Sunday, February 5, 2012

Otokonoko, onnanoko...

Terlebih dahulu salam maulidur rasul buat semua. Selawat dan salam biar menjadi amalan harian setiap masa walau di mana jua. InsyaAllah...

 Otoko = lelaki/male 
Onna = perempuan/female
tapi bila ada noko jadilah budak lelaki/perempuan, boy/girl

Masa awal perkahwinan dulu terlihat satu carta ni, perihal nak dapat anak lelaki perempuan. Kajian yang dikatakan tepat 99% dan dah ramai yang refer malah sesetengahnya menjadi kenyataan. Mungkin ianya kebetulan kerana sebagai seorang Islam, semuanya adalah ketentuan dari-Nya. Percaya pada qada dan qadar. Anak lelaki ke perempuan ke semua rezeki terbaik dari Allah. Alih2 teringat balik carta tu bila baca entri Wida ni.

Tapi ada sekali tu kan, patik ada terbaca satu kajian saintifik. Ingat lagi bio belajar zaman sekolah dulu? Wanita ni, gen XX manakala lelaki gen XY. Bila persenyawaan berlaku wanita akan sentiasa beri X sebab X je yang dia ada... selebihnya bergantung pada sperma lelaki. Kalau yang datang tu X, girl la jawabnya... tapi kalau yang datang tu Y, boboiboy la baby tu. (heh apa ke juaha boboiboy plak ni). Macam ramai je budak2 suka sekarang ni, apa dah jadi dengan upin ipin? ok sudah2 le melalut.

Kajian tu juga bagitahu sperma X bergerak lebih lambat berganding sperma Y. Nak tulis lebih2 i malula... heh gedik... para pengkaji tu tulis lagi kalau nak baby boy sperma adalah lebih baik pada waktu ovulasi, manakala kalau gegeirl pula sperma adalah lebih baik pada 2-3 hari sebelum waktu ovulasi. Itu kajian ajelah kan. Patik baca pun secara tak sengaja masa tengah cari info mengenai perkembangan bayi dan kandungan setelah dapat tahu ada akachan.

Asalkan akachan baik2 aje dan membesar dengan sihat. Tak sabar nak cium2 akachan ni, muah muah hehe over acting betul. Tapi sebagai manusia mestilah kita mahukan anak lelaki dan perempuan kan. Baru meriah gitu. Apapun itu rezeki Allah, semoga kita semua sentiasa dikurniakan rezeki melimpah ruah dari-Nya dan yang penting sentiasa berdoa dan mohon pada-Nya.

p/s: origami

27 comments:

Cik TeN10 said...

tak sabar nak tunggu akachan baru ! nt aichan dgn gen chan ade la teman baru.. ;p

Unknown said...

salam maulidur rasul kak :)

guano loni? akachan brape bulan doh? baru on9 jah ni..hehe..

Umie Naziera said...

salam maulidur rasul...semoga akachan tu sentiasa sihat selalu,lahir dkt japang la yerrr :D

whitecappuccino said...

bila agaknya deliver ya? maybe dah mention dlm entri lepas/ kot kaknor missed. semoga sihat2 semua ya.

Siti Aisya mzm-fc said...

SALAM MAULIDUR RASUL HANIS & suami,
Bestnya,,nak rasa jugak 'perasaan x sabar menunggu' tu.. Saya dah dekat 5 tahun menunggu..sabar je la yg mampu.semoga semua selamat ye.. Amiin..titip doa dari jauh.

Cik Sara said...

InsyaALLAH.. Rezeki ALLAH nak bagi.. Lelaki atau perempuan pasti membawa kebahagian dan rezeki yang melimpah ruah..

Trains the baby's brain for now sebab brain neuron baby sedang aktif membentuk jalinan di otak. Dan otak baby sangat plasticity.. err..mudah berubah-ubah ikut apa yang didedahkan kepada dia sewaktu di dalam kandungan..=D..

Take care both mummy to be and akachan..

Woofer Storm said...

segan nak komen sis..heheee nak kwin,tapi bakal isteri dah lari...hahaa senyum pengubat duka..

salam maulidur rasul^^

Annisa said...

Salam Maulidur Rasul Kak Hanis

Nisa girl, maksudnya sha dibuat before waktu ovulasi. ^_^

miss you&takde care ya sis <3

Asmara said...

oh gitu ye. hihi.. baru tau. ok boleh cuba kajian ni utk yg seterusnya. ;)
*dah boleh pilih kaler baju akachan nih kan! ;D

Hanamiko Sakura said...

lelaki atau perempuan,, semuanya sama... =D


orang tua2/orang2 jawa ckap... kalau anak dara masak masin, nak dapat pasangan hidup... hehehe... ntah betul ntah tidak...


dulu, masa kakak mengandung,, selalu kalau masak mesti masin... kita orang kacau2 mesti dapat anak lelaki... rupa2nya... alhamdulillah... anak lelaki...itu lah gurau2 yang kita kaitkan... hehehe

btw, akachan... membesar dgn sihat + kuat ek... hehe

Fazleyatul Aini said...

salam maulidur rasul =)

wida said...

jadi semuanya bergantung pada suami lah yer..sebab sperma dia yg bawak kromosom x atau y..hehe.

baby hanis mesti comel cam baby jepun nanti. deliver kat mana..jepun ek?

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

if yang sulung tue elok boboy lepas tue gegurl...but janji baby yg lahir ni sihat sejahtera gituew...mood excited nak tgk ur baby babe...gak geget ketat2 boley x??? mesti kawaii mcm mama dia auwwww!

Kak Mahh said...

Tahniah dik...tak sabar pulak akak.

Anonymous said...

dear akachan,ogenkidesuka?

heheh..akachan jgn nakal-nakal ek..smg akachan sehat2 je dlm tummy mama hanis :)

Unknown said...

mesti tak sabar2 kan...nanti suh la hubby masuk labour room saksikan pengalaman indah itu..;)

Hafizin Jamil said...

hehehe...bawak balik terey la akichan tu..haha

Chekgu Azrine said...

akak teringin nak bb boy sebab dah ada 3 girls.. hehehe

Unknown said...

salam maulidul rasul.. :)

zuan dah trlupa bab sains ni.. thanks sbb ingatkan

kurus said...

wah seronok nyee ..
hurmmm semoga selamat semuanya dik

kasihredha said...

akak pernah mencuba unk dpt anak perempuan tapi Allah kasi semua anak lelaki..hihi...agaknya akak sesuai unk jaga anak lelaki je kot.
Nanti menantu semua pompuan :)

zie_ira said...

kak hanis ! lama nye ira tak menjenguk ke blog ni ,busy ,T_T,

kak hanis da preggy ke ?woahh ,tak saba nya nak tgok baby baru ,,akachan ! msti comel ,^_^

miss uu !^^

Woofer Storm said...

frst tima kot kantoi akak tak update.ehehhe semoga baik2 je hendaknya,bersama asben n baby comel tu,hehee

slmt malam dari malaysia kak..sembunyikan kesedihan pamerkan keceriaan..

Kamalia said...

Insya Allah,tak lama lagi dapatla bau akachan..sedap bau akachan ni,memang kena cium selalu sebab bila dah amsuk 6 bulan macam tu,bau dia dah jadi lain..
pssstt..dah taukan gender baby?
bagitau ai ye,sng nak pi beli tuk akacahn..hanis bersalin awal jun ke hujung jun?

amirah said...

hanis, dah tau ke baby girl ke boboi?

نورعيم said...

akachan dah berapa bulan kak? bila jangka? cewaahh, tanya byk! hihi.

CikUna said...

hehe... akachan yang comei.. duk elok2 dalam tummy mummy san yew.. jangak dok main bola sepak je taw..
\\( ^_^ )//

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails