Friday, August 12, 2011

Penyeluk saku di Flower Clock...

Bila sesuatu tempat/bandar mempunyai kadar kos kehidupan yang tinggi, ramai pendatang luar, ramai "homeless" lantas desakan hidup menyebabkan mereka cuba untuk mengambil hak orang lain untuk meneruskan kehidupan. Mengenali 2 negara di Eropah membuatkan kami terkenang di Jepun yang setakat ni alhamdulillah selamat (melalui pengalaman kami dan kawan2). Hilang barang gerenti jumpa balik... tak ada orang nak curi2 seluk2 poket bagai. Kalau bawa handbag jalan tepi jalan dengan hanya genggam tangkai je, tak ada mat rempit pun nak ambil mahupun pencopek (urm pencopek ke pencopet eh?) yang lain. Namun begitu kami masih berjaga2 sebab malang kan tak berbau walau di mana kita berada. Sentiasa berwaspada dan mohon perlindungan dari Dia.

IMG_1254
Cafe San Remo... agak2 sama tak dengan spaghetti san remo tu? Tengok dari jauh je, tak terjah pun...
IMG_1264
minum jus dan makan buah di bawah pohon apa entah, saya rasa sakura/zakura...i likee... ini gambar sebelum balik hotel... isi perut dulu... lepas tu balik hotel makan roti pulak...
IMG_1292-tile
gambar dah bercampur aduk... abaikan gambar pertama tu sebab masa tu nak balik hotel tukar pakai jaket, cuaca dah makin sejuk. Kemudian kami keluar balik untuk cari Flower Clock. Beria betul kan, sebab banyak2 anttraction yang disarankan kami sempat terjah 2 sahaja. Kalau plan awal2 mesti lebih teratur, apapun ini dah cukup memorable bagi saya dan cinta... macam terkejut sebab ada Bata, jenama malaysia ke jenama europe ni? harganya pun boleh tahan mahal (sempat jenguk dari cermin, masa tu mall semuanya dah tutup) kedai makan aje yang masih dibuka...
IMG_1310
kali ni dah tak naik taxi boat, lalu jambatan...
IMG_1253-horz
antara bangunan yang sempat di-snap, besar betul bangunan (gambar kedua) rasa macam insan kerdil je bila berditi di atas tangga tu (sesiapa yang dah ke Geneva, tu bangunan apa eh?)
IMG_1300
bangunan yang sama tapi versi ambil gambar dongak ke atas :P
IMG_1315
pokok ini sungguh misteri... saya cuba bayangkan rupa daunnya.. .ataupun memang tak ada daun? dah mid spring pun belum muncul dedaun... 
IMG_1331
akhirnya nampak Flower Clock di kejauhan, ramainya tourist sedang bergambar...
IMG_1334
saya pun tak ketinggalan nak abadikan memori di sini... rasanya flower clock tu belum siap... sebab ada 2 bulatan yang masih tak terisi bunga... ataupun saya yang tak sempat tengok. Mungkin jam ni betul2 dipenuhi bunga-bungaan di awal haru (spring)... (miss flower haruslah bergambar dengan flower clock, lagi sesuai pegang flower, eheh over acting betul!)
IMG_1338
bilalah saya nak jadi photographer yang kreatif dan ada skill huhu... dan juga pandai posing, sob sob
IMG_1332
bayangkan anda membelakangi jam bunga-bunga cinta tu, anda akan nampak pemandangan bangunan ni...
IMG_1333
ini pula pandangan apabila toleh ke kanan... jeng jeng masa nilah datang 2 orang lelaki... siap bagi salam ok! 

"Assalamualaikum"tersengih2 "Malaysian?"2 orang lelaki menghampiri kami.
Masa tu saya dan cinta "blur" eh kok kenapa tiba2 aje muncul lelaki berdua ini... terasa macam berada di negara yang jadi tuan rumah World Cup baru2 ini...
"Botanic, botanic..." tangannya menunjukkan ke suatu tempat.
Dalam hati saya... Botanic? macam tak ada-apa pun kat situ... lain macam aje ni, kami geleng2 kepala dan nak beredar dari situ...
Kemudian dia pegang tangan cinta kononnya nak bersalam, dalam hati saya "eh ape ni pegang tangan suami i" (ahaha kecoh betul, itu hanyalah over acting penulis tatkala menulis entri ni)
Dia seakan tak nak lepaskan, dan berkata "Do you know football?" lantas kakinya dibelit pada kaki cinta hati... "I teach you football"
"Love. jaga2 entah2 nak mencuri..." saya seakan menjerit kecil, masa tu saya dah nampak cinta hati cuba keraskan badan dia... nsib baik yang lagi sorang tu tak menghampiri saya sebab saya berdiri betul2 di tepi jalan...
Orang ramai mula melihat dan mereka berdua berlalu pergi dengan pantas, datang seorang pakcik, "Don't have contact with anyone here! It is dangerous, they might be pickpocket". Kami mengangguk dan ucapkan terima kasih. Cinta hati lihat kiri dan kanan "Mereka ke mana?" "Entah, alih2 dah tak ada". Alhamdulillah tiada apa yang berlaku, mungkin peringatan buat kami supaya super duper berhati2 untuk trip kami seterusnya...

IMG_1346
masih di kawasan sekitar flower clock... laju2 je ambil gambar dan terus menuju ke hotel...
IMG_1351
angin malam yang semakin sejuk... balik hotel, rehat... bersedia untuk esok...

Dari web Geneva tourism antara tempat yang menarik untuk diterjah...
Jet d'eau (water foutain)
Flower Clock
Brunswick Monument
The Niton Rocks
Le Corbusier Building
The Schtrumpfs
Solar and Laser Clock
Treille Promenade


Kami sempat terjah 2 je...

p/s: Jet d'eau...


47 comments:

Fazleyatul Aini said...

dekat dataran MBMB kat melaka pon ada clock mcm tuh. tp x sure la dia dari flower ke atau mcm letak besi2 kasi ada corak jarum. x ingat plak. hehe apa la org melaka x tau. tsk tsk tsk -_-

Anisa Hang Tuah said...

iskk.tak baik nak mencuri..

nasib baik akak dgn abg tade pape..

;)

Anonymous said...

sakura=cherry blossom.

mungkin peringatan buat kami supaya super duper berhati2 untuk trip kami seterusnya...I like..I want more about ur travelogue..Shring is caring not scary.LOL..

BW from Turkey.

By Jl.

Unknown said...

haha siap nak ajo maen bola..akok sungguh

Syazwan Che Deraman said...

naseb baik.
suka tengok gambar di atas.

selamat berpuasa.

amilinhussin said...

kat geneva pon ada Bata e.. rasa2 nya 2 brand malaysia.. hebat2

farah fauzi said...

hanissssssssss...bestnyer....dan cantik sungguh...mujur diorang tuh tak wat apa2kan...

Sunah Sakura said...

erkkk...cam takot jeee...tiba2 nak belit2 kaki orang...eee...hati2 ye sis~

pernah dengar orang cakap, kalo duk kat jepun...letak la duit bertimbun2 dengan jongkong emas kat depan pintu umah yang terbukak, takde orang nak amek punyeeee... betul ke?

Asmara said...

cantik la flower clock tu! eh cantik la gamabr2 yg hanis amik nih. tp europe camtu gak lah 10 taun lg datang pun tetap bangunan yg sama. hehe..

シャイマ said...

cuak je ingat betul2 kena pick pocket.hehe.sib baik tak kan.

ijayuji said...

Salam hanis! alahaiiiiii bestnyerrrrrr tgk gmbr2 tu sume! sama jer kat sini, merata rata jumpa pencuri, uuuwaaaaa..kita dah pernah kena ragut bagpack kita :-( tak suke sgt tp sib baik selamat, di mana mana mmg sentiasa waspada, urayamashii betul klu tgk si hanis ni berdua ajerr :D

LuN@_aiDi said...

chantekknyer flower clock die^^
sama ler kat Nz. leh bwk handbag berpesen, takde pemcopekk^__^

Anonymous said...

ohhh akak..mcm best je jln2 amek gamba kat jam taman tu...huuu

yatie chomeyl said...

ore hite ko penjahat tu hanis? mujur xdey ngepau gapo2 deh

amirah said...

semuanya walking distance ke ni hanis...kalo tidak memang la payah nak cover semua tempat..tp geneva memang cantek kan..?mcm terjatuh hati dgn geneva..

Afikah Aziz said...

oh mujur la xjd gapo2,jaat la ore tu kat tmpt rama ore pun nk curi gk..ore isle ko kak,poso2 pun nk curi nih >_<

man yusoef said...

yelah ada kedai Bata kat situ...then man google BATA tu made in Switzerland lah!! eh ingt made in Msia sebab bunyi so Msian...haha..eh nasib baik ada pak cik baik tu

Unknown said...

bandar jam tangan mewah kan..minat tag heuer hmm

Munn Jaafar said...

besar gile tiang kt geneva tu...camana la diorang tegakkan eh =.=*

ohoo pencopet kat sana mesra alam eh? boleh salam2 pulak..

dhiera zainudin said...

dorang saja aje kan ambil kesempatan~
eei,, xsuke xsuke.
tapi naseb kamu berhati2 masa ni dan sempat macam jerit. ambil perhatian orang lain~

Cik Amni said...

bahaya betul.. kalau kat msia siap kena pukau lagi kak.. sib bek sana tak de men pukau2 tu kan? haha....

Anum said...

bestnya jalan-jalan
suka anum tgk blog hana

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

bab2 kes penyeluk saku ni mmg kat eropah byk babe...risau nk bawa handbag gini....

if ai snap pic kat tempat bunga tue harus buat aksi jump....ngeee over oke ngeeee

anumuchan said...

aa bahaya btul kan..nsb baik x jadi apa2..isk2

CIK FAIZATUL said...

wah cantik ye pemndgn kt sn

Aida Lela said...

bahayanye..takut plak bila baca pengalaman dengan pickpocket nih..

*take care :)

Anonymous said...

flower clock cntek..wah kak hanis mmg jalan sakan ye?bila nak balik jepun ni?hehe..gbr suami kak hanis yg bawah pokok tu cntik..erm suka je tgk bngunan besar,classic je

Unknown said...

bahayanya.. seng2 je nak pickpocket org=.="kena betul2 hati2
Msti enjoykan tgk negara org! weee~

Imran@Copenhagen said...

Memmang kena sentaisa berhati2. kadang2 pencuri buat2 macam trick.

Hanis Azla said...

Alhamdulillah tak apa2.. gitu yer taktik mereka.. mmg kena beringat kat tempat org kan.. akak dah jatuh cinta dengan pemandangan2 kat sana.. balik ni kena bukak citer dgn en.asben ni.. mana tahu hati dia terbuka nak bwk akak ke sana.. he..he.. (dush2.. berangan jap)

Hani Shaklee said...

kak hanis,nasib baik la xde pape yg tak elok jadi..lepas nie kalau pergi negara orang, kena carefull yea..

Fatin Syahira Ramli said...

wah seronok tengok gambar kak hana dengan hubby. teringin gila nak melancong tapi tadak rezeki lagi haha. take care sis =')

nur easy said...

kt mana2 pun kena hati2 kn..
cantik lah bangunan2 tu

lady-D said...

pelik sungguh la org tuh..mmg scary..best pulok bile baca kat jepun cam aman jer..ni nak simpan duit gi jepun ni..ganbatte!!

msredcheesecake said...

takutnya kalu jumpa org jahat....seb baik takde pepe...

flower clock tu kena buat kat msia jugak....

No Lan said...

aish..sib baik takde pe2..alhamdulillah..abglan pun hampir kene gak kat SOGO tp alhamdulillah dia cepat sedar..

BATA..kakNo pun tak tau asal dr mana huhu

kasihredha said...

yang betul...pencopet :)

ada jam bunga le...sukee
ada BATA juga...

Tak pernah gi Gineva ..huhu
~suka Jepong
bersih(toilet tak bau..hihi) dan
cantik

Juwita Jamaludin said...

banyak lagi rupanya entry tertunggak ni ye hanis.. cantik gambar2 tu suka tgk

wida said...

ish..pencopet tu muslim ker?siap bg salam bagai..

malunya..

deeya said...

orang kate kalau ade sesape yg tak kenal tnye kite bukan2 jngan cakap ape2 . diam jer ! sebab nti kemungkinan dia akan mnjalankan sistem pukau pakai mulot . hohoho !

blog-tips-kurus said...

cantik gambar. bestnya dpt round the world.. hrp2 ade rezeki nak pergi sane. ;)

ARJUNA.Inc said...

hye..lma x nampak?hehe..waa..dtag2 je.trus nampak archtecture..hehe..dtag je mst tgah jlan2 pnye gamba~~>.bes giler!!...hihi

Joyah Jongang. said...

Salam perkenalan,masih baru disini dan sudah pasti sangat seronok membaca travelogue anda...skrg ternanti2 kunjungan anda ke ng seterusnya spt korea selatan,china,taiwan and hong kong,perhaps?

salam taaruf ramadhan.dekat tapi jauh./

Azmie & Vivie said...

very wonderful scenery..! =0).
sangat indah =0).
SyukurAlhamdulillah, awk n your cinta tak apa2.. takut saya dgn peristiwa sebegini.

Cik Pulau said...

tengok flower clock ni. teringat anime jepun.. wedding peach.. hehehe

Zainur said...

wow, berada di geneva...cantik! Ada conference ke di sana? Dah banyak juga dengar cerita yg negara europe ni tak selamat sangat sebab banyak pick pocket..huhu...hati2 ya!

KakD said...

uiii peringatan jugak buat kami2 yang kat melesia nih..hati2 dik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails