Wednesday, August 13, 2014

Diari raya 2014...

Minggu raya tu patik dah masuk ke fasa 32 minggu. 8 bulan dah huwaaa... sebaik je masuk 32 weeks tu pinggang makin sakit yang teramat, perut rasa tiba2 membesar dengan sangat hover... rasa tak larat nak jalan. tidur malam tak selesa sangat sambil menahan sakit pinggang menyengat. Masa anakanda Ken Hamza dulu tak cenggini pun walaupun Hamza tu besar ya ampunn kut... sampai semua orang ingat twins and cakap i mok mok dan perut besar yang amat...

Ayat jiwang preggy mama penuh beremosi tak menahan. Tahun ni semua family belah patik balik dan juga belah suami patik balik juga maklumlah ada adik beradik yang kahwin dengan orang luar. Pagi jumaat (25 Julai 2014) dah bertolak... dah jadi rutin la balik rumah mertua dulu. Adik beradik en suami dah lengkap tinggal kakak dia sorang je dari seremban akan balik sabtu pagi. Hari jumaat berbuka rumah MIL... Hari sabtu tengah hari patik dah tergedik2 nak balik rumah mama... dek kesibukan kerja masa nilah baru nak merasa berbuka di kampung. Patik dah bertanya en suami pukul berapa nak pergi rumah mama... (risau sebab en suami nampak selamba jew)... Kemudian mil ajak berbuka kat rumah dia jugak sabtu tu sebab menu hari tu nasi arab... which is yang digemari oleh en suami. I am not a fan of nasi arab. Masa tu dalam hati (oh tidakkkk walaupun menu berbuka rumah mama patik tak sedap patik tetap nak berbuka dengan mama abah... sobss). Patik pandang en suami dengan penuh harapan (tapi dia tak pandang balik)... seb baik dia cakap buka kat rumah mama tapi dia akan datang ambil nasi arab kat rumah... fuhh lega...

Kat rumah mama cuma ada miss yanggi (kak nim)... kak ja, kakak yang sulung belum balik lagi abang pilot balik lambat tahun ni ada kerja... maka adalah bilik kosong kat rumah patik... rumah mil bilik dah penuh, maka mil cadangkan tidur kat rumah mama tapi beraya kat rumah mil memandangkan tahun ni giliran sana dulu. Hari ahad tengah hari en suami dah ajak ke rumah mil utk berbuka kat sana... my biras ada orang melaka sorang, tahun ni beraya di kelantan. Dia pun sedang preggy, beza ngam2 sebulan (dia 7 bulan)... dia tegur patik... "awalnya datang larat ke... duk jela rumah mama hanis tu rehat2 kat sini mesti tak selesa nak rehat2 kat ruang tamu sebab bilik dah penuh... takyah tolong2 sangat pun dah ramai kat dapur tu kita tolong setakat mampu je" patik senyum aje hihi no komen... malam tu 10 lebih balik... sebelum bertolak balik rumah mama, mil dan kakak ipar dah pesan datang awal makan dulu sebelum solat raya... ok baiklahhh... menurut perintah... sampai rumah patik dh tak larat, kakak yang lain pun busy tlg mama, sempat jenguk sekejap je pastu patik setelkan apa yang patut dan tah bila terlena.

1 Syawal pagi2 lagi dah bangun dan bersiap ke rumah mil... mama ajak makan dulu... patik makan laju2 siapkan hamza, tak sempat jumpa adik beradik lain (tapi patik dah standby salam siap2 abah n mama sebab tak tahu akan balik pukul berapa), bila dah sampai rumah mil... makan2 lagi... solat raya... beraya rumah mil salam dan bagi duit raya... berarak ramai2 ke kubur arwah fil, rumah makcik2 en suami yang berdekatan rumah... macam dh jadi rutin la... dalam 12 lebih camtu tu ada sorang biras patik orang kelantan, dia nak beraya belah rumah mak dia pulak... so patik pun bagi hint kat en suami nak beraya dengan adik beradik patik pulak... teringin jugeks nak bergambar dengan parents dan kakak2 ku itewww di hari raya... tapi nampak macam ermm... sobss... anakanda ken hamza pun dah tak selesa ramai orang dan dia nk tidur tapi tak lena... sesampai di rumah kakak2 dah tak ada di rumah, semuanya pergi rumah pakcik patik di jalan bayam... patik pun ajak la en suami g sana jgk... seb baik sempat dengan adik beradik lain... sampai lambat tapi balik sama2 dengan kakak2... lepas tu plannya nak pergi kg laut... bila balik rumah ada sedara nak datang... sempat la patik terlelap bersama anakanda rehatkan badan... makanya ke kg laut dah pospon ke belah malam... tapi en suami nak pergi rumah mil... patik plak kalau blh nak join kakak2 melawat sedara kat kg laut. Pergi ramai2 la best sikit... time2 biasa tak pergi kut kg laut tu melainkan ada hal... pastu patik pun mengalahlah... ok la kalau nk pergi rumah mil, patik suggest pergi lepas maghrib... en suami pulak tak nak... nak pergi sebelum maghrib nanti stay kat sana kejap sangat... kejap kew? rasanya sempat 3-4 jam kut sebab for sure balik lambat punya... mesti en suami khusyuk borak dengan adik beradik dan ipar duai... berkali2 patik tanya betul ke tak nak pergi rumah mil ni... ke kg laut lah kami malam tu...

2 syawal pagi-pagi lagi mil ajak sarapan di rumah dan nak melawat rumah sedara lain pulak... nasib baik dah mandi tinggal nak bersiap je. Terus ke rumah mil sarapan nasi ayam dan dalam tengah hari ke rumah saudara mara lain belah mil, balik lunch nasi ayam lagi dan lepas tu patik duduk di atas sofa sambil urut2 belakang... en suami suruh baring depan tv... dalam keadaan patik tu duduk ke baring ke memang tak selesa yang amat. Sebenarnya raya kedua tu ramai sedara mara datang rumah patik... balik melawat sedara belah mil teringin nak ajak en suami balik rumah tp niat dibatalkan kerana dlm hati berkata dah tentu en suami tak nak sebab dia ada cakap dah cakap sebelum tu... nanti balik pukul 6 mandi siap2 dan pergi dinner rumah abang dia pulak malam tu. Patik pun tunggu la detik jam 6 alih2 waktu azan asar en suami ajak balik... fuhh lega boleh la rehat kejap sebelum dinner di rumah abang en suami. Sampai rumah je kakak cakap... "sedara mara baru je balik (kira yang paling kamcing la sepupu etc)... ramai tanya awak kat mana... derang nak tengok Hamza..." patik senyum jela... masuk rehat jap ada lagi sedara datang mandi2 solat dan terus ke rumah abang en suami... 10 lebih mcm tu kami balik... mil ajak bekfes nasi lemak pulak 3 syawal tu... malam tu pulak mereka sekeluarga buat bbq kambing... dalam hati patik wahh seharian pulak rumah mil... tak berani nak cakap apa tunggu en suami decide... en suami cakap takpelah pagi kat rumah mama dulu tgh hari baru g rumah mil...

3 syawal sarapan di rumah mama patik... baru sempat borak haha hihi dengan kakak-kakak patik... dalam pukul 11 macam tu derang ajak pergi rumah kakak ipar di pasir puteh dan en suami cakap ok je join... dari pasir puteh terus ke rumah mil... berkambing golek sampai 12 midnight...

4 syawal bangun pagi join kakak dan mama goreng bihun kat rumah... mil call ajak sarapan nasi kak wok di pasir tumboh... ngam2 baru je lepas makan. So mil ajak lunch sup kambing (lebihan bbq 3 syawal)...by noon en suami dah ajak ke rumah my mil... lepak sampai petang dan minum petang di rumah abang en suami, maghrib balik ke rumah mama...

5 syawal patik ajak en suami sarapan di kopitiam kita tapi ramainya ya ampun tak larat tunggu. So breakfast tempat lain. Tengah hari sampai ptg en suami di rumah mak dia... petang tu balik rumah mama patik kemas2 tido rumah mil... malam tu ada peluang urut... nasib baik tukang urut boleh datang... nak ajak en suami ke rumah tukang urut my fav agak jauh konfem dia tak nak punya... tukang urut kat rumah mil ni bolehlah dari tak ada orang nak urut...

6 syawal lepas sarapan rumah mil... ke rumah mama ambil barang yang tak sempat nak bawa semalam... dan terus balik ganu... abah patik pegang anakanda ken hamza macam tak nak lepas hihi.. tak puas main dengan cucu lelaki ke-10 beliau gamaknya... tapi en suami nak balik awal...

what a raya kan... ampunn tak banyak gambar... sejak dah jadi papa pin en suami jarang betul nak bergambar mahu pun tlg ambil gambar aka photographer tetap sobss... sabar ajelah...

some update abaout baby boo perhaps... and anakanda ken hamza as well...




9 comments:

Unknown said...

waa. hanis preggy ya.. due date kita lebih kurang kot.. akak pun due dalam bulan 9 gitu.. hehe.. take care ye.. semput napas baca kisah raya awak ulang alik rumah mak dan mil.. kalau akak memang awal2 da surrender.. dgn perut besar sakit pinggang tak larat bagai kan.. take care ok..

Chekgu Azrine said...

Ala..nk tgok gmbr makyonng ngn hamza beraya..uhuk

Cik Aann said...

Seronoknye kak hanis beraya,,sakan gituuuu

Nieda Ramly said...

selamat hari raya Hanis...maaf zahir batin.
dan selamat menerima orang baru.

Nieda Ramly said...

selamat hari raya Hanis...maaf zahir batin.
dan selamat menerima orang baru.

Anonymous said...

This is the first time, I dont know what are u trying to say. Your story sgt bersimpang-siur la. Pening kepala baca.

From Lombok with love,
Jude Law

Hanis MY said...

EE... memang pun... i nak cerita semua in detail tp i rasa takleh... hny i je kut yg fhm tersurat dan tersirat T_____T

Anonymous said...

@Hanis MY

Hahaha. Sorry to say like that? How WOW you?

Anonymous said...

hihi same situasi..macam tu lah kalau kg dekat2..time byk habis tuk berulang alik je..cuma sy gilir2 mlm ni rmh dia mlm esok rmh kite,bekpes lak dirmh yg kite tdo la..haha xkuasa nk bgn awal g bekpes rmh satu lg...sabar naa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails