Showing posts with label Gadgets. Show all posts
Showing posts with label Gadgets. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

Muryou iPhone4...

muryou = free/percuma
keitai denwa = hp (tapi saya biasa sebut keitai je)
bukan iphone 4s tapi iphone4 je (8gb)... 

Saya dan cinta hati bukanlah gadget freak sangat. Tak up to date pun. Kadang my love tu suka jugaklah survey2. Tapi kalau nak beli tu mesti fikir banyak kali. Al kisahnya, keitai saya ni dah macam tak berapa betul. Kadang orang call atau msg tapi tak dapat pun. Adakah sebab line atau telefon yang dah menunjukkan ciri-ciri minta ditukar. Tapi bila fikir balik, "ala tak lama je lagi, bertahanlah sekejap". Balik malaysia memang kena cari keitai dan register no baru... keitai kat sini tak boleh guna di malaysia itu yang tak bersungguh mana nak beli keitai yang elok. Tapi kalau iphone mungkin boleh, entahlah patik tak pasti...

Di sini lain sikit caranya. Ada banyak syarikat telekomunikasi seperti Softbank, Docomo, Au etc. Namun setiap syarikat mempunyai koleksi handphone yang berbeza. Kalau kat malaysia, pilih je keitai jenama apa dan register je dengan mana2... celcom, maxis etc kan? Kalau tak silap samsung under docomo manakala iphone pula under softbank. Brand lain lupalah pulak. Tapi memang pelbagai jenis dan model.

Masa awal2 sampai dulu kami tak target pun nak guna keitai model apa and so on. Bagi kami yang penting pilih pakej yang paling murah. Kebetulan softbank buat promosi dan semua pelajar malaysia di sini pun guna softbank sebab bila buat panggilan no softbank ke softbank ianya percuma dari 1am hingga 9pm. Nak cakap berjam2 pun boleh asalkan dalam tempoh waktu tersebut. Kemudian kami ambil keitai paling murah dalam koleksi softbank tu hehe... 
IMG_1031
maka terbelilah disney mobile Softbank (abaikan totoro yang comot tu...)
harga keitai tu sama ada bayar terus, atau secara bulanan bersama bil telefon dan kontrak bayaran ansuran ni biasanya selama 2 tahun...

contoh pengiraan
harga keitai Xyen bahagi 24bulan = Zyen
bil bulanan = Zyen + basic plan (980 yen) + penggunaan persendirian (sms percuma, yang akan dikenakan bayaran adalah email, panggilan ke no lain seperti docomo etc dan juga panggilan ke softbank di luar waktu percuma)
kalau guna internet maka bertambah lagilah bilnya. Selepas 2 tahun@kalau dah bayar lump sum harga telefon maka bil bulanan = basic plan (980 yen) + penggunaan persendirian
(mesti pening, takpelah buat2 faham jelah hik2)

tengok bahagian atas keitai tu, dah tak ada rupa keitai kan? tapi mmg tahan lasak... yang nampak macam tercabut tu ada kisah disebaliknya. Waktu tu nak cepat, entah macam mana boleh jatuh lepas tu tersepak pulak (timing jatuh yang cun sebab jatuh pada kaki yang kebetulan nak mengorak langkah), huhu, namun keitai itu masih setia berbakti pada tuannya yang comot ni, arigatou ne keitai...

IMG_1033 
salah satu butang pun hampir nak tertanggal, yang ni saya tak buat apa2... tiba2 je pada suatu hari dia toing dengan sendirinya...

Hatta arakian (eceh... atau lebih tepatnya pada minggu lepas), suami Iryd, iaitu Pitt khabarkan pada kami dia baru register iphone4 untuk Iryd. Yang menariknya pakej ini khas untuk student, tak perlu bayar harga iphone4 tu...

cuma bayar tatau apa nama plan ni (315 yen) + penggunaan persendirian. Tak ada basic plan 980 yen tu tapi masih layak untuk panggilan percuma 1 am- 9 pm tu.

Kalau guna secara berdisiplin, telefon pada waktu 1 am-9 pm dan tak guna 3G (hanya guna free wifi di tempat2 tertentu) bil bulanan pastinya 315 yen je... pengsan! murah betul... lepas tu dandan je my love cakap "hp sayang tu dah layak ditukar dengan yang baru."

IMG_1035 
Maka kami pun ke Labi (salah satu kedai elektronik di Sendai) untuk bertanyakan akan hal tersebut. Tak sangka dapat keitai free haha... macam jakun je, manalah patik yang kekampungan ni reti nak guna smartphone macam tu wuwuwu... walaupun orang kata iphone ni ipad versi mini namun tetap rasa janggal...
Takpelah ketinggalan zaman pun (sebab iphone4 instead of iphone4s) janji boleh digunakan dan yang penting FREE! En suami pun ambil juga. Alang2 percuma. Ingat senang ke nak dapat keitai free? Ye tak? Sebelum ni pernah ternampak tertulis 0 yen tapi tak berani nak tanya kut2 la muslihat peniaga kan... apapun terima kasih Pitt kerana memberitahu kami akan hal ini.

Friday, February 10, 2012

ドラゴン no Origami...

Dulu pernah buat origami di entri INI sewaktu mengikuti program Hina Matsuri. Kali ni menerima ajakan last minute dari cik nab. Program pada hari sabtu lepas, dia pun tak pasti jam berapa. Tahun lepas program ni bermula jam 10 pagi, maka cik nab pun assume kali ni bermula jam 10 pagi juga. Hari sabtu tu patik bermalas2, bersiap pun lambat haha... sebab kena pergi seorang diri (padahal cik nab pun ada sama, alasan...). Cinta hati bukan berminat pun dengan aktiviti sebegini.

IMG_0183
ocopot terkejut, sebab masa turun tangga tiba2 nampak macam ketulan ais jatuh, bila dongak tengok ada duri ais (nama apa ntah ni haha, rekaan semata-mata sila jangan percaya). Ish tak pernah2 ada, sebab Sendai bukannya banyak yuki macam tempat lain... Program tu beberapa langkah je dari rumah, memandangkan pagi tu sejuk, yuki yang ada tu macam mengeras. My love berkali2 pesan jalan elok2 takut nati terjatuh.

IMG_0186-tile
telefon cik nab tak dapat, hati terdetik "tak jadi pergi ke cik nab ni?" Masuk ajelah... rupa-rupanya program tu jam 9.30 pagi, adoii pengsan. Sesampainya patik, orang lain dah bertungkus lumus buat origami masing2... nasib baik ada staf cepat2 datang dan tunjukkan cara untuk buat origami pada hari tersebut. Mata melilau cari cik nab. "tak sihat ke?" hari tu berpeluang buat origami dragon (ドラゴン=doragon) sempena tahun naga gitu kan... banyak betul kertas yang harus dilipat pelbagai warna...

IMG_0184
akhirnya cik nab datang jua, dia ada hal rupanya... sebab tu lambat sikit... 

IMG_0187
para peserta lain... ada peserta dari jepun, korea, bangladesh, india dan juga tak tahu sebab tak sempat berkenalan pun.. Sebelah saya seorang kanak2 perempuan bernama Hina-chan, tapi tak mesra alam sangat, puas i senyum2 pandang2 tapi tak dilayan pun huhu... takut agaknya melihat muka patik yang jelek ni wuwuwu...

IMG_0188
yang warna warni tadi dibentuk menjadi bulatan....

IMG_0189-tile
lepas tu letaklah "doragon" kat tengah2 tu (ala2 "dora" the explorer pula, eh tiba2) maka siaplah origami saya hehe.. simple je tapi senang nak simpan ataupun frame kan... kelakar betul, asal nak bergambar je mesti fasi tu suruh pegang hasil keras tangan masing2, malu i u wuwuwu...

IMG_0194
Bersama sensei yang ajar kami. Arigatou ne sensei! ureshikatta... dah macam rupa anpanman dah patik sekarang ni wuwuwu....

IMG_0196
dapat origami kimono ni, hadiah dari sensei. My fav origami! boleh buat book mark...

IMG_0197-tile
yang ni pun diberi juga kepada peserta, yang sebelah kanan tu nampak macam bunga tapi boleh berpusing seakan gasing... sangat menarik! saya ambil yang versi kecil je, tak tahu nak simpan kat mana, buat menambah habuk je nanti...

IMG_0203
ada sedikit makanan ringan dan minuman disediakan. Senbei, coklat meiji, kacang, sakura mochi yumyum dan ichigo mochi (ichigo=strawberry) yang ditapau buat en suami tersayang hehe... seludup masuk dalam poket baju, shh...

IMG_0214
gambar kenangan bersama para peserta yang langsung tak kenal haha, tak sempat nak borak. Yang kat depan baju pinky winky itulah Hina-chan... kawaii ne!

IMG_0215
Dengan fasi yang best. Bagi penerangan dalam english untuk patik hehe... cik nab org lama kat sini nihongo memang pera-pera nak pengsan!

p/s: abaikan jelah tarikh dan masa yang tak tepat pada gambar tu..last2 setting tak letak date and time, senang...


Thursday, February 9, 2012

Puzzle and puzzled...

Biasanya suka buat jigsaw puzzle je. Tak pernah buat puzzle fashion lain. Dari kecil sampai besar duk main jigsaw puzzle bermacam jenis pieces, dari yang senang sampai berapa ratus entah, tapi belum pernah sampai seribu pieces... wuwuwu kalau buat yang tu boleh pengsan!

Cinta hati ada cerita dia main puzzle kat lab dia. Macam2 jenis puzzle. Patik dengar ajelah tak bayang pun macam mana rupa puzzle tu. Sekali dia bawa balik rumah suruh cuba setelah minta kebenaran dari kawanya untuk dipinjam buat sementara...

IMG_0052
mula-mula my love bawa balik Rush Hour, ada 80 set kena selesaikan. Task-nya susun sama seperti gambar pada kad yang diberikan (yang 80 set tu) bermula dari beginner hinggalah master. apa yang perlu dibuat adalah keluarkan kereta merah tu dari kereta/lori yang menghalangnya. Kenderaan lain hanya boleh digerakkan atas bawah kiri kanan mengikut kedudukannya. Tak boleh angkat ke terbang ke jadi kereta batman ke hehe...

Bila dah selesai Rush Hour cinta hati bawa balik River Crossing pula wuwuwu... 
IMG_0123-tile
kotak dan papan river crosing. Yang ni ada 40 set masalah yang perlu diselesaikan...

IMG_0125
letakkan set soalan pada papan tadi...

IMG_0126-tile
susun kayu coklat tu kemudian letakkan titi kayu hanya pada tempat yang berwarna gelap tu... kemudian silalah susun/selesaikan sampai ke hujung sana... takut u! wani (buaya), hebi (ular) pirana semua ada ouch (eh over acting betul!).

IMG_0129
siap ada pakcik ni lagi, tapi tak guna pun macam leceh je. Stuck seketika pada level 38 uwaaa tolongggg.... sampai menyampah nak tengok puzzle tu haha, memang akan puzzled la bila tak jumpa jalan penyelesaian.

p/s: lepas ni tak tahulah cinta hati nak bawa balik puzzle fashion apa pulak. Ganbare to me and akachan.

p/s: mmm

Saturday, December 17, 2011

ビンテ―ジ @ Vintage...

Patik tak pastilah mana yang lebih sesuai kalsik atau vintage. Macam best aje sebut vintage kan hehe... kalau dijepunkan perkataan klasik tu jadilah kurashikku, manakala vintage pula jadi binteeji (te panjang 2 jarhat hehe).

Masa tu dinner date dengan cinta hati, saje pusing2 kawasan berhampiran kedai makan tu. Tiba2 datang zat gedik nak ambil gambar sebab macam kiut la pulak.

IMG_0006
dimulakan dengan motor, orang jepun panggil baiku...

IMG_0007
vespa ni comel la... hehe, hati tu tengok kat tv3 kalau tak silap vespa ni berasal dari Italy rupanya...

IMG_0008
kalau ada versi real, macam tak sanggup nak naik hehe... lepas jadi suri pernah la rempit dengan cinta hati waktu tu kereta kami rosak...ahauww tiba2 teringat hehe...

IMG_0009
sebelah tu kereta, banyak betul VW, mesto SooHaeDaa suka dengan VW...

IMG_0011
comel tak? patik suka dengan corak bunga-bunga dan juga suitcase kat atas kereta tu hehe...

IMG_0012
bas, keretapi etc...

IMG_0013
cukup lengkap, plane pun ada...

IMG_0014
sempat zoom yang ini je sebab cinta hati dah malas nak tunggu...
 
ocopot terkejut sebab sedang khusyuk tengok vintage cars tiba2 ada spaceship (tak menahan, spaceship gitu) pulak...
IMG_0016
siap ada alien kuning jadi penyambut tetamu hehe... ada tangga dan dalam UFO tu ada kerusi lagi ha, tapi i takut la nak masuk dan testing duduk2 and posing wuwuwu... i kams pemalu...

p/s: till then, nak keluar dating...

Tuesday, August 9, 2011

SMAP Softbank CM...

Baru aje nampak kat tv 2 hari yang lalu, saya dan cinta hati tergelak bila tengok, haha... sangat comel! Rasanya remaja muda-mudi di luar sana pasti lebih mengenali kumpulan SMAP apatah lagi salah seorang ahlinya iaitu Kimura Takuya (Kim-Taku).
selamat menonton, memang sempoi la mereka ni... 
smap cm-1-tile
patik siap buat print screen lagi kut2 la ada yang tak boleh view iklan kat atas tu...macam2 versi bermula dari SMAP tulen kemudian jadi buruh kasar agaknya... lepas tu kembali pada zaman dulu, saya nak tergelak la tengok (Nakai kut nama dia), paling kiri belakang... gaya rambut untuk gambar ketiga tu, auww ala2 wanita melayu terakhir gitu ... kemudian versi "salary man" pun ada jugak... siap buat gaya berdiri atas train nak pergi kerja... :P
smap cm-5
maskot utama Softbank, doggy putih tu... kesian kim taku jadi doggy hehe... Nakai ni memang sesuai la dengan rupa dan rambut macam tu hehe kawaii ne!
smap cm-6
yang ni kesukaan patik...ahauuww...dress biru yang comel, i want i want! muslimah lagi haa... long sleeve gitu... sukalah!...
smap cm-7
pink pun ada (mesti Pinky suka ni!) dan juga para peminat warna pinky winky di luar sana... saya suka jugak pink tapi lagi suka warna biru... :) ...

p/s: nak tulis tentang apa pula ye lepas ni...

Sunday, July 3, 2011

さくらんぼ がり - Brooch dan FM...

Di Cherryland ni bukannya ada ladang ceri luas terbentang tapi lebih kepada penjualan dan juga pameran. Kalau nak ber-sakuranbo gari perlu pergi ladang khas yang sangat banyak sampai tak tahu nak pilih mana satu, harga pun berbeza-beza mengikut kesedapan sakuranbo. Lepas dah kenyang (imbas kembali di ENTRI MAKAN dan juga ENTRI PERJALANAN) kami perasan di sebelah food court ada satu bangunan ni, sakuranbo apa ntah hehe... maka kami berjalan ke bangunan sebelah pula. Alang2 sampai kena la cover semua tempat kan? Jom!
23
inilah dia bangunan tu, hujan masih belum reda, tapi taklah lebat sangat...
24
wow! siap ada sakuranbo versi besi kat siling hehe...
25
Cherry World... tentang sejarah sakuranbo, tapi tak faham sangat, Pitt ajak masuk ala2 tunnel tu... rupanya ada pameran bunga-bungaan serta kraftangan yang diperbuat daripada plastisin, tiba2 teringat mainan Play Doh waktu kecik2 dulu... seronok! boleh buat burger la, roti la dan macam2 lagi...
26
boleh buat brooch dan fridge magnet (FM) sakuranbo dengan bayaran 500 yen. Ada cikgu yang akan beri tunjuk ajar, mula2 buat sakuranbo dulu, lain cikgu lain caranya, macam cikgu saya ni dia bagi kecik aje plastisin sakuranbo tu hehe... kena buat 4 semuanya dua di brooch dan dua di FM. Kemudian lekatkan pada batangnya... yang tu dah disediakan siap2, para peserta letak sakuranbo dan happa (daun/leaf) sahaja...
27
dah siap sakuranbo, buat happa pula, plastisin hijau dijadikan bentuk bujur dan ditekan dengan jari telunjuk... kemudian tekapkan pada replika daun tu untuk dapatkan corak garisan seakan daun... comel tak daun patik? (perasan! sila pengsan....)
29
Iryd dan Mrs A pun turut serta (kawan Iryd dari Turkmenistan, eh teringat cerita Ahmad Albab!), cara cikgu dia ajar berbeza, sakuranbo tu lagi besar dan ada corak sikit...
31
proses tampal daun, lepas tu cikgu tu spray dengan apa entah nak bagi berkilat... dah siap homewrok tu apa lagi berposing di sisi replika bunga sakura yang dibuat dari plastisin juga, dan babysit Ai-chan chumil jap...
32
siaplah brooch dan FM patik, tak boleh sentuh selama dua hari tapi bila balik rumah daun tu cedera sikit hukhuk... ouch sakit (imaginasi tak hengat!), takpelah kenangan tu hehe...

p/s: Akhir sekali, aktiviti sakuranbo gari :), maaflah lambat betul patik update...isogashii ne...

Sunday, June 26, 2011

津波にのまれた車載カメラ...

Tajuk kemain lagi ye, padahal copy paste dari you tube aje ha hik2... Di suatu petang Khamis, grrr... kriookkk... eh tu bunyi perut patik la... lapar huhu... pling2... YM berkelip2, owh cinta hati rupanya...

"Syg cuba tengok ni..." lalu diberikan satu link...

Patik pun lihatlah dengan serta merta.. eh tak faham la, apa yang diperkatakan pun saya hanya faham beberapa patah je, maklumlah nihon-go saya bukan pera-pera (fasih/fluent). Saya akan letak video tu di akhir entry, video ni agak baru, keluar Zero news 16 Jun 2011. Tapi ia berkenaan jishin dan tsunami pada 11311 yang lalu. Sebelum tu nak letak beberapa snap dari video tu... wahai sesiapa yang pera2 nihon-go tu jangan segan2 explain pada patik ok...
zero-1
video cam dipasang dalam kuruma, namun ia hanyut dibawa arus tsunami...
zero-2
dibedah siasat, nasib memory stick selamat...
zero-3-vert 
11311 jam 2.46 pm pada waktu jishin berlaku, masa ni di Izumi-ku, gambar bawah tu pula kalau tengok video tu, gegaran sedang berlaku dan pakcik tu cuba menahan diri dia dari jatuh,kereta hitam kat tempat parking pun nampak bergegar... takutnyaaa...
zero-5
yang ni patik tak faham, agaknya lepas jishin berlaku, kuruma ang ada video cam tu travel ke tempat X
zero-6-vert
11311 jam 4 pm, tsunami melanda kawasan X, lelaki dari odyssey tu terus keluar menyelamatkan diri meninggalkan odysseynya terkapai-kapai, seriusss..kalau patik dalam keadaan ni tak tahu la nak buat apa huhu... nauzubillah... mungkin pemandu dalam kuruma yang ada video cam ni turut lari menyelamatkan diri, ada yang duduk atas bumbung kereta... T_T...
selamat menonton...

p/s: Scheduled entry, mungkin tika ini saya sedang sakuranbo gari di Yamagata...

Monday, June 20, 2011

Wasureta...

Ada kisah di sebalik winter memories tu... nak tahu tak? hehe... erm takyah la... okla okla i cerita jugak (ceh macam la ada orang nak tahu) takpe, patik suka SS haha...

Saya ni ada satu penyakit... bila benda tu dah jadi rutin saya akan buat secara automatic walaupun masa tu tengah fikir atau buat benda lain contohnya...
keluar rumah automotic akan kunci rumah katalah masa tu kebetulan tengah on phone saya akan tetap buat tapi yang jadi masalahnya bila cinta tanya..

"Dah kunci rumah?"
haaaa masa tu terus tak ingat dan jadi teragak2 perkara yang saya ingat cuma cakap phone tapi tang kunci pintu tu entah hilang ke mana... adehh, lalu pergi balik rumah padahal bla check elok je berkunci haha.. iutlah yang dinamakan WASURETA atau bahasa melayu LUPA asal perkataan ni adalah WASURERU, tapi kebiasaannya sebut wasureta (dia punya sebutan past tense). WASURENAI pula maknanya tak lupa (nanti pening pulak ajar banyak2... takmo fenin2 ok)

Lagu satu tabiat saya adalah suka letak HP atas lap/riba... sejak dari belajar lagi, tengah drive ada orang call terus capai borak-borak lepas tu letak balik atas riba. Hari tu cinta dah tegur, jangan letak atas riba sila simpan balik dalam bag ke etc... dah cuba kikis tabiat tak elok tu, tapi bila panik, saya akan otometik juga terbuat huhuhu.... sadis betul... ia terjadi masa winter memories tu la...
masa ambil gambar tu saya langsung tak perasan hp tu dah jatuh bawah kuruma (kereta) perasan tak ada macam benda hitam kat bawah tu?

Masa tu kami dah agak lewat untuk attend dinner party di hotel Oak Hill, saya baru lepas menelefon labmates dalam masa yang sama nampak bangunan kecil ada signboard Oak Hill cepat2 bagitahu kat my love "love, situ situ..." sambil tunjuk dengan jari, time tu HP tak perasan dah letak atas riba ehehe... apa nak jadi dengan patik ni haha...

Masa turun kereta cinta cakap "Eh macam ada barang jatuh..." patik pun check la kat seat di bawah seat dan juga di luar kereta kat atas yuki tu, nak dijadikan cerita, TAK TERTENGOK PULAK BAWAH KURUMA... atoiii.... lepas tu nak dijadikan cerita PLING2 tiba2 terjumpa pulak staff hotel tu, dia bagitahu bukan bangunan ni tapi bangunan lain, maka cepat2 lah kami masuk kereta dan follow van staff tu. 

Bila sampai bilik hotel solat etc... saya nak ambil hp dalam bag, alih2 tak ada... owh tidakkkk... ke mana kamu wahai enponnn??? habis selongkar satu bag... cinta cakap "rasanya HP tu jatuh kat bawah sana kut (masa silap bangunan), dah pesan banyak kali jangan letak atas riba." dalam hati "eh ye ke? rasa macam dah betul2 cari tadi" silap sendiri jugak  kan... sadis... tapi tak sampai hati nak lempang diri sendiri haha (biasalah penulis kan over acting, ceh).

Kalau hilang/tertinggal barang kat jepun, setakat ni susah sangat nak dengar masalah curi mencuri ni, dan saya sangat konfiden kalau pergi cari/ambil esok pagi, hp tu masih ada di situ, kalau tak percaya boleh baca pengalaman Kak As ni... tapi disebabkan hp patik tu tidak la canggih mana, dah tu tengah fuyu pulak kan en suami pun cakap "Kalau rosak hp tu, masuk air ke etc, tanggung la sendiri..." huwaaa mulalah jiwa resah gelisah. Maka patik pun pergilah turun ke bawah (sebab hotel tu atas bukit, tempat yang silap tu bawah bukit sikit...)

Sambil jalan sambil feeling2 gitu (ahaha memang mengada betul la nak feeling2 bagai... dush!). Sempat pulak ambil gambar hehe...
IMG_0011
rasa nak baring je, dah la tak ada orang... saya tak rasa takut pun jalan seorang diri malam2 macam tu sebab rasa selamat, tak pernah ada kes pelik2 la kat jepun ni... its a safe country... alhamdulillah
IMG_0005
my fav spot, feveret sangat sampai the next day sebelum balik siap suruh cinta park kereta dan saya posim2 kat depan bangunan tak berpenghuni tu... jalan sikit menuruni selekoh tu, saya nampak ada benda berkilat2... waa hati dah berbunga2... bila pergi dekat yeayyyy... oh intan payung ku sayang haha... diamond umbrella la sangat kannnn???
IMG_0027-horz
my iphone eh silap hp patik yang cikai itew... cikai2 pun banyak berjasa ok... dah jatuh berkali2 siap tersepak lagi (eh kenapa ganas betul kamu ni? kes panik jugak haha) namun masih steady..

p/s: sekian entri merapu untuk hari ni :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails