Saturday, March 12, 2011

Yonezawa, bandar yuki...

Terima kasih tak terhingga buat Kak As sekeluarga kerana sudi mengalu-alukan kedatangan kami. Seronok sangat boleh jumpa rakan blogger di alam betul hehe... Klik SINI untuk baca entri Kak As. Saya pulak terhegeh2 baru nak update ni...

2 in 1 trip. Lab mengadakan program tahunan ski trip di Zao Onsen. Tempat kami lihat juhyo 2 tahun berturut-turut (Juhyo 1 dan Juhyo 2). Dan 2 tahun berturut2 jugak ponteng trip lab ni. Tahun ni rasa bersalah kalau tak join. Alang2 tak main ski mahupun snowboard, baik melencong jumpa Kak As sekeluarga di Yonezawa. Terima kasih cinta sudi bawa i pergi sana... tanoshiikatta! Moh kita ke Yonezawa sama-sama....
sesiapa yang pernah baca entri tentang juhyo pasti boleh bayangkan... juhyo terletak di zao onsen, manakala Yonezawa atas lagi dari zao onsen lebih kurang 40 km... gambar kat atas tu setelah 2 km meninggalkan zao onsen...
Kamis sungguh terkejut dengan pemandangan kiri kana dipenuhi yuki.. masa ni masih tercari-cari bandar Yonezawa...
tengoklah stesyen minyak tu... mak aihh...
singgah di 7E, masa ni tengah calling2 kak as maklumlah kereta kami takde navigator itu yang susah pakai navi ikut naluri hati ni hehe... sempat snap gambar cinta yang khusyuk tengok majalah kereta... :P
perjalanan diteruskan, terkejut entah ke berapa kali dengan ketebalan yuki, mini lori ni memang tersekat tak boleh keluar dari yuki...owhh tidakkk kak as mmg hebat tinggal di Yonezawa ni...
terima kasih buat suami kak as sebab sudi guide kami ke rumah akak... lihatlah ketebalan yuki di kawasan rumah kak as ni... boleh jadi ice queen kalau saya duk sini..brrr....
wow! sugoi ne...
geram tengok anak kak as ni comel..peramah pulak tu... "hello..nama saya Haqem"mungkin itu yang cuba diberitahu siap tunjuk2 apa ntah hehe... "comel tak saya"... comel kannnn...
seronok dapat jumpa kak as sekeluarga... bersama Batrisya yang kawaii dan Haziq yang shy2 cat.. hehe... terima kasih banyak2 kak as... tatau nak luah macam mana... kami dihidangkan dengan nasi goreng ayam, kari ayam, salad tatau nama...ayam goreng rangup kalah KFC, lepas tu ada desert kek coklat dan juga puding laici ala hotel gitu... siap dapat bekal bawa balik ke hotel lagi... wahhhh sangat-sangat terharu T_T, sudilah kiranya berkunjung ke Sendai pulak ye... wajib tau ehehe...
alalala...good boynya dia... 
menuju ke Uesegi Shrine, bak kata kak as tempat pelancongan Yonezawa...
singgah posing kat Yamagata daigaku...
berjalan menuju bangunan lama yang ada dalam dai tu... ala lupa nama bangunan tu huhu... ice princess and ice prince pantang jumpa yuki mesti mereka nak main2...
alhamdulillah tercapai juga hasrat nak bergambar kat sini... pengsan tak tengok yuki tu??? segitiga kat belakang tu dibuat untuk lindungi pokok daripada tertimbus dek yuki yang tebal...
Uesegi Shrine...tempat yang sangat besar dikelilingin tasik ke sungai lupa pulak huhu... tak sempat nak pusing semua sebab kami perlu balik semula ke zao onsen...zannen betul huhu... nasib baik ada Batrisya yang sporting berposing...

 


 nice candid...arigatou my love!
air separa beku, kak as cakap kalau time sejuk dan yuki lebat memang beku sampai boleh main ice skating, wahh ureshiii..teringin nak pijak atas tu jugak...
yuki ga ippai!
kenangan di Uesegi shrine...
yuki yang tebal dan tinggi...terasa nak join lari-lari bersama ice princess dan ice prince tu tapi malu ehehe...
terima kasih sekali lagi buat kak as sekeluarga, seronoknya boleh jumpa rakan blogger...ada rezeki kami pasti berkunjung lagi....insyaAllah...

18 comments:

RedBerry said...

Hi Hanis,

Hanis kat Tokyo ke? My prayers to both of u. Hopefully uols selamat. Ngeri tgk Tsunami yesterday. Kalau Hanis jauh dr tempat tuh and boleh update kat blog, i really appreciate that.

Be safe, laling.

H A N S said...

haniiiiissss!!! r u ok there??? risau nasib2 mangsa kt jepun tu..hope u r fine dear =)

amni said...

kalau akak dpt update ni maksudnya tempat akak tak apa2 la kan? Kan semalam tsunami kat jepon.. Tak sabar nak online, nak tau pasal akak kat sana... Harap2 tak de apa la deh...

Rohani Hashim said...

hana, ni autopublish ke apa nih. ummm hana, cammana...sila hapdet keadaan hana dan ur love...seyes dr semalam hany duk terigtkan hana tau...ni on lappy terus bukak blog hana...

Siti Nur Fatimah Mohamad Ali said...

wahh...dpt tegok salji dpn mata dok jepunn...bestnya!

whitecappuccino said...

alhamdulillah, rasanya hanis n hubby kot bila tgok dah update blog ni..cantik tempat penuh dgn yuki ni.

PinKy MoMMa said...

hanis..kamu camner d sana?
ya Allah risaunye..entry utk hanis

http://eppyphamdiary.blogspot.com/2011/03/doakan-blogger-hanis-my-selamat-di.html

Unknown said...

yakk...alhamdulillah kalu demo apdet entry ni bermakno demo nga yang trsayang ok lagi la tu..debar saghi sutuk marem..tunggu kobar berito demo ngn tok laki demo..

Fazleyatul Aini said...

tebal lagi ek saji kat sana. best btol
kat sini panehh. hihi. rasa nak duduk dalam fridge je

ieda said...

akak doakan adik disana selamat ya .. semoga semua warga kita selamat dari gempa yg menakutkan :(

niesz said...

salam sis, mcmane keadaan sis dekat sana? ok ker? huhu..hope semue nye selamat..takut tgk berita pasal tsunami dekat jepun, dekat ke dengan rumah sis?

Ina said...

hanis??..i'm really worried..are you guys ok?

Nizam said...

teringin nak pergi sana...

lady-D said...

perghhhh...banyaknye yuki...k.hanis ape cite kat sendai??risaulah dgr psl tsunami tu..huhu..take care oke

KakD said...

dik, macam mane dengan keadaan hanis kat sane?. Akak harap hanis dan suami selamat hendaknye.

adehh risaunyer akak dik.

Liza @ Adzriel AB said...

hanis....

Anonymous said...

dear, i heard what happened to japan. r u guys okay? do let us know. i syg u. risau nie.

-nisa

Ct Arina said...

teringin nk stay kat rumah jepun camtu. selalu tengok dalam komik je. pengaruh komik da telebih rina ni. hehe =D

semoga kak anis n hubby dlindungi. amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails