani, kuat dan ada juga yang saya jumpa maknanya turut merangkumi kebijaksanaan. Wallahua'lam. 

Apapun kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat Ken Hamza.

Wednesday, July 18, 2012

Railway tracks...


Setiap perjalanan pasti ada destinasi yang ingin dituju. Setiap permulaan pasti ada penamatnya (kalau tengok pelem dolu2 pasti di akhir cerita ditulis "TAMMAT" hehe, eh nyempat lagi tu). Apa ke hal ayat jiwang semacam ni?

 
Berhampiran Nippori station. Tapi bukan destinasi dituju. 
 
Gambar di atas diambil dari atas skyliner, keretapi ekspress Narita airport-Ueno/Ueno-Narita airport. Gambar sewaktu dalam perjalanan pulang ke Ueno. Pagi tadi hantar mama dan abah balik Malaysia. Kedatangan pada 26 Mei yang lalu dan pulang 18 Julai. Dari saat menanti kelahiran Ken Hamza rumah kami meriah dengan adanya 5 orang penghuni (walaupun kadang mama Hamza merajuk dengan bondanya, salah emosi yang tak stabil dalam pantang kut hihi), pagi2 bila Hamza bangun pasti dia akan bercakap dan tersenyum2 dengan tok wan dan tok ayahnya, time tulah mama dan papa Hamza nak mandi dan makan pagi. Makan tengah hari dan malam mama patik tolong sediakan. Auww rasa macam princess. Dush
 
Mereka nak tinggal di Sendai sampai habis tempoh visa tapi tak sanggup nak berpuasa di sini yang kebetulan jatuh pada waktu musim panas bermakna siang lebih panjang dan panas kering. Sebaik sahaja bersalaman dan melambai pada mama dan abah, bermulalah kehidupan baru dengan hanya kami bertiga Ken Hamza, mama dan papa. 
 
Semalam 17 Julai kami ke embassy malaysia di Shibuya nak buat passport Ken Hamza. Sampai di sana jam 9 pagi dan setel proses dalam 12 tgh hari... erkk pengsan, itupun belum lengkap lagi. Kami baca dalam web embassy, gambar passport perlu 2 keping tapi bila tanya member yang dah pernah buat 3 keping kesemuanya, tak terfikir nak print lebih. Nasib baik gambar diterima, phew lega. Yang menjadi masalah bila mereka nak 4 keping rupanya (passport-2, pendaftaran-2)... lepas tu mak ayah pun kena register dan perlukan gambar terbaru (takde tulis dalam web) atau kami ni memang tak tahu prosedur nak register anak yang baru lahir huhu. Lagi satu sijil lahir dari pejabat pendaftaran daerah. Kami cuma bawa sijil lahir dari hospital je huu. Terpaksa la pos semua tu secepat mungkin, barulah permohonan akan diproses.

Conference dah makin dekat, tengah siapkan apa yang patut, harap2 Hamza behave dan memberi kerjasama buat mamanya ni. Yosh ganbatte...


Friday, July 13, 2012

Disoal siasat oleh polis jepun...

Tak sangka jalan2 makan angin waktu petang (boleh baca di entri Evening Stroll) suatu masa dahulu mengundang curiga suatu pihak yang tidak diketahui.

Disapa oleh polis jepun ni adalah perkara biasa buat kami berdua. Sebab dah banyak kali kena kat airport, be it whether Narita or Haneda. Mereka berpakaian biasa dan akan datang di sebelah kami sambil tunjukkan kad polis (ala macam dalam movie tu... kalau rajin boleh imejin sendiri). Tak ada apa sebenarnya mereka cuma bertanya apa yang kami buat di jepun dan mengambil sedikit maklumat. Kali pertama kena cuak la jugak, tapi kali kedua dan seterusnya dah lali. Bukannya buat salah pun, jadi tak perlu takut. Mereka cuma menjalankan tugas melindungi negara mereka. Bagus juga kalau dilihat dari sudut lain. Bila orang luar datang sudah tentu tak semuanya mempunyai niat yang baik. Oleh itu mereka mengambil langkah berjaga-jaga. Tiap kali tiba di airport sewaktu menuju ke kaunter tiket shinkansen mesti kena tegur. Hari tu masa nak ambil mama dan abah di narita pun sama juga. Sedang khusyuk menunggu di ruang ketibaan tiba-tiba ada lelaki ini anuar zain datang sebelah my love tunjuk kad polis. Sebab dah biasa kena dengan abam polisi terus kami keluarkan registration card dan student card tanpa sempat dia bertanya lebih lanjut, senang cerita hehe...

Yang tak disangka polis datang rumah pagi semalam. Saya tengah menyusu Hamza di bilik, cinta hati bersiap untuk ke kampus. Oh ibu (ala intro lagu exist, nyanyian mamat-sempat lagi nak menyanyi bagai) berada di dapur. Abah di ruang tamu.Yang berurusan hanyalah en suami. Polis tu menyatakan ada orang telefon bagitahu 2 minggu lepas nampak patik dan parents sekian2 di sekitar traffic light depan rumah (masa tu menuju ke rumah Iryd) dan suruh datang check. Yang hairannya 2 minggu lepas??. Padahal dah lama dah, sebelum bersalin lagi, dah sebulan lebih.

Polis nak tengok passport abah dan juga mama patik. Selepas melihat visa dan bertanya itu ini, mereka pun beredar. Walhal rumah kami ni dah dikira dekat dengan international house (kaikan) yang ada penghuni dari pelbagai negara. Kebetulan orang yang nampak kami tu tak biasa tengok orang luar gamaknya hehe.

Menyelit cerita Ken Hamza sikit, macam nilah hari2 dengan dia. Sejak rasa dah ok sikit ni, gaya terbaru dia tidur di siang hari nak kena buai dalam car seat. Kalau tak, susah nak tidur. Letak kat tilam tak sampai 5 minit dah terjaga. Nasib baik malam dia tak nak tidur dalam car seat ni dan boleh tidur di atas tilam itupun kalau kena caranya, malam ok sikit boleh bergilir dengan my love (Kak amirah, tidurkan sambil nyusu baring dia tak tak, awal2 dulu je nak huhu).  

Sebelah tangan buai (car seat tu boleh buai depan belakang), sebelah lagi menaip depan lappy. Kalau dia tidur lama bolehla mama Hamza ni buat kerja plus blogging. Kalau sekejap, sempat sentuh data ajelah huhu... kadang baru je on pc dah merengek2. Kadang ada juga tak nak tidur, paling lama pun 30 minit je. Apapun Ken Hamza adalah buah hati pengarang jantung saya dan cinta hati.

p/s: rumit juga apply nuseri di Sendai ni, ada masa nanti nak cerita kat sini... sebelum tu rasa nak cerita kunjungan mama as dan aunty kamalia tengok ken hamza.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails