Tuesday, June 14, 2011

Kanji yang selalu tersemat di ingatan...

Sudah menjadi lumrah bila hidup di negara orang tambahan pula negara yang penduduk islamya tak ramai atau dengan nama lain minoriti, pasti makanan HALAL dan TAK HALAL menjadi persoalan dan sentiasa bermain di minda (eh kenapa skima gaban aje ayat saya ni? haha). Sekali sekala apa salahnya... ye tak?)entri panjang..macam biasa, kalau tak pengsan, anda dijemput tidur ehehe)

Bila ada yang bertanya "HALAL KE?" Patik susah betul nak jawab yang tu, dalam keadaan di sini ia jadi subjektif, sebab tak ada tanda halal kan? Terlebih dahulu mari kita tengok maksud halal itu sendiri (eh macam forum la pulak, takpelah saya pengacara dan saya juga tetamu jemputan... err, sila pengsan!). Dipetik dari sini.

"Yang dimaksudkan halal dari segi makanan iaitu memakan makanan yang tidak diharamkan oleh syarak' dari segi jenis pembuatan dan pengeluarannya."

Suatu masa dahulu ter-BW kat SINI. Lepas tu dalam entri dia ada link ke entri INI. Eh macam berbelit aje huhu, takpe buat2 faham ajelah ye... kat situ dia ada tulis...

 "Apa-apa yang tersembunyi dari (pengetahuan) kita , tidak perlu ditanya mengenainya."

Bila tanya cinta hati, dia cakap memang boleh diguna pakai, tapi kami tak guna spenuhnya dan masih berhati-hati dalam memilih makanan... kalau nak beli barang makanan memang saya akan hafal kanji di bawah.... sebelum tu nak bagitahu apa itu kanji...

Bahasa jepun ni ada 3 jenis alphabet...
1. paling basic - hiragana (ひらがな) membantu dari segi sebutan dan suku kata

2. nak tulis perkataan "import"- katakana (カタカナ) import di sini bermaksud perkataan yang diimport dari luar. Macam nama saya ni bukan nama jepun kan, oleh itu kena tulis guna katakana Hanis-ハニス dan lagi satu contoh perkataan english SPEED, bila diimport dan ditulis dalam katakana jadilah supiido-スピード (ahaha harap2 tak pening la sensei ajar hari ni ok...)

3. kanji - perkataan utama yang tulisannya sama macam tulisan cina tu, sampai la ni berapa kerat je kanji yang patik faham selain alamat rumah dan juga beberapa kanji yang penting.

Now boleh sambung ceritera... kanji2 penting yang dihafal adalah seperti dibawah:
niku = daging 肉 
toriniku = daging ayam 鶏肉
gyuniku = daging lembu 牛肉
butaniku = daging ba** 豚肉 
(kami panggil cik baba sebab nak elak sebut ba**, macam sesuai je nama "buta", sape makan nanti buta hati huhu)
kalau jumpa 肉 memang kami takkan ambil la...

Nak beli shoyu (kicap soya), roti, biskut dan lain2...
alkohol = アルコール (aruko-ru, ni perkataan import maka ditulis dalam katakana)
sake = japanese alcohol (beras yang diperam) 酒
mirin = anak buah sake みりん sebab peratusan alkoholnya kurang sedikit dari sake
shortening = ショートニング 
emulsifier = nyuukazai 乳化剤
gelatin = geratin ゲラチン (kenapa RA bukan LA? sebab sukukata jepun tak ada RA, imbas kembali sila baca di ENTRI INI)

Shortening, Emulsifier dan Gelatin pula ada 2 jenis, dari tumbuhan dan juga haiwan. Biasanya ia akan ditulis dari haiwan atau tumbuhan dan kalau tak tulis kita boleh tanya company tu sendiri. Tapi kat sini dah ada muslim association, mereka dah keluarkna senarai biskut dan roti yang boleh dimakan terutamanya yang mengandungi 3 perkara tu tapi syarikat tak beritahu sumber tersebut. Mereka akan telefon atau email untuk sahkan sumber tersebut. Jadi bolehla kami makan tanpa was2 hehe...

Sushi halal/haram?
Lagi satu bila kami berkunjung ke kedai sushi, biasanya yang kohai (junior) pergi tu mesti boleh dimakan. Sebab mereka dah tanya kandungan shoyu (sos soya) sebab setengah sos soya ni ada diletakkan sedikit mirin atau alkohol. Ada juga kedai yang kami tanya sendiri untuk kepastian. Ada yang timbul persoalan sushi halal atau haram, sushi itu sendiri halal sebab kandungannya nasi dan cuka serta lauk seperti ikan dan juga seafood yang lain, yang haram tu hanya melibatkan kandungan dalam shoyu. Kalau ada alkohol/sake/mirin maka shoyu tu tak boleh dimakan/diguna untuk cicah sushi. Manakala bila kami berkunjung ke kedai makan lain, especially yang banyak menu ikan dan seafood, kami akan tanya

"Oniku, aruko-ru, sake, mirin, haitemasuka?" (haitemasu=dimasukkan/include)
bila dia jawab "haitenai" (nai=pernyataan negatif maknanya tak dimasukkan)
kami tanya lagi untuk double check "zenzen haitenai desuka?" (zenzen=tak ada langsung/none)

Kalau dia cakap tak ada kami akan makan dengan yakin, takdelah sampai nak pergi dapur tengok dia masak macam mana sebab tak percaya etc... dalam situasi macam nilah kami guna pakai kenyataan di atas tu. Yang penting yakin, walau terdetik sedikit je perasaan was2 baik jangan makan...

Itu sahaja yang patik mampu share, kalau ada input, pendapat, etc sudi-sudikanlah tinggalkan di ruangan komen ye...

39 comments:

wida said...

yg duduk oversea tu mmg selalu ada prob dgn mknan halan & x halal ni..phm lah sebab negara2 tu bukan negara islam.

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

ooo..faham2...kakD ingat kanji(bubur lambuk) tu makanan...hehehehe..

PinKy MoMMa said...

duduk di perantaun kan nis mmg susah ;)

tak pe nnt dh duduk msia balik..cari makanan apa yg nak makan hehe..mcm2 adaaaa..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

kiter d negara bukan islam asal x letak benda d larang dlm islam semua boley telan...but mcm mesia pun dah jadi isu haram halal nie...pesanan penaja berhaty2 la

man yusoef said...

tulah..pelik gak tengok akak ni...mcm senang jek nak jumpa makanan Halal kat sana...cam semua benda leh makan jek..terus tertanya-tanya apekah...haha...

btol tu yg penting kena yakin dan malu bertanya sesat jalan. Sesungguhnya was2 itu dtgnya dari syaiton

Ida,Japan said...

slm kenal juga dr k'ida Fukuoka..hanis kwn Norai erkk..k'ida follow sini
Mmg susahkan kalau tk tau ckp dan baca jepun..tambah2 kanji tu..k'ida pun ada simpan list tu...kekadang Nori yg balut ngan sushi tu pun ada dicampur mirin..pernah terbeli nori tu..dh beli balik umah baru nk baca..last2 buang jer la..

Kakzakie Purvit said...

Terbelit-belit kakak baca Jepun sayang. Hahaha... tapi seronok juga sebab itu sejak menjak ini kakak rindu masuk sini nak baca N3 hanis macam dah ketagih :)

Ummi Alesya Sofea said...

akak dtg cni balas balik kunjungan Hanis td. :)

Unknown said...

sebab tu kak mas skrg tak bubuh byk gambar makan kat luar.. bikin panas ati dengan soalan2 camtu..

insyaAllah kita cuba jaga kan? takkan kita nak makan benda tak halal??

lagi satu tambah..

kadang2, isi ikan pun dia akan ada kanji daging tu.. dia nak cakap 'sakana meat' -- kdg2 org tgk kanji daging je terus kata takleh.. hehe

anumuchan said...

aa setuju dgn kak mas..letak makanan mkn dkt luar nnt org asek tanye halal ke..kalau tak halal tak kan nak makan pulak..huhu..kalau nak tak rasa was2 sampai cek ke dapur tu susah gakla kan..huhu.selagi rasa tak was2 makan je.hehe.

#iwrite said...

duduk tempat org mcm tu lah kan..

Unknown said...

kalo dah tanya & jwapan nye meyakin kan...kita pun yakin....teruskan je la...:)

Asmara said...

paling tak best nak menyisat nyukazai ngan shortening dia la, samada dr haiwan atau tumbuhan. asben selalu call tp nak menunggu return call tu kat setengah jam biasanya(kene tnya byk peringkat). last2 amik mknn yg biasa dimakan. tp tunggu gak la next time boleh beli. kalo kat kedai mkn pun sama tnya je la. tp biasanya makan maknn yg sama je. hehe..

nashays said...

dlm byk2 niku, tang butaniku tu cam best jer nak sebut..

kyo_9 said...

"Apa-apa yang tersembunyi dari (pengetahuan) kita , tidak perlu ditanya mengenainya."

ada benarnye gak ayat penyata di atas tu.. sebab kadang2 apa yg tertulis di dalam kandungan bekas makanan tu x semestinya 100% tepat.. lebih2 lagi pasal roti, tulis x guna.. tp bila call, orang tu pon cakap dia x leh pastikan 100% x guna sebab segala proses penghasilan menggunakan bekas yang sama jadi ada kebarangkalian unsur2 haram tu termasuk dalam makanan.. -_-"

Atashi In Hiroshima said...

thanks masukkan entry yoo di sini. mmg selalu dpt soalan yg sama tu. i guess tu soalan wajib lah, maybe kawan2 kita concern kan kita semua. itu sebab mereka tnya. jawab je mana yg dapat. kita cari dan fhmkan apa yg perlu, yg selebihnya tawakkal. Allah tidak membebankan hamba-hambaNya. Insyaallah.

Anonymous said...

keke.. mcm best jer daging baba tu jadi "butaniku".. sesuai... mmg buta pun kalau makan.. :D

Kotak Hati said...

waa..besh owh di rantau org ya...=) kat malaysia pun byk masalah yg same, ini lagikan negara org...hoho

Daddylicious said...

yang penting yakin dan percaya kalau was2...lupakan....


lama2 kita pun pandai cakap jepun ni...heeeee

nur easy said...

hai sensei, kita ni la orgnya y sampai skrg tak reti2 membaca kanji2 ni..hehehe gomen

Umie said...

haha..kitorang pun hafal kanji tu gak..senang nak membeli barang2x...;-)

PinKy MoMMa said...

hanis dear..ur blog no.1 di hatiku hehe..cek it out sini..

http://www.pinkymomma.com/2011/06/ben-ashaari-5-blog-pilihan-hati.html

Jue said...

salam dr yokohama
walaupun dh dekat nk setahun duk japan ni..still lagi bawak kertas yg tulis kanji benda2 ni..x terhafal hafal lagi..hehehe..

Juwita Jamaludin said...

hanis tula memang gitukan.. kadang nak beli check dulu semua.. akak kalau tak yakin memang tak amik beli la.. so kalau dah biasa pakai satu jenama tu pakai tue sampai sudah.. hihiihi

NARDtheNERD said...

kat malaysia ni pun ade je yg xhalal tapi claim halal...
hmmm..

:)

KakD said...

kadang2 dik kat malaysia sendiri pun walaupun bende tuh ape yang kite tau halal, alih2 kuar la statment sume yang sebenarnye bende tuh ade la sikit kandungan tak halal.

hakikatnye zaman sekarnag ni memang susah la dik. Makanan banyak nau dah tercemar uhuk uhuk.

eh motip akak pun nak jawab skema?? hahahahaha :P

Rohani Hashim said...

aaaaa pening....huhuhuh

Acik said...

Teringat sup warna hijau .. makan kat Narita Airport .. emmmm, almost 20 tahun dulu ler!

Annisa said...

Assalamualaikum,
tersenyum baca part butaniku "buta
hati" yang kak hanis taip ^_^
pernah gak sembang dengan kawan
tentang isu halal dan haram certain
ubat yang mengandungi butaniku ni :)
thanks translate. bleh faham bahasa lain ^_~

yatie chomeyl said...

btol2x, duk sini mem ekeno ngapal kanji2 penting tu ehehe

farah fauzi said...

mesti kene betul2 berhati2kan..hehe...bahaya jugak klu tersilap makan...

So Shy Lady (SSL) said...

ye lah hanis, jagalah sbaik mungkin n tmampu... slbihnya tawakal je lah kan hrp t.terlibat ngan yg syubahat. kt msia pun sama jugakkk, nm je ngr islam tp yg produce mknn ramai non muslim

Cik Pah said...

tapi cik pah kalau makan sushi kat sini pun jarang nak cicah sos soya tuh. lebih suker letak wasabi jer.. chehh..ayat riak sebab tahan pedas kot..

Nur Liyana said...

betul tue, jgn ada perasaan was was..yakin je....so boleh la makan!!!kan senang!!!
islam kan agama yang mudah....

PinKy MoMMa said...

hanis bz eh ari ni?
x de update pun ;)

amirah said...

betul betul betul..kalo was2 jgn makan!

*∽ IZAN ∽* said...

uhuhuhuhu.. memang mencabar duk negara orang.. tapi duk negara sendiri yg majmuk & berbilang kaum ni walaupun di katakan negara islam.. cabarannya tetap sama! uhuk uhuk!

Ct Arina said...

tulah tgok akak macam best sesuke hati makan merate rate kat sane. haha =D rina sgt suke sushi taw. tapi rina x penah makan kat sushi king sbb rina x pandai nak pilih. rina cume makan sushi kat jj aka jaya jusco. ehe ;D

Anonymous said...

time bln pose ni mkn kanji waktu berbuka mmg sedap.ye dak..ahahahaha..terliur x?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails