Friday, August 19, 2011

Italia: Milano alta moda...

Selingan jap sebelum meneruskan entri. Tadi ada jishin, jam 2.49 pm. Waktu tu saya tengah hadiri seminar tahunan iaitu G-COE Summer School. Tengah khusyuk dengar talk, kerusi rasa bergegar tak lama lepas tu satu dewan bergegar. Orang lain cool aje. Tapi bila gegaran makin kuat dan tak berhenti, semua orang pun bangun. Saya capai buku dan pegang hp. Kemudian jishin berhenti. Cuba msg cinta hati tapi tak boleh. Tak lama lepas tu dpt msg dari dia bertanya akan keadaan saya, tadi memang line tetefon terhenti buat seketika. Jishin berpusat di Fukushima M6.8, tapi kami di Miyagi rasa tempias M5. Kakak ku sayam Kak As di Yonezawa nun pun terasa sekitar M3. Phew... cemas seketika. Alhamdulillah tak ada apa2 yang serius. Ok teruskan cerita...
Alta moda = high fashion. Itulah yang dijumpai di internet mengenai Milano a.k.a Milan. Tapi di stesyen Milano Centrale (MC) ni tak menggambarkan sangat alta moda tu. Cuma bangunan dia aje yang besar macam "resaksa" a.k.a raksasa huhu (dah terbiasa tulis resaksa mcm best aje hik2). Tarikan utama di Milano adalah seperti gambar di bawah...
(gambar dari about.com) Transportation di Milano. Duomo adalah tarikan utama kemudian tempat shopping iaitu Galleria Vittorio Emanualle II dan as quoted "the famous Fashion Quadrilatero" (Quad=empat/four) sebab terbahagi pada empat shopping lane iaitu Via Montenapoleone, Via Sant'Andrea, Via della Spiga dan Via Manzoni. Tak lupa juga kelab AC Milan bukan AC Mizal haha tiba2 pulak, apakah???

Tapi kami tak pergi pun! Tak terfikir untuk shopping dan tak ada perasaan nak tengok duomo (duomo tu gereja) walaupun ramai yang cakap cantik. Duit dan credit card kami hanyalah untuk hotel, pengangkutan dan juga makan minum. Di sini juga hanyalah transit kami untuk ke Venizia a.k.a Venice.Nak juga pergi jejakkan kaki ambil gambar di tempat shopping tersohor tu, tapi takut terkejar2 dan risau terlepas train ke Venizia sebab kami tak biasa kawasan ni, buatnya tersesat risau jugak...oleh tu duk diam2 aje di MC.
IMG_1536-tile
besarnya milano centrale ni, naik lenguh leher patik bila dongak ke atas... (heh, over betul).
IMG_1548-tile
di bahagian luar banyak gerai2, tapi kebanyakannya tak nampak macam orang italy pun tapi nampak ramai peniaga dari india, nepal dan sebagainya, dalam hati terdetik, eh betul ke kat milano (dush!)... mereka menawarkan kami pelbagai mainan kanak2.... Bila jalan di tepi bangunan, tak tahan dengan bau kurang enak dan dipenuhi najis burung huhu... tapi kat dalam bangunan ok la...
IMG_1557-tile
tak faham dengan cerita/sejarah yang cuba dipaparkan pada ukiran patung tu, sekadar ambil gambar kenangan di Milano Centrale. Ataupun itu mungkin sekadar corak menggambarkan ke-milano-annya, pepandai2 je bmkan perkataan milano :P.  Kami di sini tak sampai 2 jam, train kami ke Mestre Venezia jam 5.35 pm.
IMG_1564
deretan train di belakang tu...nasib orang sini tak jalan laju macam orang jepun di Tokyo eki, depa ni berlari pun ada....pening jap kalau berada di Tokyo eki... hehe
IMG_1571
posing bersama bekalan makanan di bawa nun jauh dari Geneva haha... (yang anjing hitam nak hidu tu... ingat lagi tak di entri sebelum ni), kami tak makan pun di MC ni sebab bekalan roti, biskut masih banyak... makan gini seminggu boleh kurus hehe...
IMG_1573
Sottopassaggio, lepas ambil gambar ni, terus cakap kat cinta hati, tak bestnya kalau kena lalu kat bawah tu...gelap... alih2... jeng jengggg...

Setelah menanti lebih kurang 40 minit di dalam train, tiba2 terdengar pengumuman dan kami lihat penumpang lain turun... risaunya, tanpa berlengah saya bertanya pada seorang wanita Italy yang cun (sempat lg cakap cun heh) di seat sebelah...

"What happened?" memang tertanya dari tadi pun sebab dah lewat tapi train masih kat situ.
"This train is not moving we have to go to next platfrom and take that train" jawabnya dalam pelat Italiano. Mujurlah dia boleh speaking mahu dia beritaliano dengan kami, blur jugak dibuatnya...

Tergesa2 dia berlalu, mana taknya train sebelah tu nampak macam dah nak penuh, saya dan cinta hati cepat2 bergeas ke train tu juga... Dari tadi saya nampak driver train (wanita) berada di luar train sebelah tu, rokok di tangan. Entah berapa puntung rokok dia dah hisap. Tiap kali saya toleh aje dia tengah smoking... nampak sangat stress...

Bila dah sampai train sebelah lalu Sottopassaggio yang samar2 tiba2 terkedu. Memang dah agak dah tak ada seat. Sedihnya, terpaksa berdiri. Ramai juga pelancong lain nak ke Venizia... dengan backpack bagai. Ingatkan dah nak bergerak rupanya train tu jugak ada masalah aduiiyaaiii... macam amazing race la pulak... garang betul pemandu wanita yang smoking tu, bila penumpang bertanya kenapa lewat etc, kena tengking pula, tahula stress tapi hati penumpang/pelanggan kenalah jaga kan huhu... kami terpaksa menunggu 1 jam lebih pu;a untuk train tu bergerak, tak pasti ada masalah apa huhu, wahhh terasa perjalanan yang sangat lama sebab sebelum tengah hari kami dah bertolak dari Geneva ke MC, alih2 lewat pula kat sini. Musnah harapan nak terjah sekitar Mestre.

IMG_1583
Ini ajelah gambar pemandangan yang sempat diambil, dah penat berdiri sementara tunggu train bergerak di MC, akhirnya patik akur dan duduk atas lantai train tu... tak mampu nak berdiri lagi kerana lagi 2 jam baru sampai ke Mestre, Venizia...sob sob... (beli tiket mahal2 alih2 duduk atas lantai ditambah pula lewat 2 jam, huhu sabar jelah). Masa tu tiba2 aje rindu shinkansen haha ayat tak menahan. Menyampah...

p/s: Bologna di Mestre...

30 comments:

amirah said...

cantiknya bangunan2 dia..besar2 resaksa lak tu kan hanis? hehe

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

kami pow kena M4 tadik...adam dah bunyi sebab jishin lama risau takut jadik mcm hary tue...hadoi berbinau biji mata tgk pic lawa ni....biler la nk terjah sini plak :D

ijayuji said...

Salam hanis, kerap ya jishin lately? take care ya semoga sentiasa dlm lindunganNYA, eh eh, gmbr dereten
train tu kan mcm kat citer harry potter gituuu hihihi... suke lah tgk bangunan2 dia, cantekkkkkk!!!

nur easy said...

kerap ada jishin kat sana ya..

betul2 kembara ni. seronok betul tgk ;)

Fatin Syahira Ramli said...

wah gambar best! alolo kesiannya kena berdiri eh kak. tapi tak apa chill lah kan sebab dapat jugak pi tempat2 best :)

fika79 said...

ha betulla hanis, aku pun rindu public transport jepun..shinkansen laju ok..naik tgv pergi paris rasa cam naik densha bese jer..hehe..kat sini mmg salu la delay, itu ini..sakit jiwa dan raga..kalau musim sejuk lagilah..tensi

Amirah Adnan said...

cantiknye..kalau lah kat malaysia ade..hehe.. erk, jishin tu ape kak? gempa eh?

Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi said...

aduh..ada jishin ke..risau hamba mendengar nye.

wah!cantik nya gmbr2 tuh..bangunan besar reksaksa tu mcm bangunan ala-ala dlm crita harry potter yg nungu train nak ke alam ghaib depa..hehehehe =0).

aduhai...amazing race pulak nunggu train tu..tapi tak pa, pengalaman berharga tu...=0).

アヌムちゃん said...

aa nasib baik kjp je jishin eh.dkt fukui ni xkena pn kot..take care tau.hope xde ape2 dh la lps ni..isk2..

eh sy dh jwb x soklan beli kulit popia tu dlu..beli dkt baticrom je.huhu

yatie chomeyl said...

situ meme kedai mahal2 sajo, ore hr tupung posing jah situ..tgk LV nok kencing sero. doh la maso tu budok2 lagi

tp depe bangune tu meme ramai ore amik gmbr nikoh sekalo2

laskar pelangi said...

wahh;) bestnya g jalan ke sana ke mari..

haniey said...

bangunan dia bsar2 kan..nmpak luas dan tinggi la..wah kak hanis tiap2 ari jalan..hehe

Asmara said...

My dear, Alhamdulillah semua ok ye. :)
* see see mmg sokmo delay keteapi tu. Kene tinggal flight sbb train delay brapa jam ntah masa tu. Mmg mencik mengingatkan kene tukar2 train tu pastu berebut2 ngan org lain. Cepat sambung! 

kasihredha said...

tak patut betul..tuan teri beta kena duduk kat lantai..grrr

selamat bersahur tuan teri ye
keep smiling / senyum sokmo k

Papa Mifz said...

Bila melancong sendirian mcm nih senang x nak cari mkanan halal?

zie_ira said...

takut nye bile ade jishin tu ,kalau ira ,,mesti da mengelabah ,,hehe

besar2 lah bangunan kat sane ,kagum sebentar,,:D

uwahh,,mish u la kak hanis ,lame ira tak bw ke sana sini,,^^

Juwita Jamaludin said...

wah cantik la .. tapi bila baca komen as pun kata train tak bagus rasa tak syok pula ye... bila saat gitu tentu teringat jepun yang efisyen

Amie said...

Assalamualaikum,
kita di sini pun cemas gak dengar berita gegaran tu, apapun sama-samalah berdoa semoga semuanya selamat.

seronoknya dapat tengok macam-macam, kagum tengok keindahan negara orang....

riva'i said...

iya..
pengen ke sana.
tapi tak punya waktu dan uang..

T.T

siapa yang mau memberi saya uang?

Ajeyy Rawk said...

salam ziarah :)
jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D

http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html

PinKy MoMMa said...

banyak ukiran di dinding bangunan mereka kan nis?
wahhh nampak hanis dah shopping..jelesss wuwuwu..

duit tabung tak cukup lagi utk berjalan jalan camni..sape nak tanggung? hahaha

wida said...

aduh kalau kena makan roti jer masa travel ni macam mana lah yer.

wida ni dah lah tekak melayu..hr2 cari nasik jugak

senyumSOYA said...

jeles2 dapat tengok resaksa..^^"

waaa.. akak, best bleh jale2 deh..

auny aizie said...

fuyyyyohhhhhhhhhhhh !

speechless gua

d_LA said...

sokmo gak ye jishin tu mai..hoho..akuttt...

mesti kelas gila pesen2 kat itali tu kan..tgk bgnn pun gerun doh, besar kemain

sabiqahT.Anuar said...

hanisSannnn, bestnyaa!
:)

noraim said...

sakan akak berjalan. hihi. ole² jgn lupa. heee.

dop balik rayo ko kak?

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

pengsannnn...*tiba2...*

sebenarnya jeles la...tngk pict2 dia...hehehhehe...

Ct Arina said...

wahhhh terpesona 0_o
cantik gile senibina kat sane kan. nape x posing maut dgn cinta? hihi ;D
ok lettew dpt dduk kat lantai kak. dari x dpt duduk langsung. hoho ;P

khairunnisa ♥ said...

view sangat lawa :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails