Wednesday, April 25, 2012

Inside Shiroishi Jyou...

Hari ni Sendai dah panas sikit, namun masih pakai inner nipis dan cardigan, tapi malam agak sejuk jugak. Minggu lepas memang feeling mcm winter lagi tak ada feeling spring langsung. Negeri lain dah boleh pakai baju nipis dah hehe. Tengok kat tv semalam, di tokyo pulak panas macam dah nak masuk summer. Ramai mengadu atsuiiii sambil lap peluh.

Sambung ceritera Hanami bersama labmates. Masuk istana takahashi Shiroishi ni, terasa macam buat kajian tempatan tingakatan 3 zaman muda mudi dulu. Sekarang wujud lagi ke? Kalau dulu saya dan kuncu2 buat tentang Masjid Kg Laut yang unik kerana tak menggunakan sebarang paku. Begitu juga kebanyakan istana di jepun ni tak guna paku, cuma selit2 kayu je sebab strukturnya yang simple.

IMG_0895
suka tengok sakura setoet ni, tak cukup kat dahan tinggi kat sini pun dia nak berbunga jugak hehe...

IMG_0898-tile
my sensei yang segak... (eh sempat lagi tu). Tiket masuk istana 300 yen tapi sensei belanja separuh untuk pelajar2 beliau maka kami bayar 150 yen je, wehuuu arigatou sensei. Tangga pun klasik, batu2 besar, tinggi pulak tu. Lepas tu menapak masuk ke dalam ada tangga lagi yang agak curang eh silap, curam (maaf gambar kedua tu tidak menggambarkan kecuraman tangga yang dinaiki, itu je satu-satunya tangga yang tak curam wuwuwu). Tang naik masih ok tapi bila turun eh NGERI la pulak. Lantas saya berkata KOWAI. Sensei ajar turun tangga secara membelakangi dan pegang anak tangga, tapi cara tu lagi seram, alhamdulillah dapat turun dengan selamat. Sensei pun cakap "this is good to build your stamina for giving birth later on" lebih kurang macam tulah ayat beliau. 
gambar ketiga menunjukkan garisan yang menunjukkan kerosakan akibat jishin M9 11311 yang lalu. Struktur istana masih kukuh cuma retak pada lapisan luar sahaja... gambar keempat merupakan tingkat paling atas, ada balcony dan boleh lihat pemandangan sekitar istana...

 my sensei, currently Dean of the Faculty and the Graduate School of Science... LINK FACULTY.

IMG_0907
the view...

IMG_0904
antara lab mates lain yang tak ikut sama, depa lebih syok main bola kat bawah tu... maklumlah kawan patik ni kumbang2 semuanya... baru masuk junior undergraduate bunga 2 kuntum, yeayy ada kawan.

IMG_0906
tiang tak tahu hehe...

IMG_0913
retakan pada bahagian luar akibat jishin M9 11311... akan dibaikpulih tidak lama lagi...

IMG_0911
pintu istana...

IMG_0917
dalam banyak2 batang pokok yang dijadikan tiang asas istana, yang ni paling tua, kalau tak silap berusia 500 tahun... penjaga tu cakap laju tak terkejar dek patik untuk fahaminya... dah la dia ckp muka saya macam jepun auww janganlah pakcik, tak pasal2 cloud 9 gitu terhantuk kepala kat tiang tu nanti (sila jangan pengsan baca ayat ni). Patut la dia tak bagi pamphlet in english... dia bagi pada stuent lagi sorang dari china...

IMG_0916
Pintu kecil yang digunakan untuk menembak musuh. Zaman dedulu, hanya 5 pucuk senapang dibawa masuk ke jepun sekitar 1600, kemudian pada pertengahan 1600 senapang dapat diperolehi secara berleluasa kerana ramai orang tempatan "imitate" dan cuba buat sama seperti senapang asal. Malah zaman tu siap ada kilang membuat senapang, tapi lupa pulak kat mana, tsskk.

p/s: Eh jadi cikgu sejarah pulak hari ni, tapi banyak info ni diceritakan oleh my sensei... sugoi naa.. ada lagi story mory beliau tapi cerita lain entri lah ye...

29 comments:

Anum said...

cantiknya pemandangan

Anonymous said...

Thank you for sharing
I really like

Ijah EmoTemo said...

wah dlm tu mcm tu pulak ek.. i see..

Kakzakie Purvit said...

Gambar yg Hnais shoot dari atas nampak bunga-bunga sakura cantiknyeeerrr....:)

Betul juga kata sensei Hanis mudah bersalin dok turun-naik tangga mudah-mudahan...

Unknown said...

wahhhh.jelesnyee...rase nak terbang ke sane pulak ...

Hanamiko Sakura said...

akak masuk istana berangan jadi princess tak? hehehe..

p/s :: muka akak memang macam orang jepun pun.. hehe

apdm said...

salam


banyak belajar tentang jepun kat sini.

Asmara said...

sensei jd dean, makin bz la u.. gambate nee..

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

mcm nak tumpang sekali main bola ngan theyols tue...owh ai x pernah masuk istana kat sini kecuali kt disneyland hahahaha

ct kektus said...

tengok pokok2 sakura tu semua kan, macam pokok bunga yg kena clorox pulak. hehe tapi, tetap cantek kak. ;)

Kazman / Sue said...

cantiknya gambar istana dan bunga tu yee...

kat sini pun panas.... sebab ada demontrasi...

ch000tz said...

shanteeeeeeeeeeeeeek sgt²

HanisLazimAndTheShaklee said...

teruskan update entry pasal jepun yea
sangat2 beminat ngn negara jepun ni..hihi

Diana @ BKKC said...

lama tak singgah sini...

ape-ape pics dr japan sgt ohsemm hanis. bila lah d boleh jejak kaki kat sana ..hmm

Umie Naziera said...

cantik pemandangan,Jepun mmg cantik dn masih kekalkan tradisional,suka tengok

Cik Pulau said...

sy tengok benda2 ni dalam drama2 jepun jah.. tapi kak.. bleh tengok real.. sedaknyo ..


kak.. wat balik sakura setoet tu so.. nak tgk.. hahha

Ain said...

memang muka kak hanis ade ala2 japan gitu...haha...memang penjaga istana 2 ingt kak hanis jepon yg masok islam...haha...tr capai la cita2 kak hanis nk jadi princess dh msok istana dah...hahaha

Chekgu Azrine said...

cantik sangat tempat tuh.. best dapat merasa negara yg ada 4 seasons.. kan??

ijayuji said...

Salam hanis! kita teringin sgt nak pergi istana2 jepun, haaaaaaa... jgn tak tahu nama jer jepun celup tp istana2 kat sana belum pernah pergi, teringn nak pergi kyoto sbb kat situ mcm tempat bersejarah gitu kan, suke ler tgk istana2 jepun ni pastu dgn taman2 dia org mmg cantek lerrr :D

inna_risna said...

sakura yg ohsem. cantiklah!
pricess hana in the house..haha! :)

Nuwairani said...

sangat kagum dengan arkitek2 di sana. walaupun jishin kuat, tapi bangunan2 masih lagi kukuh.

Siti_btp said...

Salam perkenalan..

Seronoknya pemandangan seolah-olah akak pula berada di Jepun...

Teruskan ye beri gambar2 menarik buat tatapan kami di sini..

Betulkah Jepun negaranya bersih termasuk toilet2nya..

Annisa said...

kak hanis yang suka jadi princess masuk istana :D takleh imagine kayu tu bertahan sampai 500 tahun~ masih cantik istana ni, diorang pelihara dgn baik :)

rabu rabuuu <3

Cerita Syafiq said...

pergh best gile duduk tokyo...gua x pernah melancong

Shana' said...

Salam perkenalan Hanis. Akak selalu follow cerita2 Hanis di Jepun. Sebenarnya akak terkenang arwah sepupu yang juga belajar di Jepun tahun 2004-2009. Arwah meninggal kemalangan di Kuantan tahun 2010 ketika hamil anak sulung. Segalanya tentang Jepun reminds me of her....

Nadiah Sidek said...

nanti dapat anak pun muka macam jepun :D

Amie said...

Selamat pagi cikgu Hanis.... he he heh belajar sejarah Jepun pagi ini ye, tambah informasi tentang cerita senapang tu...
Kuntum sakura tu cantik sebenarnya ye hanis, warnanya lembut je.... alahai tetiba aku jadi romantik pulak!

Unknown said...

sungguh pemurah sensei tu...:)

ch000tz said...

bilalah nak sampai sana ekkk...:(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails