Monday, July 9, 2012

Memori ichigo...

Sebesar-besar alam letak gambar ichigo kat sini hehe. Takpe kan? Bukan musim ichigo pun sekarang. Gambar lama ni.

IMG_0058
Di awal spring harga ichigo sangat murah, satu paket 198 yen, saje je beli. Tiba-tiba terasa nak makan...

Sewaktu sedang khusyuk makan, tiba-tiba teringat akan kenangan dulu. Sebelum ada Ken Hamza, saya pernah keguguran suatu masa dulu (dah tertulis belum rezeki kami buat masa itu). Waktu tu tak tahu pun berbadan dua (eceh ayat). Ingatkan hormon nak datang bulan tiba2 je hari-hari nak makan ayam goreng dan ichigo. Suatu hari di hujung minggu yang sejuk (masa winter), tengah bermalasan di ruang tamu. 

"Love, jom pergi kedai makcik ke hari ni?" (tak tahu nama kedai tapi owner dia makcik yang peramah, kedai jual buah sayur etc ala2 kedai runcit gitu).

"Kenapa, nak beli apa, bawang dan sayur dah habis ke?"

"Ada lagi, saje nak makan ichigo." sambil senyum meleret.

Buat memek muka ala2 ish ngapain dengan isteri ku ini (perlu ke tulis bahasa sinetrin di sini???)
"Malas la, kalau sayang nak pergi, pergila."

Laju2 patik bersiap dan meredah yuki yang tiba2 turun lebat sejurus keluar dari pintu rumah. Kedai makcik yang dekat (lebih kurang 200 meter) dirasakan jauh sebab berjalan sambil yuki menerpa manja ke arah muka. Kalau nganga mulut confirm tertelan.

Berkenaan makanan sejuk, bukan makanan sejuk dalam peti hehe, tapi sejuk menurut orang tua yang boleh menyebabkan kembung dan angin. Terima kasih pada yang sudi bagi info antaranya:

Timun..betik..kangkung..yg angin2 tu plez avoid ye sis.. 

buah2an x boleh langsung,ikan merah mak I gtau x gatal..kerang ,ketam,lala dan all kind of seafoods mknn sejuk menurut mak I..ayam baru2 bersalin x bleh mkn, tapi dah pertengahan berpantang boleh..daging kerbau boleh ,daging lembu x bleh..dgg ais x boleh tp daging yg fresh boleh..tp lembu tu dggnya gatal..

makanan sejuk, kubiss..hihihi ( pasti ler dah tau kan)
xpasti sgt.. maklum ler pestime jugak..
xdpt membantu.:( cume tau kubis, teh, itu jer kot..hihihi

mesti busy new mama ni kan!
masa pantang minum milo aje, tea and coffee dira tak ade minum...jaga pantang ok..untuk masa sekarang dan akan daang juga...take care!

Bila google tak banyak yang jumpa, ada satu di ENTRI INI.
blog langau- pantang larang makanan angin dan sejuk CNP dari blog tersebut.
Sayur :-

- kundur - kubis - kangkong ( sejuk ) - keladi ( sejuk ) - petola ( sejuk )

- pucuk ubi - terong - kuchai - pucuk sendi - kesum - pucuk jagung

- pucuk keti @ geti

Kekacang :-

- bendi - kacang panjang - kacang hijau - soya


Ubi :-

- ubi kayu - ubi keledek


Buah :-

- tembikai - sukun - tembikai susu - nangka - betik - labu


Makanan :-

- laksa - pulut ( semua makanan berasaskan pulut) - buah melaka

- teh - nescafe - mee kuning - jagung - bihun


Makanan yang boleh di makan :-

- sawi - bunga kubis - lobak merah - kailan

- ubi kentang - peria - daun cekur ( buang angin )

- pucuk pegaga ( buang angin ) - halia muda ( buang angin )

Amalkan meminum air rebusan halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, halba untuk membuang angin.

Bagi Ibu-Ibu lepas bersalin elakkan memakan makanan tajam, sejuk dan berangin.

Makanan Tajam @ bisa :-

- rebung - langsat / dokong ( bisa - lepas pembedahan, ada kudis, penat )

- nenas


Makanan Sejuk :-

- soo`un - jantong pisang - bayam - keladi ( sakit urat ) - cendawan

Bagi penghidap kencing manis elakkan makananan dan buah yang tinggi kandungan gula seperti :-

- pisang emas ( bisa ) - durian

- rambutan ( elakkan makan semasa DEMAM - mengakibatkan demam makin panas dan batuk) tetapi daunnya boleh digunakan untuk menjelum kepala. Bagi penghidap ASMA atau lelah adalah dilarang.

- delima ( elakkan makan semasa DEMAM )

- ciku @ buah sawa ( lelah @ penat )

Tak pasti sahih atau tak, tengok orang jugak rasanya. Yang penting makan makanan berkhasiat.


23 comments:

Anum said...

sweet memory

Fiza Rahman said...

Baru saya tau, ciku & durian (fav buah) tu makanan sejuk. Tak bley mkn selalu lah mcm nih.

me suya said...

sedap nyorrr.. ken hamza sihat?

Chekgu Azrine said...

Mcm akk ada jgk yg akk mkn even org kata xblh mkn..depends ats org jgk sis..klu dia tahan.ok je kot..yup..yg pntg berkhasiat..

Azian Elias said...

depends on individual..cuma kena hati2 lahh..

Unknown said...

kene jaga makan tau , awk mude lg..
kang x psl2 kene sakit urat

Asmara said...

eh terlepas entry makanan sejuk bawah tu. rasanya dah betul la pantang larang tu. sebab tu masa pantang ni orang cuma makan ikan bakar, ayam bakar, ikan rebus, ikan bilis, halia, lada hitam, sayur sawi, daun pegaga. Itu yg basic la, pastu takat bawang2 putih dan merah untuk rencah dan garam untuk perasa. kdg buat sup, kdg buat asam rebus tanpa lada. sekejap je lagi berapa minggu je kan habis pantang. hehe.. akk suka ikan bilis tumbuk halis mkn dgn nasi panas. itupun dah sdap! ;D

amirah said...

ooo...laksa my feveret pun berangin pusing gak ek..huk huk

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Dlm pantang byk x leh mkn
Tera nk la lepas pantang tue seksa skit la
Semua terlioq tgk ngeee

Nur-nba said...

Entri ni sangat bagus.. banyak yang Kak Nur tak tahu.. Nice sharing..

Salina Mat Isa said...

Ichigo tu strawbery ye..msti sdap dpt mkn fresh2 kn..byk mknan sjuk2..mmg msa pantang tk blh mkn..sy pn first time aritu..bru tau.

FnF Simple Life said...

aduh...dasatnye berpantang ye...mcm2 takleh makan... bagus gak sebenarnya...mesti cepat je turun berat badan kalo tiap2 hari makan ikan je tak amek minyak2 seme kan.

Ijah EmoTemo said...

strawberry itu mengancam sgt la.. nmpk maniss!! nyumsss mesti sedap! hehehehehe

Umie Naziera said...

makann dkt hospital kt cini mmg dyorang main redah bagi ja dkt kita,kdg2 bg sup kundur,buah tmbikai..kita kna pndai2 pantang sndiri laa

Qalb Awwab said...

strawberry! bestttt :)

Hani Shaklee said...

kak hanis, jangan makan daging lembu atau adikberadik lembu..nanti angin..nanti baby pun jadi perut kembung.. banyakkan masa campur halia.. masak ala2 org cina gitu banyak pakai halia..sebab ari tu tgk kakak pantang ayah masak makanan yg based on halia n lada hitam.. sume ayah yg sediakan masa kakak pantang..cam best je.. baby ayah mandikan..kakak tak yah wat pape pun.. tu pun ayah still lagi keje masa tu..thari balik rumah tengok kakak n baby..hehehe..seronok aje..

kasihredha said...

ikut negeri jugok sebenarnya ...ada negeri kata boleh make...ada hok kato tokleh make :-)

Nieda said...

org yg tak berpantang pun tumpang tengok info kat sini

Nieda said...

org yg tak berpantang pun tumpang tengok info kat sini

Unknown said...

Hmm jaga pemakanan ye kak.. Selagi belom kuat jangan makan pelik2 taw !
Take care !

Hanis Azla said...

wah.. terus teringin strawberi.. thank you hanis.. banyak akak dapat ilmu dari entry ni.. selalu main makan aje tak tahu pun makanan tu sejuk ke apa.. skrg dah bertambahlah sikit pengetahuan akak..TQ..

maszull said...

assalamualaikum hana...semoga sihat dlm berpantang ni yer..."))

msredcheesecake said...

MASA MSRED PANTANG DULU MENU MAKAN HARI2 LEBIH KURANG SAMA JE SBB TAKUT BDN TAKLEH TERIMA.... JUMPA MENU YG BADAN LEH TERIMA, STICK TO IT JE... SAFE

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails