Monday, March 25, 2013

Sebulan yang merubah segalanya...

Mata kelip2 memandang ke siling. Nak tahan air mata dari jatuh mengalir lagi. Rasa macam dah penat bersedih dan macam dah ok tapi sebenarnya tak... buat2 happy je, menyembunyi semua perasaan sedih dan negatif. Penulis hana sakura ni senang betul menangis, pengsan! My love tak suka orang menangis (i always try to avoid crying in front of him, kalau kat rumah kami yang sempit tu saya akan pergi toilet ke, atau kat dapur time basuh pinggan ke... sebab air paip yang berbunyi tu sangat membantu haha) crying is how i comfort myself. Sometimes it really does help. Dush! boleh gitu?

Jarang betul nak tulis about my sadness especially in my study, but let this be one of my sad memory about my phd study. My sensei told me "phd is just a license for you to be able to do research by yourself". Tapi sebelum tu ada satu ayat dia bila dapat tahu saya pregnant. "you cannot achieve two things in one time, raising a child and finishing your study."And now i know it is totally hard based on my own experience and i dont want/intend to compare with others. Furthermore if your spouse is also a student like you, it will be truly hard. Sebenarnya sebelum further study saya ada bagitahu cinta hati macam mana kita ni nak plan ke tak, sebab saya dealing with experimental. Cinta hati cakap just go with the flow tak payah plan2... As time goes by tengok orang ada anak dan orang keliling duk tanya membuatkan naluri keibuan tidak dapat dibendung lg nak2 bila org kg tny siap dengan memek muka bagai haha... seolah2 pasangan berkahwin ni 2 bulan lepas kahwin dah kena mengandung kalau tak mengandung orang akan rasa pelik dan pandang serong dan hal ni kebiasaannya terkena pada pihak perempuan sahaja... so unfair! it takes two to tango u know and the most important thing rezeki ajal maut di tangan Allah. Kadang saya pelik orang tak boleh nak fikir, sebab tak kena kat dia sendiri agaknya... ok enough with this, back to the topic (tapi sebenarnya ada kaitan jugak nanti, eh pening tak haha). Nak selit sikit, lesson that i have learned, tak nak sibuk2 tanya orang/friends "dah pregnant ke?" "bila nak pregnant" "bila nak tambah lagi" and so on...

Sebelum ni ada seorang kakak ni bagi nasihat, (both she and hubby are studying and sebelum further study dia dah ada seorang anak yang chumil!). She once told me that susah untuk study bila ada anak, better ada anak lepas habis study. And i really agree with her. So far saya tengok teman study yang hold dulu untuk ada anak dapat habis on time. Saya pernah jumpa seorang dari Egypt. Dia dah berkahwin dan sewaktu kami berjumpa kami berbicara mengenai perihal anak. Dia cakap memang ramai saudara mara bertanya tapi dia akan tepis pertanyaan tu dengan cakap "saya nak habiskan study dulu kalau saya kena extend siapa yang nak tanggung, kamu ke? bukan ... tapi saya sendiri." A very tough lady and she managed finished on time. I am so proud of her.

Sebenarnya tengok bidang study kita jugak... Ada yang saya lihat ok je siap anak 3-4 orang lagi tapi itulah rezeki masing2. Nak2 yang saya ni kena berkesperimen dan bersilat di makmal... no experiment, no result meaning no thesis la kan? Tapi hanya saya je yang tahu, orang yang tak mengalaminya pasti tidak tahu akan kepayahan eksperimen ni. Bila kita buat eksperimen, ia adalah sesuatu yang tak dapat dijangka. Adakala bernasib baik dapat result. Sensei always told me, when you do experiments its like you are in front of a big wall where you have to learn how to climb the wall to go to the other side. Atau satu lagi analoginya ialah its like you are in front of a jungle that nobody have never passed through, and you need to make a path so that others can use the path that you have created. You'll never know what kind of path, and of course there will be many obstacles because it is an unknown path! Another quote told by my sensei, PhD is just a license for you to be able to do research by yourself. Tiada apa yang perlu dimegahkan dengan gelaran Dr tu. Memang dr dulu niat saya nak menuntut ilmu bukan niat nak dapat title Dr. Bila ada kawan cakap, bestnyaa tak lama lg Dr... mesti saya segan nak nyorok bawah meja sebab rasa tak cukup ilmu lagi ni huhu... serius kalau ada masa lagi saya masih nak tuntut ilmu di sini namun apakan daya...

Waktu berpantang Julai 2012 yang lalu, sebenarnya waktu itu adalah waktu terbaik untuk hantar paper/article ke jurnal. Tapi masa tu memang saya tak mampu nak hantar dan discuss dengan sensei dan juga ke lab untuk tambah data. Nak dapat result yang sekarang ni entah berapa kali tukar sample dan tukar tajuk. I had a tough time. Sebelum tu pun memang sentiasa discuss dengan sensei from time to time. Dan bila sensei bagitahu kalau lambat mungkin habis pun delay jugaklah. So i have to choose to nurture my darling kenhamza or work for my paper. Dengan badan yang masih lemah dengan rasa simpati nak tinggalkan anak i think i really have no choice at that time. Rasa dunia gulap gulita. What will happen with my job/career? Lepas tu yang tak menahan boleh pulak terbayang semua muka makcik2 kat kampung dengan memek muka yang sama macam dulu yang pernah bertanya "kenapa tak pregnant lagi" ditukar dengan soalan "kenapa tak habis lagi?" "kenapa tak habis sama macam suami?" haha pitam tak?Lepas tu mulalah nak compare si sekian-sekian sekalian. Perasaan bercampur baur ditambah dengan emosi bercelaru selepas bersalin.

Tapelah "heroin tak ggaduh" (orang kelantan dan sewaktu dengannya je kut yang tahu) haha. Mujur suami cinta hati ada di sisi, selalu dia cakap unofficially dah habis study sebab sensei dah puas hati dengan apa yang saya dah buat. Cuma formaliti kenalah ikut, seperti kena viva etc. Tambahan pula saya ada dua kali viva. Lulus viva pertama adalah yang paling penting berbanding viva kedua. Kalau lulus yang pertama insya Allah yang kedua pun lulus. Asalkan sensei dah setuju dengan apa yang kita buta sebab dia lebih tahu berbanding dengan penilai lain. Makanya patik haris kembali ke jepun untuk viva akhir april jika semuanya berjalan lancar. Harapnya macam tulah. Kena yakin dan percaya dengan perancangan Allah. Pasti ada hikmahnya. Tahniah buat yang dah habis dan bagi yang belum habis teruskan perjuangan anda. Semua orang pasti ada perjalanan mereka yang tersendiri.

 ada sesiapa rindu dengan si kecik ni? nanti patik cerita dengan detail tentang lab trip ni ye...

 Ken Hamza, mama and juhyo...

 my everything!

 yang lelaki dua orang tu seronok betul main dengan Hamza... mereka pun senasib dengan patik, geng phd yang sedang tunggu final viva aka viva kedua... ganbare!

 K-san yang tinggi macam model... pantang nampak Hamza memang dia nak dukung and peluk... nasib baik la Hamza ni ok je dengan sesiapa pun tapi nak tidur mulalah cari mama dan papa haha...


Miss typo will be forever miss typo. Pasti banyak ejaan yang salah ampunnn.. buat2 faham ajelah ye kalau ada yang tersalah eja tu miahahaaa (gelak EE).


59 comments:

PinKy MoMMa said...

xpe hanis..anak tu rezeki..jangan stresskan diri..meh peluk sikit..

mungkin sekarang hanis susah skit sbb Allah nak datangkan rezeki dan senyuman dalam kehidupan akan datang :)

lagipun dunia memang tempat utk kita bersusah susah..carilah ilmu selagi boleh..Allah tahu..Allah nampak..

please stay strong dan jadi sepositif mungkin..restu suami penting..hanis patut beruntung ada suami dan anak anak disisi sama sama lalui fasa ini :)

jgn berhenti utk senyum dan syukur dgn Allah..kamu tak kan menyesal..

Puan Awin said...

good luck dear....setelah sekian lama menyepi, akhirnya kamu muncul juga dgn entry baru...

nazayiena said...

Good luck Hanis semoga tabah menghadapi ujian nak habiskan study awak.

Fazleyatul Aini said...

ken semakin kacak !

Cik Sara said...

Gud luck sis! Dah nak viva ke? wahhhh.. All the best!

Kuazue Mohamad said...

loh sis..jgn piki apa kata org..piki apa kata Ilahi sudah..HE knows everythings..walau pahit..itu lah penawar...chaiyok2!!!

take care ya...selalu bergantung dgn Ilahi lps dah berusaha sebaik mungkin...no regreting 4 the past....it is the learning time in maturing us tobecome what we are now.!!

whitecappuccino said...

lamanya tunggu entri hanis...tau mesti sibuk amat...rindu nk tengok wajah2 hero kecik ni...insyaallah sesuatu yg terbaik untk hanis..

mommynadia said...

Ya Allah Hanis,bnyk sabar ek.Walaupun expeience yg Nadia went thru baru level buat writing for master,tapi ya Allah hny Allah tahu, berkurung dalam bilik dgn suara Adam duk cari2,2minggu lepas pantang bangun dah buat correction. Sabar,pasti ada hikmah disebaliknya Hanis. Big hug to lovely Ken Hamza :)

ain.ya.nun. said...

Bertabahlah ye. Bukan senang nak senang. Byk dugaan yang nak kena hadap sebelum berjaya.

Apapun, dan nak second VIVA kan. Means dah hampir nak cium Ph.D lah tu. Kuatkan semangant ok.

Chaiyok!

Fiza Rahman said...

Lamanya menyepi. Ken hamza makin comel.

Good luck on your phd.

HanisLazimAndTheShaklee said...

yeayy..finally update jgk belog :)
kami semua dekat sini doakan sis berjaya :) peluk cium utk hamza ^_^

Unknown said...

omedetou in advance!!sgt setuju dgn komen pinky momma tu.setiap org ade ujian masing2.for me,ken hamza cannot be replaced by anything.inshaAllah, dgn restu suami, Allah akan permudahkan jalan buat kita :)

man yusoef said...

Betul tu bila buat research experiment ni kena tunggu result semua. Jeles juga tengok org yang tak yah buat experiment dapat habis ontime. :( Lagi stress bila org tanya bila nak habis? Rasa macam dah tak tau nak jawab. harharhar

Tapi Alhamdullilah skrg ni semuanya berjalan lancar. Hiks. Gambatei kakak!

Anonymous said...

baru nak sensei nak komen, tgk2 dah mengaku sendiri. Ya allah, lamanya U tak update blog Hanis, KenZa pon dah besar.

Sabar Hanis, nak kejayaan mesti ada duka dan cabaran dulu. Oh ur hubby dah habis ke and U dah balik Msia atau nak balik Msia dah? Jgn risau Hanis, rezeki yg ade pada KenZa akan u dpt jugak. Fikir positif semua akan jadi senang. Itu yg I buat waktu ada masalah dulu, skrg Alhamdulillah everything ok now. Jgn ambik kisah apa org kata. Buat ikut apa yg hati kita rasa. All is well.Tapi mmg betul u jarang tulis kesusahan u nak habiskan PHD. I tgk u mcm ok je, boleh blogging lawak2 lagi. lain kali jgn simpan dlm hati.

p/s:adegan menitik ayaq mata tu mcm dlm BPBM masa kat tepi sungai ke tasik. ah lupa la.

From Istanbul With Love.

Mixed-family in da house.... said...

Hanis,

Hanis kuat, & Allah tahu hanis mampu tangani antara study & family. InsyaAllah.....be strong dik!

Shana' said...

Sungguh lama menanti entry hanis. Akak sedang dalam situasi sama. Struggling with PhD and 3 kids. Tapi Hanis kena ingat, dalam Islam kita ada keutamaan. Antara anak dan study anak lebih utama...Insya Allah the rest serahkan pada Allah SWT.

Annisa said...

Assalamualaikum kak hanis, welcome back. tunggu kak hanis update blog ni. woa, ken daa besar :')

em, kak hanis sabar je k. apa yg orang cakap amik sebagai cabaran. ken pun dah lahir. Allah dah tulis sejak azali lg. kita merancang Allah tentukan.

do ur best for viva. u can do it sis.


rabu rabuuuu <3


nisa, sarawak.

laskar pelangi said...

Kak! Rasa macam bersemangat untuk terus maju lepas baca entry ni. Bagi semangat untuk lebih rajin belajar. Bukan senang nak senang kan, tu la mulut orang,kita tak boleh nak tutup. Ada je nak tanya macam-macam.Macam perkara wajib je lepas kawen,nak suruh preggy, semua tu rezeki Tuhan kan..

Akak amek phd bhgian pe? Ehhhh! Heroin x gaduhhh tu, lamo dh tak dgr. eh terkeluar kelate.kih3 ;)

semoga berjaya kak harungi dugaan sebelum berjaya. hensemmmmm comel wesssss dak kecik tuh!

نورعيم said...

kak, xlamo lg keh nok abih phd ni? inshaAllah sumonya berjalab lancar kak :)

nk komen lebhi3 ore xnikoh lg xtau gano perasaan kak. huhu.

nurbijen said...

baru rasa nak pregnant... bila baca entry hanis ni macam kena defer dulu.... rasa macam tak boleh juga nak bahagi masa antara anak dgn phd...

Apa apa pun hanis dah nak sampai ke penghujung... semoga segalanya dipermudahkan :)

Lain orang lain perjalanannya... orang tak buat phd, dia tak faham situasi kita... senyum aje la dgn soalan2 mcm tu, semoga hanis diberi kekuatan :)

Pak Man said...

Anak comellll.......

kyo_9 said...

bila baca ni baru dapat gambaran sedikit sebanyak betapa susahnya Ummi ketika mengandungkan kami ketika sedang menyambung pelajaran..

Moga kak hanis berjaya dengan viva tersebut dan selamat berbakti kepada negara :)

ishamizu said...

Salam dear, be strong k. Ank tu rezeki dan penghibur dan pelengkap keluarga..in shaa Allah soon or later Hana berjaya juga habis kan phd. Amin!

Geramla dgn Ken Hamza tuu! Tetiba teringat masa Zafri baby dulu pki winter suit macam tu mmg sedap dipeluk dan digomol hihi

Take care and all the best, Hana! :)

fara said...

salam hanis
dapat juga menatap wajah ken!! :D ala hanis at least dah lepas satu viva, fara ni.. hurm.. lagi panjang cerita, perjalanan masih jauuuhhh. tapi tak mampu nak cerita pun.
dont worry dear, nasib hanis lagi bertuah dari kami di sini! :D be strong bebeh!!

Hanamiko Sakura said...

gambarre yo kak hanis, :) hanisah pun kadang2 stress dengan study.. lagi2 base studio ni.. hanisah tau kak hanis kuat.. inshaAllah, ada hikmah disebalik ni.. :)

Unknown said...

hanis sensei...u got hamza n ur hubby..tu sumber kekuatan...really adore u...

Bint Lazim said...

Salam Kak Hanis, saya ada hantar email panjang gila dkt akak! Pls do reply if you have time eyh. Thank youuu jasamu dikenang!

ummi_khalish said...

assalam hanis..be strong..percayalah anak itu akan buat kita ada kekuatan yang luar biasa..biarlah apa orang nak cakap asalkan kita ada suami yg memahami dan cahayamata serta ibubapa yang menyokong,alhamdulillah....semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu..

geget sikit pp budak tomei tu...hehehhee

dil,alexandria ,egypt...

Azmie & Vivie said...

hani-chan!
i miss u so much..
all the best for ur 2nd viva...
In Shaa Allah, semua ok nanti. vi yakin dengan kekuatan n usaha hani-chan.
ken hamza dah besar. hensem! :)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Teruskan perjuangan Hanis, akak dah rasa apa yg hanis rasakan... tetapi bila dah berjaya menggenggam segulung ijazah atau hanis Phd... masa tu segala pengorbanan sungguh bermakna.. cuma kita perlu tabah dan sabar menghadapi liku-liku kehidupan dan pandai mengagih waktu kita... Doa dan tawakal kepada Allah yg sangat membantu kita hanis... InshaAllah hanis akan berjaya... :)

mesuya said...

Salam kak hanis..
Yuhuuu, part org tanya2 tu suya rasa suya pun faham.. Ma suya selalu pesan dr dulu, part rezeki org dh kawen ni jgn soal apa-apa.. Never say something sbb one day u will get married too. So Sekarang ni, walaweyh memang soalan cepumas kot.. Asyik tanya bila nak mengandung.. Aiyooo..

Actually, sedih.. sebab baru last week miscarriage at week 13 of pregnancy.. So me getting stress pulak nak balik kg. Nanti ada lagi yg tny.. seb baik family semua baik hati. Apa-apapun suya doakan akak berjaya in ur PhD. InsyaAllah, i will follow ur step later sis.. Skrg terhegeh2 nak amik master..Also experimental basis. kimia jugek..Doakan Suya juga yer :)

~cAhAyA kEmUL!aAn~ said...

wah tak lame lg bole pgl Dr. Hanis!! :)

xpe pn., kakak saya dlu pn extend lame jugak..tp die ckp sbb ade anak la jd lg kuat..rase mcm x berbaloi give up sdg kn selama ni anak pn kne bekorban same(sbb syk kne tgl)..semoga segala urusan pn. dipermudahkan..insyaAllah.. :)

Nieda Ramly said...

akak pun pernah beraku mcm ni. pospon maktab utk bersalin. tapi sekarang bila fikir balik, anak dah beasr pjg mak masih muda (perasan)

Eey said...

Bertabah laa Hanis...

Setiap kepayahan tu ada kemanisannya. Nanti Hanis akan rindukan saat2 skarang ni.

Also, jgn fikirkan sgt kata2 org "ittuew". You can choose what u want. Because it's your life. Senyum je dgn apa jua statement mereka. ;)

You really a strong lady, you can go thru this. Believe it!

Unknown said...

anak tu rezeki yang priceless daripada NYA..

stay strong sis :)

fadhilah said...

all the best!!! moga Allah permudahkan. tinggal 2nd viva je tu. sket je lagi...

sangat setuju... setiap orang perjalanannyer tak sama. yang penting kita buat yg terbaik. pilihan yang kita buat masa tu adalah yang kita rasa terbaik.

kiss kiss utk ken hamza.

Munn Jaafar said...

nis kena kuatkan smgat lg okeh.jgn putus asa, insyaAllah ken hamza pmbawa rezeki yg melimpah ruah buat mama papa...bkn rezeki duit je tau..insyaAllah dgn kejayaan mamanya bgelar Dr.

goodluck nis. sy kagum ngn awk tau.sy teringin nk smbung blaja lg...tp... (sila smbung sndri lah hehe)

Anonymous said...

hai awakkkkkk... ala tomei nye anak teruna awak tu .. dh beso dh yew..

emmm saba ye, tuk sis pun gitu .. kalau ikutkan nk je further study tp dh ado anak2 ni rs nye idok lew .. uhuhuh dlm angan2 je la.. bior nnt anak2 plak yg "panjat menara gading ' tingi2...

tp kalau awk rs bley , go for it.. jgn pk pe org ckp .. but mmg agak bersilat gayung la kalu nk jaga anak2 + study ..

Nieda Ramly said...

bertambah comel ken hamzah

maszull said...

assalamualaikum hanis...gud luck yer...dah besar si kecik hamza tu makin comel...:)

si.ra said...

we are in the same boat. cumanya bot saya hanya ada saya sorg dgn experiment saya sj :)
sy pun punya perasaan yg sama bila org ckp pasal panggilan Dr. memang rasa mcm nk nyorok bwh meja ja..huhuh
apapun, all the best ya hanis. iAllah, awak pasti boleh buat. jgn risau, Allah ada!

tolong doakan saya jugak k. experiment saya dah ke laut dah. sensei dah suruh stop sbb tak membuahkan hasil. jadinya sekrg nk kena goreng2 supaya sedap masuk thesis. adoiiiii serabut.

Chekgu Azrine said...

serius akk fhm sgt sis..even akm br sem 3 tp dgn ada ank kck ni..akk mcm LOST giler..whatever it is..hidup msti diteruskan..good luck on 2nd viva..:)

Unknown said...

Wahhh comeinyaaaa budak kecik tue :)

Unknown said...

Salam perkenalan hanis, sy ade kat nagoya la ni ikut hubby study...

Cam sy plak pun org dok tnye " tanak study skali ke rugi dah alang2 cuti..." cewah sng je dorang ckp dorang nak tlg jaga anak2 sy yg still baby lg tu ke (2 thn & 10bln)... Skang ni pun wlupun fulltime housewife tp nak kms umah pun tak smpt.. Melayan kerenah anak2...

Good luck for ur viva.. Selama ni silent reader je:)

Mamababahnkids.blogspot.com

amirah said...

hanis, miss you and hamza so much.

akak harap hanis sabar ye memang ada masanya kita akan alami kesedihan. it's okay to cry. harap lepas ni smooth ye hanis punya study. dan dapat habiskan dengan jayanya. jgn duli orang nak cakap apa pun hanis sebab dorang taktau apa masalah kita pun. dan dorang tak membantu pun dalam kehidupan kita. so jgn bother. hope to read more soon

sudipVSsenduk said...

berat mata membaca, berat lagi bahu yg memikul. Pasti ada hikmah setiap kejadian yg Allah jadikan, sabarlah dik. Akak doakan moga dipermudahkan olehNya segala urusan Hanis. Jgn sedih2 :)

Syuhada Hassan said...

kak hana!!!! i love you so much....sabar kak...Allah knows the best. tidak akan terjadi sesuatu perkara melainkan itu yang terbaik yang telah DIA tetapkan...'ciksu' syg Hamza sgt2~mmmuahhhh lalink...

Yanaa Kamaruddin said...

salam, hai cik hanis! :D please, don't be so sad! cik hanis boleh go through semua tuu! chaiyok2!! hehehehehe. *tak sabar tunggu cik hanis blk m'sia! nak peluk hamza!! :))

Dina Zakaria said...

seriusly bukan senang nak jd ibu dan students..tabik spring kepada yg dah berjaya..bukan senang tak bermakna tak boleh kan??=)

doakan dina jugak ye..tak mahu extend2..nak habis 3 years please...

Cho Zila said...

hanis... akak baca penuh kusyuk.. takper nis .. kalau Allah dah tulis begitu memang begitulah jadinya.. harap berjayalah hendaknya.... tak mudahkan nak mencapainya... pasti hamza bangga ngan ibu dia..

Fizah Ibrahim said...

Patot lama dop post entry. Hurm, takpo kak nis, kitaorang sini sume doakan kak nis insyaAllah moga dimudahkan segalanya hehe. Jangan putus asa, chaiyok2.

Heroin dop ggaduh nyo hehe ;)

fika79 said...

hanis..it just a small matter..jgn risau...setiap perjalanan Phd ada ranjaunya..but at the end insyaallah kita akan rasa kepaminas itu..akk pun still in the battle.but akk salu remind diri sendiri "NEVER GIVE UP".and now i think i'm happy the way i am.

pacificblue said...

All the best

Unknown said...

hye...salam kenalan zila di sini...bestnye kt sana tu ye...likeeee ur blog

Husna Adnan said...

Good luck, sis! YOU CAN DO IT!

Nini D.. said...

sabarlah dear...kuatkan semangat.dugaan tu tetap ada.tabah ye....

Penjejak Mimpi said...

Assalam..

Lama betoi tak jenguk sini..

Apa pun, sy doakan Hanis akan sentiasa tabah dan kuat mengharungi semua. Biasalah.. mulut orang bukan buleh ditutup. Orang akan terus bercakap dan bercakap. Persetankan lah dengan semua tu. Anggap aja semua itu adalah cabaran. Kadang2 yang bercakap tu tidak tahu apa yang dicakapkan. Aneh tak manusia ni? Haha..

Apapun, good luck untuk Hanis. Muga berjaya bergelar Dr suatu hari nanti.

p/s Tumpang happy.. :)

Amie said...

Tabahkan hati.. usah dikesali apa yang telah berlaku, kuatkan semangat, cari jalan terbaik untuk meraih cita-cita hingga ke hujungnya, semua yang ada pada Hanis sekarang ni penting... apalagi Hamza... sian si comel tu, dia tak tahu apa-apa, kita yang dewasa ni boleh berfikir, buatlah pertimbangan secra rasional... amanah Allah tu..rezeki!

Ummi Husna said...

same le nasib kita ibu2 phd yang ada anak di jepun ni. -_- saya berserah pada ALlah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails