Tuesday, September 10, 2013

Snorkeling experience...

Sebelum sambung ceritera semalam, sekadar selingan sahaja...

 wall of fame memories (fame! i'm gonna live forever... eh termenyanyi pulak!)... paling kiri gambar draduate degree owh sungguh suci murni haha... gambar master kat wall lain, frame paling atas tu gambar kawin.. ahauwww... terimbas kembali memori dolu2... semua ni abah dan mama yang susun... bukan patik (bertuah punya anak hehe...)

 with mama and abah raya hari tu... 


gelagat anakanda naik bot on the way ke pulau perhentian... ok selingan tamat hehe... mari kita meneruskan perjuangan...

Kekanda miss yanggi (kak nim) dah biasa ber snorkeling sampai ke krabi nun lagi ha... patik ni first timer. Takut2 nak cuba tapi perasaan nak cuba tu ada... mendapat arahan dari miss yanggi pagi2 lagi on the next day sila get ready untuk pergi snorkeling. Semua alat telah disediakan, tinggal bayar kos nya aja... tapi nak bawa ke si kecik anakanda tu? cinta hati my love tak nak pergi, dia takut pening bila bot bergoyang mengikut arus ombak, ubat mabuk laut takde la pulak, patik ni pun belum tentu mampu bertahan ke tak... adik beradik lain turut mengajak my love dan akan bergilir jaga Hamza, tapi cinta hati macam berat hati nak pergi dan suruh patik aje yang pergi... huwaa tolonggg, gimana sih, mesti la patik hati tisu nak tinggalkan kekasih hati yang berdua itu, tapi kalau tak cuba snorkeling sekarang bila lagi?
 
bot dah sampai, masa ni masih 50-50, at last patik ambil keputusan untuk turut serta bersama adik beradik lain setelah mengesahkan berkali2 dengan my love whether if he's ok if i join the trip with the others... 

  bot ni pun hanya untuk kami sekeluarga sahaja harga RM30-RM40 per head... boleh call pak jen a.k.a pak zin hehe sempat jugak promote...

splish splash ombak... hati masih gundah gulana...

 
sempat lagi mat soleh tu lambai haha...

perhentian pertama... tapi pak zin stop sini sekadar tunjuk je, sebab ramai kanak2 riang ribena dia tak berani stop snorkeling sini.. nampak je air cantik dan tenang tapi kadang kala ombak kuat datang so bahaya kalau ada kanak2 snorkeling, kalau trip dewasa dia akan bawa ke sini...

kemudian bot terus bergerak ke sini... di hadapan perhentian island resort. Dulu miss yanggi dah stay sini bawa mama abah... tapi adik beradik lain tak ikut, masa tu pun patik masih di jepun... dia pun dah pernah snorkeling di pulau perhentian tapi di spot berlainan. 

 
tujuan berhenti kat sini sebab pak zin nak oshiete (ajar) cara2 bersnorkeling. Kat sini pun cantik... ahhh pitam! lepas tu patik tak ada ambil gambar dah sebab tak sediakan kamera yang sesuai dari awal huhu... hanya ada memori dalam medula oblongata ajelah... saya ada beli kamera filem yang boleh masuk air tu tapi 25 keping gambar je, tak cuci lagi gambar tu sebab bila pergi kedai gambar berdekatan staff kat situ cakap "kita tak buat dah filem, sekarang semua digital kak" cakap acuh tak acuh sambil tersenyjm sinis... wah2 eksennyaaa, patik rasa geram jugak masa tu tapi senyum ajelah wuwuwu... sadis i... kalau gambar tak jadi double triple sadis...

ok berbalik semula pada snorkeling, Pak Zin ajar satu persatu sehingga pandai... huwaa susah jugak ye... rasa pelik bila tertelan air masin (tak biasa mandi laut haha). Lepas tu kena gigit muncung tempat bernafas tu ya hampunn rasa besar macam nak termuntah je haha... mula2 je la, lepas tu ok... cara ikat life jacket dengan betul pun dia ajar jugak... lepas tu ketatkan goggle, pastikan bila sedut nafas plastik kat hidung tu turut tersedut sama tu maknanya dah fit kalau rasa ada angin2 masuk tu silalah betulkan. Bahagian atas goggle tu jangan bagi terkena tudung biar kena kulit kepala, macam2 la nasihat pak zin tu, kemdian dia suruh apungkan badan dan selamkan sedikit kepala lepas tu cuba bernafas melalui saluran kat mulut tu. bila rasa dah stabil kayuh la kaki tu sikit2 bagi bergerak... tapi serius patik tak mampu lawan arus ombak kalau kuat sikit memang akan terbawa2 haha... lembik betul... nanti lain kali nak beli fin kaki tu (eceh lain kali tu... tak menahan!)... kat depan resort ni pun dah banyak ikan boleh tengok... coral pun banyak... tak sangka boleh nampak nemo depan2 mata... banyak lagi ikan lain yang kalerful yang tak tahannya siap datang lepas tu gigit jari (tak sakit tapi geli haha) apa lagi terkezut ocopot la i ok!... rasa macam nak cakap tolong tolong pirana (penulis dah mula over ekting :p)...

kemudian nampak penyu haha... patik siap lambai2 duk imejin penyu dalam finding nemo... besarnya yang amat satu pemeluk i ni belum tentu... jinak aje dia... tapi tourist ramai sangat... dan semua terror berenang adehh terkapai2 i dan terhalang lah pandangan huhu takpelah dapat tengok sekejap pun jadilah... pak zin panggil pi-yung (terengganu style haha... so comel..., i tengok piyung okeh!).


Kemudian naik bot untuk ke next spot... tapi entah kenapa bila naik semula bot bau minyak bot tu kuat sangat sampai rasa nak termuntah, bukan patik sorang tapi kakak ipar pun sama... tapi patik ni ha sampai termuntah... kakak ipar uwek2 je tak terkeluar isi... tapi patik ni uwekk keluar air teh tarik yang minum pagi tadi huwaaa sabar ajelah... bau minyak tu menusuk ke hidung sampai termuntah...
next stop tu patik turun sekejap je tengok ikan di sekitar bot, tak berenang jauh ikut adik beradik lain... lagipun bergilir jaga Faiz, anak sedara yang tak nak turun snorkeling... lepas tu patik la jadi photographer. Takde orang pun nak ambil gambar i wuwuwu... sadiss...

 
miss yanggi and her son Alyff

peace dengan fishy...

peace lagi haha... takde keje betul...

diaorang berenang sampai sana... miss yanggi cakap ikan lagi banyak dan cantik dan coral pun cantik2 huwaaa sadis je dengar... hopefully ada rezeki patik juga satu hari nanti... 

pasangan romantika kak ja (kakak no2, anak ke-3) n abg fatah...

pak zin tengah tengok peta harta karun, ampunnn gurau je...

kak ja and son... (Umar)

abg fatah and son (Aqil)

patik jadi baby sitter Faiz... masa ni dia dah sedih nak mommy katanya...

stop terakhir Lata Air Berani... Pak Zin kata ubat segala penat lelah snorkeling hehe... 

air kat sini pun best, jalan sikit akan nampak air mata air... ya ampunn lagi sejuk dari air laut brr... ampun tak ada gambar sebab pergi sekejap je huhu... lepas tu duk fefeeling kat tepi bot ni haha... i will remember you pulau perhentian, ada rezeki jumpa lagi... arigatai ne! tu cakap jepun kang ada cakap patik menggatai haha...


Sebelum mengakhiri entri, tak habis2 selingan...
TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kana.

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)

** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘recycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.

** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon penggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..


12 comments:

Anum said...

best kan seronok cuti2

Chekgu Azrine said...

Cantik dan best..bila la dpt gi nij?!

Munn Jaafar said...

hai nis!

mesti rasa jeles gila kan tgk org lain snorkeling? mun pun kalo g tmpt cmni mmg dduk tepi ja..sebab Rabun teruk..bkk spek mana nmpak apa dh. nk pkai spek dlm goggle xselesa..

ishamizu said...

Aww, cantiknya pulau perhentian! Geram tgk air tu..nti balik msia nak gi jgk la hihi. Neay, dpt jg Hanis snorkeling tu klu izu, hmm mcm takut nakntry tp mcm teringin hee. Will see..;D

amirah said...

bestnya snorkeling..memang cantik sgt view dia..

Unknown said...

cantik kan air dia...biru hijau gitewww... =)

Cik Aann said...

kak haniiisss ..tak acii,,jeless..
nak jugak pergi..huhuhu


Panadol yang tak rosakkan buah pinggang

Nieda Ramly said...

bestnya dpt main air . jernih pula tu..
terkenang berbelas tahun dulu di pulau kapas ,ikan2 berenag tepi kaki ..bestnya.

Nieda Ramly said...

bestnya dpt main air . jernih pula tu..
terkenang berbelas tahun dulu di pulau kapas ,ikan2 berenag tepi kaki ..bestnya.

Soo Hae Daa said...

Piyung..?? Comel je pak zin tuh pgil penyu..

Cantiknye air jernih cenggitu kn? Kite pon xpnah smpai lg kat sini walau org ganu..kuikui

Tingat first time snorkelling kt krabi ritu..nanges2 tkt..tp ble ikan..hilang jap..then ms nk balik ke bot, tkt dtg balik..wahahah


P/s: kaknis, suggest kn sushi place kt tokyo yg best..tingin nk try tp survey2 xtau mana tmpt leh mkn..thanx in adv..

Soo Hae Daa said...

Aduii..mane komen sy tdik..!! Huhuhh

Soo Hae Daa said...

Tulis skali lg ahh..

First, suke piyung pak zin..hahahah

Second, air cantikkkkk...pengsan..!!


Third, nk mtk tlg kaknis suggest sushi place kat tokyo yg best..!! Nk try mkn sushi kt sana lak nnt..hihik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails