Tuesday, January 17, 2012

New York - Rockefeller and premium outlet...

Harap maaf dengan kepanjangan entri yang boleh membuatkan anda pengsan hehe. Sedikit sebanyak pengalaman di NY sebelum pulang ke jepun. Malam sebelum tu cinta hati bertanya nak pergi mana esok sebelum ke outlet. Fikir punya fikir patik memilih Rockefeller instead of Empire state building. Dengan masa yang tak banyak ni, lebih baik tengok bandar NY dari atas ajelah huhu... Rockefeller boleh pergi dengan subway dan kena jalan sikit, manakala Empire kena jalan dari hotel, agak jauh jugak la, tak pun naik teksi... huhu tak naklah naik cab mesti mahal...

IMG_6840-tile
ohayou gozaimasu NY... alhamdulillah cuaca hari tu nampaknya sangat baik...

IMG_6844-tile
keluar dari hotel menuju ke subway, sebelum tu cari makan dulu sebab tak ambil breakfast di hotel, owh busy busy NY... tiba-tiba teringat cerita Ugly Betty suka sangat cerita tu...

IMG_6850
keluar je dari tangga subway nampak bangunan-bangunan tinggi ni, semua pun tinggi, naik lenguh nak tengok...

IMG_6852
maka saya dan cinta hati pun memulakan langkah berjalan menuju ke Rockefeller center...

IMG_6853-tile
heat tech uniqlo! hehe tengok posing yang ala2 ada hati nak jadi jurucakap uniqlo gitu kan... owh patik sangat terpikat dengan reben merah butik cartier tu...

IMG_6865-tile
Rockefeller center di fifth avenue... sekali silap daa haha... kalau nak pergi observation deck kena pergi Rockefeller plaza... tanya en kat dalam bangunan tu, dia cakap... "You know, the one with big christmas tree every year in front of the ice skating rink". Dalam hati patik berkata, pakcik ni cakap macam saya dah duduk sini setahun dua hehe... ataou patik ni yang kurang ilmu tentang rockefeller, tapi angguk2 jela sambil merakam arah yang diberi tu ketat2 dalam fikiran patik ni...

IMG_6862
jom kita ke Rockefeller plaza...

IMG_6871-tile
di luar Rockefeller center dan Rockefeller plaza di kejauhan...

IMG_6887
inilah ice skating rink di luar Rockefeller plaza yang pakcik tu cakap ada pokok krismas, tapi patik tengok tak ada pun mungkin belum dipasang lagi... bila tulis entri ni baru la tahu dengan lebih terperinci sikit tentang Rockefeller...
pokok yang dimaksudkan oleh pakcik tu, picture taken from here.

taken from here. Banyak yang boleh dilakukan di sini, Tour dan juga Explore, tapi kami pilih yang paling basic iaitu Top of the Rock observation deck. NBC studio pun menarik yang mana anda dibawa ke ofis dan bilik berita kemudian boleh menjadi weather forecaster di tv NBC studio dia buat ala2 live gitu siap dengan, cameraman, mekup bagai wahhh i likeee boleh berangan jadi pengacara tv sekejap hehe... tapi tinggal angan2 ajelah, dengan masa yang seciput mana mungkin sempat nak turut serta untuk tour tu. Dan sudah tentu ongkos tambahan diperlukan...wuwuwu...

IMG_6883
the founder of Rockefeller...

IMG_6890-tile
sebelum masuk tengok kawasan sekitar. Gambar ketiga tu ramai orang sedang menyaksikan rancangan live di tv, tengok dari jauh ajelah huhu... gambar keempat nampak tak ada booth kecil? Kami beli tiket observation di situ, tapi ya ampunnn punyalah tak berapa mesra alam penjaga dia tu, siap baling2 kredit card patik setelah dia charge. Dah siap baling jeling pulak, sabar ajelah... memang fesyen orang kat sini macam tu agaknya, pengasar. Tak pernah patik alami kejadian sebegitu rupa di jepun ni. Kat subway pun sama, baki duit dibaling2 aje...ganasszz betul. Tapi ada je yang baik... dah nasib kami ada pengalaman dengan orang sebegitu... boleh jugak cerita kat blog haha...

IMG_6902-tile
dah masuk ke dalam bangunan dan jenguk2 apa yang ada... kemudian bila dah tiba waktu yang tertera pada tiket kami pun beratur di lif khas. Macam biasalah sekuriti tahap dewa, siap masuk metal detector semua, bag pun kena masuk mesin pengimbas jugak... 

IMG_6905
yeayy dah lepas sekuriti hehe... ambil gambar kenangan kat depan tu, dia bagi dalam bentuk kad, lepas tu beratur untuk naik lif ke observation deck... 

IMG_6936-tile
worth a visit, my love pun nampak seronok, khusyuk betul dia tengok pemandangan... ureshikatta...

IMG_6906
nun di sana... nampak tak statue of liberty hehe? dan juga pulau apa entah. Ada terbaca di bot tour liberty tu tapi disebabkan tak cukup masa nak pergi info tu semacam terus pudar dari ingatan... kurasakan pudar dalam hati ku .. eh termenyanyi la pulak...dush!

IMG_6912
sebelah MetLife tu adalah Rolls Royce building...

IMG_6914
NYC...

IMG_6920
maaflah gambar senget hehe... suka sangat tengok park tu, rasa tergedik2 nak pergi huhu...

IMG_6951
i love you my love.. eh sempat lagi bicara cinta di sini (sila jangan pengsan!) nasib baik juga cinta hati beria suruh patik ikut, walaupun saat naik shinkansen hati ini berat, tapi alhamdulillah dan syukur atas pengalaman ni...

IMG_6952
observation deck, kebetulan waktu kami pergi tu ada rombongan sekolah rendah, suka betul tengok kanak2 riang ke sana ke mari sambil cuba yang terbaik untuk lukis bangunan tinggi yang mereka nampak, bila siap je terus beria nak tunjuk pada cikgu mereka... kawaii ne...

IMG_6992
tiket dan gambar memori... totally agree dengan caption tu... berehat dan makan kami naik subway ke port authority untuk naik bas ke outlet...

IMG_0147-tile
antara pemandangan sepanjang di dalam bas menuju ke outlet, seronok juga sambil berehat sambil menikmati alam sekeliling, perjalanan lebih kurang 40-45 minit...

IMG_0163
inilah outlet yang sempat kami singgah Woodbury common premum outlet, nak pergi butik tak mampu, survey2 kat outlet ja jawabnya hehe...

IMG_0167
tak banyak pun gambar kat sini... sejukkk sampai kena beli glove huhu... yang patik suka adalah kasut, sebab banyak saiz patik. Ketahuilah sejak di mesia lagi susah nak cari saiz kasut huhu, bata sah2 tak ada saiz (saiz 8 ketat ok!), vincci pun tengok design, clarks pun tak banyak design yg ada saiz sebab patik suka pakai flat, kena pergi kelumpo atau kuantan kalau nak cari kasut huhu, bila kat sini bersepah saiz kasut idaman wow wiii... kat jepun pun tak ada, walaupun branded, mereka hanya import saiz kebiasaan wanita jepun sahaja, tensen betul...  tapi kesian cinta hati sebab banyak saiz besar hehe takpe dia punya saiz boleh dibeli di jepun dan juga mesia...

p/s: tamat jua akhirnya ceritera ni, untuk kenangan mendatang... sekurang-kurangnya bila baca balik boleh membawa patik kembali semula pada waktu itu, eceh ayat tak menahan, menyampah...


30 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

bestnyer u dah smpi NYC ekkk
beli tshirt x???
ooo kat outlets ituew yg u borong sakan ekk....

Hanis MY said...

@☆*♥L@dy @yU♥*☆
tak beli pun, my love ckp buat apa berlambak kat pasar wakaf che yeh haha sabar jela... eh mana ada sakan, biasa2 je ikut kemampuan hehe...

DaZzlingLilLy said...

cantiknya pemandangan NYC..untung hanis dapat peluang gi sana..

Asmara said...

kasut!! betul la akk pun susah betul nk cari size kt sini. mencik aii! kene beli online ikut size uk/europe. dasar kaki kembang. wahahha..
*syok betul dpt naik bangunan tingi, puas hati dpt tengok keseluruhan NY kan!

Kamalia said...

wee..shopping sungguh naa..
teringat kakak ai dulu, dia kata tetiap kali ade org datang NY, mesti dia ngan asben dia kena bwk org tu pegi Empire SB..haha, naik muak kot..
tp,bestla hanis ye,boleh pegi jalan2 mana2 berdua dgn asben.:)

Daddylicious said...

Cemburu tahap Godzilla!

Kakzakie said...

Masih kuat lagi nak jenjalan sekarang nie Hanis. Tak apa tunggu 3-4 bulan lagi jalan sikit dah letih tau...

Berapa pasang kasut Hanis beli?

Asrul "iLham" Sany said...

bestnye nak gi new york gak tgk broadway T_T

Cik Sara said...

Suka tengok orang pergi tempat orang.. err.. faham ke? Jauh berjalan luas pandangan.. =D

umie naziera said...

muahahah,jeles2.. :)

Nieda said...

Kalu makan angin suka juga beli kasut. Buat stok setahun

Tea said...

Tak pergi... Tengok sini pun rase mcm dah pergi... Heeee tq hanis

man yusoef said...

gmbr Christmas tree tu adakah mcm kat home alone tu? tak kot..haha

kat mesia pon dah ada premium outlet..kbai

Ijah EmoTemo said...

tgk gmbr2 kaka hanis bikin jeles jgk err wlupun cuma bergmbr sajork khen? hahah.. bestnya pi new york ;)

Cik Pulau said...

tengok gambar sini supo nga tengok cito spiderman..
alamak.. ko salah cerito eh..
hahah..

kak brehi g sokmo ko wakaf che yeh..??
baca komen atas skni. hihihi

Eyda Syahida said...

bilelah boleh jejak nih.. -.-

whitecappuccino said...

kaknor teringat waktu sampai kat NYC dulu, memang sakit leher asyik tengok atas..ye la bangunan tinggi2.. bila tengok gambar2 ni teringat balik waktu2 kami travel masa kat sana dulu..tapi waktu itu telah lama berlalu..

LadyBird said...

lady sellau xleh tgk hbs gmbr walaupun tunggu loading lama sgt2.. :(.. hanya separuh je drp gmbr2 tu yg leh nmpk.. yg selebihnye xleh..

Gen2Merah said...

New York, bangunannya suma tinggi2... pastu sesak dengan orang ramai.. pasti akak hanis sekeluarga dapat meni,ba pengalaman yang indah berjalan2 d sana.. thanx berkongsi pengalaman di sini..

Juwita Jamaludin said...

best hanis.. pengalaman tu.. syoknya gi outlet tentu murah2kan.. cantiknya bandar NY

Woofer Storm said...

cantiknya tengok dari atas sis..
bangunan kat sana memang tinggi2,tak mampu sy..

#sy kan gayat.hehee sis n bro jga dri baik2..salam dari malaysia..

amirah said...

best2..tp kalo dpt pegi statute pon best gak kan hanis..cuma masa xdek kan..pergi outlet, mesti byk borong kasut ni...

wa said...

lawanyaaa..bila ehh nak sampai ..Hanis , take care of ur baby tau

Prettywrite said...

Ya Allah Kak Nis tak gayat ke tengok bangunan tu semo?yna hok tengok ni pun rasa gayat..haha..

lawok kak nasib jupo ore hok baling2 duit gitu bulih tulis blog..hehehe..

Rinna said...

Wow bestnyaa dpt jalan2 ke NY..yer..

Kazman & Sue said...

cantiknya pemandangan dari observation deck tu... bestt3x... aduh... layan entri ni rasa macam nak pergi esok je kat NY tu...

e.l.i.s.s.m.i.e said...

bestnya. bila laa nak sampai obersea ni.

Papa Mifz said...

wah pemandangan dari atas tuh sangat cantek yer...

terserempak dgn donald trump tak..? :)

Chekgu Azrine said...

Lucky u sis!!

ekabukanmakcikkau. said...

mesti ada beli tshirt I <3 NY kannn? erghhh jelesnyaaa hahahha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails