Saturday, January 5, 2013

Kemenyampahan...

Adik2 sekalian alam, perkataan tu tak wujud dalam kamus BM, penulis saja je menokok nambah imbuhan yang tak sepatutnya untuk mem-voguekan lagi perkataan menyampah. Haha pengsan la para ibu2 yang membaca ni... boleh pulak nak kasi perkataan tu vogue de vass eh?

Dah lama tak balik lewat malam waktu zaman study dolu2. Sejak dua menjak busy ni, petang ambil anakanda Ken Hamza dari rumah baby sitter kemudian patik akan ke lab semula sekiranya ada perbincangan bersama sv. Tapi paling lewat balik pun pukul 10 plus je. Tak cecah 12 tengah malam, bukannya apa patik risau la, nanti tak pasal2 kasut patik tertinggal di lab sewaktu berlari... kemudian kereta bertukar menjadi buah labu, parah la kalau macam tu, terus tak boleh balik wuwuwu. Maaflah penulis dulu hingga kini asyik cindralela aja yang ada di pikirannya.

Berbalik pada tajuk menyampah. Saya teramat menyampah bila mana, waktu memandu seorang diri pulang ke rumah, masa tulah semua cerita hantu dari zaman tok nenek akan ligat berputar di minda satu persatu. even cerita main2 hantu dan juga cerita normalakusari yang beranak melalui mulut tu (penulis pelat, norkumalasari selalu sebut normalakusari), cerita antu korea dan jepun takyah cakap la yang mata merah rambut panjang, the ring muncul kat cermin dan sebagainya... huwaaaa tensi mak tau.

Ni cerita semalam, orang jepun kan suka berjalan... naik basikal etc... tapi tak menahan bila yang berjalan tu suka sangat pakai baju warna gelap. Nak2 lorong dari kampus balik ke rumah kecik cinonet pulak, lampu jalan pun jarak jauh2... (sapa suruh lalu jalan shorcut cik kak oii!, yela tak sabar nak jumpa anak la cik kak ehh... aik sendiri tanya sendiri jawab, okeh abaikan penulis bermonolog dengan diri sendiri huhu)... sedang asyik memerhati kiri-kanan tiba2 ternampak seolah2 batang pokok bergerak ala beralun bila menghampiri ya ampunnn ada seorang lelaki sedang berjalan, full set dari kaki sampai topi pun warna hitam huwaaa... lepas tu depan sikit ada selekoh tajam patik bergerak perlahan tinggg! tak semena-mena lepas tu terfikir aik, bila masa ada macam tiang kat selekoh ni? sekali bila melepasi ala2 tiang tu... lembaga manusia rupanya... boleh pulak dia berdiri kat situ terpacak macam tiang da tu kepala tunduk ke bawah dan pakai baju ada hood, guess the color? yes, its all black... kuss semangat, kut ye pun nak bertapa selekoh jugak yang jadi pilihan, bila dah berlalu pergi curi2 pandang kat side mirror masih lagi berdiri kat situ huhu... frust ke apa... lepas tu tiba2 terus tak ingat semua cerita hantu tu haha...

owh by the way... yang ini farrr farrr away from menyampah hehe, for those who misses this cheeky boy of mine...

 Papa beli pedang 100 yen untuk Hamza... kelakar tengok cara dia pegang dan goyang2 haha... pedang tu ringan je sort of polystyrene, abaikan fesyen comot tu, mama Hamza dah tak ada fashion sense sebab busy haha... baju belang seluar petak... adoiii pengsan!

pertengahan disember yang lalu, huhu gambar basi... beberapa hari selepas Ken Hamza turned 6 months, mula-mula tak faham apalah yang baby sitter cakap "nagai osuwari" lepas tu barulah faham, Hamza dan boleh duduk sendiri lama-lama, tapi mama dan papa Hamza risau selalu je monitor risau kang tiba2 tumbang hihi... tapi sekarang dah ok...

Tak sempat nak baca milestone baby dan tak berapa ambil tahu, just go with the flow huhu... i want you to grow up healthy and happy! Banyak nak story mory most of them cerita basi haha... takpelah for those yang sudi baca i am so happy to have you guys... till then!


30 comments:

hnahdy said...

haha orang ke tu.hehehe

pedang samurai tu jgn main2 :P

whitecappuccino said...

hantu nippon yer hanis? lamanya tak tengok hamza, makin kacak dia..tambah sorang lagi jepun hehe,

Papa Mifz said...

lama tak ke sini, tup tup tengok Ken Hamza, dah besar yer...dah boleh pegang pedang pun...hehe

Mixed-family in da house.... said...

Wah hamza ada gaya samurai.....

me suya said...

comel sangat..cute baby ken hamza ni..geram nak picit2

Salami Simon said...

Lama tak jenguk Hamza... dah besar rupanya! Dah pandai duduk ye... tak lama tu pandailah berdiri...

norh said...

dah besar dah hamza ye..

Chekgu Azrine said...

Still setia here..yeayyy hamza dh besar dah!!!xsaba nk tggu aish besar jgk..haha

adnil linda said...

x dpt la bce cite hamza lg..mama bz..hehehe

Hanamiko Sakura said...

hamza chan makin bujang!! XD hahaha,

Fizah Ibrahim said...

Lama dop singgah sini hihi. Amboi ken hamza panda men pedang doh deh, jadi samurai la dio pahni =P

Im happy being alone said...

comelnyerr hamza.. macam muka org jepun dah dia..

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum sis :)
Kat tempat nisa pun lebih kurang camni
Malam2 kwn drive, xada lmpu jalan. Nasib baik x bawa laju..ada pula yg naik basikal without lampu kecil then x pakai baju pula. Bahaya betul :(

Alhamdulillah, Ken daa membesar dengan sihat. Picit pipi dia utk nisa =)

Rabu rabuuuu sis <3

radziah AR said...

dah besar dah...chubby la...eee gerammmm.....oh, aura yg ditiup tak sampai2 lg hanis....hahahhaha...

mamawaiz said...

rindu kat hamza...lama menyepi. tup tup dah pandai duduk!

ct kektus said...

ken hamza dah makin hensem kah !

mintak no boleh ? nak ngurat. :D

kema said...

yeaay..dah beso bby hamza.. :)

Umie Naziera said...

dah besar dh Hamza,cpt ja masa berlalu..have a nice year akak ;)

Fizah Ibrahim said...

Kak nis nak ty nih, kalo kak nis free tolong jawab la deh hehe. kak nis kat uni tohoku tu takdop ke dorg offer scholarship? ke mmg kena mtk under monbusho je?

ARJUNA.Inc said...

hye!!.. =)...lama x dtag sini...still kat jepun?...btw..insya ALLAH..kalo jadi blan 3 ni ke jepun..hehe..

amirah said...

hamza! auntie amie miss you so much. mama kijam sebab lama x update pasal hamza. cian auntie amie tau, nak tengok muka hamza yg cute tu.

Queen said...

hye handsome =)


ken hamza duduk rumah BS..jepun ke?

Shana' said...

Kalau 6 months tu dah boleh duduk tu kira cepatlah tu Hanis...dah besar dah Hamza....kejapnya

deena awanis said...

uish..pedang lagi panjang dari tuan ni..haha

*∽ IZAN ∽* said...

wallaaa... kejap je dah jadi herooooo!!! dah bleh berpedang zas zassss lagikk!!!! hihihi

Cho Zila said...

hmmmmm ... hamza dah nampak besar..
kena tinggallah hamza malam2kan...

Munnafendy said...

nis, muka hmza kat gmbr 1st tu betul2 dh mcm anak jepun dh nis.. :)

Rai Ourkizuna said...

hiyarkh..haiyahh..hehehe..comel je main pedang..

aSmiDar said...

Mula smpsi cini..konfius..citer katun ker nma peliks .upenyer kt jepun..

mrs kayrul said...

makin besar makin comel hamza....cepat betul hamza boleh duduk sendiri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails