agaknya apa ye 1000 yen ni, tak faham kanji tu tulis apa, baju reject ke, baju display ke... harga asal 4990 yen selepas tax 5%.
Ish first time ambil gambar sendiri dalam toi ni malu ok, tapi sebab dah penat2 pakai alang-alang sebelum tukar baju, snap la sekeping buat kenangan kut2 tak sempat nak melaram tengok tanabata nanti.
Al kisahnya tersilap tarikh tanabata. Beria dan bersusah payah pakai. Dah la tak ingat macam mana nak ikat obi kat pinggang tu. Last2 ingat jugak... pheww tapi comot sikit, lantak la janji ada rupa yukata hehe... Sekali bila lalu kat bandar tu belum letak lagi perhiasan tanabata tu owhh patik kachiwa. Lepas tu my love singgah stesyen minyak untuk basuh kereta. Malas nak pakai yukata lama2 terus ke toi untuk tukar. Takpe ada masa nak ajak geng lain. Baru la tak janggal seorang diri beryukata dengan memakai tudung.
Mesti ada yang pelik terutamanya yang baru di sini, kenapa yukata dan bukan kimono. Rupanya macam kimono je tapi namanya yukata sebab dipakai pada musim panas dan juga material cotton yang digunakan. Kimono kain dia lain sikit. Memori saya berkimono boleh baca DI SINI.

