Tuesday, October 9, 2012

Finally... a baby sitter

Good and bad news for us. Bad news sebab tak dapat lagi nursery kerajaan yang percuma tu. Masih dalam waiting list. Nak tak nak kena hantar jugak Ken Hamza ni sebab kerja kami banyak tertangguh. Seronok memang seronok menjaga dan melayan kerenah dia tapi apakan daya ada tugasan lain (our study) yang perlu kami selesaikan huhu.

Maka kami pun pergi ke Aoba-ward bertanyakan perihal nursery swasta kut2 ada yang murah sikit ke. Rata-rata semunya dari 45,000-53,000 yen. Baby mahal sikit berbanding kanak2 dua tahun ke atas dan tempat pun terhad. Yang swasta juga banyak dah penuh kalau ada kosong pun jauh dari rumah dan juga kampus. Tiba2 datang seorang staf bagitahu ada baby sitter yang baru dibuka bermula 1 Oktober. Agak dekat dengan rumah kami. Bayaran sama macam swasta juga. Tapi sebab kami bukan bekerja di sini dan tak perlu dapat tax ada diskaun sebanyak 20,000 yen dan bayaran untuk baby sitter adalah 33,000 yen sebulan. Maksimum kanak-kanak yang dia jaga adalah seramai 5 orang. Terpaksa la guna mana2 duit yang patut huhu.

Nak jadi baby sitter pun banyak prosedurnya, dia mestilah berdaftar dengan ward terdekat, ada sijil kelulusan, perlu laporkan bayi/kanak2 yang dijaga pada ward terdekat, rumah mestilah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh standard nursey. Pegawai dari ward akan datang check rumah baby sitter ni. Setelah membuat panggilan untuk temuduga (ada intabiu okeh) kami pun pergi berjumpa beliau, saya panggil N-san. Dia nak tengok baby sihat ke tak, lepas tu banyaklah yang kami bincangkan perihal susu, makanan bila Hamza dah boleh makan nanti. Dia sangat risau siap mention yang suami dia cakap berurusan dengan baik kang tak pasal2 perang balik jepun dan mesia macam zaman dahulu kala. Adeh... yang zaman dulu tu bukan kita perang pun dia yang datang ceroboh kan hik2... tapi tu cerita lama biarlah berlalu (sound effect lagu mendayu-dayu macam dalam cerekarama).

Tang nak terangkan halal haram tu susah sangat. Last2 kami cakap semua daging tak boleh makan. Lagipun buat masa sekarang Hamza minum susu je. Soalan paling comel adalah (setelah ditranslate "Memandangkan tak boleh makan daging, kalau bagi Hamza minum dalam cup ada gambar haiwan tak pun bagi mainan bentuk haiwan boleh ke?" punyalah dia concern kan? Terlebih2 prihatin gitu. Nak tergelak pun ada dengar soalan tu.

Lepas dah setel yang tu, mari kita tengok kerenah baby bulat baby manja ni (BBBM, tak tahan ada abbreviation tu haha) dengan N-san.
Bila bangun pagi, mata belum buka sepenuhnya lagi mulalah nak menangis kalau tak nampak mama atau papa. Bila salah seorang, patik atau my love mendekati Hamza dan bagi salam ke cakap good morning ke ohayou ke baru la tak jadi nangis tapi saje buat bunyi huu ke ekkk mendayu-dayu yang meleret-leret, suruh angkat la tu...

Dah siap-siapkan dia, pakai bib sebab sekarang selalu sangat hisap/gigit jari dan main air liur huhu... letak dalam bumbo baby sofa tu dia tak suka sangat letak sekejap je lepas tu nangis... alololo (eh over pulak mamanya)...

on the way Hamza terlena dalam kereta. Boring dengar kitaorang duk bincang2 alih2 terlena di pangkuan papa. Manja niiii...


Alhamdulillah Hamza diterima oleh baby sitter tu dan kami mula hantar dia 2 Oktober yang lalu. Tak nangis pun bila ditinggalkan. N-san pun makin memahami kerenah Hamza sekarang. Cakap pun lembut je dengan Hamza. Ada lagi nak story mory tapi tak sempat ni till then...


33 comments:

fika79 said...

hanis, bagitau jugak yang salami ke sosej pun tak boleh..kdg ada org daging ni dia ingat salami boleh..sbb pernah makan kat kedai kat tokyo dulu camtuh.

Anum said...

TOMEINYA DIA SIS

Eliss said...

banyak gak prosedur dia yer. tapi kalau laa msia pun sama macam ni,secure sket kan.

Eey said...

Comelnyer bambam Hamza...

Cik Sara said...

Alololo...comelnya Hamza.. =D

Unknown said...

alolo...comeinye hamza nie...

Shana' said...

Sangat seronok mengikuti perkembangan Hamza. Alhamdulillah dh dapat baby sitter yg baik dan concern. Kalau kat Malaysia prosedurnya tak ketat mcm tu pun...main hantar je tu yg jadi banyak kes baby tersedak susu n etc. Jepun sangat bagus...insya Allah baby Hamza seronok dan pandai cakap Jepun nanti...(^_^)

Umie Naziera said...

alaaa..akak ckap nk bg sya jadi baby sitter..huhu ;)

yatie chomeyl said...

oo x seko ado jugop baby sitter deh kat jepun ni..ore pung baru tahu jah

Mixed-family in da house.... said...

Salam Hanis,

alololo tomeinyer Hamza!!!!!

Kelakar lah yg bab perang balik Jepun-Malaysia tuh...hehehehe....punyer lah jauh fikiran uncle tu yer.....

Imran@Copenhagen said...

Mkain comel BBBM. Harap2 tak meragam di rumah baby sitter

Teratak Hami said...

Tak sabar nak tunggu Hamza cakap Jepun. Sure cute bahasa baby.

Fiza Rahman said...

Bambamnya hamza. Mcm anak nipon ☺☺

fadhilah said...

alhamdulillah, tenang lah mummy daddy dia nak gi uni. hamza pun ada la jugak kawan....

mamawaiz said...

okeylah tu hanis..x pyh susah hati pasal hamza, dh ada org jaga

Munn Jaafar said...

Alhamdulillah..bagusnya prosedur kt sana siap ada intviu n cek rumah pulak. yakin ckit nk hntr baby kn. klao kt sini? errkk gelisah je pk psl pengasuh -.-*

Fizah Ibrahim said...

Mujur diterima deh hehe. semoga dipermudah sokmo akak deh hee.

cute gile ken hamza, geram rasa nak cubit2 pipi dia hihi..

a said...

Omedetou gozaimasu^^
I really can't understand malaysian xD i just got the first line.
I wanted to say, this is the first time i see a japanese woman with a scarf, you look so beautiful ma shaa Allah, and your baby is totemo kawai <3

Unknown said...

rs cepat sgt hamza ni besar kak.makin comel lak tu

Kak Mahh said...

Tak mengapa.tawakal saja insyaallah Ken Hamza dijaganya dengan baik.

ct kektus said...

prosedur yg sangat leceh. tapi baguslah. anak2 yg dihantar terjamin. :D

Nieda said...

alaa... comelnya anak hanis.
ada iras papa dia .

Chekgu Azrine said...

Alhmdulillah...syukur...

Maira Anjami said...

hehe..tergelak jap bab cwn gambo haiwan :DD..
comel nye hamza..rse nk cubit2..hihi

kasihredha said...

makin cute le hamza
nasib baik hamza ok tak nanges2 dgn baby sitter tu kan

Anonymous said...

comeinye die tdo :)

Ijah EmoTemo said...

alhamdulillah :)

heee hamza makin lama makin comel!

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

x sanggup nak tgk ken kun nangessss....rega nursery ken kun lebey kurang mcm youchien adam jer...beza ken kun x payah beli baju bagai....@.@

Unknown said...

waa..rupanya ada baby sitter jugak kat nihon..tapi mahal jugak kan.. takpe lah..nihonjin jaga mmg tak risau punya..lagi pun diorang bukan mcm kita..diorang lagi strict dan pantau..

best la hamza duk ngan babysitter nihonjin..nanti chubby cam anak nihonjin..hihihihi..

HanisLazimAndTheShaklee said...

hamza makin comel...gerammmmm!!

alhamdulilah dh dapat apa yg di cari :)

~Beb~ said...

byk nye procedure. bagus la mcm tuh kan? keselamatan terjamin insyaAllah.

pacificblue said...

makin comel..geraammm je tgk...heee...alhamdulillah dh ade baby sitter..leganya klu anto dkt baby sitter yg bertauliah..msia ptt mcm tu..xla byk kes tersedak susu yg wat kte seram je nk anto ank ke nursery or dkt bany sitter..

adi san said...

nak tanya,

haritu kan pegi cityhall...ingatkan dapat pelepasan anta anak masuk tadika...hoikuen...sbb ada anak org bangladesh kat sini free tau... so dia mintak tax masa kerja dulu.tahun lepas. since tahun ni 1st year kat sini...dah check2 dia kata kena bayar la pulak.adoi...sebenarnya kalau student mmg boleh dpt free ke tak?saya dah confuse dah... malaysian yg ada anak 3thn kat sana camne ek?? email saya cutey_fifi@yahoo.com meh kita berkenalan .... skang 1st year phd kat utsunomiya dai.

hugsss,
mama adi yang confuse

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails