Showing posts with label Snow. Show all posts
Showing posts with label Snow. Show all posts

Wednesday, January 16, 2013

Yuki chan, Yuki man...

Maaflah, update blog macam selow melow aje sekarang hikhik. Jiwa kurang tenang selagi tak siap tesis ni. Sedang bertungkus lumus. Kalau di Tohoku University ni ada 2 penilaian untuk phd. Maknanya dua pembentangan/viva. Bila dah lulus 1st viva baru boleh proceed menyiapkan dan menghantar tesis kemudian final viva. Setakat ni final viva belum ditentukan lagi. Berharap sangat semoga semuanya dipermudahkan, insya Allah.

Sebenarnya nak bercerita tentang anakanda tapi tiba-tiba hari ni rasa nak cerita yuki la pulak. Dua ke tiga kali yuki datang menjengah bumi Sendai ni patik tak sempat nak menyapa yuki, jeling-jeling aja. Tapi tiba2 hari Isnin lepas bangun pagi yuki turun dengan lebatnya. Kebetulan cuti umum. Tak boleh hantar Hamza ke rumah babysitter sebab hari ahad dan cuti umum memang babysitter tak akan terima. Terpaksa la buat kerja kat rumah sambil melayan anakanda yang dah banyak ragam sekarang ni (bila ntah nak story mory ragam Ken Hamza). Seharian yuki turun tak berhenti. Kami pun memang tak plan ke mana-mana. Nampak Hamza boring kat rumah saya bawa keluar depan pintu je... mak aihh yuki masih lebat lepas tu tang tu jugak yuki menerpa ke arah wajah kami berdua. Kelakar tengok muka Hamza masa ni. Tak sampai 5 minit pun saya dah masuk rumah. Dalam hati berkata... "Sadisnyaa tak merasa yuki pun tahun ni, teringin namun tak kesampaian, dek kesibukan. Dahla yuki yang last wuwuwu". Waktu tu patik gambarkan yang kesokannya yuki akan mula mencair dan tak gebus lagi.

Esoknya bangun macam biasa bersiap ke lab. Cinta hati cakap yuki turun lagi sikit2. Kat luar pun takde perubahan, belum cair lagi. Apa lagi patik teruslah capai kamera, haha takde keje lain kamu ni penulis oiii...
 
asyik2 gambar bumbung ni haha...

 
jom buat abc, masih lembut dan gebusss, sukaaaaa... alhamdulillah...

 
kira tebal la kat Sendai ni, sebab sendai bukan bandar yuki pun...

kadang lebat kadang tak kelihatan yuki chan ni...

dah lama my love tak bersenam paksa rela di musim fuyu ni hehe...

 
anakanda dan yuki... tengok sekeliling lepas tu senyum... Hamza tahu ke apo ko bondo yang putih2 tu?

Mama dan anakanda Ken Hamza... thank you my love sebab sudi ambil gambar hihi...

tiba-tiba rasa nak jadi macam muda2 dulu baring atas yuki haha... takpelah niat dibatalkan pengsan pulak jiran-jiran i nanti... melainkan kalau pergi bercuti kat kawasan bukit bolehlah nak buat aksi hindustan hey...

 
feeling dalam snow globe kembali menerpa diri ku ini... seperti waktu-waktu dulu...

yang ni pula gambar kat kampus, berhampiran bangunan patik, sempatlah snap sekeping dua... terpaksa curi-curi masa kalau tak entah bila berkesempatan lagi sebab yuki kat sendai ni tak menentu...

 masa ni balik lunch kat cafe. Entah siapa yang buat yuki man ni. Siap baby yuki kat atas kepala yuki man haha... patik minta my love ambilkan gambar, tapi dia tu kalau sibuk semua pun tak peduli huhu... dia ambil dari jarak jauh sebatu haha (yang si isteri pulak ngengada betul nak gambar duk sebelah abang yuki man), nasib baik terserempak entah siapa minta dia ambilkan gambar patik betul2 sebelah yuki man ... tak semena-mena "berkenelen" dengan pelajar master dari indonesia... tiba-tiba rasa janggal je nak bergambar haha, rasa lama sangat patik tak pegang kamera, dan berposing depan kamera (eceh!). Asyik ambil gambar anakanda je tapi tak nyempat2 nak share kat blog...

Yosh nak asmbung kerja... bersabarlah duhai hati... mo chotto ne Hani chan! ganbare! 


Wednesday, May 23, 2012

Yuki comot (2)...

Pernah bercerita perihal yuki comot DI SINI. Tapi kali ni comot dia lain sikit. Cerita dah lama, nanti ada pula yang menegur wahh ada yuki (salji) lagi kat sendai/jepun. Saki baki yuki di awal April yang lalu sewaktu kedatangan kakak dan keluarganya. Sebelum datang dia dah cakap anaknya Alyff nak main yuki. Dalam masa yang sama kakak ni nak shopping. Masa dan cuti saya dan cinta hati ni agak terhad. Sebenarnya nak bawa ke Yamagata kerana mungkin yuki masih tebal di situ. Tapi masa pula tidak mengizinkan. Kami gamble aje bawa kakak ke Karuizawa sebab di situ ada ski resort dan juga KPSP (kairuzawa prince shopping plaza, merupakan outlet shop pelbagai jenama). Perihal KPSP di ENTRI INI.

IMG_8597
Sebelum sampai di Karuizawa hati ni berdebar-debar memikirkan entah ada ke tidak yuki ni sebab dah nak habis musim. Nanti Alyff (anak kakak) kecewa sebab dia yang paling beria nak main yuki. Alhamdulillah masih ada saki baki yuki tapi agak comot sebab dah tak soft fresh empuk (eh over betul ekspresi) sewaktu ia masih tebal. Kalau nak baca boleh lihat di tabs snowy days. Waktu sampai ski ni lagi 1 jam nak tutup.

IMG_8595-tile
terima kasih tak terhingga buat Ayu ladychenta kerana menghadiahkan jacket dan boots untuk Alyff. Tak perlu susah-susah nak beli. Lagipun rugi sebab nak pakai sekali ni je. Asalnya milik Adam-kun (anak teruna Ayu) tapi dah tak muat dengan Adam, kebetulan Ayu nk jual kat kat kedai second hand tapi tak jadi, rezeki Alyff nampaknya. Jangan tak tahu punyalah excited Alyff, lepas dapat baju dan boots masuk kereta aje terus nak pakai hehe... padahal karuizawa lagi beberapa jam dari tempat Ayu tu.

IMG_8620-tile
mother and son main snow balls...

IMG_8606
pasangan paling sporting...

IMG_8609
lihatlah betapa gembiranya dia... sampai tak nak balik... nasib baik dah nak tutup dan semua orang dah beransur keluar dari situ...

IMG_8600
Alyff yang khusyuk main yuki sampai tak nak bergambar pun...

IMG_8614
from different angle hehe, masing2 dah kemas ski dan snowboard, lift/gondola pun dah stop...

Patik hanya duduk di tepian pantai dan jadi photographer aje hehe... ada dua photographer aktif yang ditugaskan oleh madam (my sis).

Hari ni terasa penat sangat. Terasa nak baring je. Tapi kena kuat semangat ada kerja lagi nak siapkan ni... yosh ganbare!

Monday, March 5, 2012

Yuki.... ame...

Hari ni masih lagi perintah berkurung. Tunggu betul2 sihat baru pergi lab. Rasanya inilah demam selsema paling lama. Sebelum ni boleh makan ubat. Tapi sekarang memang elak dari mengambil sebarang jenis ubat. Risau la, walaupun ada beberapa ubat yang boleh diambil oleh ibu mengandung tapi seboleh-bolehnya cuba elak.

Esok ada eksperimen, harapnya badan ni dah betul-betul genki. InsyaAllah, dengan izin-Nya. Bangun waktu subuh tadi memutih yuki di luar rumah. Macam tak sangka ada yuki.

IMG_0635-tile
Subuh agak awal sekarang dalam 4.35 am. Tapi kat luar tu takdelah gelap sangat. Sila abaikan jaring2 pada tingkap tu hehe...

IMG_0642-tile
ini pagi tadi.... bila rasa tak sihat, nak keluar rumah posing dengan yuki pun tak lalu huhu... tak teruja seperti biasa. Waktu tu yuki dah berhenti diganti pula dengan hujan... erk... ye hujan atau nama jepun dia ame ("me" macam sebut merah). Nasib baik juga hujan, kalau tak mesti jenuh juga my love nak bersihkan yuki tu....

IMG_0649
lokasi sama je hik2... cuma yuki nampak macam tebal sikit. Bakul basikal tu tak menahan! penuh dengan yuki... comel pula tengok.

IMG_0662
seperti biasa, senaman paksa rela... dia tak perasan isteri dia tengah skodeng dari tingkap....
 
IMG_0666
clear-kan sedikit bahagian belakang supaya senang nak undur nanti... Sebelum masuk kereta baru my love perasan, tersengih kemudian cebikkan mulut tanda penat dan lidah hampir terkeluar, menandakan dia dah penat bersihkan yuki hehe...

p/s: alahai kupon....

Friday, March 2, 2012

Gardenbug foot finder...

Alhamdulillah rezeki. Hadiah pertama untuk akachan. Tak sangka pun. Terima kasih yang teramat buat Fara dan suaminya yang berada di Bangor. Mereka berdua menuntut ilmu di sana. Saya dan Fara merupakan rakan sekerja satu fakulti tapi berlainan jabatan. Fara pun mommy to be juga. InsyaAllah, sebaya la anak kami nanti. Entri INI menceritakan perihal Fara and her babies.

Apa yang akachan dapat dari aunty Fara ni? Diterbangkan khas dari Bangor. Owh sungguh terharu!
IMG_0607
gardenbug foor finder and wrist rattle set. Jakun seketika tengok sebab comel yang amat. 

IMG_0608
tengok pada belakang kotak, baru saya dan cinta hati faham akan penggunaannya... wahhh hontou ni kawaiiiiii... ureshikatta desu. Terima kasih sekali lagi buat Fara and hubby. We love it!

IMG_0610
hari ni beristirehat di rumah... yuki-chan turun rintik-rintik sejak tengah hari tadi... nampak gaya macam lambat lagi tanda-tanda nak spring ni... tapi tak tahulah sebab cuaca pun tak menentu sekarang ni kan...

 Kali pertama ke penang masa umur 2 tahun, Or course masa tu tak tahu apa2 dan langsung tak ingat apa2. Teringin nak ke penang satu hari nanti... Klik iklan kalau nak tahu lebih lanjut tentang Friso grwing up together days...mesti ramai ibu2 di luar sana yang tahu tentang ni...

p/s: keywords...

Tuesday, February 14, 2012

Feels like in a snow globe...

Pada suati hari (eceh) cerita agak basi. Kebetulan sempat snap time yuki turun, biasanya tengok je hehe... Pandang cinta hati dan cakap "macam snow globe!" sambil tangan tadah yuki. Dia diam je. Malas nak layan cik puan isteri berangan haha. Maaflah penulis memang macam ni, ada aje benda yang nak diangankannya.

 (gambar dari google) budak comel dan snow globe. Sebelah tu snow globe terbesar sampai boleh masuk duduk dalam tu... erkk pengsan!

IMG_0217
yuki chan! Dulu masa sekolah, balik tuition suka pergi kedai cenderamata dengan bestfriend. Lepas tu belek2 snow globe yang pelbagai jenis. Ada yang warna warni ada yang letak manik dan macam2 lagi...hehe kenangan zaman dulu kala...

IMG_0219
gambar ni tak nampak sangat (ke sebab patik tak pandai ambil gambar, tskkk)

IMG_0220
yuki-chan di baju...

p/s: banyak kerja perlu dibereskan tapi buat kerja sikit dan rasa cam nak rehat hehe... yosh ganbare!

Friday, February 10, 2012

ドラゴン no Origami...

Dulu pernah buat origami di entri INI sewaktu mengikuti program Hina Matsuri. Kali ni menerima ajakan last minute dari cik nab. Program pada hari sabtu lepas, dia pun tak pasti jam berapa. Tahun lepas program ni bermula jam 10 pagi, maka cik nab pun assume kali ni bermula jam 10 pagi juga. Hari sabtu tu patik bermalas2, bersiap pun lambat haha... sebab kena pergi seorang diri (padahal cik nab pun ada sama, alasan...). Cinta hati bukan berminat pun dengan aktiviti sebegini.

IMG_0183
ocopot terkejut, sebab masa turun tangga tiba2 nampak macam ketulan ais jatuh, bila dongak tengok ada duri ais (nama apa ntah ni haha, rekaan semata-mata sila jangan percaya). Ish tak pernah2 ada, sebab Sendai bukannya banyak yuki macam tempat lain... Program tu beberapa langkah je dari rumah, memandangkan pagi tu sejuk, yuki yang ada tu macam mengeras. My love berkali2 pesan jalan elok2 takut nati terjatuh.

IMG_0186-tile
telefon cik nab tak dapat, hati terdetik "tak jadi pergi ke cik nab ni?" Masuk ajelah... rupa-rupanya program tu jam 9.30 pagi, adoii pengsan. Sesampainya patik, orang lain dah bertungkus lumus buat origami masing2... nasib baik ada staf cepat2 datang dan tunjukkan cara untuk buat origami pada hari tersebut. Mata melilau cari cik nab. "tak sihat ke?" hari tu berpeluang buat origami dragon (ドラゴン=doragon) sempena tahun naga gitu kan... banyak betul kertas yang harus dilipat pelbagai warna...

IMG_0184
akhirnya cik nab datang jua, dia ada hal rupanya... sebab tu lambat sikit... 

IMG_0187
para peserta lain... ada peserta dari jepun, korea, bangladesh, india dan juga tak tahu sebab tak sempat berkenalan pun.. Sebelah saya seorang kanak2 perempuan bernama Hina-chan, tapi tak mesra alam sangat, puas i senyum2 pandang2 tapi tak dilayan pun huhu... takut agaknya melihat muka patik yang jelek ni wuwuwu...

IMG_0188
yang warna warni tadi dibentuk menjadi bulatan....

IMG_0189-tile
lepas tu letaklah "doragon" kat tengah2 tu (ala2 "dora" the explorer pula, eh tiba2) maka siaplah origami saya hehe.. simple je tapi senang nak simpan ataupun frame kan... kelakar betul, asal nak bergambar je mesti fasi tu suruh pegang hasil keras tangan masing2, malu i u wuwuwu...

IMG_0194
Bersama sensei yang ajar kami. Arigatou ne sensei! ureshikatta... dah macam rupa anpanman dah patik sekarang ni wuwuwu....

IMG_0196
dapat origami kimono ni, hadiah dari sensei. My fav origami! boleh buat book mark...

IMG_0197-tile
yang ni pun diberi juga kepada peserta, yang sebelah kanan tu nampak macam bunga tapi boleh berpusing seakan gasing... sangat menarik! saya ambil yang versi kecil je, tak tahu nak simpan kat mana, buat menambah habuk je nanti...

IMG_0203
ada sedikit makanan ringan dan minuman disediakan. Senbei, coklat meiji, kacang, sakura mochi yumyum dan ichigo mochi (ichigo=strawberry) yang ditapau buat en suami tersayang hehe... seludup masuk dalam poket baju, shh...

IMG_0214
gambar kenangan bersama para peserta yang langsung tak kenal haha, tak sempat nak borak. Yang kat depan baju pinky winky itulah Hina-chan... kawaii ne!

IMG_0215
Dengan fasi yang best. Bagi penerangan dalam english untuk patik hehe... cik nab org lama kat sini nihongo memang pera-pera nak pengsan!

p/s: abaikan jelah tarikh dan masa yang tak tepat pada gambar tu..last2 setting tak letak date and time, senang...


Wednesday, February 8, 2012

Kamakura no pa-kingu...

Dimabil dari news juga hehe... tengah khusyuk buat puzzle, terkejut bila my love panggil tengok yuki tebal di news... terus capai kamera kat meja tu...

kamakura = igloo (nak tengok kamakura boleh ke Entri INI dan juga INI)
pa-kingu = parking (パーキング) perkataan english yang dijepunkan kepada katakana, read pa-kin-gu...

IMG_0245
ingatkan apalah yang wartawan ni tunjukkan dari jauh...

IMG_0246-tile
rupanya ada lori masuk parking di bawah timbunan yuki... (ampun gambar ada kesan flash kamera wuwuwu)...

IMG_0248
tempat parking pakcik ni dah diliputi yuki, dia tak clearkan tapi buat ruang yang muat2 aje untuk lori tu masuk dan juga untuk dia keluar dari pintu lori... erkk pengsan!

IMG_0249
melihat ke arah kamakura parking beliau, hehe... tapi patik rasa macam tak sanggup la hukhuk...

p/s: puzzle yang memeningkan...


Tuesday, February 7, 2012

Ken sekitar nihon kai...

Kepenatan la sekarang nj huhu... memang macam tu eh? Alhamdulillah sekarang dah minggu ke 22, next check up next week. Adalah beberapa ceritera tapi nak menulis tu rasa macam nak pengsan (heh over u). Ni dari berita jam 10.56 malam, lawak la kenapa kena siar berita minit ke 56?

ken = negeri
nihon kai = laut jepun

Tak faham sangat tapi dari gambar dan simulasi nampak macam yuki lebat melanda di beberapa negeri sebelah laut jepun nun. Disebabkan angin sejuk dari korea dan rusia. Kemudian pergerakan arah angin etc yang membuatkan sesetengah tempat, yuki turun dengan hebatnya...

 peta dari SINI. Tak semua negeri di nihon kai, malam tu berita tunjuk keadaan yuki di Niigata.

IMG_0095
yuki setebal 3.4 meter, wartawan sedang menuju ke tak tahu hehe...

IMG_0096
pondok telefon kana?

IMG_0097
abunai (bahaya)... tiba2 terbayang, tengah cakap telefon, bila dah siap alih2 yuki dah blok pintu, lepas tu nak boleh keluar...uwaaa teperangkap! (berangan kenkonon dalam movie haha)...

IMG_0098
ish.. rasa macam kat tempat Kak As lagi tebal, kenapa tak masuk berita pun eh?

IMG_0099
terpaksa pakai selipar ni untuk jalan atas yuki agar tak tenggelam nanti... 

IMG_0111
tebalnyaaa.. tapi comel je hehe...

IMG_0118
tak faham lah wartawan ni cakap apa ( i wish my nihongo is pera-pera wuwuwu)...

IMG_0119
Yuki nihon kai (60cm) lebih tebal dari Hokkaido (40cm), tapi tempat kami terkecuali sebab mengadap laut pasifik hehe... itulah sebabnya yuki setoet aje. Tapi kalau dekat bukit/pergunungan mungkin lebih tebal. Ada juga kematian terutamanya orang tua yang meninggal ditimpa yuki tatkala nak bersihkan yuki di atas atap rumah... huhu...

IMG_0121
dah tak nampak rupa tol... pengsan!

IMG_0122
mesin pembersih yuki...

p/s: parking kamakura...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails