Showing posts with label Geneva. Show all posts
Showing posts with label Geneva. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Geneva to Milano Centrale...

Kami tak punya banyak masa, peluang sebegini entah bila akan muncul lagi. Oleh itu kami memilih untuk ke negara jiran Swiss, iaitu Italy atau versi nak nampak keitaliannya, kena tulis Italia. Hehe. Dush!
IMG_1394-tile
Cinta kena jadi model sebelum train sampai... hehe saya dah set dalam kepala nak ambil gambar pemandangan sebanyak mungkin sebagai memori sebab saya memang sukakan pemandangan, gambar ketiga tu train baru bergerak dan dimulakan dengan pemandangan tanaman...train ni akan transit di Brig... kemudian dari situ kami perlu ambil train lain ke Milano Centrale...
IMG_1403
maaflah, gambar banyak ada reflection kat cermin dari cermin seat bertentangan, huhu, patik tak reti la nak ambil gambar cun2... Teruja betul ambil gambar, belah sana nampak tasik geneva, cantik jugak tapi seat sebelah tu penuh maka patik layan blues ambil gambar pemandangan tanaman dan bukit bukau ajelah...
IMG_1416-tile
suka tengok rumah di sini, berlainan dari yang pernah kami nampak, maklumlah pertama kali jejakkan kaki di eropah... huhu tak sempat singgah dan teroka Lausanne. Ambil gambar eki (station) pun jadilah... tanaman apa eh terususn elok dalam petak2 macam sawah padi hehe... sudah tentulah bukan padi, grape kut...
IMG_1408
comelnya warna rumah dan laman tu, i likeee... rasa nak lari2 dan guling2 dan picnic... weee...
IMG_1466
adakah itu Mont Blanc? ish la mont blanc aje kamu ni, hehe (nak lihat mont blanc dari plane boleh ke entri INI).
IMG_1467
tengok dari jauh tapi seakan terasa kesejukannya... rindu yuki Sendai kat depan rumah, eceh ke situ la pulak (err over acting betul penulis ni).
IMG_1438-tile
rumah, pemandangan, ladang, tanaman...sukanya jamu mata dengan pandangan sebegini... rasanya yang kuning tu rapeseed, atau nama jepun nanohana (pernah tengok nanohana di Miyagi, kalau nak baca boleh singgah di THE LONGEST DAY dan TULIP, SAKURA dan NANOHANA ).
IMG_1472
uishh sihat2 aje semuanya... comel!
IMG_1482
tengok sungai tu terus rasa nak celupkan kaki dalam air, pasti sejuk sebab masa kami pergi ni masih di musim spring... huhu nak posing atas jambatan kawaii tu wuwuwu...
IMG_1490
subhanallah.... saya paling suka gambar sungai dan latar belakangnya...saya bukan reti sangat ambil gambar dan edit lagilah tak tahu huhu, bila belek koleksi gambar suka sangat tengok yang ni...
IMG_1510
yang ini pun suka jugak...perasan tak warna air sungai tu? membuatkan hati ini teruja nak jalan2 di tepi sungai sambil berpegangan tangan ehehe i kan romantika kihkih...
IMG_1481-tile
suka rumah ada laman macam tu tapi tak suka rumah 2 tingkat, 1 tingkat cukuplah, tak larat nak cuci, lainlah kalau ada orang gaji hehe... alamak penulis dah mula nak ber"koya"(koya tu bahasa kelantan=berangan/berkhayal)... eh eh macam istana di atas bukit...(koya lagi) bila tunjuk pemandangan ke-4 tu pada cinta hati dia cakap "owh, biasa lah tu, rumah setinggan, tapi atas bukit." Cinta memang, hehe... atau adakah saya ni yang terlebih excited? Patik memang macam ni, dulu balik kg setakat pergi pantai pun suka kemain lagi... entahlah suka sangat dengan nature tak kisah la kat mana pun... lembu kat belakang rumah cinta pun saya sibuk nak ambil gambar, cinta hati cakap, gambar lembu pun nak ambik haha... adoiii.... pengsan dia dengan kerenah isteri dia ni...
IMG_1526
dah sampai di Brig, saya sibuk nak ambil gambar, padahal kena cepat2 hehe... tukar platform kena lalu bawah tu huhu i takuttt (dush!)... macam travel sorang aje gayanya haha sungguh over...
IMG_1531
Ni train kami untuk ke destinasi sterusnya... kenapa train laju, mesti ada muncung gitu bahagian depan eh?

Untuk trip seterusnya patik tak dapat teruskan aktiviti ambil gambar... huwaa kachiwa sangat-sangat. Kenapa??? sebab orang sangat ramai, tiket kami ada nombor seat tapi bila sampai pada seat sepatutnya, tengok2 ada orang duduk dah la depan tu ada anjing hitam yang sangat besar uwaaaa...takuttt...  tingginya paras lutut patik, (sila imagine huhu), rasa nak pengsan serta merta (jangan dilayan penulis yang over ni). Elok aje dia landing kat tengah2 laluan tu. Dah la orang yang duduk di seat kami tu tak nak beralih, konfiden aje ha duduk, pastu kami check banyak kali dan minta dia tunjuk tiket, sekali dia tak beli tiket daa... naik lompat2 sebab dia nak pergi dekat2 je kut, adoii lepas tu barulah dia bangun, dah la barang dia banyak... saya dan cinta terpaksa keluar dari train sebab nak bagi laluan kat anjing hitam tu, kebetulan masa tu bawa bekal roti dan madu, boleh pulak doggy tu datang dekat nak hidu, uish nak tercabut jantung patik tau, laju2 saya keluar huk huk.. shinkansen mana ada orang bawa anjing, huwaa walaupun orang jepun ni pelihara dan sukakan anjing dan dilayan bagai menatang minyak yang penuh, tapi haiwan tak dibenarkan naik dalam train sesuka hati macam penumpang wuwuwu...

Train sangat sesak, macam sesak nafas je (ok, over acting haha, sebab nak gambarkan kesesakan, tak berani nak ambil gambar, patik kan penakut wuwuwu). Ramai aje yang berdiri, tiket free seating agaknya, entahlah.. Tengah ramai2 orang tu sempat gambar di bawah, rasanya Lake Como. Kami transit di Milano Centrale (Milan Central, eh teringat KL Central :D).

IMG_1533

Saturday, August 13, 2011

Jet d'Eau...

Mari kita naik jet.. pernah naik jet? Patik tak pernah. Tapi nak cerita Jet lain. Rasanya sebutan dia bukan "Jet". Saya tak reti sangat sebutan french ni... mesti ejaan lain bunyinya lain... oleh itu patik tak boleh nak ajar anda semua... setakat  nihon-go boleh la sikit2 hehe... tapi yang saya tahu Jet d'Eau adalah salah satu "fountain" buatan di tasik Geneva. Merupakan landmark Geneva. Masa ronda2 hari yang sama tiba di Geneva, tak nampak kelibat jet d'eau ni, mungkin disebabkan keadaan yang agak "windy". Kachiwa la juga tak dapat tengok, maka kami cuba nasib kami pada hari seterusnya...

IMG_1353
eeee tak suka muka bambam huhu... continental breakfast, semua pun roti... segala jenis roti, lepas tu coffe but i likee hehe... Suasana kat sini tak sama dengan breakfast di hotel jepun. Layanannya berbeza...

Jepun: masuk aje ke tempat buffet "Irasshaimase" disapa dengan senyuman, tunduk dan dibawa ke meja makan, takpun tunjuk arah mana meja yang masih kosong...
Bernina H: blur, mungkin sebab patik jakun maklumlah baru pertama kali sampai di eropah ni, pandang pada staff, saya senyum dan tunduk (dah terbiasa dengan budaya jepun heheh) namun tak dibalas... mereka sangat serius dan bertanya coffee? tea? owh copot terkejut.

Jepun: bila dah habis makan dan nak meninggalkan meja, "doumo arigatou gozaimashita"... senyum dan tunduk... kat hotel murah2 pun layanan dia superb!
Bernina H: kami berlalu macam tu je, nak cakap terima kasih tapi semua staff berada di dapur.

Agaknya sebab kami duduk di hotel cikai2 aje dan memang budaya atau cara mereka macam tu. Jepun pula memang dikenali dengan sopan santun etc...

IMG_1360-tile
Misi untuk melihat Jet d'Eau diteruskan... saya pun tak faham apa yang ditulis sekadar kenangan dengan signboard Geneva hehe, apakah? Rupanya ia juga merupakan salah satu landmark iaitu Brunswick Monument... yeayy alhamdulillah... ada Jet d'eau, setakat fountain pun nak tengok hehe, dush! Dah tu, bila google Geneva je mesti keluar Jet d'Eau, mungkin glam sebab ketinggiannya tu, iaitu 140m (sumber Jet d'Eau)
IMG_1368
ini namanya posing dahagakan seteguk air haha...
IMG_1369
jet pejuang eheh silap Jet d'Eau... (sesiapa yang terror, sila ajarkan saya sebutan yang betul ya..)
IMG_1373
baru ada gambar berdua, sebenarnya kami tak berani nak suruh orang ambilkan gambar (nak2 lepas peristiwa di Flower Clock tu), kang tak pasal2 kamera tu dibawa lari, kena berjaga2... Kalau orang tu nampak macam pelancong dan macam boleh dipercayai je baru saya akan minta tolong dia ambilkan gambar...
IMG_1375-tile
sayonara Jet d'Eau, kami mengatur langkah pulang ke hotel... geramnya bunga tu rasa nak petik2 aje hehe... miss flower memang begini ye, sila abaikan... ada bunga kat pokok tu, tabun magnolia... (tabun=mungkin/maybe)
IMG_1391
Itulah sahaja kenangan kami di Geneva... seterusnya saya dan cinta membawa diri, sob sob... ke mana?
IMG_1393
ke negara jiran... boleh refer peta di google/yahoo takpun di entri patik sebelum ni... Part2 (Bernina at Geneva)...

p/s: antara trenitalia dan shinkansen...

Friday, August 12, 2011

Penyeluk saku di Flower Clock...

Bila sesuatu tempat/bandar mempunyai kadar kos kehidupan yang tinggi, ramai pendatang luar, ramai "homeless" lantas desakan hidup menyebabkan mereka cuba untuk mengambil hak orang lain untuk meneruskan kehidupan. Mengenali 2 negara di Eropah membuatkan kami terkenang di Jepun yang setakat ni alhamdulillah selamat (melalui pengalaman kami dan kawan2). Hilang barang gerenti jumpa balik... tak ada orang nak curi2 seluk2 poket bagai. Kalau bawa handbag jalan tepi jalan dengan hanya genggam tangkai je, tak ada mat rempit pun nak ambil mahupun pencopek (urm pencopek ke pencopet eh?) yang lain. Namun begitu kami masih berjaga2 sebab malang kan tak berbau walau di mana kita berada. Sentiasa berwaspada dan mohon perlindungan dari Dia.

IMG_1254
Cafe San Remo... agak2 sama tak dengan spaghetti san remo tu? Tengok dari jauh je, tak terjah pun...
IMG_1264
minum jus dan makan buah di bawah pohon apa entah, saya rasa sakura/zakura...i likee... ini gambar sebelum balik hotel... isi perut dulu... lepas tu balik hotel makan roti pulak...
IMG_1292-tile
gambar dah bercampur aduk... abaikan gambar pertama tu sebab masa tu nak balik hotel tukar pakai jaket, cuaca dah makin sejuk. Kemudian kami keluar balik untuk cari Flower Clock. Beria betul kan, sebab banyak2 anttraction yang disarankan kami sempat terjah 2 sahaja. Kalau plan awal2 mesti lebih teratur, apapun ini dah cukup memorable bagi saya dan cinta... macam terkejut sebab ada Bata, jenama malaysia ke jenama europe ni? harganya pun boleh tahan mahal (sempat jenguk dari cermin, masa tu mall semuanya dah tutup) kedai makan aje yang masih dibuka...
IMG_1310
kali ni dah tak naik taxi boat, lalu jambatan...
IMG_1253-horz
antara bangunan yang sempat di-snap, besar betul bangunan (gambar kedua) rasa macam insan kerdil je bila berditi di atas tangga tu (sesiapa yang dah ke Geneva, tu bangunan apa eh?)
IMG_1300
bangunan yang sama tapi versi ambil gambar dongak ke atas :P
IMG_1315
pokok ini sungguh misteri... saya cuba bayangkan rupa daunnya.. .ataupun memang tak ada daun? dah mid spring pun belum muncul dedaun... 
IMG_1331
akhirnya nampak Flower Clock di kejauhan, ramainya tourist sedang bergambar...
IMG_1334
saya pun tak ketinggalan nak abadikan memori di sini... rasanya flower clock tu belum siap... sebab ada 2 bulatan yang masih tak terisi bunga... ataupun saya yang tak sempat tengok. Mungkin jam ni betul2 dipenuhi bunga-bungaan di awal haru (spring)... (miss flower haruslah bergambar dengan flower clock, lagi sesuai pegang flower, eheh over acting betul!)
IMG_1338
bilalah saya nak jadi photographer yang kreatif dan ada skill huhu... dan juga pandai posing, sob sob
IMG_1332
bayangkan anda membelakangi jam bunga-bunga cinta tu, anda akan nampak pemandangan bangunan ni...
IMG_1333
ini pula pandangan apabila toleh ke kanan... jeng jeng masa nilah datang 2 orang lelaki... siap bagi salam ok! 

"Assalamualaikum"tersengih2 "Malaysian?"2 orang lelaki menghampiri kami.
Masa tu saya dan cinta "blur" eh kok kenapa tiba2 aje muncul lelaki berdua ini... terasa macam berada di negara yang jadi tuan rumah World Cup baru2 ini...
"Botanic, botanic..." tangannya menunjukkan ke suatu tempat.
Dalam hati saya... Botanic? macam tak ada-apa pun kat situ... lain macam aje ni, kami geleng2 kepala dan nak beredar dari situ...
Kemudian dia pegang tangan cinta kononnya nak bersalam, dalam hati saya "eh ape ni pegang tangan suami i" (ahaha kecoh betul, itu hanyalah over acting penulis tatkala menulis entri ni)
Dia seakan tak nak lepaskan, dan berkata "Do you know football?" lantas kakinya dibelit pada kaki cinta hati... "I teach you football"
"Love. jaga2 entah2 nak mencuri..." saya seakan menjerit kecil, masa tu saya dah nampak cinta hati cuba keraskan badan dia... nsib baik yang lagi sorang tu tak menghampiri saya sebab saya berdiri betul2 di tepi jalan...
Orang ramai mula melihat dan mereka berdua berlalu pergi dengan pantas, datang seorang pakcik, "Don't have contact with anyone here! It is dangerous, they might be pickpocket". Kami mengangguk dan ucapkan terima kasih. Cinta hati lihat kiri dan kanan "Mereka ke mana?" "Entah, alih2 dah tak ada". Alhamdulillah tiada apa yang berlaku, mungkin peringatan buat kami supaya super duper berhati2 untuk trip kami seterusnya...

IMG_1346
masih di kawasan sekitar flower clock... laju2 je ambil gambar dan terus menuju ke hotel...
IMG_1351
angin malam yang semakin sejuk... balik hotel, rehat... bersedia untuk esok...

Dari web Geneva tourism antara tempat yang menarik untuk diterjah...
Jet d'eau (water foutain)
Flower Clock
Brunswick Monument
The Niton Rocks
Le Corbusier Building
The Schtrumpfs
Solar and Laser Clock
Treille Promenade


Kami sempat terjah 2 je...

p/s: Jet d'eau...


Thursday, August 11, 2011

Dating di tasik...

Tasik mana? Tasik Geneva... sambungan entri travelog patik yang lalu. Kalau bukan kerna abang patik yang pilot itu mungkin tak dapatlah patik jejakkan kaki ke sini... Terima kasih wahai kekanda ku... (eh terbagi ucapan pulak kat sini). Jika nak baca entri sebelum ni bolehlah singgah di PART 1 dan PART 2. Trip di akhir April 2011. Lambat betul update... ampunnn, hehe..

Di Geneva ada satu tasik yang sangat besar. Sebelum ni saya tak pernah tahu dan tak pernah baca sehinggalah saya dan cinta sampai di Geneva. Memandangkan kami sampai dalam jam 2 ptg, maka masih ada masa untuk melihat kawasan sekitar...

 kami hanya sempat terjah kawasan A sahaja mungkin 1/100 daripada seluruh tasik,. Kami jumpa suami isteri dari Malaysia, mereka cakap Lausanne sangat menarik untuk dikunjungi... tips bagi yang nak ke Geneva, sila terjah Lausanne juga ya...jangan jadi macam kami yang tak sempat ke sana... sebab dah ada perancangan lain, sob sob... (maaflah tak tahu pasai apa otometik keluar "katakana" kat map tu).
IMG_1162
"kanda, kanda, kita nak ke mana ni kanda?" 
sambil pegang hujung keris muka pusing 23 darjah dongak 11 darjah (haha)"ikut saja kaki melangkah sebab kanda pun tak tahu nak ke mana."
IMG_1153-tile
Jalan kaki aje dari hotel kami. Tak jauh pun tasik tu. Keluar dari Bernina, belok kiri lepas tu sampai penghujung bangunan kemudian belok kiri lagi. Lepas tu jalan terus aje. Beria bagitahu direction... Bila jalan2 di bandar besar macam ni, selalulah kena berhati-hati dengan penyeluk saku, pencopek, pick pocket. Memang abedi (abg saya) dah warning... walaupun handbang dah tersangkut di bahu, sling yang ada tu saya slingkan juga di badan kononnya double protection... inilah dia Tasik Geneva...
IMG_1167
Pandangan seberang sana... penuh dengan bangunan dan kapal-kapal. Tak nampak rupa tasik pun, macam laut pun ada... dengan airnya yang kebiru-biruan, tapi taklah turquoise macam Tazawako.
IMG_1169-tile
kami posing2 di kawasan sekitar...
IMG_1180
pandangan membelakangi tasik...
IMG_1183
macam tak sanggup je nak masuk "toi" comel ni hehe... tak tahu dah nak buat apa, nak posing dan buat penggambaran di sekitar tu tak reti la pulak... lalu mengambil keputusan untuk naik "taxi boat"dengan pas percuma yang diberikan oleh pihak hotel...
IMG_1187
naik taxi boat "lady driver" tiba2 nak menyanyi lagu Anita Sarawak jangan pandang ku sebelah mata, hanya kerna namaku wanita (maaf kalau tersalah lirik hehe) huhu kalau duk luar mesti lagi best tapi dah penuh... mereka yang di luar tu pun tourist juga、masing2 dengan kamera untuk bergambar...
IMG_1186
pandangan luar... rasa macam bot ni nak tenggelam pulak (khayalan penulis)...
IMG_1285
kalau boleh pinjam bot peribadi siap dengan driver mesti boleh pusing keliling tasik...(dush!)
IMG_1198-tile
dah sampai... sebenarnya ada jambatan penghubung tapi alang2 dah dapat pas percuma baik gunakan sepenuhnya, ye tak? nampak je panas terik tapi sejuknya boleh tahan, nak2 bila angin bertiup... samuiiii, rasa nak balik hotel ambil jaket je huhu... gambar ketiga, perasan tak macam ada tebing kat tepi gambar... rasa nak jalan tengok "jet d eau" tapi angin kuat seolah2 ada ombak menghempas, nanti basah baju patik ni, maka niat dibatalkan...
IMG_1219-tile
kami duduk menikmati pemandangan, sukalah tengok swan dan itik2 tu makan... ada keretapi untuk tour rasanya, tapi kami tak naik pun... penjimatan duit itu perlu...
IMG_1243-tile
kemudian jalan2 sekitar bangunan tu... malam tu kami tak tahu nak makan apa, kalau makan kat kedai sudah tentu mahal nasib baik jumpa supermarket. Khusyuk saya dan cinta beli buah dan roti yang sangat murah... dinner roti dan buah aje malam tu, diet sungguh hehe... antara pemandangan sekitar tasik...
IMG_1200
masa ni tengah tunggu bot untuk pulang ke hotel...
IMG_1288
kali ni boleh duduk kat luar dan pemandu yang sama jugak hehe..memang kawasan jajahan dia agaknya route ni... macam reflection cermin pulak dengan jejaka di hujung sana kan? cuma darjah pusingan kepala je lari sikit hehe...

p/s: Disapa sang pencopek...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails