Friday, August 31, 2012

Merdeka 55...

Dah 55 tahun Malaysia merdeka. Cantik nombor tu, eh ke situ pulak. Semoga Malaysia terus aman makmur dan maju jaya. Siapa tak sayang negara sendiri kan? Tempat tanah tumpah darah macam lirik lagu negaraku tu.

Sejak dari kecil tak perlu tunggu merdeka pun saya sentiasa kibarkan bendera sebab selalu beli coklat yang dalam tiub panjang berserta bendera malaysia tu. Sekarang je jarang beli nak2 bila kat sini hehe. Dah tu bila dah habis makan coklat, bendera simpan buat koleksi. Siapa kumpul paling banyak dia yang menang hihi. Kemudian berangan sambut merdeka siap sebut mendeka (read merdeka), tak tahulah kenapa masa kecik dulu waktu belum sekolah lagi saya sebut mendeka haha... bukan saya sorang je tau, kawan2 yang lain pun sama... mendeka sambil kibar bendera pada tiub coklat tu. Berlari-lari, melompat pelbagai gaya. Kalau lukis bendera part paling susah lukis bintang banyak bucu tu, sampai hampir hancur kertas lukisan sebab asyik padam dan lukis semula. Adakah anda juga mengalami masalah ini masa kecik2 dulu? haha... owh nostalgia sungguh.

Tadi sempat juga tengok sambutan merdeka tapi sekejap ajelah lepas tu server online tv tu hang. Lepas tu jaga anak teruna yang agak susah nak tidur siang hari ni. Dah petang sikit baru nak tidur. Hari ni apply nursery lagi, harap2 dapat la... susah betul nursery kerajaan (percuma) sini nak terima Hamza huhu. Yang kena bayar mahal la pulak... itu yang kami tak putus asa untuk terus mohon, moga ada rezeki kami, insyaAllah...

Apapun saya pasti anda semua had a wonderful day today sebab cuti... dah kepenatan, esok (sabtu) saya ada meeting, ganbatte to me...

21 comments:

Chekgu Azrine said...

akk dok umh je..sarat2 dh ni..rest jela..huhu..

Kalamhati said...

kihkihkih mace supo jah!bab lukih bintang tu meme sapa nok soyok khetah deh..wakeke nostalgik sungguh!!

btw, hepi mendeka utk hanis jugok!!=D

Syazwan Che Deraman said...

Hhehe.
sama la kita kak.

mendeka!

moga dapat nursery tu kak
ganbatte kak!

whitecappuccino said...

salam merdeka!

Unknown said...

nama Hamza tu dekat2 nak sama dengan nama ucle - Hamzah.

qasehraihan said...

hana..saya dlu pun sebut mendeka gak..hahaha

Norliha Samad said...

Good luck hanis...

kasihredha said...

MERDEKA!!!!!
coklat yg ada bendera tu nostalgia sungguhkan :D

Umie Naziera said...

eh,betul la..adik sy pon sebut 'mendeka'..dah brapa kalai suruh dya sebut 'merdeka' tp still mendeka mendeka..huhuh

LadyBird said...

selamat hari merdeka hanis.. skrg dah brd di Malaysia ke?

Cik Sara said...

merdeka!
Tanah jatuh lagi dikenang..
Inikan tanah kelahiran sendiri.. eheh..
I'm proud to be Malaysian~
Lalalala...

Cik Pulau said...

cuti duk dumoh jah kak..
baca novel abih la jgop 2 butir.. haha

insyaAllah kak,,, sy doa kak buleh ata hamza kat nursery tu.. hee~

Annisa said...

assalamualaikum kak hanis, a'ah kenangan giler beli bendera sbb nak coklat dlm tiub tu :) kak hanis, amik gambar hamza pegang bendera ^__^ ♥

Ummi Husna said...

kan? payah betol nak dapat nursery tu.kami pon dah berapa kali ulang alik ke city hall.. geram pon ada..ada nihonjin ok je..ada yang kibishi sket... nanges camni..dulu da bayar ichi man ...tp da tak sanggup..sbb anak 2.tup2 ni man..ada anak orang lain dpt free...derang ikut kuota rupanya..so city hall skang soh kami pegi masuk tadika lain kalau nak free.. syukur la ada kereta..tapi jauh bebenar dihantar nya... demi nak jimat...apply lagi... sekolah dulu kami dah stopkan dah... skrang oyasumi 2 bulan..sbb dai pon cuti kan? ... jaga seniri.. bab2 makanan pon leceh gak ni sbb dulu dah jenoh perhati kat tadika lama..tup2 nak kena tukar sbb kuota free kat situ takde..kalau nak jugak kat tadika lama tu teruskan bayar ni man!!..oh tidakkkkkkkkkkkkkkk....


moga allah tolong kita ibu bapa yang belajar....

ameennnnnnn

Amie said...

Salam merdeka Hanis... besar sikit nanti Hamza pun boleh main bendera coklat merdeka tu... ada lagi tau!

HanisLazimAndTheShaklee said...

wahhh semangatnyaa..
betol2,kecik mmg majoriti sebut mendeka..hihi :D

sudipVSsenduk said...

salam merdeka buat Hanis sekeluarga :)

Anonymous said...

http://azrulfara.blogspot.com/2012/09/kepulangan-sudah.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+FromTerengganuToCymru+%28From+Terengganu+to+Cymru%29

mrs kayrul said...

selamat hari raya hanis

walaupun merdeka dah 55 tahun, macam dah kurang semangat kemerdekaan dikalangan belia..

kalau keluar coklat bendera tue lagi mesti best

Unknown said...

salam merdeka yer...;)

happyichigo♥ said...

Part susah lukis bintang, dira pun mengalami kepayahan yg sama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails