Showing posts with label Matsuri. Show all posts
Showing posts with label Matsuri. Show all posts

Sunday, August 5, 2012

Murahan...

Pernah baca entri Nota 1000 yen? Patik suka sangat shopping baju dengan harga 1000 yen ni, the cheapest one ok!
 agaknya apa ye 1000 yen ni, tak faham kanji tu tulis apa, baju reject ke, baju display ke... harga asal 4990 yen selepas tax 5%.

Ish first time ambil gambar sendiri dalam toi ni malu ok, tapi sebab dah penat2 pakai alang-alang sebelum tukar baju, snap la sekeping buat kenangan kut2 tak sempat nak melaram tengok tanabata nanti.

Al kisahnya tersilap tarikh tanabata. Beria dan bersusah payah pakai. Dah la tak ingat macam mana nak ikat obi kat pinggang tu. Last2 ingat jugak... pheww tapi comot sikit, lantak la janji ada rupa yukata hehe... Sekali bila lalu kat bandar tu belum letak lagi perhiasan tanabata tu owhh patik kachiwa. Lepas tu my love singgah stesyen minyak untuk basuh kereta. Malas nak pakai yukata lama2 terus ke toi untuk tukar. Takpe ada masa nak ajak geng lain. Baru la tak janggal seorang diri beryukata dengan memakai tudung.

Mesti ada yang pelik terutamanya yang baru di sini, kenapa yukata dan bukan kimono. Rupanya macam kimono je tapi namanya yukata sebab dipakai pada musim panas dan juga material cotton yang digunakan. Kimono kain dia lain sikit. Memori saya berkimono boleh baca DI SINI.


Thursday, December 15, 2011

Memories with Momiji...

Memori terakhir bersama momiji untuk tahun ini. Tahun depan tak pastilah sama ada masih ada rezeki atau tidak. Pertama kali lihat momiji di waktu malam diterangi lampu lip lap lip lap. Mungkin warna daun momiji lebih terserlah bila ada lampu. Entahlah patik kurang arif. Ini merupakan trip on the spot senior citizen Sendai. Sewaktu sampai di Matsushima lebih kurang 1 jam dari bandar Sendai, hujan mula turun rintik2. Alamak dah la kami tak sediakan patung sebelum hujan huhu... Maka sedikit tergendalalah outing kami ada malam tersebut. Tak sempat nak posing beramai-ramai. Hujan tak menentu sekejap rintik sekejap lebat... tapi bila dah nak balik makin lebat dan kami terpaksa cari tempat berteduh. Kebetulan hari tu merupakan hari terakhir matsuri berkenaan, wuwuwu... nak tak nak terpaksa redah jugak la kan...

IMG_0106
Harga masuk taman ni 500 yen dan orang sangat ramai, sehingga terpaksa beratur untuk masuk dan berjalan perlahan2, nak ambil gambar pun susah. Dah la patik dan cinta hati sangat tidak arif ambil gambar waktu malam. Pasti hasilnya hancur luluh sehancurnya hati patik ni huhu...

IMG_0110
momiji desu!

IMG_0113
suka sangat dengan warna momiji ni... cute!

IMG_0147
yellow momiji...

IMG_0114-tile
adalah juga beberapa keping gambar yang "menjadi" untuk diabadikan oleh penulis :P, suka sangat dengan susunan lampu di sepanjang jalan. It felt romantic (mulalah nak berangan tu!)... tapi gambar beramai2 blur la pulak, dengan orang ramai menyukarkan kami untuk posing berkali2 ala-ala filem yang kena shoot balik bila ada scene tak menjadi (eceh!)...

IMG_0127
abaikan boots comot tu... dah banyak momiji yang gugur. Cantik pula bila tanah dipenuhi momiji pelbagai warna...

IMG_0129
besar juga pokok momiji ni, kena dongak atas untuk lihat... 

IMG_0144
masa ni hujan dah mula lebat, momiji ni ditanam di tepi tasik dan nampak reflection, sayangnya keadaan cuaca tidak mengizinkan kami untuk melihat lebih lama, orang ramai dah berpusu-pusu keluar dan juga mencari tempat berteduh. Ada bangsal kat tepi tasik tu tapi dah fully occupied, terpaksa kami cari tempat lain, berlari-lari anak berpimpin tangan dalam hujan, owh such a romantic moment (haha tak habis2 berangan)... 

p/s: tiba2 teringat watak jahat dalam power puff girls monkey mujojojo (betul ke)... haha apakah?


Wednesday, November 2, 2011

Kokusai Matsuri 2011...

Nak tahu apa makna Kokusai Matsuri? Bolehlah jenguk entri INI yang berkisar tentang acara tahun lepas. Ia memang diadakan setiap tahun sekitar Oktober. Oklah patik kan baik hari orangnya (ada yg nak kena makan lempeng, eh i likee lempeng kelapa huhu.. nakkk). Mungkin ada yang makless (gaya amy mastura cakap dalam puteri impian 1) nak jenguk link tu mari patik bagitahu pada anda semua..
kokusai=inernational
matsuri=festival
International Festival....
IMG_0080
masuk je perkarangan padang sekolah berhampiran kediaman kami, ada gerai dari Sweden dan sebelahnya Bangladesh. Kali pertama nampak gerai Sweden, ingatkan cinta hati ada snap gambar bila check nehi hay pulak... ampunn... tahun ni makanan tak menggiurkan di gerai Bangladesh, sangat simple, jadi kami tak nak cuba dan terus bergegas ke gerai Malaysia... dah terbayang murtabak yum yum...

IMG_0078-tile
Gen-kun dan Ai-chan, anak jepun ke anak malaysia ni? hehe... Gen-kun nak pinjam minnie ai-chan. Pantang nampak cinta hati mesti nak berdukung, dulu panggil uncle sekarang dia lebih suka panggil abang (dia sebut a-bam)... haha comel tak... but me? maintain panggil auntie (dia sebut a-chi) huhu  panggil la kakak.. baru la matching hik2... mengada betul...

IMG_0101-tile
Pasembur, walaupun beli kat gerai sendiri tetap kena beratur macam orang lain ok, pastu takde dapat lebih2 sikit pun wuwuwu...kachiwa tau... satu tiket makanan berharga 1000 yen yang mana ada 3 kupon, kami beli 2 maka ada 6 kupon, 2kupon=nasi goreng gerai indonesia (menu sama mcm tahun lepas tapi tahun ni kurang kick la), 3kupon=murtabak (serius sedap, sebab lama tak makan), 1kupon lagi beli pasembur... tak beli langsung makanan gerai lain...

tahun lepas kenkononnya nak cuba variety food, afrika la iran la etc, tapi tak kena dengan selera tekak lepas tu rasa membazir je, maka hatta arakian, tahun ni kami spend pada makanan yang betul2 berbaloi...

IMG_0082-tile
tak tahu pun apa tapi posing ajelah... ada fashion show dan saya bergambar Kina salah seorang pelajar undergrad, wakil model yang memperagakan pakaian tradisional Malaysia...

IMG_0071-tile
jualan laris tahun ni terutamanya murtabak...

IMG_0099
Mini murtabak... fresh, panas dan rangup huhu teringat sampai hari ni, nak buat sediri tak reti la pulak, adehh... ramai orang cakap sedap, pertama kali orang jepun tahu akan murtabak siap minta tolong ajar macam mana nak makan dengan sos pink tu hehe...

IMG_0093-tile
gerai2 lain yang turut serta...

IMG_0089-tile
gerai ni sangat ramai orang beratur... makanan Iran, kami tak cuba pun, sebab queue panjang sangat.. pengsan! tak pasti sejauh mana kesedapannya, tapi tekak ni masih jatuh chenta dengan murtabak... ahaha... dah namanya tekak malaysia tak gitu...

p/s: bila nak cerita pasal gua ni? sebelum tu kena jawab tag putput dulu...

Sunday, October 30, 2011

Alive...

I do not feel so alive ahaha boleh gitu? Patik baru pulang dari kota papaku belikan kereta eh termenyanyi la pulak... Sebenarnya baru pulang dari kokusai matsuri. Macam2 ada, tapi tak sempat explore semua. Pergi makan,tengok show kejap kemudian rasa penat. Cinta hati masih berada di sana. Update jap, bw... Rindunya nak berbw... Rasa dh lama sangat tak jenguk rumah blogger yang lain. Padahal baru sehari, over betul penuls ni. Tapi mata ni kuyu, badan terasa lemah longlai... Masa menaip ni pun rasa nak tertidur...

Kokusai matsuri ni diadakan setiap tahun, dulu di padang bola berhampiran kaikan. Tapi sekarang padang tu dah didirikan rumah untuk mangsa tsunami. Nasib baik tempat baru ni dekat juga, jalan kaki je. Menu gerai Malaysia tahun ni pasembur dan murtabak. Orang kuat utk program ni dah tentu pelajar undergrad. Tahun lepas patik join jg tlg apa yang patut, tapi tahun ni penyokng dari belakang je hehe...

Alhamdulillah trip semalam pun menyeronokkan, akan dikongsikan di sini... Pertama kali masuk gua, punyalah banyak gua di tanah air tapi saya tak pernah masuk. Last2 berpeluang masuk gua kat sini pulak hehe...

Otsukare...

Friday, July 29, 2011

Tazawako Matsuri...

Entri pling pling terpublish sendiri. Harap2 menjadi la sebab sebelum ni cuba set ntuk entri terdahulu, dia takmo jadi, cek tak tau pasai apa. TEngok2 eh tak terpublish rupanya. Tak habis2 lagi perihal Tazawako ni, harap tak jemu ye, kalau jemu, nanti patik berduka membawa diri pergi tepi sungai... sob sob... (tak menahan kenapa kena pergi sungai? haha). Lepas entri ni ada 1 episod je lagi... Walaupun ini hanya trip di hujung minggu, namun penulis nak jugak cerita semua dengan detailnya... untuk kenangan saya dan cinta juga... koleksi gambar tanpa catatan tidak mencukupi untuk patik...

Selepas berfoto gedik di depan hotel tibalah masanya untuk ke tempat matsuri, Iryd dan Su menanti di sana. Malangnya Ab dan Akmal menhadapi sedikit masalah dengan kuruma mereka semasa dalam perjalanan, maka cinta hati ku dan hubby Iryd bergegas ke tempat tersebut. Tinggallah kami bertiga berfoto di kawasan sekitar.

Memang dah sepakat untuk memakai yukata, malangnya saya yang sibuk dengan meeting dan zemi pada Jumaat hingga ke tengah malam, keesokan pagi Sabtu agak kelam kabut dan mungkin kepenatan masih belum hilang, maka terlupa nak bawa yukata,huhu frust sangat2. Iryd dan hubbynya saya gelarkan pasangan model, mana taknya... mereka memang pandai berposing dan pro ambil gambar sebab guna manual mode (saya sampai sekarang guna auto mode aje haha), mereka juga sgt kreatif edit gambar, saya pulak satu apa pun tak reti edit gambar setakat letak nama blog dan watermark tu tahulah huhu... tak ada masa la nak belajar lebih mendalam perihal ambil gambar dan juga edit gambar...

IMG_5006-tile
Naga yang digunakan untuk matsuri tersebut... kenangan jejakkan kaki di pasir tasik Tazawa... owh itik maafkan patik kerana tidak dapat mengelilingi tasik tu huhu... prop berfoto yang Iryd bawa, payung jepun... auwww i likeee... saya tumpang sekaki hehe...
IMG_5055-tile
Saya dan my one of my sendai bestie Iryd he model, Ai-chan sangat happy pertama kali main pasir sampai tak nak didukung oleh mamanya, tak berganjak langsung dia main pasir tu... baru aje kami nak posing2 datang 2 photographer jepun nak mabil gambar Iryd dan princessnya Ai-chan...wahhh glam gitu... suka suka... orang dah mula memenuhi kawasan tasik untuk melihat matsuri...
IMG_5028
3 of us mengabdikan kenangan di Tazawako...
IMG_5090
anak2 jepun beryukata! tengok mereka buat peace di mata...comel tak??? saya tak tahu pakcik photographer tu setting apa sampai gambar boleh jadi ala2 biru sket hehe...
IMG_5102
ada persembahan di pentas utama...suara perempuan tu best sangat!
IMG_5104
bersama hero2 yang akan membawa naga tu ke dalam air malangnya, kami tak nampak sangat, waktu tu hujan renyai2 maka berteduh di bawa gazebo... nasib baik masa hanabi dah berhenti...
IMG_5142-tile
alamak...sangat tak reti ambil gambar hanabi huhu ampunnn gambar tak cun...
IMG_5191-tile
hanabi yang menyeronokkan! lenguh leher patik dongak untuk tengok hanabi!
IMG_5248
gen chan yang comel... buah hati ab dan akmal, dipersilakan cubit beliau... aktiviti tak terhenti di situ, semua pun dah lapar, jom makan BBQ! kat cottage yang kawan lain diami dilengkapi khas dengan alatan untuk ber-BBQ tinggal bawa makanan aje...
IMG_5251
masa mula2 masuk rumah tu saya sangat terpegun, sebelum tu dah dengar Iryd dan Su bercerita tentang cottage yang cukup lengkap segala, bila melangkah sendiri baru tergamam, tu tempat buat teh/kopi agaknya...macam ala2 movie gitu hehe (terus berangan eceeh...)
IMG_5252
suka dengan tingkap bulat ni! pintu sebelah tu menuju ke bilik air, siap ada private onsen! dan juga mesin basuh... wahh memang cukup lengkap... ada 1 main bedroom di bawah, dan naik tangga tu ada lagi 2 bilik...
IMG_5255
siap ada tempat karaoke lagi dengan pelbagai pilihan lagu...
IMG_5259
tak tahu pulak apa nama tempat pemanas ni, yang pasti, akan digunakan sepenuhnya kalau bercuti waktu fuyu...
IMG_5262-tile
Menu kami pada malam tersebut banyak sangat... namun apakan daya khusyuk sangat makan serta berbual dan hanya sempat snap ayam bakar special beserta kek batik Su... lain2 adalah ikan sanma, daging bakar, udang yang yummy! jagung tak sempat nak bakar...huhu... finally ada gambar bersama Ab...
IMG_5289
memorable natsu 2011 bersama senior citizen sendai... arigatou minna-san! wasurenai! (takkan lupa/will never forget).

p/s: hujung minggu ni pindah rumah...owh nooo...pengsan!

Thursday, July 21, 2011

Tohoku Rokkon Matsuri 2011...

Pada 16 dan 17 Julai yang lalu telah diadakan matsuri besar-besaran yang diberi nama Rokkon Matsuri. Rokkon tu mungkin dari ROKU yang membawa maksud 6, (bukan Goku dragon ball ye) kon tu patik tak tak pastilah pula. Cone ice-cream tu tahu la hik2, asal makanan tahu aje kamu ye! Matsuri=festival/pesta...

Kenapa roku? sebab 6 ken/negeri berkumpul sempena meraikan sendai/miyagi atas gempa besar Mac lalu sebagai pengubat hati...

(Picture taken from HERE.) Dari atas kanan Aomori (Nebuta Matsuri), Iwate (Morioka Sansa Matsuri), Miyagi (Tanabata Matsuri), Fukushima (Waraji Matsuri), Yamagata (Hanagasa Matsuri) dan Akita (Kanto Matsuri)...

Bukan senang nak tengok matsuri ni sebab kan, sebab perlu pergi ke ken-ken tersebut kos dan masa diperlukan. Alang2 semua dah datangke Sendai, apa lagi kami pun tak lepaskan peluang untuk turut serta...
IMG_4310-tile
parking agak jauh sebab nak parking murah, perjalanan dimulakan, cinta hati pakai topi sebab panas hehe... masa jalan ni excited lagi... lepas tu bila dah sampai ke tempat perarakan, alangkah terkejutnya kami... penuh dengan lautan manusia... tak tahu nak ambil port mana untuk tengok... diaorang ni tunggu sesudah subuh lagi ke? rasanya kami keluar dah awal nak ambil tempat best untuk lihat perarakan...
IMG_4320
bosan dan ramai sangat orang tak tahu nak buat apa maka saya dongak atas... sambil koya kelemasan nak hirup udara, gambar ni menunjukkan perasaan saya tika itu... eceh over acting betul haha... (hellpp i cant breath... i need some air...)
IMG_4322
bagus betul abg polis ni... ke sana ke mari jaga keadaan, dengan panas terik mentari dia masih memantau dengan senyuman dan sempat bermain2 dengan anak kecil (eh kok kenapa ayat persis novel aje ni?) p/s: sis astina, sila buat cerita abg polis pulak ye...
IMG_4326
masa ni dah tak larat dah nak bersesak, cinta dah jeling2, melayan kerenah isteri yang nak sangat tengok matsuri ni (arigatou love, mmuah! alamak tergeli geleman pulak), masa ni masih sabar menanti...
IMG_4328
tarian aoba lambang negeri miyagi, biasanya matsuri ni bulan mei tapi masa tu masih lagi "berkabung kut" saya tak pasti... sebab selama 2 bulan iklan2 semangat untuk miyagi keudara di tv.
IMG_4337
kipas yang saya dapat free untuk entri "musim kipas" bukan kipas jepun mcam gambar atas tu tapi kipas biasa2 aje haa. buat GA pun takde orang nak kut haha...
IMG_4331
abang jepun dan gendang... dah habis main gendang ada sajak pulak, tapi satu pun tak faham... nak ambil gambar pun susah sebab masa tu orang dah semakin ramai... aduiii pengsann...
IMG_4341
yang ini pula dari Akita (Kanto Matsuri) ini dari jauh aje, tak nampak sepenuhnya huhuhu... lepas tu saya dan cinta ambil keputusan untuk pulang, dalam masa sama ada ajakan dari seseorang (ehem2) pergi tuutt...rahsia, nanti story mory lepas ni...
IMG_4344
cinta hati ku berposing dengan kipas free, itulah rupa kipas percuma tu... masa ni saya duk toleh2 belakang lagi dengan harapan nampak matsuri, (tak dapat menerima kenyataan tak dapat tengok, huwaaaaa)... teringin nak tengok nebuta matsuri huhu...

p/s: kachiwa tak dapat tengok rokkon matsuri... ada apa dengan otaki?

Monday, July 11, 2011

Tanabata Matsuri - Ikebana...

Ikebana = gubahan bunga / flower arranging

Pernah dengar aje sebelum ni, tapi tak pernah ada peluang untuk mencubanya sendiri... Khabarnya susah nak buat ikebana ni... Semasa mengikuti Tanabata Matsuri tu, ikebana turut disediakan... apa lagi haruslah join... ye tak?

IMG_4262
saya dengan muka jakun ikebana...
IMG_4263
hasil ikebana.... tapi macam buruk aje rupanya... menyedihkan betul...
IMG_4264
bekas yang berisi air dan besi tempat untuk letakkan bunga dan daun, sebelum ni saya biasa lihat span basah je, tengok besi tu macam menakutkan aje hehe...kemudian makcik yang ajar tu suruh tukar bekas yang lebih panjang pula... susah juga ye nak gubah bunga... ketinggian bunga dan juga saiz bekas tu mempengaruhi gubahan... konfius patik tau.. hik2...
IMG_4271
bekas yang ni lebih sesuai kut... sebab gubahan tu melibatkan dedaun yang panjang... bunga yang digunakan pada hari tu adalah carnation dan lupa pulak bunga yang kaler oren tu, miss flower tak biasa dengan bunga ni ehehe...(cover sket :P). Lagi satu aspek utama dalam ikebana adalah gubahan ini mementingkan "simplicity". Patut la rasa macam tak meriah je gubahan patik tu... hentam sajalah... sekurang-kurangnya dah ada pengalaman dengan ikebana...

p/s: bila ntah nak buat entri perihal kimono dan yukata ni... sejak sibuk ni, mood nak menulis dah berkurang, huwaa... tolonglah patik...

Saturday, July 9, 2011

Tanabata Matsuri - Fukinagashi...

IMG_4294
hasil "tangkapan" sewaktu Tanabata Masturi, saya keluar agak awal sebab nak bergegas ke lab pula inilah hidup sebagai student, mmg busy bebeno yer huhu... Masa nak keluar tu, salah seorang staff bertanya nak tak barang2 ni?... sambil menunjukkan buku perihal tanabata (harga 1000 yen, eh sama mahal dgn harga baju murahan i tu, nanti saya share di blog tentang baju 1000 yen), lepas tu kipas kayu dan yang paling saya suka adalah book mark kimono girl (i very like). Rezeki jangan ditolak ye tak? Dia nak kasi semua secara percuma maka tanpa berfikir panjang saya ambil la semua (tamak haloba T_T). Yang ada pom pom merah dah rambu ramba (sebelah kanan) tu namanya Fukinagashi = streamers... salah satu perhiasan tanabata yang saya sempat buat...
IMG_4249-tile
mudah aje, sebab semua dah disediakan tinggal nak cantum-cantumkan aje :P, baik betul makcik yang ajar dan juga makcik sebelah saya tu, mereka borak2 tanya macam2 tapi saya pulak kurang fasih sangat nihon-go, haishh... jadi terhad nak terangkan jawapan tu huhu... (p/s: EE u suka buat origami?)

Ada banyak perhiasan utama, seperti yang saya maklumkan di entri yang lalu (YUKATA)... Ia berkisar tentang percintaan terhalang yang menyedihkan, yerlah boleh jumpa setahun sekali sahaja... lepas tu kalau hujan tak boleh jumpa sebab nanti burung tak dapat datang bantu bina jambatan yang yang boleh menghubungkan Orihime dan Hikoboshi. Ada banyak version cerita dongeng ni boleh baca di Wikipedia. Tanabata ni juga terkenal di China namun namanya mungkin berbeza. 

Mereka percaya pada hari tanabata 7.7 adalah hari untuk membuat permintaan (make a wish) dan ada di antaranya dizahirkan melalui pembuatan origami yang juga dijadikan sebagai perhiasan tanabata pada pokok buluh... perasan tak pada gembar pertama di entry Yukata tu ada pokok buluh kecil yang ada perhiasan tergantung . Tapi dalam gambar tu tak nampak sangatlah perhiasan tu...  Antara perhiasan utama adalah seperti gambar di bawah ni...
 Fukinagashi (string yang digunakan oleh Orihime) dan kamigoromo=kimono kertas (supaya pandai menjahit dan dijauhi dari perkara buruk)...
 Toami=jala/fishing net (supaya dapat tangkapan yang banyak) dan Orizuru=burung kertas/paper crane (untuk keselamatan dan kesihatan keluarga serta panjang umur)
Kinchaku=dompet/purse (untuk bisnes sentiasa maju), Tanzaku=wish yang ditulis pada kertas (kebiasaannya untuk cemerlang dalam pelajaran) dan Kuzukago=plastik sampah/trash bag (untuk kebersihan dalam kehidupan) [pictures from wikipedia]...

comel aje kan buat2 origami untuk buat wish... tapi bagi kita sebagai muslim, bila2 masa boleh berdoa dan memohon apa saja dari Dia... insyaAllah...

IMG_4292
Acara terakhir yang saya sempat turut serta adalah kaligrafi...tak sempat snap gambar la pulak akan tulisan kaligrafi yang sangat comot hehe...

p/s: Last sekali perihal Ikebana...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails