Monday, December 20, 2010

Yuki malu-malu...

Ni cerita minggu lepas. Rabu malam, masa nak balik rumah, keluar dari lab lebih kurang jam 9 pm... eh nampak putih2, yuki ke? (yuki=snow). Jarang2 benar ramalan cuaca terpesong. Pagi tu sebelum ke lab tengok ramalan cuaca kat TV (hari2 pun tengok sebab nak estimate baju tebal mana nak pakai, haha). Tak ada apa yang menarik cuma suhu sejuk seperti biasa dan diramal cerah sepanjang hari dan agak berangin. Yang tak tahan, siap tulis tahap kelembapan untuk hari tersebut. Kebiasaannya suhu dan cuaca akan diupdate selang sejam atau lebih. (tapi mana sempat nak tengok sebab dah busy dengan rutin harian).
 setoet aje yukinya..tapi rasanya kat tempat lain macam yamagata lebih tebal...
Nampak tak atas rumput tu, malu2 aje... kalau yuki macam ni dah sedia maklum esok mesti dah hilang hehe... (memang hilang pun esoknya, tinggal frost aje), tapi biasanya sendai akan snow lebat at least sekali dalam winter season (pengalaman 2 kali musim snow)...tak tahu lah kali ni macam mana... wait and see je... huhu...


18 comments:

khairunnisa ♥ said...

oh, yuki tu maksudnya snow ^__^

man yusoef said...

walaupon setoet..kat Malaysia tetap tak ada...kalau yuki tebal...buat yuki-man tak??...yuki-man bentuk katun yokies..*complicated ayat kasi..hahah*

Hanis MY said...

Nisa..yup comel kan hehe..

anie,Nagoya said...

yuki dah turun kat cana.kat cini lagi malu rimau, lom turun lagi.bgus tak turun.buat org sejuk je..hahahaha...

Hanis MY said...

Man, okies ahkak akan buat yuki-man, sebelum ni tak wat sebab tak dpt kerjasama dr en hubby haha... kali ni nak buatlah bg nama Osman kihkih...

Hanis MY said...

Kak anie..yer bila turun tu mesti sejuk satu macem, lawak la malu2 rimau tak pa sat g dia turun lah tu...

NARDtheNERD said...

wahhh wahhhh.
bunyi music winter sonata dalam kepala i.

hihi.

nieda said...

seronok melihat kejadian yg Allah ciptakan.

AiN5zOL said...

waaa..
best nyer...
hehehe..
thanks 2 u 2,follow ain nyer blog..:))

kema said...

hahaha~ingt kan yuki tuh nama kucing ker..rupanye yuki =snow ek...hihihi~
nk g jepun ar..nk men yuki~....=)

H A N S said...

sonoknyer men yuki..heheh..klakar plak ayat tu :P

abiummi_khalish said...

ingtkan nama org..hehe...hanis,walau yuki malu2 adelah juga keluar...kat mesir ni xde pun walau sejuk bagai nak rak...huhuhu....:-)

mzhany said...

hana, beshnyer bersalji...uuu besh beshhh...teringin nak bersalji jugak...hohohobersalji di kuala lumpurkah? ahahha

E.d.Y said...

nak main salji..xpernah rasa salji..aduii

dari kelate ke copenhagen said...

yuki? yuki-man? lucu pulak bunyinya

mzhany said...

hana, cepat pergi blog edy, bg info, hana menag GA edy ;)

khairunnisa ♥ said...

yepp ;) comel ^__^

Asmara said...

Hanis, yuki turun minggu lepas je. Minggu ni nampak panas je. ehehe.. Yuki yang ada keliling rumah ni nampak semakin cair. Nampaknya kita kene tunggu taun depan untuk main yuki. hihi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails