Thursday, April 28, 2011

Kembali...

Alhamdulillah...selamat sampai di Sendai 2 hari yang lalu, 26 April 2011. Memang cuti yang sangat lama! Over u! hehe... kami tunggu keadaan dah betul2 pulih baru balik semula ke sini. Syukur... masa kami balik shinkansen pun dah berjalan seperti biasa. Dan kebetulan kami satu flight dengan junior yang baru nak mendaftar untuk semester baru. Ada 7 pelajar undergrad semuanya. Pohon sakura pun dah dah tumbuh daun, bunga pun dah berguguran... ada la saki baki sikit... sempat la tengok sipi2 huhu... tapi tak sempat nak berhanami.

Tengok keadaan rumah... erk..macam nak pengsan.. tambah nak pengsan bila kerja2 kemas mengemas dan cuci mencuci selesai semalam. Hari sampai tu kami hanya mampu kemas bilik dan ruang tamu... lepas tu tidur tak sedar dunia... semalam sambung misi kemas dapur pulak.. tak nampak rupa dapur dah... gambar belum upload. will share it here soon k... tv pulak ada retak sikit, saya suruh cinta angkat (jatuh gedebuk atas lantai ok!)letak atas rak. Plug pun dah senget tapi saya cuba jugak.. alhamdulillah, sihat walafiat, dan juga barang2 elektrik yang lain pun ok. Cuma barang di atas rak semuanya jatuh di lantai dan berselerak. Sekarang rumah dah seperti sediakala dengan elektrik, air dan gas. Phew (sapu dahi kepenatan).

Ni baru je lepas kemas meja kat lab. Instrument yang saya selalu guna tak rosak (legaaaa sangat) komputer dan data (yang sering bermain di minda kerana risau musnah) pun selamat. Kelegaan yang amat sangat. Belum check sample je lagi. Harap2 boleh teruskan kerja seperti sediakala. InsyaAllah. Teringin nk tengok keadaan berhampiran pantai (kawasan tsunami) T_T tak dapat bayangkan keadaan di sana. Rumah sementara pun dah dibina untuk semua penduduk yang telah kehilangan rumah akibat tsunami. Dalam tv ucapan semangat dari artis2 jepun tak putus2 untuk mangsa gempa dan juga tsunami "Ganbare Miyagi" dan juga "Ganbare Nippon" sentiasa keudara. Raja dan permaisuri jepun turut turun padang ke tempat bencana dan bersua muka dan berbual dengan mangsa... wah2 bagus betul...

Loji pun akan di "seal" seperti yang telah dilakukan di chernobyl. Paras bacaan di sendai adalah rendah dan tidak merbahaya. Siap ukur sendiri kat lab tau... dan outputnya melegakan. Syukur alhamdulillah...saya akan mula berkarya kembali (eceh nyampah betul...macam la ada orang yang nak membacanya, takpelah syok sendiri pun ok hape). Till then... cerita sebelum jishin dan cerita cuti2 jishin bakal diupdate bit by bit k...

25 comments:

eelobor said...

wah...dah lama tak baca entri di sini. nanti update2 lagi pasal keadaan semasa di sana eh

farah fauzi said...

welkam back my dear...jangan lupa minum neskopi okesss....

J@J@ / Bini The Rock said...

Alhamdulillah..semuanya selamat hendaknya.

Nnt update ye, saya nak tau perkembangan rakan rakan kita di sana.

♥♥P.i.n.K.y MoMMa♥♥ said...

hanissss rasa nak peluk hanis kuat2..rindu serindu rindunye..sapa kata x de org nak baca?

x kan melepaskan peluang utk meninggalkan komen di ruangan hanis ni..

alhamdulillah syukur smua keje2 hanis slamat..kesian dia penat..slow2 ye..smga smuanye akan kembali spt dlu ;)

doa pinky sntiasa utk hanis..
jg diri kt sana..

Azwani said...

dapat gak merasai angin jepun lagi..

padlie said...

Alhamdulillah, banyak benda penting selamat..

MAPPIAU said...

hehehehee lega dik bace celoteh ko hihihi..

wida said...

lama x dgr citer hanis..
semoga semuanya selamat

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. segalanya sudah baik2 saja di sana.. selamat kembali berkarya yer hanis..

Anisa Hang Tuah said...

alhamdulillah.

i miss you kak..
(:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

Alahamdulillah...semua dah ok ye...

amirah said...

alhamdulillah dah selamat sampai..cepat2 upload gambor n update ok.rajin2 la kembali berkarya ok..

khairunnisa ♥ said...

Assalamualaikum,

alhamdulillah kat sana semuanya selamat & mula pulih seperti biasa *(^-^)*

suka kerjasama macam orang Jepun tunjuk..

take care kak hanis <3

Imran@Copenhagen said...

selamat terus berkarya dan meneruskan kehidupan..jgn lupa copy kerja2 dah dibuat as back up dan sentiasa bersedia kalau2 apae terjadi

radziah AR said...

saya slalu baca...boleh dikatakan setiap hr pasti buka nak tgk entry baru...selamat meneruskan tugasan disana....puas ye cuti bersama family...

mzhany said...

hana, Alhamdulillah...take care ye hana....

Ct Arina said...

umang aiii kalau rina mmg x sanggup r nk kemas.. tp tepakse nak wat cane kan kak kannnn.. tapi rina kene pengsan dulu jap.. da sedar kang baru kemas.. haha

kyo_9 said...

alhamdulillah..

teringin nk tengok gambar2..

[̲̲̅̅l̲̲̅̅y̲̲̅̅e̲̲̅̅a̲̲̅̅h̲̲̅̅] said...

ya allah lama betul tak singgah blog ni. hahaa. busy dengan assignments and final exam.

mesti sakit2 badan kan kemas rumah macam tu? takpelaa, ada hikmah di sebalik semua ni kan? =D

Kuazue Mohamad said...

cer crita cepat2.. nie la baru hapdetnya... risau gak bila diam lama nor blog hanis nie.. anyway.. sentiasa di doakan yang terbaik di sana hendaknya..

H A N S said...

haaanissss!! windu kamooo..alhamdulillah smua ok..lega hanis da boleh gelak2 :) take care ok..hugs and kisses from honey :)

man yusoef said...

Alhamdulillah. Yeay!!! hari saya akan ceria kembali membaca lawak jenaka kakak ini...haha

Oasis said...

Selamat kembali sis...

anie,Nagoya said...

selamat pulang yang....eh!!!...ber ayang lak kita.

O kaeri

IzanJay said...

Alhamdulillah Hanis!!Keep on posting!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails