Showing posts with label Pulau Perhentian. Show all posts
Showing posts with label Pulau Perhentian. Show all posts

Tuesday, September 10, 2013

Snorkeling experience...

Sebelum sambung ceritera semalam, sekadar selingan sahaja...

 wall of fame memories (fame! i'm gonna live forever... eh termenyanyi pulak!)... paling kiri gambar draduate degree owh sungguh suci murni haha... gambar master kat wall lain, frame paling atas tu gambar kawin.. ahauwww... terimbas kembali memori dolu2... semua ni abah dan mama yang susun... bukan patik (bertuah punya anak hehe...)

 with mama and abah raya hari tu... 


gelagat anakanda naik bot on the way ke pulau perhentian... ok selingan tamat hehe... mari kita meneruskan perjuangan...

Kekanda miss yanggi (kak nim) dah biasa ber snorkeling sampai ke krabi nun lagi ha... patik ni first timer. Takut2 nak cuba tapi perasaan nak cuba tu ada... mendapat arahan dari miss yanggi pagi2 lagi on the next day sila get ready untuk pergi snorkeling. Semua alat telah disediakan, tinggal bayar kos nya aja... tapi nak bawa ke si kecik anakanda tu? cinta hati my love tak nak pergi, dia takut pening bila bot bergoyang mengikut arus ombak, ubat mabuk laut takde la pulak, patik ni pun belum tentu mampu bertahan ke tak... adik beradik lain turut mengajak my love dan akan bergilir jaga Hamza, tapi cinta hati macam berat hati nak pergi dan suruh patik aje yang pergi... huwaa tolonggg, gimana sih, mesti la patik hati tisu nak tinggalkan kekasih hati yang berdua itu, tapi kalau tak cuba snorkeling sekarang bila lagi?
 
bot dah sampai, masa ni masih 50-50, at last patik ambil keputusan untuk turut serta bersama adik beradik lain setelah mengesahkan berkali2 dengan my love whether if he's ok if i join the trip with the others... 

  bot ni pun hanya untuk kami sekeluarga sahaja harga RM30-RM40 per head... boleh call pak jen a.k.a pak zin hehe sempat jugak promote...

splish splash ombak... hati masih gundah gulana...

 
sempat lagi mat soleh tu lambai haha...

perhentian pertama... tapi pak zin stop sini sekadar tunjuk je, sebab ramai kanak2 riang ribena dia tak berani stop snorkeling sini.. nampak je air cantik dan tenang tapi kadang kala ombak kuat datang so bahaya kalau ada kanak2 snorkeling, kalau trip dewasa dia akan bawa ke sini...

kemudian bot terus bergerak ke sini... di hadapan perhentian island resort. Dulu miss yanggi dah stay sini bawa mama abah... tapi adik beradik lain tak ikut, masa tu pun patik masih di jepun... dia pun dah pernah snorkeling di pulau perhentian tapi di spot berlainan. 

 
tujuan berhenti kat sini sebab pak zin nak oshiete (ajar) cara2 bersnorkeling. Kat sini pun cantik... ahhh pitam! lepas tu patik tak ada ambil gambar dah sebab tak sediakan kamera yang sesuai dari awal huhu... hanya ada memori dalam medula oblongata ajelah... saya ada beli kamera filem yang boleh masuk air tu tapi 25 keping gambar je, tak cuci lagi gambar tu sebab bila pergi kedai gambar berdekatan staff kat situ cakap "kita tak buat dah filem, sekarang semua digital kak" cakap acuh tak acuh sambil tersenyjm sinis... wah2 eksennyaaa, patik rasa geram jugak masa tu tapi senyum ajelah wuwuwu... sadis i... kalau gambar tak jadi double triple sadis...

ok berbalik semula pada snorkeling, Pak Zin ajar satu persatu sehingga pandai... huwaa susah jugak ye... rasa pelik bila tertelan air masin (tak biasa mandi laut haha). Lepas tu kena gigit muncung tempat bernafas tu ya hampunn rasa besar macam nak termuntah je haha... mula2 je la, lepas tu ok... cara ikat life jacket dengan betul pun dia ajar jugak... lepas tu ketatkan goggle, pastikan bila sedut nafas plastik kat hidung tu turut tersedut sama tu maknanya dah fit kalau rasa ada angin2 masuk tu silalah betulkan. Bahagian atas goggle tu jangan bagi terkena tudung biar kena kulit kepala, macam2 la nasihat pak zin tu, kemdian dia suruh apungkan badan dan selamkan sedikit kepala lepas tu cuba bernafas melalui saluran kat mulut tu. bila rasa dah stabil kayuh la kaki tu sikit2 bagi bergerak... tapi serius patik tak mampu lawan arus ombak kalau kuat sikit memang akan terbawa2 haha... lembik betul... nanti lain kali nak beli fin kaki tu (eceh lain kali tu... tak menahan!)... kat depan resort ni pun dah banyak ikan boleh tengok... coral pun banyak... tak sangka boleh nampak nemo depan2 mata... banyak lagi ikan lain yang kalerful yang tak tahannya siap datang lepas tu gigit jari (tak sakit tapi geli haha) apa lagi terkezut ocopot la i ok!... rasa macam nak cakap tolong tolong pirana (penulis dah mula over ekting :p)...

kemudian nampak penyu haha... patik siap lambai2 duk imejin penyu dalam finding nemo... besarnya yang amat satu pemeluk i ni belum tentu... jinak aje dia... tapi tourist ramai sangat... dan semua terror berenang adehh terkapai2 i dan terhalang lah pandangan huhu takpelah dapat tengok sekejap pun jadilah... pak zin panggil pi-yung (terengganu style haha... so comel..., i tengok piyung okeh!).


Kemudian naik bot untuk ke next spot... tapi entah kenapa bila naik semula bot bau minyak bot tu kuat sangat sampai rasa nak termuntah, bukan patik sorang tapi kakak ipar pun sama... tapi patik ni ha sampai termuntah... kakak ipar uwek2 je tak terkeluar isi... tapi patik ni uwekk keluar air teh tarik yang minum pagi tadi huwaaa sabar ajelah... bau minyak tu menusuk ke hidung sampai termuntah...
next stop tu patik turun sekejap je tengok ikan di sekitar bot, tak berenang jauh ikut adik beradik lain... lagipun bergilir jaga Faiz, anak sedara yang tak nak turun snorkeling... lepas tu patik la jadi photographer. Takde orang pun nak ambil gambar i wuwuwu... sadiss...

 
miss yanggi and her son Alyff

peace dengan fishy...

peace lagi haha... takde keje betul...

diaorang berenang sampai sana... miss yanggi cakap ikan lagi banyak dan cantik dan coral pun cantik2 huwaaa sadis je dengar... hopefully ada rezeki patik juga satu hari nanti... 

pasangan romantika kak ja (kakak no2, anak ke-3) n abg fatah...

pak zin tengah tengok peta harta karun, ampunnn gurau je...

kak ja and son... (Umar)

abg fatah and son (Aqil)

patik jadi baby sitter Faiz... masa ni dia dah sedih nak mommy katanya...

stop terakhir Lata Air Berani... Pak Zin kata ubat segala penat lelah snorkeling hehe... 

air kat sini pun best, jalan sikit akan nampak air mata air... ya ampunn lagi sejuk dari air laut brr... ampun tak ada gambar sebab pergi sekejap je huhu... lepas tu duk fefeeling kat tepi bot ni haha... i will remember you pulau perhentian, ada rezeki jumpa lagi... arigatai ne! tu cakap jepun kang ada cakap patik menggatai haha...


Sebelum mengakhiri entri, tak habis2 selingan...
TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..


Sunday, September 8, 2013

Suasana pulau...

Tak habis2 lagi ceritera pulau. Biasalah penulis ni suka cerita sikit2...Bukan apa kalau nak tulis dari awal sampai habis memang nak kena mengadap blog je sampai tak buat kerja lain :p. Seperti yang dah diceritakan di entri sebelum ni kat depan Flora bay resort ni ada buaian. Bila dah ada buai harus la fefeeling bawang merah bawang putih gitu kan. Jadinya masa naik buai dengan anakanda patik pun nyanyi la lagu buai laju tu saja suka suka dan juga nak introduce pada anakanda tentang lagu juga pelem kegemaran bonda dia ni. Sekali aanakanda pun join sama, dia nyanyi ikut suka dia je... "aaa laaa... laaalaaa... aaAAaaa"... pitching tu takyah cakap la klan haha (menyesal tak record time ni). Tapi my anak sedara ninin sempat ambil gambar...

tu dia beria betul Hamza nyanyi dengan mama haha... sampaikan nak tidurkan dia kena humming lagu buai laju tu (even until today)... wah2 hebat tak penangan lagu tu haha... (EE please baca entri ni!!!)

ajak my love bergambar sama... sib baik sporting, ailebiuuu...

dah tak tahu nak buat apa dia pi menyibuk kat sepupu2 senior...

tadi bagi can kat anak saudara dulu bila nampak line clear apa lagi... terus la baring2 ambil angin pulau... sebelah kanan tu pulak tengah buai laju seorang diri sambil angkat kaki (adoii pitam tak?)

dah bosan, jalan2 tepi pantai... terjumpa gamat... nak pegang tapi fikir banyak kali sebab tekstur dia yang geli geleman tu... hurrmm chotto ne!

gambar bayang2 adalah wajib hokeh hikhik... fefeeling seorang diri dan juga bersama anakanda Hamza...

last but not least... masa ni duduk kat titian jeti (eh betul ke ni? yang atas papan tuuu)... sambil goyang kaki dalam air... aahh i miss u pulau! ada rezeki nak pergi lagi tapi nak try resort lain pulak, tak pun ke pulau lain, jejom pergi sama nak?

pengalaman snorkeling yang tak seberapa di entri seterusnya...


Thursday, September 5, 2013

Ken Hamza easy breezy...

Easy breezy tu sebenarnya menggambarkan suasana pulau yang nyaman hehe... bermacam aksi dan ragam anakanda sepanjang berada di teluk dalam, pulau perhentian besar. Sebelum introduce Hamza dengan air pantai, saya bawa dia bersiar2 tengok pemandangan sekeliling.

 masih pelik tengok laut agaknya?

 muka nampak masih blur hehe...

 dikala sepupu2 senior dah tak ingat dunia mandi pantai nun di sana, dia masih terkebil2 dan asyik cakap duu daaa duu daa... mama tak faham apa anakanda nak story mory tu... mungkin dia cakap pulau tapi yang terkeluar duudaa (uish tinggi imaginasi mama hamza ye haha)...

 
ok, dah macam seronok sikit...
 

 warming up...

 
kemudian dia main pasir dan musnahkan hasil seni yang dibuat oleh sepupu senior.... haha...

 pertama kali mama dia bagi peluang main pasir habis semua dia gali, dah macam gaya mencangkul pun ada... elok2 sepupu senior buat sea shell dah rosak satu hikhik...

 ok masa untuk masuk dalam air laut yang suam2... best! (sebenarnya patik yang tak sabar nak main air laut)... tak sampai 5 saat dah nangis minta dukung... lepas tu baru ok...

 
 seronok tengok sepupu senior main, dia pun cuba tepuk2 sikit air tu... lepas tu over la kan, tak nak bagi orang pegang dah, harusla panggil papa untuk take over...

 ni bila ntah dah tak ingat haha (itulah peram cerita lama sangat)... amboi siap goyang kaki lagi ye? kat depan tulah kami selalu ambil port sebab ada buai... harusla patik suka kan? boleh feeling bawang merah bawang putih buai laju gitu! Pitam! buai laju ada satu je kat situ kat pokok lain banyak buaian net tu (entahlah patik tak tahu nama dia apa haha, jakun).... gambar sebelah kanan salah satu muka kecewa bila tak dapat apa dia nak, kuat merajuk betul... geram ok...

 mula2 jual mahal...

 lepas tu seronok sampai tak boleh nak buka mata hehe...

vocab anakanda tak banyak pun setakat hari ni, mama la perkataan pertama dia boleh sebut (ecece... kembang sat)... lepas tu, "tu tu" sambil tunjuk dengan jari telunjuk... kemudian "tah tah" (cicak) disusuli dengan "naknak" (bila nak makan) dan yang terbaru baru boleh sebut papa... tersengih je my love sebab puas diajar sebelum ni mesti dia sebut dadi instead of papa haha... walaupun vocab tak banyak tapi dia dah boleh pick up apa yang kita cakap cuma dia nk cakap tak boleh... semoga terus membesar dengan sihat dan cemerlang... huh? entahlah patik tak jumpa perkataan yang sesuai haha..


Tuesday, September 3, 2013

Flora Bay resort pulau perhentian...

14 tahun (over exaggerating sangat sampai bertahun :P) baru nak sambung cerita kan haha... banyak entri tertunggak, tergolek, tertonggeng semua ada la (erk ke situ pulak... ). Ok bagi yang bertanya panggilan pulau mana yang kami pergi, tak lain pulau perhentian besar... bukan kecil (yang ada long beach tu.. ampun kalau salah info).

Kami naik bot di jeti Kuala Besut.
 tadaaa... inilah rupa jeti Kuala Besut...

 Memandangkan kami sewa bot khas untuk satu family, maka kami tak perlu beratur dan terus ke laluan khas sebelah kiri ke tempat parking bot....

kat sini pun dah nampak mr fishy... terus teringat cerita finding nemo ok!

 all on board? lets go! Tak cukup korum ni sebab mama abah tak join dan juga dua beradik lain (anak sulung, kakak dan kedua, abang ada hal yang tak dapat dielakkan...) huwaaa sadis, hopefully next year semua boleh pergi... (eceh verangan nak pergi lagi next year kan haha)...

dah nak sampai resort... beberapa ratus meter sebelum sampai, air nampak "macam" cetek, pasir yang landai tapi penuh dengan coral dan juga batu-bata, tapi coral biasa-biasa aje kut. Tapi suka sangat tengok air jernih tu huhu... rasa nak terjun terus (apa, bajet kamu tu pandai berenang ke penulis oii)...

 another view di jetty flora bay resort... ada resort bersebelahan yang namanya fauna, eh eh seswai gitu flora dan fauna hehe...

 sebenarnya gambar ni masa nak balik tapi sebab nk bagi story ni ada flow letak ajelah kat entri ni hik2.. posing di depan reception... patik rasa resort ni 2 star kut... range harga dari RM178-RM200, tapi sebab ini resort milik sedara bau2 bacang dapat ler diskuan eh silap diskaun 10%.

 bilik kayu semi D, fully aricond dan ada hot shower... ok la tu bagi patik... katil ada 3 dalam bilik tu, kami merge-kan dan sorang satu tido satu katil, anakanda nyenyak betul tido sebab boleh pusing sana sini tak sedar langsung malam tu, esoknya baru bangun...

 suasana resort... ada kedai dan kelas utuk scuba kat sini, PADI...

meow2 ni adalah jaga bilik kami haha. Dari check in sampai keesokan hari memang kat situ aje dia ha... tak lari pun tapi malangnya telah dihalau oleh cinta hati patik sebab dia tak suka meow lagi satu anakanda hamza dah mula nak sentuh2, memula dia buat dono je lama2 macam berkenan pulak kan pap terus tepuk kepala... ish2 ish... pitam mama cenggini...

 
Pulau perhentian kecil (kiri) dan Pulau perhentian besar (kanan)
abaikan model tak berbayar lagi jelek itu haha... flora bay resort berada di pulau besar di teluk dalam... syokla jugak kedudukan kat teluk ni, sebab agak tersorok airnya tenang damai je (eceh yeye je kamu ni). Malah oktober hingga november pun resort ni masih boleh dikunjungi, kalau kat pulau kecil bulan sembilan dah kena tutup sebab ombak kuat sangat (ni pak zin cakap, orang lama kat pulau ni)...

entah berapa kali jatuh chenta.. itu belum pergi spot yang best (patik pun tak tahu kat mana wuwuwu). Lagipun masa 3 hari 2 malam tu sangat singkat nak explore... buat yang mana sempat je..

hari pertama sampai tunggu untuk check in dan petang tu bersiar2 tepi pantai je, bawa anakanda kenal laut pulau... petang air surut sikit, jernih kan? tengok la anakanda ken hamza tu takut nak jalan, nak dukung je, dia takut air kolam laut dan sebagainya (tapi kalau kat bilik mandi nak main air sampai tak nak keluar, keliru i dengan anakanda ni) dan kebiasaannya akan ambil masa 30 minit kut nak bagi dia enjoy main air laut... adoii pengsan... mula2 aje yang susah lepas tu tak nak bagi orang pegang dah bajet dia pandai swimming la pulak... macam2 la hamza ni kelakar betul!

 topi yang membawa seribu kenangan. Topi biasa2 je beli sewaktu ke venice dulu (nak fefeeling punya pasal, belila topi ni). Tapi nasib baik jugak beli sebab kurang panas waktu berjalan... letak gambar ni kat IG with a caption "from venice to perhentian, from cappuccino to teh tarik" hehe... dush! Lepas ni nak ke mana pulak wahai topi?

ada restoran alur pinang di flora bay resort and makanannya nasib baik best dan boleh diterima, tapi mahal sikit la, biasa la dah duduk pulau what choice do you have? pelbagai variasi sarapan, masakan panas dan juga buffet bbq yang best! bbq RM30 per person... masakan panas seperti nasi goreng bermula dari RM6 dan portion yang banyak ala2 portion mat soleh. Sebab ramai sangat tourist... ahauww tak larat nak cuci mata, siap ada drama romantika lagi ha... adoii pitam... walaupun resort ni bintang tak seberapa tapi sangat ramai tourist yang terdiri dari cakap london, cakap french, german dan juga bahasa yang patik tak dapat kenal pasti.

ok, nanti sambung lagu... i found this song so inspirational... best!

 till then...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails