Showing posts with label Italy. Show all posts
Showing posts with label Italy. Show all posts

Thursday, September 22, 2011

Italia: Castel Romano Outlet...

Cinta hati sangat suka wondow shopping. Serius. Dia tak aim apa2 barang, tapi suka tengok2, survey2 dan prinsip dia "mana tahu terjumpa yang murah, boleh consider untuk beli". Huwaa tapi bukan senang nak terjumpa yang murah kan?? Bila ada perkhidmatan bas ke outlet dia macam seronok nak pergi, boleh rehat dalam bas sambil menikmati pemandangan (kata cinta hati). Saya pun seronok jugaklah sebab tak sempat ke outlet di Firenze. Dah berjangkit dengan cinta hati mana tahu terjumpa barang murah kan? hehe...

Macam2 benda nak dokumentasi kat sini termasuklah masa beli tiket bas ke outlet tu. Seorang makcik, eh ke nenek? (sebab pada pandangan saya, raut wajah dan susuk tubuhnya seperti seorang nenek). Kami ke kaunter yang sangat kecil di tepi jalan. Bagitahu "we want to go to castel romano outlet". Dia tak boleh speaking english walaupun satu patah perkataan, even yes or no. Nenek tu cakap harga 12 euro (itu je yang saya faham) lepas tu dia tunjuk waktu bas bertolak dari roma termini dan waktu bas bertolak dari castel romano so harga returnlah kut. Cinta hati ni pulak jenis suka confirmkan sesuatu biar certain supaya tak tersilap beli, maka dia tanya sekali lagi. Sekali nenek tu hangin daaa sambil sebut MAMMA MIA bla2 bla2 dalam bahasia dia sambil tunjuk kat kertas haha, satu pun kitaorg tak faham... lepas tu saya dan cinta angguk2 tanda faham, takut kena fire lagi sekali... 

IMG_2879
nenek o nenek hehe...

IMG_2887-tile
antara pemandangan yang sempat di-snap...

IMG_2893
sukalah pintu gerbang ni... (tiba2 rasa nak pergi tembok besar china...apakah??)

IMG_2897
jalan raya di rome... ada kat satu traffic light tu sungguh mengelirukan tak reti patik nak explain kat sini...

IMG_2899-tile
sempat lagi berseni di round about, siap ada statue terbenam, entah tak fahamlah maksud tersirat...

IMG_2906
dah sampai!

IMG_2908
i love flowers!

IMG_2915-tile
antara resaksa gorgom di outlet...

IMG_2912-tile
 teringat sano outlet... 

IMG_2914
bunga lagi! suka-suka...

IMG_2916
 kami kat sini sekejap, dalam 2 jam macam tu je, laju2 window... lepas tu singgah minum sebelum bertolak pulang... air tu orange juice tau! tapi spesis oren yang ada di satu kawasan di itali dan tiada di tempat lain (menurut lelaki yang jaga kaunter tu... patik tak tahu la betul ke tak) Fresh 2 biji blend tak tambah apa2 pun... sangat manis dan yummy!

IMG_2917
our last cappuccino in italy... huwaaa rindu nak travel lagi...

Inilah diari saya dan cinta hati pada April 2011 yang lalu, percutian selama seminggu je wuwu...

And the journey begin
Di Abu Dhabi...
Abu Dhabi, UAE
Abu Dhabi, Marina Mall
Abu Dhabi, Sheikh Zayed Grand Mosque

Abu Dhabi ke Geneva
Di Geneva
Bernina at Geneva
Dating di Tasik
Penyeluk saku di Flower Clock
Jet d'Eau

Geneva to Milano Centrale
Di Italy
Milano Alta Moda
Bologna Mestre
Venezia Water Bus
Piazza San Marco
Rialto, Gondola, Ciao-ciao
Makcik di toilette
Makcik di treno dan menara condong
Pisa dan Firenze
Roma romma ma
Colosseum exterior, interior
Walking around Rome
Fontana di Trevi

p/s: Ciao ciao!

Wednesday, September 21, 2011

Italia: Fontana di Trevi...

Ok baiklah, mari kita pergi basuh kain tepi sungai, eheh silap, mari pergi tengok kolam yang ada air pancut... atau nama glam dia Fontana Di Trevi...

Macam mana saya boleh kenal fontana di trevi ni? Gara-gara tengok The Lizzie Mcguire Movie, suatu masa dahulu di tahun 2003. Pernah tengok tak movie tu? I likeeee.... "hey now hey now, this is what dreams are made of, hey hey!" teringat lagi lagu dalam movie tu ok.
 i miss the girl next door image of Hilary Duff... apa cite la sekarang dengan dia, dulu selalu jugak layan Lizzie Mcguire series... (erk kantoi tengok disney channel haha)...

Encik Wiki cakap "Fontana di trevi is the largest Baroque fountain in the city and one of the most famous fountains in the world".

IMG_2784
eh pokok kelapa sawit ke tu? Ish bukan la, jangan duk buat jakun kat tempat orang (err jangan layan penulis bermonolog dengan dirinya sendiri ahaha)...

IMG_2779-tile
penat sikit sebab jalan mencari fontana agak berbukit...

IMG_2787-tile
dah mendaki, jumpa pulak bangunan dan kawasan lapang ni... tak tahu bangunan apa... penuh dengan abam polish dan kereta mewah keluar masuk... woww... ada event kut masa tu...

IMG_2801-tile
lepas tu turun bukit dan jalan mendatar di celah bangunan... penuh dengan manusia, nak jalan pun susah, lemas je rasa, masa ni memang pegang bag erat2, risau dengan penyeluk saku...

IMG_2802-tile
wahhh ramainyaaa... macam mana nak tengok fontana kalau cenggini? pengsan!

IMG_2809
lama jugak berdiri untuk cari port, tunggu orang chow cepat2 selit, mak aih ramai betul pelancong kat sini... berbilang bangsa dan kaun, tour group, school tour (macam dalam lizzie mcguire movie tu pun ada)... 

IMG_2806-tile
my love dah penat hehe, takde mood nak bergambar, mana taknya sepanjang perjalanan terpaksa layan isteri dia ni "love gambar kat sini cantik" "love nak ambil gambar background ni" "love, nak kamera jap nak ambil gambar kat sini" "love, love and love" i love u muahs! haha... Bila saya nak ambil gambar dia, dia takmo ish2 femalu fulak... bila saya nak suruh orang ambil gambar kami berdua laju2 cinta hati tak approve, risau kamera dicuri... sebab keadaan sangat sesak, semua orang duk sibuk foto sana sini... sekali pencuri lesap di celah orang ramai memang tak boleh nak cam dah... beringat sebelum kena, baiklah jadi isteri solehah...

IMG_2839-tile
ramai orang baling syiling dan juga tak ketinggalan aksi baling syiling (tapi sebenarnya tak baling pun hehe, ngelat). Encik wiki cakap... "A traditional legend holds that if visitors throw a coin into the fountain, they are ensured a return to Rome. Among those who are unaware that the "three coins" of Three Coins in the Fountain were thrown by three different individuals, a reported current interpretation is that two coins will lead to a new romance and three will ensure either a marriage or divorce." Ish tak baik percaya benda2 ni... 
An estimated 3,000 euros are thrown into the fountain each day. Uish, pengsan! The money has been used to subsidize a supermarket for Rome's needy. Wallahua'lam, tapi hari tu kami tak jadi penyumbang pun hehe, takpe kan?

IMG_2843
nak nyanyi lagu "buai ku laju" aci tak haha... pergi mana2 lagu BPBM tetap jadi pojaan...

IMG_2852
i very the menyampas... menyesal pilih restoren alas meja kuning/oren kat belakang tu. Sebelum meneruskan perjalanan tiba2 perut patik lapar minta diisi. Nak makan pasta gitu. Makan bekal roti sebelum tu tak mencukupi (eh perut apa ni besar sangat?). Kami tunggu sekejap pekerja kedai tu bersihkan meja. 

at that time muka dia memang nampak tension la dengan kerenah pelancong yang bermacam ragam. err hello! hati pelanggan kenalah jaga kan huhu... tak boleh la nak muncung2 masam muka bagai. Kami pun duduk dan tengok menu, agak mahal, hu. Lepas tu intai meja sebelah tengok 1 pinggan pasta tu besar la jugak. Oleh itu ambil keputusan untuk order 1 pasta dan share. Sharing is caring ok, hehe.

Bila dia dengar je nak order "satu" terus dia buat muka (roll his eyes) dan cakap perkataan "f" depan kami... pengsan tak? Kachiwa betul patik. Kat kedai dia ada jugak jual gelato, ramai orang beli dan makan kat depan kedai tu. Lepas tu ada la kawan2 depa duk tunggu tepi-tepi tu kan. Sekali kena marah sebab berdiri depan kedai siap kena halau lagi... fail sungguh mamat ni. Muka dan gaya dia ala2 watak Michel Gerard dalam Gilmore Girls. Kalau tengok series tu sure boleh bayangkan dengan sepantas kilat. Auuww...  like gilmore girls eh apehal pulak tetiba je gedik? Masa tu rasa nak kensel order tapi nanti kang lagi teruk kena maki, sabar ajelah. Nasib baik seafood pasta tu sedap, tapi jadi kureng dek layanan sebegitu rupa wuwuwu....

p/s: entri terakhir travel around rome huhu sadisnya dan nak sampai penghujung...
Malam ni bola Malaysia vs Japan, ganbatte malaysia! aummm! tak sabar nak terpacak depan tv!

Tuesday, September 20, 2011

Italia: Walking around Rome...

Perjalanan diteruskan dengan bas nombor 11 a.k.a kaki hehe... seronok jugak bila pemandangan sekeliling ni melihat kesan tinggalan sejarah. Penuh dengan bangunan runtuh, tiang retak, tiang separuh dan bermacam lagi. Kalau baca dan amati sejarahnya mungkin lebih bermakna kut.

IMG_2699
menghala keluar dari kawasan Colosseum. Kalau nak refer peta trek perjalanan kami boleh ke entri INI.

IMG_2700
tak tahu pun bangunan apa, tskk...

IMG_2703
peta Italy...

IMG_2710
menunggu lampu hijau untuk melintas...

IMG_2712-tile
the ruin...

IMG_2746-tile
lintas jalan nampak view dengan lebih dekat... rasa nak turun je kat bawah tu dan koya berada pada zaman dahulu kala...

IMG_2727
kenapalah dulu tak suka subjek sejarah... kalau tak mesti dah boleh terangkan sedikit sebanyak (patik tak ada masa nak menggugel sebelum tulis entri ni).

IMG_2768-tile
Ramai orang menghala ke bangunan putih dan juga destinasi lain, tapi kami lihat dari kejauhan je... lepak sat kat sini makan bekal yang kami bawa, berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan...

IMG_2748
macam dah nak roboh aje huhu...

IMG_2719-tile
sambil makan dan beristirehat di bawah pepohon sambil ambil gambar (menyampah dengan penjual jalanan yang asyik paksa kami beli barang yang dijual, adess...).

IMG_2771
tiang ni sangat besar dan tinggi... siap ada details ukiran lagi... apalah agaknya eh?

IMG_2773-tile
yosh! kembara ke destinasi seterusnya... Fontana di Trevi...

p/s: Fontana=fountain, kota rome memang kaya dengan fontana tapi ak cukup masa nak jejak semua...
wahh ramai yang pilih header no.1 arigatou ne... masih menanti respon tambahan :)

Sunday, September 18, 2011

Italia: Colosseum (interior)...

Pernah tengok dokumentari pasal Colosseum. Tapi dah lama sangat. Lepas tu tengok dalam movie, Gladiator dan erm urm entah tak ingatlah pulak movie lain tatkala jejari runcing menaip entri ini. Bila cinta hati tanya nak masuk dalam ni atau pergi tempat lain saya berfikir sejenak, lantas memberitahu untuk masuk ke dalam Colosseum tu, takpelah tak sempat pergi tempat lain, biar sikit asal memorable (eheh boleh pulak cenggitu ye).

IMG_2537
panjang betul beratur nak masuk dalam Colosseum...

IMG_2539-tile
tapi tak lama pun, borak-borak, tengok mat2 soleh yang vogue d vass hehe, ambil2 gambar, sambil2 tu adalah juga menyampah dekat orang yang tak reti sabar sebab potong queue.. dush! alih2 dah sampai giliran kami di kaunter tiket...

IMG_2549
lepas beli tiket, masuk aje nampak ni... tak tahu apa tapi hentam ajelah ambil gambar hehe...

IMG_2550-tile
inside Colosseum... rasa macam tak percaya pun ada huhu...

IMG_2581-tile
a view from one of the arch and the wall. 

IMG_2558-tile
cinta hati yang malu2 nak posing hehe... tak macam dalam movie kan? itu strukutr yang dan musnah sedikit akibat banjir dan juga bencana alam yang lain... "Why's there a maze looking thing on the bottom, I thought it was just flat plain surface where gladiators would fight?"...

IMG_2650-tile
"That maze thing on the bottom was trap doors. The flat floor you are speaking of was a stage. Props where pushed up and down through the floor to simulate famous battles."

IMG_2572-tile
ish2 patik ni dah tak ada fashion lompat jenis lain ke? hehe... ampun... tak sempat ambil kelas modelling harap maklum, ahah pengsan! Thank u mr stranger yang sudi ambilkan gambar kami...

IMG_2629-tile
tingkat paling atas ada pameran ala-ala muzium, artifak dahulu kala. Punyalah tinggi setiap anak tangga tu... penat bila dah sampai atas... orang zaman dulu ni memang besar2 ke eh? Pemandangan bandar Rome dari atas...

IMG_2623
nampak tak lukisan pada batu tu?

IMG_2657-tile
gambar terakhir sebelum keluar dari Colosseum ke destinasi seterusnya... turun pun penat sebab kena langkah tinggi sangat wuwuwu... dah turun baru perasan ada lif, takpelah kenangan naik tangga Colosseum, tskk...

IMG_2695
silalah jangan percaya dengan mamat gladiator ni. Memang la nampak best boleh bergambar dengan wira celup. Mereka datang serbu secara tiba-tiba, dah la kami masih blur sebab baru je keluar dari Colosseum tu, terus datang hulurkan pedang, "Just some tips for us..." tips la sangat, menyampah betul. Pastu depa minta 10 euro! Kalau 2-3 euro tu boleh diterima. Tapi kami tak bagi penuh pun buat2 cari duit dalam kocek seluar (dont ever take out your purse or wallet at this area or at this kind of situation) dan bagi setakat yang ada. Gerammmmm sangat! Dah catious dah, tapi terkena juga (sebelum masuk Colosseum sempat mengelak dari mamat friendship band tu, ingat lagi?) Lepas tu along the way jalan dari Colosseum, kat mana2 je ada depa ni, dari jauh lagi kami cuba elakkan. Asal nampak aje pergi direction lain kalau tak sure kena serbu, huhu... 

p/s: Walking around rome...

Saturday, September 17, 2011

Italia: Colosseum (exterior)...

Gambar di bawah menunjukkan antara tempat bersejarah dunia yang glam lagi fofuler (saya hanya over exaggerating, dush!) untuk dilawati bila berkunjung ke Rome...
kami tiba di stazione termini, hotel kami Santa Maria Inn bertanda H dalam kurungan... (saya agak aje, sebab tak tahu skala peta tu).
 Colosseum dan Arch of Constantine inilah destinasi pertama dan paling dekat dengan hotel. Kedua ni dalam satu kawasan. Arch tu berada di sebelah Colosseum...
Roman Forum dan Pantheon (yang ini kami sekadar tengok dari luar masa jalan-jalan sekitar bandar Rome, selepas melihat Colosseum menuju ke Fontana Di Trevi)
St. Peter's Basilica a.k.a Vatican City dan Piazza Navona... kedua-dua ni agak terkeluar sedikit dari trek perjalanan kami oleh itu kami tak pergi pun... (refer peta di atas)
Last but not least Fontana Di Trevi (Trevi Fountain)

IMG_2486
Colosseum...

IMG_2496
Arch of Constantine... masa tulis entri ni baru tahu nama pintu gerbang tu, haha... kalau tahu awal2 dah lama pergi dekat...

IMG_2498
bila entah cinta hati patik snap gambar ni... masa tu sesak sangat dengan orang ramai! Tak tahu nak buat apa, last2 terduduk kat pagar tu. Tangan tak lepas dari handbag. Masa ni ada seorang mamat ni datang bawa gelang yang buat dengan benang... dia menyapa kami sambil berkata "hello, my friend... friendship band" tangan dia nak letak gelang tu pada pergelangan tangan my love, terus teringat insiden disapa penyeluk saku di Geneva. Kami geleng kepala, buat tak tahu dan terus menjauhi dia. Scary betul.

IMG_2510-tile
kawasan persekitaran Collosseum... ada horse riding... boleh koya jadi tuan puteri jap, tapi tak naik pun ehehe...

IMG_2489-tile
tak ada idea nak posing macam mana... nak ambil gambar Colosseum dari angle mana etc... kan best kalau terror berfoto ni huhu...

IMG_2527
Colosseum was used for gladiatorial contests and public spectacles such as mock sea battles, animal hunts (source from Wikipedia)...

IMG_2522
Ni sebelah belakang kut, lari dari orang ramai... tengah berkira-kira nak masuk ke tak dalam Colosseum tu...

IMG_2513
antiknya... "in the 21st century it stays partially ruined because of damage caused by devastating earthquakes and stone-robbers" ada jugak nak curi batu tu? ish pelik betul...

IMG_2516
banyak kerja2 baik pulih. Dah lama sangat bangunan ni... pembinaan bermula pada 70AD dan siap pada 80AD...

p/s: inside Colosseum...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails