
ohayou gozaimasu NY... alhamdulillah cuaca hari tu nampaknya sangat baik...

keluar dari hotel menuju ke subway, sebelum tu cari makan dulu sebab tak ambil breakfast di hotel, owh busy busy NY... tiba-tiba teringat cerita Ugly Betty suka sangat cerita tu...

keluar je dari tangga subway nampak bangunan-bangunan tinggi ni, semua pun tinggi, naik lenguh nak tengok...

maka saya dan cinta hati pun memulakan langkah berjalan menuju ke Rockefeller center...

heat tech uniqlo! hehe tengok posing yang ala2 ada hati nak jadi jurucakap uniqlo gitu kan... owh patik sangat terpikat dengan reben merah butik cartier tu...

Rockefeller center di fifth avenue... sekali silap daa haha... kalau nak pergi observation deck kena pergi Rockefeller plaza... tanya en kat dalam bangunan tu, dia cakap... "You know, the one with big christmas tree every year in front of the ice skating rink". Dalam hati patik berkata, pakcik ni cakap macam saya dah duduk sini setahun dua hehe... ataou patik ni yang kurang ilmu tentang rockefeller, tapi angguk2 jela sambil merakam arah yang diberi tu ketat2 dalam fikiran patik ni...

jom kita ke Rockefeller plaza...

di luar Rockefeller center dan Rockefeller plaza di kejauhan...

inilah ice skating rink di luar Rockefeller plaza yang pakcik tu cakap ada pokok krismas, tapi patik tengok tak ada pun mungkin belum dipasang lagi... bila tulis entri ni baru la tahu dengan lebih terperinci sikit tentang Rockefeller...

pokok yang dimaksudkan oleh pakcik tu, picture taken from here.


taken from here. Banyak yang boleh dilakukan di sini, Tour dan juga Explore, tapi kami pilih yang paling basic iaitu Top of the Rock observation deck. NBC studio pun menarik yang mana anda dibawa ke ofis dan bilik berita kemudian boleh menjadi weather forecaster di tv NBC studio dia buat ala2 live gitu siap dengan, cameraman, mekup bagai wahhh i likeee boleh berangan jadi pengacara tv sekejap hehe... tapi tinggal angan2 ajelah, dengan masa yang seciput mana mungkin sempat nak turut serta untuk tour tu. Dan sudah tentu ongkos tambahan diperlukan...wuwuwu...

the founder of Rockefeller...

sebelum masuk tengok kawasan sekitar. Gambar ketiga tu ramai orang sedang menyaksikan rancangan live di tv, tengok dari jauh ajelah huhu... gambar keempat nampak tak ada booth kecil? Kami beli tiket observation di situ, tapi ya ampunnn punyalah tak berapa mesra alam penjaga dia tu, siap baling2 kredit card patik setelah dia charge. Dah siap baling jeling pulak, sabar ajelah... memang fesyen orang kat sini macam tu agaknya, pengasar. Tak pernah patik alami kejadian sebegitu rupa di jepun ni. Kat subway pun sama, baki duit dibaling2 aje...ganasszz betul. Tapi ada je yang baik... dah nasib kami ada pengalaman dengan orang sebegitu... boleh jugak cerita kat blog haha...

dah masuk ke dalam bangunan dan jenguk2 apa yang ada... kemudian bila dah tiba waktu yang tertera pada tiket kami pun beratur di lif khas. Macam biasalah sekuriti tahap dewa, siap masuk metal detector semua, bag pun kena masuk mesin pengimbas jugak...

yeayy dah lepas sekuriti hehe... ambil gambar kenangan kat depan tu, dia bagi dalam bentuk kad, lepas tu beratur untuk naik lif ke observation deck...

worth a visit, my love pun nampak seronok, khusyuk betul dia tengok pemandangan... ureshikatta...

nun di sana... nampak tak statue of liberty hehe? dan juga pulau apa entah. Ada terbaca di bot tour liberty tu tapi disebabkan tak cukup masa nak pergi info tu semacam terus pudar dari ingatan... kurasakan pudar dalam hati ku .. eh termenyanyi la pulak...dush!

sebelah MetLife tu adalah Rolls Royce building...

NYC...

maaflah gambar senget hehe... suka sangat tengok park tu, rasa tergedik2 nak pergi huhu...

i love you my love.. eh sempat lagi bicara cinta di sini (sila jangan pengsan!) nasib baik juga cinta hati beria suruh patik ikut, walaupun saat naik shinkansen hati ini berat, tapi alhamdulillah dan syukur atas pengalaman ni...

observation deck, kebetulan waktu kami pergi tu ada rombongan sekolah rendah, suka betul tengok kanak2 riang ke sana ke mari sambil cuba yang terbaik untuk lukis bangunan tinggi yang mereka nampak, bila siap je terus beria nak tunjuk pada cikgu mereka... kawaii ne...

tiket dan gambar memori... totally agree dengan caption tu... berehat dan makan kami naik subway ke port authority untuk naik bas ke outlet...

antara pemandangan sepanjang di dalam bas menuju ke outlet, seronok juga sambil berehat sambil menikmati alam sekeliling, perjalanan lebih kurang 40-45 minit...

inilah outlet yang sempat kami singgah Woodbury common premum outlet, nak pergi butik tak mampu, survey2 kat outlet ja jawabnya hehe...

tak banyak pun gambar kat sini... sejukkk sampai kena beli glove huhu... yang patik suka adalah kasut, sebab banyak saiz patik. Ketahuilah sejak di mesia lagi susah nak cari saiz kasut huhu, bata sah2 tak ada saiz (saiz 8 ketat ok!), vincci pun tengok design, clarks pun tak banyak design yg ada saiz sebab patik suka pakai flat, kena pergi kelumpo atau kuantan kalau nak cari kasut huhu, bila kat sini bersepah saiz kasut idaman wow wiii... kat jepun pun tak ada, walaupun branded, mereka hanya import saiz kebiasaan wanita jepun sahaja, tensen betul... tapi kesian cinta hati sebab banyak saiz besar hehe takpe dia punya saiz boleh dibeli di jepun dan juga mesia...
p/s: tamat jua akhirnya ceritera ni, untuk kenangan mendatang... sekurang-kurangnya bila baca balik boleh membawa patik kembali semula pada waktu itu, eceh ayat tak menahan, menyampah...












