Sunday, January 5, 2014

Finding the right "batik sutera"...

Entri merapu ikan kerapu jew... pagi tadi singgah makan kedai pok... haha tak tahu pok apa tapi mostly pemilik kedai berpangkat pakcik ni panggil pok je senang... menu minuman biasa yang pok dah ingat teh tarik kurang manis dan pekena roti telur hari ni (patut la ee cakap gumuk haha... pitam but cant help it!). Masa masuk warung tu dah perasan ada dua orang baya kakak/makcik kut tengah seronok makan dan berbual. Pelanggan lain ramai lelaki macam budak sekolah je (eh tak lewat ke kamu ke sekolah dik oii? masa tu pukul 8 lebih sikit...

Waktu nak bayar kebetulan tersama pulak dengan ahkak berdua tu... pok sempat buat lawak... bila dh ambil payment dari ahkak tu dengan selamba dia cakap sambil pegang note RM10 yang akak tu bagi... hari ni pok belanja ye... haha belanja la sangat... kemudian tiba giliran kami untuk bayar... i pelik nape ahkak beruda tu tak chow lagi... takpelah buat dono je... nak senyum tapi kebetulan tak bertentang mata pulak... kemudian patik dan cinta menuju ke kereta... tiba2

"dik dik..." salah seorang ahkak panggil
yang ahkak lagi sorang tu cuba menaha
"dakpela bile lagi nok tanye" i dengar dia berbisik..
"ye" patik memandang sambil senyum (alangkah bagus kalau time tu ada angin sepoi2 bahasa tolak shawl purdy patik dan ada sound effect shring shring sambil2 tu ada kilau kilauan macam miss comet sewaktu patik berpaling ke arah dua orang ahkak tu haha apakah? dangg... nak juga effect princess gitu kannn?)
"adik beli mane sutera ni lawo ngat warne die" ahkak bertanya dlm loghat ganu kite.
"beli klatang, matase sutera" i apa lagi konon terer cakap ganu ar hehe...
ooo "kite kena g klatang la gini" mereka bercakap sesama mereka, harap2 makcik tu jumpalah dengan kain sutera pujaan hati.
"kak jual sutera jugok tapi biasa ambik pasor payang je" tambah ahkak tu lagi
tak sempat nak borak panjang sebab patik cepat panik bila tengok en suami dah berjalan menuju ke kereta... semoga ahkak tu bertemu dengan sutera idaman qalbu...

 yang ni la patik pakai tadi... i like blue kaler... sweet light blue dengan corak paisley... takde sape nak ambil gambar patik wuwu... terpaksa berselfie-ish depan mirror mirror on the wall... pejam mata jelah dengan pemandangan kat belakang tu haha musim marking paper exam okeh...

 patik beli online je di matase sutera... tak pernah pergi kedai walaupun kedai kat kelantan je haha... dekat je pun dengan rumah i... tapi tak sompek kalau balik kg duk rumah mertua pastu pergi rumah mama so tak sempat nk jenjalan sangat wuwu... lagipun ajak my love ke kedai kain pitam la dia... hikhik... ni antara contoh, patik suka batik matase ni sebab corak dia simple dan nampak moden (eceh macam la pakar sangat)... kena dengan gaya i gitu (dush!)... ada semua koleksi warna lembut dan terang dan of coz la i filih kaler lembut kiut miut gitu kan...

 facebook matase sutera... dari kain sutera, shawls, kurung moden sutera siap, kimono cardigans, sutera exclusive semua ada... pitamm!!

pemenang GA in prev entry ya...


8 comments:

Nieda Ramly said...

biru sejuk mata memandang

Nieda Ramly said...

biru sejuk mata memandang

Sakinah Daeng Patappe said...

Cantik la akak kain dia...corak dia pun cantik...

Umie Naziera said...

hari khamis sy bantai ikut suka ja pkai blouse..klau rjin pkai batik hehehe

Cekgu Norazimah said...

kena terjah gak page ni, mcm cantek jer ;)

Azian Elias said...

dulu2 akak suka sangat berbatik. malah customize lagi.. cantik2 design.. now dah berlalu. tapi sesekali teingin. sebab batik ni mmg sedap dipakai.

ummi_khalish said...

wah hanis..cantik2 baju n tudung ni..geramnya...ptutlah org tanya2..hehehe...
p/s:dil dah bagi detail kat n3 yg ada umum pemenang tu..hrp dapat.sebab kadang2 line tenet ni gelong..huhuhu...ni email dil.ummikhalish@yahoo.com.
kalau x dapat bgtau ye....anyway..syukran jazilan..

She's DHHassan said...

da lama survey cardigan macam tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails