Kami naik bot di jeti Kuala Besut.
tadaaa... inilah rupa jeti Kuala Besut...
Memandangkan kami sewa bot khas untuk satu family, maka kami tak perlu beratur dan terus ke laluan khas sebelah kiri ke tempat parking bot....
kat sini pun dah nampak mr fishy... terus teringat cerita finding nemo ok!
all on board? lets go! Tak cukup korum ni sebab mama abah tak join dan juga dua beradik lain (anak sulung, kakak dan kedua, abang ada hal yang tak dapat dielakkan...) huwaaa sadis, hopefully next year semua boleh pergi... (eceh verangan nak pergi lagi next year kan haha)...
meow2 ni adalah jaga bilik kami haha. Dari check in sampai keesokan hari memang kat situ aje dia ha... tak lari pun tapi malangnya telah dihalau oleh cinta hati patik sebab dia tak suka meow lagi satu anakanda hamza dah mula nak sentuh2, memula dia buat dono je lama2 macam berkenan pulak kan pap terus tepuk kepala... ish2 ish... pitam mama cenggini...
Pulau perhentian kecil (kiri) dan Pulau perhentian besar (kanan)
abaikan model tak berbayar lagi jelek itu haha... flora bay resort berada di pulau besar di teluk dalam... syokla jugak kedudukan kat teluk ni, sebab agak tersorok airnya tenang damai je (eceh yeye je kamu ni). Malah oktober hingga november pun resort ni masih boleh dikunjungi, kalau kat pulau kecil bulan sembilan dah kena tutup sebab ombak kuat sangat (ni pak zin cakap, orang lama kat pulau ni)...
entah berapa kali jatuh chenta.. itu belum pergi spot yang best (patik pun tak tahu kat mana wuwuwu). Lagipun masa 3 hari 2 malam tu sangat singkat nak explore... buat yang mana sempat je..
hari pertama sampai tunggu untuk check in dan petang tu bersiar2 tepi pantai je, bawa anakanda kenal laut pulau... petang air surut sikit, jernih kan? tengok la anakanda ken hamza tu takut nak jalan, nak dukung je, dia takut air kolam laut dan sebagainya (tapi kalau kat bilik mandi nak main air sampai tak nak keluar, keliru i dengan anakanda ni) dan kebiasaannya akan ambil masa 30 minit kut nak bagi dia enjoy main air laut... adoii pengsan... mula2 aje yang susah lepas tu tak nak bagi orang pegang dah bajet dia pandai swimming la pulak... macam2 la hamza ni kelakar betul!
topi yang membawa seribu kenangan. Topi biasa2 je beli sewaktu ke venice dulu (nak fefeeling punya pasal, belila topi ni). Tapi nasib baik jugak beli sebab kurang panas waktu berjalan... letak gambar ni kat IG with a caption "from venice to perhentian, from cappuccino to teh tarik" hehe... dush! Lepas ni nak ke mana pulak wahai topi?
ada restoran alur pinang di flora bay resort and makanannya nasib baik best dan boleh diterima, tapi mahal sikit la, biasa la dah duduk pulau what choice do you have? pelbagai variasi sarapan, masakan panas dan juga buffet bbq yang best! bbq RM30 per person... masakan panas seperti nasi goreng bermula dari RM6 dan portion yang banyak ala2 portion mat soleh. Sebab ramai sangat tourist... ahauww tak larat nak cuci mata, siap ada drama romantika lagi ha... adoii pitam... walaupun resort ni bintang tak seberapa tapi sangat ramai tourist yang terdiri dari cakap london, cakap french, german dan juga bahasa yang patik tak dapat kenal pasti.
ok, nanti sambung lagu... i found this song so inspirational... best!
till then...
13 comments:
syok jalan2
nasib baik hanis bawak topi venice tu yer...huhu..tomei nya hamza..bam bam sgt..
jeles..dah lama giler tak ke pulau2 nih
wah bestnya bercuti-cuti pulau
pulau mmg best utk bercuti..tenang jer..tengok air nyer jernihnyerrrr..
rindu terus ngan tengganu huhuhu
Wah gi jalan2 ye ken hamzah, makin tembam tu.. geram lak akak tengok hanis ;)
assalam dear..
ya ampunnnn. dah besar dah bujang awak. dah balik mesia ke..
teh tu mesti kaw . betul tak?
bestnya perhentian.. one fine day.. insyaAllah nak kesana jua.. hehe
syiok... syiok jalan2 sefamily gitu.. yang penting tempatni memang sesuai untuk bertenang jauh dari kesibukan .. alamak rindu lak nak ke pulau...
aah la lgu best
tq for sharing :)
cekgu syg...so far rating utk tmpt ni mcm mne? buln 5 nk bawa family ke sini...risau plak kalau servce xbes...
@azah mislan
yuhu azah... sy ttau nk reply katne... awak ada blog ke? hopefully awak baca komen ni... ok flora bay resort ni puas hati la padan dgn harga. cuma kat pulau makanan dia mahal sikit la tp makanan sini alhamdulillah seme best2... dia jaga kut sbb ramai pelancong luar...
Post a Comment