Showing posts with label Nursery. Show all posts
Showing posts with label Nursery. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Macam-macam proses...

Ini adalah entri yang sangat boring tahap skima gaban hehe. Eh sebelum tu nak ucap tahniah Dr Halina (isteri angkasawan-aci tak tulis gini? hu), Bella bakal dapat adik. Eh tetiba plak? Ok back to the story mory.

Saja nak bercerita tentang proses pendaftaran di sini. Selepas bersalin, pihak hospital keluarkan satu sijil lahir. Proses seterusnya my love yang buat sebab saya kan dalam pantang. Selepas dapat sijil lahir, kena bawa sijil tersebut daftar di daerah Aoba. Pejabat Aoba mengeluarkan sijil lahir yang lebih official. Kemudian daftar insurans perubatan Hamza pula. Setahun kena bayar 17,161 yen. Selain tu, setiap bulan Hamza akan dapat duit dari kerajaan jepun sebanyak 15,000 yen sebulan yang akan diberi secara pukal pada setiap 3 bulan.

Selepas selesai urusan di pejabat daerah, sijil yang dikeluarkan tadi dibawa pula ke pejabat imigresen untuk dapatkan visa. Tempoh visa dependent yang diberi adalah selama setahun. Ok setel bab pendaftaran dan visa semua. Segala kertas yang diperolehi perlu dibawa ke embassy untuk tujuan pendaftaran sijil lahir malaysia dan juga passport.

Sekarang perihal nursery pula. Ada 3 jenis nursery di Sendai ni pertama nurseri kerajaan yang mempunyai international standard, bayarannya agak murah tapi penjagaan tip top, itu menurut kata kawan2 la. Kedua nursery swasta sudah semestinya international standard. Yang ni memang mahal. Ketiga separa kerajaan yang mempunyai standard piawaian Sendai sahaja. Di Tohoku University ada nursery untuk staff dan pelajar tapi sebulan dalam 50,000 - 60,000 yen. Erk pengsan! Nursery menerima bayi seawal umur 2 bulan. Tapi tak banyak. Majoriti menerima bayi pada umur 4 bulan ke atas.

Saya dan cinta hati telah memohon nursery kerajaan. Boleh pilih 4 dalam banyak2 senarai yang diberi. Itupun dengan bantuan staff yang sangat cekap di Direct office graduate school of science. Mereka tolong cari nursery yang dekat dengan rumah kami, menerima bayi 2 bulan dan mempunyai kekosongan. Hanya ada 2 nursery yang ada kekosongan. Yang lain perlu berada dalam waiting list. Selepas isi borang permohonan, kami perlu isi borang yang menyatakan kami berdua merupakan pelajar universiti, kemudian borang pendapatan bulanan.

Permohonan dibuat di pejabat daerah Aoba. Masa pergi tu dia cakap syarat lain dah ok, cuma 1 je tak cukup iaitu waktu permohonan Hamza masih kecil baru 1 bulan lebih. Terpaksa masuk waiting list jugak. Ingatkan boleh dapat terus nursery yang ada kekosongan tu. Intake nursery adalah pada awal dan pertengahan bulan selepas bayi berumur 2 bulan. Keputusan akan diberitahu 2 Ogos nanti. Kalau tak dapat sebarang panggilan dari mereka maknanya tak dapat lah tu dan terpaksa kami fikir cara lain. Nak hantar nursery swasta tu sudah semestinya tak mampu. Nursery yang separa tu pula kebanyakannya terima bayi 4 bulan ke atas dan seminggu boleh hantar 3 hari sahaja. Huhu berdebarnya rasa. Kalau dapat Hamza boleh mula ke nursery pada 16 Ogos nanti. Lepas tu barulah patik boleh ke lab seperti biasa.

Berdebar menanti 2 Ogos...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails