Friday, July 15, 2011

Kabocha-anpan 2!

Kenapa 2? Sebab dulu ada part 1. Nak baca klik SINI ya. Baru je habis seminar. Meeting mingguan yang dipanggil "zemi", diadakan setiap hari Jumaat. Tsukareta... (penat). Kebetulan cinta pun masih ada perbincangan dengan senseinya... (bangunan kami lain2, kalau jalan dalam 5 minit). Tiba-tiba.. pling pling...

"Onaka ga suita!"
(onaka=perut/stomach, suita=lapar/hungry, ga=penegasan dalam ayat)
Nasib baik petang tadi ada beli roti tapi tak sempat nak makan.

Labmates tengah khusyuk tengok Boltz, saya suka kartun! Tapi takpelah jeling aje dari jauh... Dia tengok versi english, (biasa kartun sini semua ditranslate ke nihon-go), nak imporve english katanya... baguslah...
IMG_0001
Sempat lagi ambil gambar sebelum makan huhu, layan ajolah penulis ni yer... dush! Berbeza sedikit, luaran tak jangok macam versi-1. Tapi nampak macam ada krim... sikit2 saya suka, kalau banyak muak jadinya...
IMG_0003
Gambar sebelum selamat masuk perut patik ni... ah macam sedap yang ni je, teringin nak buat roti sendiri tapi rasanya mesti tak jadi huhu... terliur denga kabocha punya pasal, selain beli suika kat kedai makcik hari tu, saya juga beli kabocha, alih2 blur la pulak nak masak apa, nanti nak kena terjah blog masakan ni... bolehlah cuba hujung minggu nanti...

yeayy...cinta dah siap dicussion, saya pun dah penat...ostukaresamadesu. (ucapan pada labmates bila nak pulang ke rumah).

23 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

Pity u super tired ek???
Mkn roti jer???Ai hr ni last perabih kani
Jemu dh 4 hr asyik mkn kani yer ☆〜(ゝ。∂)

LuN@_aiDi said...

inti die ader dua erk? yummyyummy!! kat susah nk cari bun cmneh..huhu

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...

sedap nya bun dalam gmbr tu..tetiba rasa nak mamam bun pulak =0).

kasihredha said...

sedapnya..
nanti masak dan jgn lupa upload pics ye ...
selamat memasak ye :)

zie_ira said...

berbelit lidah nak sebut 'ostukaresamadesu' tu,,hehhe,,sedap tuh roti tu,,lagi2 tengah lapar,,^^,

kak hanis comel ,nnti kene aja ira cakap jepun ea2,,hehe,,:D

nuwairani ismail said...

bila tengok gmbr roti ni teringat kisah lab mate kawan di hokudai. org jepon, yg kene repeat. then tak dapat scholar. terpaksa keje part time nk cover yuran. pastu sbb takde duit, dia leh gi kedai roti makan yg sample2 cebisan roti yg org letak utk promo...sedihnya....

panjang benor nk nyebotnye...word yg palingg sy ingat adalah "irrashaimasse" (betol ke spelling?)

PinKy MoMMa said...

hanis adakah ini rahsia kamu kekal comel? suka makan roti ye nis :)

ari ni pinky ok skit..smalam sgt down..thanx hanis..hugs~

eppy weekend dear ^^

Maira Anjami said...

oishisou~~lagi2 ade kabocha n krim...2 2 sye suka^^

mzhany said...

huhu menarik dia nya inti kan hana...

haniey said...

makanan kt jepun suma npk cam sedap je..hihi..

kyo_9 said...

nyukazai ngan shortening dia x pakai ke ntk roti nih??

;p

khairunnisa ♥ said...

salam, kak hanis.. pe beza penggunaan -kun, -san, -chan bagi setiap panggilan nama? kadang kadang dalam satu cte tu dia guna akhiran yg sama untuk nama orang yang sama..

tak tauu beza dia =_=
arigato :)

Syaima' said...

ssiann zemi mesti lama kannn.teringin gak nak buat rotiii mcm bes jee tapi tak konfidenn.

Ct Arina said...

boleh pulak tibe2 ade krim. hihi^^ nampak sedap! pos utk rina 1 ek. nk yg ori from japan. hakhak ;D

puterinuraqiliah said...

roti..hehehe!
unik r pula roti ni. tapi lagi unik bila ada roti mcm bdn manusia=.=

Diana @ bilakukatacinta said...

pn.Hana.tetiba nak tahu....thesis awk dlm nihongo lah nt ye??...

Hanis MY said...

@kyo_9
Kyo of course akak dah check Dan ianya boleh dimakan :)

Hanis MY said...

@kyo_9
Kyo of course akak dah check Dan ianya boleh dimakan :)

fazilzura said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhh nmpak sodap le roti ni, aci pos ke msia dak ?

awk blajor le wat kt sanun, kang balik msia leh ambik order

ijayuji said...

Salam hanis!! sukeeeeee sgt nihon no kabocha sbb kaler n rasa dia cantek n sedap! kita kalau kat sini eksyen sikit tak mo beli kabocha thai kita beli nihonno kabocha, rega kita tgk tepi yg kita nak hasil dia cantek kalau buat apa2 hihihi...

アヌム ちゃん said...

xpenah lagi rasa kabocha anpan ni.huhu..mana nak cari dkt sini..tak tau..huhuu

d_LA said...

olohhhh..bakpo napok sdp sgt tu..sero nok kekoh jah monitor..hee

Papa Mifz said...

boleh lak ado krim setempek kat hujung tu yer...haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails