Showing posts with label Yonezawa. Show all posts
Showing posts with label Yonezawa. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

Yonezawa once more...

Ala-ala tajuk Yesterday Once More dendangan The Carpenters. EDD (11 Jun), semalam saya tanya cinta hati "Esok (Sabtu) nak bawa mama abah ke mana ye? Yamagata pun dekat jugak, boleh singgah rumah Kak As". Dah lama sangat tak jumpa, serius patik rindu nak jumpa Kak As, eceh manja betul hehe.

Namun bila bangun pagi tadi hujan lebat di Sendai, bila tanya Kak As, hujan turut membasahi Yonezawa. Mama abah dah duduk depan heater sebab sejuk. Boleh ke keluar ni, kesian pula dengan ayah bonda patik, risau mereka sejuk pulak. Selepas berbincang akhirnya kami jadi keluar tapi ke rumah Kak As ajelah, tak sempat nak jalan2 sekitar Yamagata etc.

Hujan mengiringi perjalan kami, sebaik sahaja masuk bandar Yonezawa hujan pun berhenti. Sesampainya di rumah Kak As Batrisya, Haziq dan Haqem dah jadi penyambut tetamu. Nasib baik Batrisya masih ingat sebab lama tak jumpa.

Memang tabik spring dengan Kak As. Betul2 pakar masak. Bayangkan pagi tu dia boleh siapkan nasi dagang, laksam aka laksa kelantan, kek karamel idaman qalbu dan dalam oven tengah tunggu pavlova masak. Adoiii pengsan! Tapi teruja dengan menu yang Kak As sediakan. Ni yang sayang lebih ni...

photo(1)
ampunnn kerana patik tak sempat snap gambar nasi dagang sebab excited nak makan. Tak pernah terfikir pun nak makan nasi dagang, namun bila dah ada depan mata terus jadi happy tak terhingga. Sedap rupanya makan laksam digantikan dengan udon. Kuah laksam Kak As ni memang marvelous. Sampai teringat2 lagi rasanya... nanti nk berguru dengan Kak As.. err bilalah tu eh... insyaAllah... satu hari nanti. Dah lama sangat teringin nak masak-masak dengan Chef As.

photo(3)-tile rasanya dah lama sangat plan nak masak2 kek karamel ni dengan Kak As, namun apakan daya tak ada rezeki, alih2 Kak As yang buatkan, sudah tentu  sedappppp rasanya... ailebiu Kak As!

photo-tile
Pavlova yang hampir masak, sungguh jakun yang amat ok, tak pernah jumpa pavlova live depan mata apatah lagi merasa, Sempat candid time Kak As hias pavlova lepas tu Haziq datang susun2 buah kat atas tu rajin ye tolong mama kat dapur... good boy!

photo(5)-tile
Kenangan makan pavlova di Yonezawa akan patik ingat sampai bila-bila. Owh sedap rupanya pavlova ni. Kalau nak buat sendiri confirm tak jadi sedap macam ni! Yum yum sedap sangat2 sampai tak terluah dengan kata2. Terharu sangat sebab Kak As buatkan pavlova ni, lepas makan akachan excited betul gerak2 tak henti. Mesti dia cakap arigatou ne Mama As! Oishikatta!

photo(8)
Sempat kenal dengan jiran baru Kak As iaitu Mr and Mrs A the loveliest couple ever! Keluar la bahasa kelantan sebab kedua-dua mereka berasal dari sana. Hehe... 

photo(9)
Ami pun mommy to be jugak. Ada kawan la akachan nanti... Haqem dah tidur keletihan, mula2 dia datang pegang perut saya lepas tu pegang tangan sambil muka mengadap ke tv, eh maja pulak, geram nak cubit pipi. Ingatkan khusyuk tengok kartun rupanya dah terlena, sweet je... lepas tu Kak As ambil dan pangku kesian pula terlena kat lantai tu.

photo(7)-tile
Haziq tgh tunjuk ultraman lepas tu tunjuk game pulak hehe comel je. Kak as dan keluarga terima kasih tak terhingga terharu sgt2 rasa nak nangis. Huhu... Semoga ukhuwah yang terjaln kekal selamanya... P/s: masa di rumah kak as patik dah sakit sikit2 lepas tu ada ada darah sikit keluar huhu tapibrilek lagi duk melantak ubi gorengbdan keropok goreng. Sampai rumah sambung buat kerja sambil update blog tiba2 jam 11 pm terasa cecair panas keluar dengan meriahnya. Terus tel kecemasan. Sekarang di hospital doc dah induce satu tiub. Sakit pun makin kerap. Next induce jam 6 am. Tak tahu la lena tk tidur nanti. Mohon doa dari semua...

Friday, January 27, 2012

Nasi kerabu dan pulut dakap...

Segan pula rasanya asal terjah Yonezawa je pasti Kak As jemput makan2 ahauwww mahu tapi malu (eceh gedikus). Tapi rezeki jangan ditolak. Owhh patik terharuuu wuwuwu... Bila dah nak sampai saya roger Kak As, dia cakap parking kreta di tempat sekian sekian...

IMG_7409
dah siap parking menuju ke rumah Kak As tapi terpana dengan timbunan yuki. Percaya atau tak dalam timbunan yuki tu ada kereta. Tuan dia memang tak guna sepanjang winter maka itulah jadinya... tak rosak ke lama2 dalam yuki tu eh?

IMG_7417
patutlah tak boleh parking depan rumah Kak As macam kebiasaan, rupanya dah dipenuhi yuki. Siap kena buat laluan nak ke tangga rumah...pengsan!

IMG_7426
masuk2 aje salam-salaman nampak kuih muih terhidang. Wahh patik yang beria nak buat pulut dakap alih2 Kak As yang tolong buatkan dulu sebab dia dah ada stok daun fisyank (read pisang). Pulut dakap tu benda pertama yang disentuh hehe, masa makan tu rasa nak goyang2 chicken dance sebab sedap dan dapat makanan idaman qolbu. Alhamdulillah rezeki...

IMG_7427
tak lama lepas tu dihidang pula dengan nasi kerabu special. Rezeki akachan melimpah ruah...syukur alhamdulillah... Kak As ada telepati ni, macam mana tahu akachan nak makan nasi kerabu? dengan saya pun dia tak bagitahu hehe (sebab akachan tahu mama dia buat tak sedap haha)... sepanjang duk jepun ni pernah buat 2 kali je, itupun tak lengkap macam yang Kak As buat ni... marvelous! Siap ada budu, seronok la cinta hati patik sebab stok kami dah lama habis hehe... malas nak suruh parents pos sebab botol kaca...

IMG_7431
pen merah pen biru... jangan marah i makan nasi kerabu biru macam tak kena je hehe...

IMG_7430
terima kasih banyak2 Kak As! i very loike... hugs ketat2 (pinjam ayat Ayu). Hanya Allah yang dapat balas jasa baik Kak As ni...

p/s: move...

Thursday, January 26, 2012

Uesugi at little Hokkaido...

Sebenarnya di Yonezawa je, tapi sebab ketebalan yuki ni bandar ni juga dikenali sebagai little Hokkaido. Kami tahu nick name ni pun dari Kak As. Hokkaido lebih tebal dan lebih sejuk. Kalau ke hujung atas tu, boleh nampak negara Rusia dan ada ice glaciers, suhu minus 30-40, pengsan! Hari tu ada tengok kat tv, satu perkampungan di Hokkaido minus 30 sampai makan noodle cup diletak air panas dan dalam beberapa saat je beku noodle tu. 

IMG_7265-tile
bergambar sebelum menginggalkan dewan. Kami keluar awal nak bawa Ab ad family pergi Uesugi memandangkan ini kali pertama mereka sampai di Yonezawa. Selepas tu kami dijemput ke rumah Kak As, weee i very likeee... masa on the way dari sendai ke Yonezawa Kak As msg dia ada masak nasi kerabu untuk preggy mama. Serius patik tak pernah terfikir pun ada peluang makan nasi kerabu. Bagai bulan jatuh ke riba, pucuk dicita ulam mendatang, ah sudah... berapa banyak peribahasa yang nak diletak, entah2 silap tu hehe... biasalah patik memang suka hentam kromo je...kadang2 sengaja nak buat lawak kononnya tapi entah jadi entah tidak...

IMG_7314-tile
our memories at Uesugi. Tempat ni sebenarnya shrine/temple. Tapi kami tak masuk pun dalam tu. Cuma melihat yuki di kawasan persekitaran je... geram rasa nak guling2 namun apakan daya... nanti nampak over dari Gen kun pulak hehe...

IMG_7324
Gen-kun yang seronok main yuki...

IMG_7328
tasik beku...

IMG_7331
tasik beku pandangan sebelah sana pula hehe... waktu ni patik berada di atas jambatan dan gambar diambil pada pandangan kiri dan kanan...

IMG_7344
2 men and 1 little astronaut... kawaii ne!

IMG_7361
baru aje nak jalan tengok kawasan tu, terus kena panggil hehe, my love risau saya jatuh/tergelincir...

IMG_7386
separa guling pun jadilah hehe... comel aje little astronaut kat tengah2 tu...

IMG_7393-tile
tak puas berjalan tapi sejuk sebab hari dah makin gelap... tanoshikatta!

p/s: sesi makan next entri la ye hehe...

Wednesday, January 25, 2012

Soubetsukai di Yonezawa...

Soubetsukai = farewell. Biasanya ia merupakan acara tahunan terutamanya untuk pelajar undergrad sebab mereka adalah majoriti di sini. Mereka juga dapat peruntukan untuk buat majlis perpisahan sebelum balik Malaysia. Kami join pun secara kebetulan dan tak dirancang. Waktu cinta hati selesai solat jumaat 6 Januari, dia terdengar adik2 junior bertanya nak pergi tak soubet (nama manja soubetsukai). Sejurus tahu Yonezawa, terus en suami tertarik sebab tak jauh dari Sendai dan dia tahu mesti isteri kesayangannya nak pergi sebab boleh jumpa Kak As dan juga boleh tengok yuki tebal nak pengsan.

IMG_7045
Maka pagi ahad 8 januari yang cerah dan indah kami bertolak dari Sendai jam 10 pagi (eh nak menyelit jap kalau hari cerah my love cakap "ceroh ceraco", patik jakun tak pernah dengar hehe). 6 kereta semuanya. Ketua rombongan merc A class kat depan tu, Ab+Akmal=Gen kun stream, skyline pejal, kereta kami dan juga 2 kereta stream di belakang. 
Dari tol sendai terus je sampai jumpa exit Fukushima Iizaka dalam 40 minit.. kemudian ambil jalan biasa lebih kurang 40 minit juga tapi sebab yuki agak lebat kena bawa kereta penuh berhemah dan berhati-hati...
IMG_7071
kesian betul tengok pakcik kerja sejuk2 macam ni... tapi mesti mereka dah biasa kan...

IMG_7090
air mengalir pun beku... wow! sila bayangkan hidup kami macam dalam freezer di musim sejuk ni (hehe penulis memang suka over exaggerating)...

IMG_7104
ramai dah main ski/snowboard, nasib baik patik dan cinta hati tak berminat (cukuplah sekali pengalaman seumur hidup hehe), kalau minat memang banyak akan berhabis duit untuk sukan ni...

IMG_7105
ramainya yang tengah naik gondola tu, lepas tu meluncur laju menuruni bukit... 

IMG_7111
lebatnya... kat sini boleh dikatakan hari-hari pun yuki.. memang pengsan, tak sanggup... tapi kalau pergi bersuka ria sekali sekala seronok jugak hehe...

IMG_7120
lihatlah paras yuki tu... tskk...

IMG_7136
dah tak nampak rupa rumah... (tengah banyang rumah Kak As macam mana sebab kunjungan yang lalu time fuyu taklah lebat macam ni...)

IMG_7154
sebelah tu ada ruang sikit untuk pejalan kaki adakala nampak topi/objek separa bulat bergerak tapi orangnya tak nampak pun hehe...

IMG_7164
dah nak sampai ke dewan soubet...

IMG_7206-tile
ganbarou tohoku... dan lihatlah ais kat bumbung bangunan tu, kalau jatuh err tak berani nak bayangkan...

IMG_7210-tile
Gen yang malu2 bila diusik oleh adik junior... semua pun geram nak pegang dan ambil gambar... Nasib baik dengan "a-chi" dia tak pernah segan/malu hehe...  juadah yang amat menyelerakan, ayam masak merah pedas membara tapi sedap, dengan acar dan nasi beringin... dessert puding roti dengan kuah apa ntah custard kut... dan juga caramel banana... alhamdulillah kenyang lunch.

p/s: the best nasi kerabu @ dinner time!

Tuesday, December 13, 2011

Otanjyoubi Omedetou dan RVC special...

Dah 4 hari rupanya blog tak berupdate. Sekarang jadual tak menentu la wuwuwu... adakalanya patik kepenatan, adakalanya kesibukan melanda diriku ini. Sabtu lepas patik mendapat utusan untuk ke majlis tari menari. Eh silap, bukanlah hehe... berangan nak jadi cinderella aje kamu ni penulis oi! Majlis hari lahir rakan blog (hari lahir=otanjyoubi omedetou). Dah lama tak jumpa Kak As sekeluarga di Yonezawa. Kami pernah berkunjung ke sana sebelum ni, nak baca boleh ke ENTRI INI(YUKI), dan juga ENTRI INI.

Majlis bermula dari jam 1-3 pm. Tapi atas sebab tertentu kami lambat sampai ke sana. Huhu, tak dapat memeriahkan majlis. Maka Kak As menyambut kami di rumahnya. Arigatou ne! Sampai dalam jam 4.30 pm. Dah gelap dah masa tu, tak sempat patik nak bergambar dengan yuki di rumah Kak As, Yonezawa ni memang bandar yang banyak yuki. Tebal pulak tu yukinya memang teruja bila tengok. Tapi hari tu tak tebal sangat, baru intronya sahaja. ;).

Plannya nak bawa kek beserta hadiah, namun tinggal angan2 aje, kek tak sempat buat, nasib baik sempat beli pressie utk birthday lady. Seronok sangat, tak sangka boleh makan macam2 juadah. Kak As ni memang pakar masak... terima kasih tak terhingga buat Kak As sekeluarga. Tak sempat nak berposing2 kami asyik borak je sampailah jam 8pm cinta hati patik dah ajak balik. Dia tak nak sampai lewat sangat di Sendai. Nanti kita foto lain kali ye Kak As!

IMG_0018
masa posing ni Kak As menghilang pula, maka saya posing sendirian sahaja. Owh abaikan penulis yang dah bam bam tu :). Ada nasi tomato, ayam masak merah, acar timun, dalca (betul ke ni), papadom, beranika kuih muih dan kek yang membuatkan patik pengsan! Akhirnya dapat juga makan caramel cake. Nak buat macam susah aje huhu, belum sampai seru untuk cuba resipi tu.

IMG_0019
onde-onde, popia, agar2 santan (my fav), puding roti, kuih bakar etc... owh hati patik riang gumbira... alhamdulillah rezeki, bilalah nak jadi pakar masak macam ni?

IMG_0021
dan yang paling tak sangka RVC special buat saya dan cinta hati. Terharu sangat2, rasa nak guling terus pengsan ke lantai tu. Tapi tak terpengsan. Mulut hanya ternganga dan melompat kecil, nak lompat over2 nanti mengalahkan anak Kak As Batrisya dan Haziq tu pulak hehe (masa tu Haqem masih lena dibuai mimpi).Tiba2 rasa macam sambut anniversary pulak. I like Rabu-Rabu. Dalam hati terfikir, eh birthday siapa sebenarnya ni tsk...

Masa tu malu2 nak makan, maka saya dan cinta hati makan kuih dan kek lain dan bawa balik rumah RVC yang super duper special tu...
IMG_0023
masuk aje rumah tukar baju semua, terus mengadap RVC hehe... cinta hati malas nak layan ambil gambar tapi nasib baik dia ambilkan jugak sekeping masa pemotongan kek ni. Maklumlah masa patik wedding dulu tak ada upacara potong kek, maka dengan otometiknya berkhayal potong kek kahwin ahaha... tak menahan! maaf, pisau tak vogue macam pisau wedding (dush!)

IMG_0024
Makan pun pejam mata, sebab menghayati kesedapan RVC special tu. Jutaan terima kasih buat Kak As! i very like! Tak sangka kedatangan kami nak sambut hari lahir Kak As tapi kami pun turut diraikan. Nanti kita dating meting di Sendai pulak ye. Otanjyoubi omedetou sekali lagi dan semoga suka dengan hadiah tak seberapa dari hanis tu :). Semoga berbahagia dunia akhirat...

p/s: bila patik nak story mory trip ke US ni?

Saturday, July 23, 2011

Dinner date...

Walaupun rasa tak puas bersantai di Nametsu Otaki, namun hari dah beransur senja. Cinta hati cakap nak balik terus, tapi nasib baik Kak As sekeluarga mengajak kami makan di satu restoren best! Osusume (=disyorkan/recommended). Kalau bab makan ni suka sangatlah kan. Mari menternak badan :).
IMG_0030
sempatlah tangkap sekeping dua gambar menuju ke rumah Kak As di Yonezawa. Maaflah cermin kereta comot sikit...(padahal cover line photographer tak terror, hik2)
IMG_0035
Yonezawa ni memang penuh dengan tanaman padi di kiri dan kanan jalan... selesai solat di rumah Kak As maka kami pun menuju ke destinasi seterusnya...
IMG_0045
alamak, lupa nama restoren ni, ala2 Marumatsu jugak tapi menu di sini tak ada di Marumatsu. Pilih tempat duduk jepun sebab senang untuk kanak2 bergerak ke sana ke mari... terutamanya Haqem yang comel... ceria aje... geram betul dengan dia...
IMG_0049
bersama Duta Yonezawa :D... nanti kita dating2 lagi ok... i likee dating2...
IMG_0051
ini namanya posing mengambil berkat, aminkanlah untuk patik ye :)
IMG_0052
yeayyy makanan dah sampai... ni makanan Batrisya dan Haziq... dalam bowl besar tu ada nasi, udang dan paling atas, udang-udang tu diselimuti pula dengan telur.. wahh menyelerakan betul... siap dengan sayur taugeh, kubis dan sup miso...
IMG_0053
Ini menu suami Kak As, ikan masak kicap dan halia kalau tak silap, pun nampak sedap jugak...
IMG_0055
yang ni makanan cinta hati ku... memang krup krap krup krap la tenpura tu... oishikatta desu!
IMG_0056
last sekali makanan penulis yang over ektim, osusume oleh Kak As, ikayaki (ika=sotong kurita/squid)(yaki=goreng/fried)...
IMG_0057
zoom sikit... amacam terliur tak? memang sedap sangat2 sampai hari ni i teringat2 tau... makan ikayaki tu pun sambil pejam mata menikmati kesedapannya...

Alhamdulillah pulang dalam kekenyangan (walaupun kachiwa nampak kunang2 seekor dua je hik2...) Terima kasih buat Kak As sekeluarga, kami pasti berkunjung lagi ke Yonezawa. Bila nak terjah Sendai pulak?

Saturday, March 12, 2011

Yonezawa, bandar yuki...

Terima kasih tak terhingga buat Kak As sekeluarga kerana sudi mengalu-alukan kedatangan kami. Seronok sangat boleh jumpa rakan blogger di alam betul hehe... Klik SINI untuk baca entri Kak As. Saya pulak terhegeh2 baru nak update ni...

2 in 1 trip. Lab mengadakan program tahunan ski trip di Zao Onsen. Tempat kami lihat juhyo 2 tahun berturut-turut (Juhyo 1 dan Juhyo 2). Dan 2 tahun berturut2 jugak ponteng trip lab ni. Tahun ni rasa bersalah kalau tak join. Alang2 tak main ski mahupun snowboard, baik melencong jumpa Kak As sekeluarga di Yonezawa. Terima kasih cinta sudi bawa i pergi sana... tanoshiikatta! Moh kita ke Yonezawa sama-sama....
sesiapa yang pernah baca entri tentang juhyo pasti boleh bayangkan... juhyo terletak di zao onsen, manakala Yonezawa atas lagi dari zao onsen lebih kurang 40 km... gambar kat atas tu setelah 2 km meninggalkan zao onsen...
Kamis sungguh terkejut dengan pemandangan kiri kana dipenuhi yuki.. masa ni masih tercari-cari bandar Yonezawa...
tengoklah stesyen minyak tu... mak aihh...
singgah di 7E, masa ni tengah calling2 kak as maklumlah kereta kami takde navigator itu yang susah pakai navi ikut naluri hati ni hehe... sempat snap gambar cinta yang khusyuk tengok majalah kereta... :P
perjalanan diteruskan, terkejut entah ke berapa kali dengan ketebalan yuki, mini lori ni memang tersekat tak boleh keluar dari yuki...owhh tidakkk kak as mmg hebat tinggal di Yonezawa ni...
terima kasih buat suami kak as sebab sudi guide kami ke rumah akak... lihatlah ketebalan yuki di kawasan rumah kak as ni... boleh jadi ice queen kalau saya duk sini..brrr....
wow! sugoi ne...
geram tengok anak kak as ni comel..peramah pulak tu... "hello..nama saya Haqem"mungkin itu yang cuba diberitahu siap tunjuk2 apa ntah hehe... "comel tak saya"... comel kannnn...
seronok dapat jumpa kak as sekeluarga... bersama Batrisya yang kawaii dan Haziq yang shy2 cat.. hehe... terima kasih banyak2 kak as... tatau nak luah macam mana... kami dihidangkan dengan nasi goreng ayam, kari ayam, salad tatau nama...ayam goreng rangup kalah KFC, lepas tu ada desert kek coklat dan juga puding laici ala hotel gitu... siap dapat bekal bawa balik ke hotel lagi... wahhhh sangat-sangat terharu T_T, sudilah kiranya berkunjung ke Sendai pulak ye... wajib tau ehehe...
alalala...good boynya dia... 
menuju ke Uesegi Shrine, bak kata kak as tempat pelancongan Yonezawa...
singgah posing kat Yamagata daigaku...
berjalan menuju bangunan lama yang ada dalam dai tu... ala lupa nama bangunan tu huhu... ice princess and ice prince pantang jumpa yuki mesti mereka nak main2...
alhamdulillah tercapai juga hasrat nak bergambar kat sini... pengsan tak tengok yuki tu??? segitiga kat belakang tu dibuat untuk lindungi pokok daripada tertimbus dek yuki yang tebal...
Uesegi Shrine...tempat yang sangat besar dikelilingin tasik ke sungai lupa pulak huhu... tak sempat nak pusing semua sebab kami perlu balik semula ke zao onsen...zannen betul huhu... nasib baik ada Batrisya yang sporting berposing...

 


 nice candid...arigatou my love!
air separa beku, kak as cakap kalau time sejuk dan yuki lebat memang beku sampai boleh main ice skating, wahh ureshiii..teringin nak pijak atas tu jugak...
yuki ga ippai!
kenangan di Uesegi shrine...
yuki yang tebal dan tinggi...terasa nak join lari-lari bersama ice princess dan ice prince tu tapi malu ehehe...
terima kasih sekali lagi buat kak as sekeluarga, seronoknya boleh jumpa rakan blogger...ada rezeki kami pasti berkunjung lagi....insyaAllah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails