Sunday, December 25, 2011

Our precious @ 12 weeks...

Entri kali ini nak bercerita tentang boshi techo dan juga perkembangan minggu ke-12. Pertama kali check up di maternity unit. Setelah kad dan kertas appointment diserahkah di kaunter, kena buat self check, timbang berat badan dan ukur tekanan darah pada mesin yang disediakan yang kemudian akan keluar bacaan pada kertas kecil. Serahkan kertas tu di kaunter. Masuk toi yang disediakan. Kat dalam tu ada paper cup dan marker. Tulis nama pada paper cup dan letak cup yang telah berisi "air yang sepatutnya" :P, pada sliding window yang berada di tepi toilet bowl (kecil je lebih kurang 30cmx30cm). Ada dua layer sliding so nurse tu tak nampak, dia akan ambil cup bila kita keluar nanti.

Kemudian tunggu nama dipanggil. Mula-mula masuk consultation room. Kat situ midwife akan tengok berat badan, tanya apa yang patut, dan sekiranya kita ada kemusykilan boleh tanya pada midwife tersebut. Masa perjumpaan tu berat naik agak banyak, midwife tanya cara pemakanan lepas tu dia suruh kontrol dan tak elok bila berat badan berlebihan waktu bersalin nanti. Tskk, insaf ok... mana taknya duk melantak nasi tomato dan nasi lemak wuwuwu. Midwife cakap makan sikit2 tapi banyak kali. Sebab patik ni tak boleh kalau tak makan nasi huhu. Dah selesai sesi tu, tunggu giliran untuk dipanggil masuk jumpa doktor pulak. Oh ya, tentang pemakanan madu sewaktu mengandung... kat sini midwife kata "dame" (da macam sebut "da"du, me macam sebut "me"rah) maknanya tak boleh/tak elok. Dia ada bagi penerangan tapi patik tak faham sepenuhnya huhu...  sebab midwife tak boleh speaking fluently, lepas tu lupa pulak nak tanya doktor. Ada juga cari-cari dan baca, madu ni ada satu bakteria yang kurang sesuai dengan sistem pencernaan bayi, sebab perut bayi masih kurang acid untuk cernakan bakteria tersebut. Pemakanan ni perlu dielakkan hinggalah lepas lahir dan sehingga bayi berumur 1 tahun. Tak tahu sejauh mana kesahihan benda ni, next check-up patik akan tanya doktor. Harap ingat lah ye, insyaAllah. (reminder for myself).

Pregnancy report
Once you learn about your pregnancy, report it to the municipal office in the ward (or city, town or village) where you reside as soon as possible and receive a Mother and Child Health Handbook (boshi techo) along with a mother-child health information package. The package includes forms for prenatal checkups, a birth notification form, and information about available prenatal classes.
The boshi techo is provided by a local municipal office to expecting mothers who submit a pregnancy report. Non-Japanese mothers may also purchase a bilingual boshi techo published by the Mother Child Foundation for Health, which is available in eight languages (English, Korean, Chinese, Thai, Tagalog, Portuguese, Indonesian and Spanish).

BM tak ada ke huhu...

IMG_0034
kat dalam ni ada kupon diskaun yang boleh digunakan semasa check-up kandungan dan kalau tak silap sehingga akachan berumur beberapa bulan...

IMG_0004 (2)
Rupa paras kupon tersebut, pemeriksaan dibiayai sehingga 5,500 yen. Setakat ni sebelum ada kupon pun charge yang dikenakan sangat murah 500 yen ke bawah (seolah-olah RM5, untuk lebih faham boleh rujuk ENTRI INI). Sejak ada kupon ni charge lebih kurang aje 200 yen kadang tu free of charge :) i likee hehe... kupon ni sangat berguna jika ada pemeriksaan tambahan seperti pemeriksaan darah, hepatitis, rubella etc...

IMG_0035
sudah tentu patik ambil versi english sebab tak ada versi BM. Dalam ni akan dicatat rekod check-up sepanjang pergnant dan progress pembesaran akachan sehingga berumur 7 tahun.

IMG_0009
dapat key chain ni. Kat situ tertulis "onaka ni akachan ga imasu" (=ada baby dalam perut, onaka=perut, imasu=ada, akachan anda semua dah tahu kan hehe... ni dan ga tu paticle). Letak key chain ni pada handbag dan anda boleh guna priority toilet, duduk di priority seat dalam bas dan juga train. 

IMG_7002
rupa our precious at 12 weeks. Sayangnyaa... muah! Masa ni nampak baby bergerak tapi tak rasa pun pergerakan tu sebab akachan kecil lagi (6.84 cm)...

Menghampiri minggu ke-12, patik banyak makan ikan, sayur dan roti, waktu tu patik ikut cinta hati ke conference. Tak banyak pilihan makanan. Conference kat mana tu? Akan diceritakan di entri seterusnya, insyaAllah...

p/s: W, DC. 
(geng jepun yang dah ada pengalaman bersalin kat sini, patik perlukan pertolongan anda tentang kos bersalin etc, onegaishimasu... )


29 comments:

Unknown said...

so comel~!! take care of your health sis!!

Unknown said...

** comel je keychain tuh.. tp kat mesia takde pun cenggini

me suya said...

tak sabar nak tgk perut ibu akachan makin membesar..Mesti versi comel gitu kan sis :)

Eera Shera said...

comel la keychain tu ;)

Hanamiko Sakura said...

wahhh!!! akachan semakin membesar lah... comel key chain 'onaka ni akachan ga imasu'...

Azian Elias said...

ALHAMDULLILAH..

Hanis dah pilih nama?. macam akak dulu masa tau mengandung je dah dapat rasa yg akak pregnt kan baby boy. dah tetapkan nama. then tiap hari panggil nama dia..every single thing akka akan panggil dia dan beritau dia apa akak buat.. it's fun..hee

Khairul Onggon said...

Alhamdulillah.. Tahniah :)

kasihredha said...

comelnya baby dlm kandungan...
duk baik2 ye nak
semoga mjadi anak yg solleh/sollehah.

Asmara said...

pasal madu tu mmg sensei ada ckp tak boleh sbb tnya masa Haqem batuk dia kata jgn bg madu utk baby.
eh murahnya caj! ada buat transvaginal ultrasound x? ai x suka betul. haha.. rasanya mcm 3x kene nnti. masa awal, dah nak due, pastu selepas. ikut sensei kot. tak best! haha..
*akk dh reply mesej. :D

aamalinaazman said...

huwaaa
cabaran gak eh nak bersalin kat jepun ni
hehehe

x pe..semoga dmudahkan urusan kak hanis ye :))

anak jepun la akachannn ni
kikiki

Kamalia said...

ai dah lupe total cost sume tuh..nnt ai tanya asben okey,pastu ai inform yu..lg satu,pasal madu:-
MADU (dilarang sama sekali – ianya bertoksin)ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum)yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. -via sarakids.com

Kazman / Sue said...

agak2 kan kalau guna key-chain ada baby dalam perut tu kat malaysia berkesan tak bila naik transport awam???

Tea said...

jaga baik2 sampai minggu ke 16 tu insyaAllah dah kuat.... bykkan makan kalsium dan protein... asid folic serta obumin juga ya... happy for u..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

bestnyer u blh rasa preggy kt sini...ai ni biler la nak ada rezeki khen....selalu student byr murah jer khen...nak bersalin pun free kot...u sempat bersalin kt sini x????

p/s:: x sabaq nak baca gi US tue ngeee

anumuchan said...

take care k.haniss..waa xsaba tgu hanis jr kuarr..lmbt lagi..heeeee

babYpose said...

Alhamdulillah, 12 minggu, ala comel la, tak sabar kan. Ni pun duk menghitung hari ni. Take care, mkn mknan berkhasiat, insyaAllah.

シャイマ said...

wahhh. hello akachan! kak hanis jom pergi sano!

Chekgu Azrine said...

teruja nya nak tahu next citer pasal akachan.. hehehe

kema said...

makin mbesar....chumelll~..kema nak kne pggil mummy hanis la skg neh instead pn hanis..kui3~ *gedik kema neh*

farah fauzi said...

hanis....i mmg ketinggalan....btw.,..tahniah sangat2...mesti baby chumilll macam mak mommy dia kan....miss u dear dan jaga kesihatan....

Unknown said...

Oh dah pregnant yer,congrats yer..;-)

kurus said...

cantik dan bermakna key chain tuu :L)

LadyBird said...

tahniah :D..

smg sihat.. jaga diri yer..

rajin2 membaca quran, baja buku, buat latihan matematik (salah satu cara ibu2 yahudi prektikkan tuk anak jadi cerdik)..

dan jgn lupe makan buah kurma.. rsnye buah kurma bgs tuk kesihatan ibu mengandung..

p/s : lady br th ibu mengandung xleh makan madu.. tp kan.. kalau btl ade bakteria yg xleh perut baby cerna.. bukankah baby just ambik nutrien drp ibunya melalui plasenta? organ dalaman baby berfungsi setelah baby dilahirkan.. cube awk cr jwpnnye.. nanti bgtahu lady ek.. :D..

mamashikin said...

lamanya tak singgah sini..rupanya hanis dah peknan..tahniah..
sy pun dlm minggu ke 15..hehe..
comel ah kad merah/kad ibu dan keychain tuh..
akachan maksud dia baby eh?
nti nak sebut dpn suami..mesti dia gelak..sb suami sy dlu study kt jepun gak..fasih berbahasa jepun...klu sebut depan dia, sure dia gelak...heee

Woofer Storm said...

bestnya ada baby sis..ehhee

#rawatang sana mesti mahal,tapi mantap^^

Atashi In Hiroshima said...

wahh...omedetou gozaimasu!!! bestnyeeee. :)

Lady of Leisure said...

congrats!! take care ye.. :)

whitecappuccino said...

Ada baby dalam perut!! excited!!!!

Cik Pi said...

akachan dah besar yer....yippee...
jepun ni mmg sinonim dgn benda2 yg kawaii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails