Tuesday, September 27, 2011

Sotsugyo...

Alamak, dah lambat! "will i ever make it on time?" hati bertanya sendirian. Handbag dicapai, meluru keluar bilik... mengenakan kasut lantas berlari menuju ke luar bangunan. Pintu dibuka, "wow"bahu terangkat namun melengkung sedikit ke depan gaya menahan sejuk lantaran terkejut disapa angin dingin. "Oh, hello autumn breeze, nice to see you again." Musim luruh dan menjengah. Nampaknya harus berjaket dan lepas ni berbaju tebal bila musim sejuk tiba.

Terus menuju ke kereta. Mengambil bunga di seat belakang. Melihat muka di cermin, eh comotnya, terus mengeluarkan make-up kit untuk touch up. Nampak sangat tipu, patik manalah pandai mekup. Konon nak buat intro ala2 cerpen hehe...

Sotsugyo=graduation/convo dan yang sewaktu dengannya. Saya rasa konvo di universiti jepun paling tak meriah dalam dunia ni. Pengsan ok! Tak ada nak pakai robe, mortar board mahupun bonnet dan pelbagai corak, warna yang membezakan antara fakulti serta graduan ijazah sarjana muda, ijazah sarjana mahupun kedoktoran. Sotsugyo kat sini sangat simple. Pelajar lelaki biasanya memakai sut, manakala wanita boleh memilih untuk memakai sut atau HAKAMA ataupun baju formal yang lain.

Pelajar tak dipanggil pun naik pentas seorang demi seorang untuk menerima sijil convo daripada orang2 tertentu. Tak ada raptai. Tak ada protokol istiadat apa2 pun. Semua orang boleh masuk tengok. Tak perlu 2 tiket untuk ibu bapa yang lain duk melanguk tengok pada skrin di luar dewan sambil menahan panas. Malah ada je kawan jepun yang tak pergi sotsugyo, pergi ambil terus sijil kat ofis.. sekali fikir memang pengsan, tapi dah itu cara mereka yang low profile. Bagus betul... bicara tentang low profile boleh baca ENTRI INI.

IMG_0004
baranohana... (bara=ros/rose)

IMG_0003
i love flowers! cantik tak? tapi makcik tu tak pandai hias la.. nampak comot sikit... huhu, pagi masa beli tu nak cepat, maka halal ajelah lagipun tak reti patik nak explain pada dia, dah tunjuk sample yang ditampal pada dinding... tapi dia buat tak sama, sob sob, kalau convo kat malaysia sampai rambang mata nak pilik corak macam mana ada teddy bagai... kat sini convo hambar aje huhu... tak ada orang jual2 bunga pun di tepi dewan... mungkin juga sebab ini bukan main convo... saya tak pernah hadiri convo utama pada bulan april...

IMG_0007
omedetou Ab! gen-kun buat pose kawai... nasib baik sampai on time, tak masuk pun dalam dewan. Saya sampai waktu dah bersurai...time semua orang sedang memulakan sesi berfoto riang ria...

IMG_0010
indonesian's friends wearing hakama.... cemana pulak hakama? dalam tu kimono macam biasa, tapi ada tambahan pleat skirt kat luar tu dipanggil hakama...

IMG_0013
omedetou juga buat kamu, miss F, kirei na... sungguh anggun berhakama...

IMG_0014
seorang lagi pelajar malaysia Mr D, with his mom... tahniah buat semua... insyaAllah tiba giliran saya dan cinta hati pula... doakan kami ya...

p/s: sibuknyaaaa sampai rasa nak pengsan... minggu ni jadual sangat padat... yosh, ganbatte to me!

33 comments:

Unknown said...

ingatkan akak yg konvo td.. hehe

Fatin Syahira Ramli said...

wah! seronoknya sekarang musim orang konvo. bila fikir pasal konvo, tak sabar nak konvo lepas tue nak sambung study hewhewhew. *berangan*

hmm tapi upsi bukan musim konvo lagi. hehe.

ganbate kundasai =')

Eera Shera said...

bosannya convo die..haha..gudluck ek kak hanis. bila convo? sy thn depan :)

Syazwan Che Deraman said...

tahniah kepada yang dah grad.
ringkasnya.
hmmm..kenapa mereka buat macam tu ye.
try rekemen kat pihak pengurusan suruh buat cara Malaysia.heheh
amcam?

Zaza said...

alhamdulillah. insyaallah, lps ni giliran akk pulak. pastu giliran sye plk. amin amin :-)

♥ p a a n i ♥ said...

akak bile nk habis? hihi nak sushiiiiiiii.

Anisa Hang Tuah said...

akak..

gambateh..

tak sabar nk tggu turn akak & abg pulak

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

omedetou Ad...
next year hanis plak kalo dekat harus boley ai terjah gi tgk u khen~

Fazleyatul Aini said...

haha memang la msia konvo 2 org je bleh masuk dlm hall. lain duduk bawah kemah je yalss

Rohani Hashim said...

seriesly simple je eh konvo kt sana? tp tang semua or gbleh masuk dewan tu besh hohoho tak yah nunggu luar dewan kepanasan;)

wida said...

hanis pulak bila konvo?

Anum said...

syoknya
anum pun suka bunga2
segar je kan

Umie said...

hanis...gambare!!

mesti tak sabo gak nak tunggu sotsugyo uols kan..insyaAllah semoga hanis & hubby berjaya menggenggam PHD dengan jayanya..;-)

Unknown said...

konbo sano takdok gambar lopak2 ko

Zana Adieyza said...

sweet la bunga tu.. kombinasi wrna pun cantik!

Asrul "iLham" Sany said...

berushalah!!!!

Fiza Rahman said...

Laaaa...ingatkan konvo hanis. Cantik bunga tu ☺☺

zie_ira said...

sangat berlow profile konvo kt sne er,,eii,,tak sabar nye nak konvo jugak ! ^^

Unknown said...

orang jepun mmg simple n low profile. Malaysia mcm tu habislah.. HAHAAHXD

Unknown said...

oh rupanyer ader banyak jenis kimono. Bunga tu lawaaaa giler. Tuk Hanis & suami..., kuatkan semangat & berusahalah! Mamy doakan semoga Hanis & suami berjaya!!!!!

p.s: Terasa semangat betul bila baca n3 ni.

ct kektus said...

nanti, kalau akak dah konvo kat sana n tak berapa meriah, balik malysia, buat majlis lagi nanti kak. hehe

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

la ingatkan dia....

kasihredha said...

comey je pakai hazama tu
oppps hakama

tak sabar tunggu tuan teri pulak yg konvo
go tuan teri go

Unknown said...

sotsugyoushiki di nihon sungguh memboringkan..nijikai dengan sempai kat kenkyuushitsu lagi bes kot kan..

me suya said...

bestnya..suya pun dah selamat terima sijilnya akak :)

ekabukanmakcikkau. said...

lah ingatkan kau yang konvo . pe ahh hahhaa

Juwita Jamaludin said...

syoknya. tak sabar tunggu giliran hubby juga..

itchy scratcheee said...

Congrats utk semua yang dah berjaya :')

So Shy Lady (SSL) said...

akak baru je attend my elder sis convo kt ukm ahad lps

sib baik t.pns heheh

ganbatte 2u!

Azmie & Vivie said...

Hanis!!! :0). Rindu nya v nak tinggalkn jejak komen d sini. Since vee bizi sgt2 sejak dua menjak ni, vee hanya mampu dtg baca shj... Wah!dh masuk musim autumn ke...wehehehe..vee x sabar nak bcuti ke sana :0).

Fizah Ibrahim said...

Wahhh best best.. Sy konvo ari sabtu neh tp tp tp dalam negara je lah sobs sobs, jeles tengok org konvo luar..

Hehe nt nak tengok yang akak n hubby akaknye plok =)

anumuchan said...

teringin nk pakai kimono ke..yukata ke..hakama ke..tp bila la dpt ye..sob2..

Prettyvrach said...

tahniah buat kawan2 kak hanis...seronok tengok.xpela tak meriah, janji dapat sijil. Kitorang di russia pun sama macam di jepun jugak sebenarnye. Tapi sebab kitorang nak gaya grad macam di Malaysia, so kitorang terpaksa keluarkan duit sendiri utk buat majlis grad. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails