Showing posts with label Tsunami. Show all posts
Showing posts with label Tsunami. Show all posts

Sunday, May 22, 2011

Apa sebenarnya yang terjadi...

Pening seketika menyusun ayat untuk tajuk entri kali ini, tapi hentam sajalah labu huhu. Pada suatu malam, sedang kami bersantai, rilek2 depan tv setelah seharian di kampus adalah tonton satu rancangan ni. Cerita ni dah lama iaitu 11 Mei yang lalu yang mana genaplah 2 bulan peristiwa bersejarah gempa bumi besar di daerah Miyagi 11 Mac 2011. Atau nama lain yang lebih famous, 3in1 disaster. Ada satu rancangan ni buat tinjuan ke tempat yang terkena tsunami. Selain Minami Sanriku, bandar di tepi pantai iaitu Ishinomaki turut terkena tsunami yang teruk. Kami pernah ke Ishinomaki pada tahun lepas, untuk imbas kembali boleh baca di entri INI (anime world). Muzium yang kami kunjungi habis musnah malah semua bangunan sekitarnya turut musnah akibat tsunami. Kami hanya sempat melihat keadaan di Minami Sanriku namun belum ada kelapangan untuk ke Ishinomaki. Kalau setakat jishin insyaAllah bangunan masih boleh, namun kerosakan yang besar adalah disebabkan oleh tsunami.

Keadaan di Ishinomaki hampir sama dengan Minami Sanriku yang masih dalam proses pembersihan dan pembangunan semula... kebetulan kamera ada kat tepi, maka saya snaplah gambar kat tv (orang jepun panggil TEREBI). Tapi maklumlah kualiti gambar diambil di tv faham-faham jelah huhu... takpun photoraphernya yang tak cekap T_T. Mungkin ada yang dah lihat di National Geographic, etc tentang jishin ni tapi saya nak kongsi yang saya lihat di terebi sini.
mereka sedaya upaya ingin meneruskan kehidupan secara normal namun kesan tinggalan tsunami masih banyak dan setakat ni dikumpul/dilonggokkan di tepi jalan.
kat pulau ni ada Manga Museum, tempat yang kami lawati (link anime wolrd di atas)
kedudukan negara jepun di sebelah "ring of fire" menyebabkan negara itu terdedah dengan anasir2 jishin dan tsunami. Bersyukurlah Malaysia bukan di sebelah ring of fire tu kan... Jishin yang berlaku adalah di lautan pasifik selari dengan Minami Sanriku (MS). Walaupun selari dengan MS namun kesannya turut dirasai di tempat lain sepanjang pantai bersebelahan MS.
plat rekahan di dalam laut...
diagram menunjukkan tanah daratan dan tanah lautan dan geseran yang berlaku mengakibatkan ombak setinggi 7 meter dari lautan menuju ke daratan... (tiba2 rasa macam buat presentation je)
dan bila ombak di tengah lautan semakin menghampiri daratan ia menjadi semakin tinggi, dan tsunami yang berlaku bukan setakat 1 tapi ada 3 ombak yang telah membuat lawatan bersejarah...
ombak deras yang melanggar daratan... kat bawah tu pula siap buat simulasi lagi untuk faham dengan lebih terperinci....

Besarnya kuasa Allah taala... sekelip mata je kalau Dia nak tarik, bersyukurlah dengan kehidupan kita ni... semoga dijauhi daripada perkara sebegini dan juga perkara merbahaya yang lain. Mungkin dalam masa terdekat insyaAllah tak ada lagi gempa besar, kalau di Miyagi ni mungkin 20-30 tahun mendatang, tempat lain tu tak pasti.. nauzubillah...

Sunday, May 8, 2011

Minami Sanriku...selepas 1bulan 20hari (Part-3)

Akhirnya sampai jua kami ke destinasi yang dituju. Perasaan terkejut masih ada pada waktu itu tatkala melihat bandar hancur musnah kerana tsunami. Pusat evakuasi ni di salah sebuah tadika di atas bukit. Alamak lupa lah pulak nama spesifik tempat ni. Ampunnn... Sampai je kami di sana pihak lelaki sediakan khemah, panaskan kuah yang telah di masak. Menu pada hari tu adalah mee kari versi tak pedas. Orang jepun mana makan pedas kan. I pun tak makan pedas...hehe sibuk je nak join the group.
yang wanita pula masuk ke dalam bermain dengan kanak-kanak serta berbual dengan keluarga yang masih menetap di sini. Ada daripada mereka sudah pulang ke rumah yang mana rumah mereka terselamat daripada tsunami...
kebetulan waktu kami pergi ada seorang "lady magician" yang volunteer untuk menghiburkan kanak2 di sana..waktu itu mereka sedang menggunakan belon panjang tu untuk buat bentuk bunga, kucing etc... entahlah saya pun tak tahu apa nama belon tu...comel tak budak perempuan tu buat bentuk mickey dan minnie.. kawaiii nee...
masa ni cinta hati datang jenguk kat dalam... "rindu kat i ke love?" "i pun rindu kat u" eceh suka betul buat ayat mengada..ini hanyalah rekaan semata-mata, hehe... masa ni en suami dah siap tolong apa yang patut kat luar...
comel aje budak ni... magician tu nak mulakan show, dia nak duduk jugak belakang tu, tapi magician tu tak kasi..of course la kang pecah rahsia ilmu magika dia nanti hehe...
memang menghiburkan... cuma takde muzik je...
bergambar selepas menonton magic show...
makanan dah siap, tibalah masa untuk menghidang, selain mee kari ada onigiri, makanan ringan dan juga minuman...
 ketua chef...dialah yang buat kuah kari tu....yummy!
khusyuk depa duk dengar pakcik tu bercerita...yang saya ni pulak satu pun tak faham... lepas tu apa lagi saya suruh cinta pergi tanya (kepochi betul!) budak2 tu sebab nak la jugak tahu cerita pakcik tu kan...
Bila diceritakan semula sayu sangat rasa...
"Sebelum ni tsunami pernah melanda bandar minami sanriku dan ketinggian maksimum adalah 6 meter. Oleh itu pusat evakuasi dan juga benteng menahan ombak dibina atas dari 6 meter, lebih kurang 7 -8 meter. Apabila siren berbunyi masing2 berlati ke arah paras tersebut. Namun sangkaan mereka meleset kerana ketinggian ombak tsunami adalah setinggi 13 meter, lebih 2 kali ganda (astaghfirullah T_T). Semua yang rasa mereka dah selamat rupanya tak selamat dan dibawa arus tsumani. Pakcik tu tak ada rumah, beberapa ahli keluarga dia meninggal. tiap kali mesti dia melihat kembali tapak rumah pasti akan menangis sedih, tapi fikir positif sebab orang lain pun mengalami nasib yang sama dan hidup harus diteruskan."hebatnya dugaan buat dia... tskk...nauzubillah...semoga kita semua dilindungi oleh-Nya.
 i tot i tot i saw a putty cat.... comel betul kucing ni... namanya Sora-kun, menurut tuannya selepas jishin kucing tu agak stress dan tak suka dibelai lama2..siannya huhu...
banyak pulak gambar meow ni... tapi kitaorg belai aje hehe... noti betul!
dah nak balik pun sempat lagi nak posing dengan sora tu..haishhh...kalau boleh nak bawa balik, :P
para peserta program... dan gambar bawah tu pula cinta hati berposing sebelah ikan raksasa hehe..kalau kanak2 perempuan sambutannya adalah hina matsuri (susun patung, pakai kimono etc...nak baca boleh klik SINI), manakala kanak2 lelaki sambutannya adalah "kodomono-hi". Ikan ini akan digantung sempena sambutan hari tersebut...tapi tak tahu apa pulak simbolik ikan ni dan tak arif la pulak pasal sambutan ni.

Saturday, May 7, 2011

Minami Sanriku...selepas 1bulan 20 hari (Part-2)

Sambungan kisah semalam... cuti umum 3 hari yang lalu kami pun turut cuti, orang lain (rakan jepun) tengah bertungkus lumus kat lab. Bukan apa... kawan2 malaysia ramai dah balik sendai kami pun tak lepaskan peluang untuk berkumpul, makan2 dan juga tengok movie cerita hantu cina lompat tu... scary dan lawak hehe...tak nak cakap banyak...jom layan gambar...tak tahu la ada orang nak tengok ke tak tapi saya letak aje kat sini sebagai memori diri sendiri...
 seperti yang diperkatakan hampir satu perkampungan ni musnah...
 pemandangan kiri kanan kami hanyalah kemusnahan... masih menuju ke pusat evakuasi
 macam lepas perang pun ada... makin lama makin sayu kami melihat semua ni... T_T
 dari jauh...
 up close...
 tak sanggup nak lihat lagi...
 beberapa orang askar sedang melakukan kerja pembersihan... mereka turut menjaga lalu lintas kawasan ni sebab banyak kereta keluar masuk terutamanya menghantar bantuan dari segi makanan, keperluan etc..

musnah...
 kereta yang di bawa arus tsunami?
 swept away...
 rumah kat atas tu selamat...nampak pakcik dan makcik sedang bersihkan kawasan rumah mereka...
 jambatan yang pecah.. di sebalik timbunan sampah tu adalah pesisir pantai... tapi kami tak sempat singgah lihat lebih dekat... tiba-tiba lihat lautan tu macam gerun pulak...
 tak tahulah bangunan apa...jika kami pernah ke sini suatu masa dahulu pasti lebih sayu dan teringat akan tempat/bangunan yang pernah kami jejaki... saya pernah ajak cinta summer tahun lepas ke kesennuma (37 km dari minami sanriku) sebab nak lihat pemandangan di tepi laut, khabarnya cantik dengan pantai dan cliff , namun melihatkan kerosakan ni semua pasti mengambil  masa yang agak lama untuk kembali seperti dulu...
 salah satu kereta antara (mungkin ribuan) kereta yang musnah...
 T_T
sakura...
 speechless...
 lautan yang betul2 bersebelahan bandar minami sanriku...
 gerun seketika... teringat video tsunami yang dilihat di youtube... tapi kebanyakan video mungkin bukan di sini tapi di tempat lain...
bot ni betul2 berada di tepi jalan yang kami lalui...

Update seterusnya... aktiviti kami di evacuation center....

Friday, May 6, 2011

Minami Sanriku...selepas 1bulan 20 hari (Part-1)

1 bulan 20 hari berdasarkan tarikh lawatan kami pada 1 Mei yang lalu. Tapi kalau tersalah kira jugak ampun maaf dipinta ehehe. Dua minggu lepas pelajar Malaysia di Sendai dah ke sana tapi di pusat evakuasi yang lain. Kunjungan kali ini menuju jauh di celah dan di atas bukit. Jalan dah pun dibuka 'both sides'. Menurut mereka pada kunjungan dulu hanya satu jalan yang beropreasi. Sebelah lagi masih penuh dengan sisa tsunami. Tak mampu saya luahkan dengan kata-kata apabila melihat dengan mata sendiri akan keadaan di sana... Jishin 11311 yang lalu adalah berpusat di lautan sebelah bandar Minami Sanriku. Rasanya jumlah kematian dan kerosakan di sini adalah yang lebih banyak berbanding tempat lain.
 Jarak dari Sendai ke Minami Sanriku lebih kurang 90 km... Di sinilah pusat jishin 11311 iaitu di dasar lautan bersebelahan bandar Minami Sanriku
Saya cubalah jugak cari gambar sebelum tsunami tapi bila taip je minami sanriku ni semua gambar  jishin yang keluar nasib baik jumpa beberapa gambar yang saya ambil dari SINI.
 Sebelum jishin
 Selepas jishin...
 Sebelum jishin...
 Selepas jishin...

Gambar yang akan saya kongsikan akan menysul sebentar lagi...(eh macam iklan la pulak...). Perjalanan bermula seawal 6.30 am dari rumah kami, Tempat berkumpul adalah di masjid sendai. Asalnya jam 8 tapi memandangkan 1-5 Mei adalah cuti umum. Untuk mengelakkan kesesakan (sudah tentu ramai orang keluar bercuti) maka kami bertolak awal ke sana. Selesai semuanya kami bertolak lebih kurang 7.30 am. Walaupun dah spring namun masih sejuk lagi kat sini... huhu... khabarnya waktu sakura pertengahan april lalu snow ice telah turun, tak pernah pulak snow waktu sakura berbunga... cuaca pun dah jadi tak mementu sekarang...
 suhu 13 degrees... van kat depan tu pun volunteer group juga tapi tak pasti akan destinasi yang mereka tuju...
 Minami Sanriku up ahead... kebetulan highway ke sana masih dalam pembinaan... highway berakhir di exit 13, seterusnya kami perlu melalui jalan biasa... hari tu agak berkabus.... tak nampak sangat pemandangan kiri dan kanan...
 rasa macam dah lama dalam kereta...dalam hati bertanya..dah sampai ke belum ni... maklumlah kali pertama kami mengunjungi kawasan ni... disambut oleh mr wood hehe...
 pergi lagi ke depan menyusuri rumah2 dan bukit..kami dah mula nampak kesan tinggalan tsunami... walhal tempat ni masih jauh dari pantai dan di sebalik bukit...
 tiang elektrik nampak seperti baru dipasang....rumah coklat tu nampak masih kukuh tapi bila melepasinya...dah tak ada apa dalam rumah tu...cermin, pintu di bahagian bawah semuanya pecah dan tercabut
 kapal dan kereta di bawah jambatan kecil...
 kiri kanan jalan masih dipenuhu dengan tinggalan tsunami...
 perjalanan diteruskan....
kerosakan yang lebih teruk bila semakin menghampiri laut...
 mungkin kebanyakan daripada gambar ni ramai dah lihat di surat khabar, tv, mahupun internet tapi kami masih tergamam bila melihat sendiri di depan mata....
 masih banyak yang perlu dibaiki...rasanya kerja permbersihan ni pasti memakan masa yang lama...
 rumah di atas bukit sana nampak macam terselamat...sikit lagi nak kena huhu...
 bila tiba kat sini...pandangan kabur...tak tahu la asap ke kabus dan ada satu bau yang pelik... macam bau asap pun ada... kami tak tahu pun kat mana pusat tu hanya mengikut kereta di hadapan...
 ramai juga sukalrelawan yang membantu membersihkan kawasan...
 huhu...penuh dengan sampah...
 musnah...
lori tentera banyak keluar masuk kat sini, merekalah yang bekerja non stop baik pulih keadaan di sini, ditambah dengan sukarelawan lain... ganbatte!

Gotta g for now... akan sambung lagi sooonnn...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails