Tuesday, August 7, 2012

Kobe...

Sehari sebelum birthday, bersamaan 27 Julai yang lalu, seawal 6.15 am dah terpacak di hentian bas berhampiran rumah saya. Tujuannya untuk ke Kobe menghadiri local conference di Kobe. Pergi balik hari dan ianya sangat memenatkan.

Dari Sendai ke Kobe tak ada direct flight. Sendai-Narita, Haneda-Kobe sangat leceh sebab kena transfer dari Narita ke Kobe tambahan pula flight Haneda-Kobe tak banyak dalam 3 kali sehari je. Maka terpaksa ambil Sendai-Osaka Itami dan dari sana ambil bas ke Kobe.

praktis untuk kali ke berapa entah, huhu... waktu ni saya sedang menunggu di boarding gate 5 Sendai airport.

Sesampai di Osaka Itami terus cari hentian bas yang berada di luar airport sahaja. Untuk ke Kobe tambang 1050 yen dan perlu tunggu bas di platfrom no 16. Tak ada siapa nak tolong ambil gambar labmates yang lain tak join conference ni... sensei patik dah menanti di tempat conference...

cab di hadapan hentian bas... bosan tak tahu nak buat apa masa tu dah mula bengkak susu (sakitnya huhu)

Sampai di Kobe terus ambil port liner ke tempat conference...

Kali ni memang pergi hanya untuk present, lepas tu terus balik Sendai, nasib baik sensei bagi kelonggaran untuk skip.

p/s: og di Kobe...

12 comments:

Asmara said...

Penatnya!! nasib baik naik flight, kalau shinkan kematu jugak. hikhik..

*lupa tnya kuih2 haritu elok tak? dah campur2 camtu takut xleh mkn je. hihi..

Nieda said...

memang sakit kalu bengkak susu. boleh menanggis bila tak tahan sgt.

qasehraihan said...

waaaa..kat jepunnnn
bila blk raya ni akak?

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/dapat-kad-raya-daripada-blogger-femes.html

Kamalia said...

alala..hamza tinggal dgn papa ye
mmg sakit kan kalau bengkak tu.bawak pam tak time tu?

Shahrul Hairy Shaharuddin said...

Kobe...
Saya ingat nama apa tadi, best juga keadaan di Jepun =)

Salam kunjungan
www.shahrulhairy.com

fadhilah said...

tak bawa pump ke?

Munnafendy said...

errr tak bawak breast pump ke? my frens dia akan bwk ke mana2 je breast pump sbb tak tahan bengkak susu...

Chekgu Azrine said...

demi segulung phd ye sis..caiyok!

Soo Hae Daa said...

Sian hamza kn tgl...huhuh

teratak hati said...

Bengkak susu mmg seksa..baik pump awal2 klu rasa penuh..

kasihredha said...

sure penatkan...jauh tu
tak de gambar little ken hamza yg terbaru ke?

Prettywrite said...

aduu letihnyo balik ari..kalu yana balik2 gak jelepek dohla..hhehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails