Wednesday, August 1, 2012

Macam-macam proses...

Ini adalah entri yang sangat boring tahap skima gaban hehe. Eh sebelum tu nak ucap tahniah Dr Halina (isteri angkasawan-aci tak tulis gini? hu), Bella bakal dapat adik. Eh tetiba plak? Ok back to the story mory.

Saja nak bercerita tentang proses pendaftaran di sini. Selepas bersalin, pihak hospital keluarkan satu sijil lahir. Proses seterusnya my love yang buat sebab saya kan dalam pantang. Selepas dapat sijil lahir, kena bawa sijil tersebut daftar di daerah Aoba. Pejabat Aoba mengeluarkan sijil lahir yang lebih official. Kemudian daftar insurans perubatan Hamza pula. Setahun kena bayar 17,161 yen. Selain tu, setiap bulan Hamza akan dapat duit dari kerajaan jepun sebanyak 15,000 yen sebulan yang akan diberi secara pukal pada setiap 3 bulan.

Selepas selesai urusan di pejabat daerah, sijil yang dikeluarkan tadi dibawa pula ke pejabat imigresen untuk dapatkan visa. Tempoh visa dependent yang diberi adalah selama setahun. Ok setel bab pendaftaran dan visa semua. Segala kertas yang diperolehi perlu dibawa ke embassy untuk tujuan pendaftaran sijil lahir malaysia dan juga passport.

Sekarang perihal nursery pula. Ada 3 jenis nursery di Sendai ni pertama nurseri kerajaan yang mempunyai international standard, bayarannya agak murah tapi penjagaan tip top, itu menurut kata kawan2 la. Kedua nursery swasta sudah semestinya international standard. Yang ni memang mahal. Ketiga separa kerajaan yang mempunyai standard piawaian Sendai sahaja. Di Tohoku University ada nursery untuk staff dan pelajar tapi sebulan dalam 50,000 - 60,000 yen. Erk pengsan! Nursery menerima bayi seawal umur 2 bulan. Tapi tak banyak. Majoriti menerima bayi pada umur 4 bulan ke atas.

Saya dan cinta hati telah memohon nursery kerajaan. Boleh pilih 4 dalam banyak2 senarai yang diberi. Itupun dengan bantuan staff yang sangat cekap di Direct office graduate school of science. Mereka tolong cari nursery yang dekat dengan rumah kami, menerima bayi 2 bulan dan mempunyai kekosongan. Hanya ada 2 nursery yang ada kekosongan. Yang lain perlu berada dalam waiting list. Selepas isi borang permohonan, kami perlu isi borang yang menyatakan kami berdua merupakan pelajar universiti, kemudian borang pendapatan bulanan.

Permohonan dibuat di pejabat daerah Aoba. Masa pergi tu dia cakap syarat lain dah ok, cuma 1 je tak cukup iaitu waktu permohonan Hamza masih kecil baru 1 bulan lebih. Terpaksa masuk waiting list jugak. Ingatkan boleh dapat terus nursery yang ada kekosongan tu. Intake nursery adalah pada awal dan pertengahan bulan selepas bayi berumur 2 bulan. Keputusan akan diberitahu 2 Ogos nanti. Kalau tak dapat sebarang panggilan dari mereka maknanya tak dapat lah tu dan terpaksa kami fikir cara lain. Nak hantar nursery swasta tu sudah semestinya tak mampu. Nursery yang separa tu pula kebanyakannya terima bayi 4 bulan ke atas dan seminggu boleh hantar 3 hari sahaja. Huhu berdebarnya rasa. Kalau dapat Hamza boleh mula ke nursery pada 16 Ogos nanti. Lepas tu barulah patik boleh ke lab seperti biasa.

Berdebar menanti 2 Ogos...


29 comments:

Amie said...

harap2 dapatlah jawapan yang menggembirakan esok... bestnya Hamza boleh dapat duit....

Amie said...

harap2 dapatlah jawapan yang menggembirakan esok... bestnya Hamza boleh dapat duit....

Anum said...

harap2 dapat la kan sis

Unknown said...

jenuh jugakkan proses di sana... sebab tambahan visa + nursery kan... moga dipermudahkan ye (^___^)

Fizah Ibrahim said...

Semoga dipermudahkan deh kak nis, bolehnya tuh, insyaAllah :)

dwatyKNY said...

berdoa moga2 dipermudahkan dan Hamza dapat masuk nursery tu... insyaALLAH

FnF Simple Life said...

InsyaAllah doa banyak2 moga Hamza dapat stay di nursery yg terbaek masa mama dan papa gi study... dan membesar bagai johan ;)

sudipVSsenduk said...

Moga dipermudahkan olehNya segala urusan Anis sekeluarga di sana... don't worry sis.

Prettywrite said...

semoga dipermudahkan kak..renyah jugok dih..nok wat gano dok tepat ore..pahni g sekolah dahla hamza..:)

Chekgu Azrine said...

semoga dipermudahkan ye sis..

maszull said...

assalamualaikum hanis...macam2 perkara perlu diselesaikan kalau x buat awal2 nanti susuah jugakan..;)

me suya said...

esok dah 2 ogos tu..
insyaALLAh ada rezeki ken hamza.. Akak sihat?

Unknown said...

semoga dapat nursery utk hamza.. tapi hantar anak ke nursery kat jepun walau pun panjang procedure nya perasaannya lebih selamat berbanding kat malaysia..

sbb kat malaysia ni tak berapa nak dipantau.. jgn kata internation standard.. mak bapak punya standard pun tak tentu ikut..ikut suka hati diorang je..duit nak..eeiii.. geram tau..

Eey said...

Moga dipermudahkan urusan Nursery tu. Amin.
:)

Unknown said...

tu ler, cm rs dr harlina tu baru je banak ... now dh ngndg balik .. rzeki ..

* tp cer kite ngndg dekat2 .. mau kene sembur dgn nurse psl x jrak kehamilan .. dia doc ok je.. cm adik ipor akk ler doctr jgk ... lg dkt jrak dh le czerr..

uhhh mahei jgk nusery sana ye... aduyai ..
emm xde ker yg jenis leh anto ke rumah .. ?

Asmara said...

Amin.. InsyaAllah mudah2an dipermudahkan dan diluluskan. Esok la ye keputusannya.
Kalau tak dpt yg kerajaan boleh cuba mintak pengurangan yg swasta tu. Macam Haziq yochien sebulan 2man lebih, tp separuh shiyakusho byr, kene isi borang. Shiyakusho akan bagi lumpsum kat sekolah tiap 6bulan kalau ada baki kita boleh dpt balik. aa.. gitulah kalau sini. Kat sendai akk tak pasti sama x proses dia. Ini in case tak dpt hoikuen tu la. eh lain kot sbb yochien utk 2-6tahun. InsyaAllah mudah2an dpt la yg mohon tu.

Asrul "iLham" Sany said...

siap dapat bonus lagi tu anak... best3

ain.ya.nun. said...

Baguihnya kerajaan Jepun bagi duit kat Hamza. Kenapa ea diorang bagi duit?

amirah said...

harapnya dapatla tu..aminn

Munn Jaafar said...

nak tnya apa yg dak pink tanya. puan hanis sila jawab...hihi

qasehraihan said...

semoga urusan hana dipermudahkan..hehe

nak duit raya ke..hehe

http://qasehraihan.blogspot.com/2012/08/duit-raya-duit-raya-duit-raya.html

Umie Naziera said...

ketat jugak eak syarat nursery dkt sana,insyaAllah dpt

Soo Hae Daa said...

Ken hamza dpt duit dr gov? Bestnye...hikhik...harap2 dpt berita baik sok...kaknis lama lg ke kt sn?

Nieda said...

SEmoga dipermudahkan urusan . Insyaallah

LuN@_aiDi said...

2 august tuh esok! aiyyaaakkk!!
gudluck yea(: harap dpt ler gudnew nnt^^_

♥ امّ ضحى ♥ said...

InsyaAllah, ALLAH akan permudahkan urusan akak. Haa, apa cerita Ramadhan di sana? Teringin nk tahu, suasana Ramadhan di sendai..hihi...

Kamalia said...

semoga semua urusan dipermudahkan..kalau dekat,bleh je saya tolong tengok2 hamza u..kat sini pun sama jugakla,baby boleh duk di nursery kerajaan 4 bulan ke atas..agak perit jugak tengokk kwn Egyptian hari tu duk brgilir2 jaga anak diorg(sama case dgn hanis n mi)..

Min Aina Ila Aina said...

Moga dipermudahkan. Mohon pada Allah, kerana DIA mampu buat segalanya.

Azmie & Vivie said...

didoakan moga ken hamza dpt nursery...ketat jugak kan prosedur kat sana..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails