Showing posts with label Shiroishi. Show all posts
Showing posts with label Shiroishi. Show all posts

Tuesday, November 27, 2012

Autumn with Ken Hamza...

Sipp... ahh... nyaman rasa horlicks panas yang baru diteguk. Buku dan fail berselerak di sebelah, mengantuk pula rasanya... Hamza dah lama lena dalam bilik, berblog sekejap nak ambil mood study... (ye ye je kamu ni). Sejak dua menjak di patik dahulukan mana yang perlu, blog dan bw tak rancak seperti waku dulu huhu, bila dah surut kesibukan ni semua tak sabar nak menulis dan berceritera di sini. Bagi yang pernah singgah, janganlah jemu singgah ke sini lagi ye sob sob...

Pagi tadi dah hantar tajuk untuk menghadapi first defense. Tak lama dah... kadang rasa mampu ke tak untuk membentang dan menjawab soalan2 yang bakal diajukan oleh profesor2 tu semua. Walaupun dah beberapa tahun, tapi ilmu ni rasa macam tak cukup2 lagi huhu. Kalau lulus yang ni baru boleh ke final defense. Takutnyaaaa! Semoga dipermudahkan segalanya buat saya dan cinta hati. InsyaAllah...

Dalam kesibukan sempat jugaklah kami mengambil peluang untuk melihat koyou (daun bertukar warna di musim luruh). Bukannya apa, patik teringin sangat ada kenangan dengan anakanda Ken Hamza. Itupun pergi yang dekat2 je jika ada kelapangan pada hari ahad kerana hari sabtu diisi dengan kerja di lab. Nasib baik baby sitter boleh jaga Hamza pada hari sabtu. Buat rumusan ajelah pasal koyou ni, ada masa patik story mory cerita basi ye!

 naruko gorge... kebetulan waktu tu hujan jadi nak ambil gambar pun terhad apapun kami terpegun dengan keindahannya.. syukur Alhamdulillah di atas peluang ini...

 kokia yang comel, saya hanya tahu nama kokia je, nama melayu ke nama mat soleh ke tidaklah patik ketahui... ampunn...

 kireii ne?

yang ini pula sampai secara tak sengaja di Shiroishi... ingatkan dah tak ada koyou rupanya masih ada saki baki, alhamdulillah kerana berpeluang walaupun tidak dapat melihat keindahannya pada waktu kemuncak, tapi warna daun di kawasan ni senada dan seirama... sama aje semuanya... tak kalerful macam bukit lain, tengok jenis pokok jugak agaknya, maaflah patik kurang arif huhu...

di kawasan tu ada suspension bridge... tapi pendek je... namun walau hanya kami bertiga melintasinya tetap rasa goyang dan berayun... 

singgah isi perut makan nari air dengan isi kani (ketam)... not bad, sedaplah jugak...

Yosh, sambung kerja sikit lepas tu nak tidur... ganbatte to me!

Thursday, April 26, 2012

Samurai residence near Shiroishi jyou...

Ini merupakan entri terakhir bagi hanami bersama labmates di Shiroishi jyou. Mesti ada yang dah jemu. Ampun maaf dipinta. Nak tulis dalam satu entri rasa macam banyak pulak gambar dan penulis pula kesuntukan masa maka perlulah buat sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit.

Ini merupakan idea my sensei. Khusyuk betul dia bercerita perihal Shiroishi jyo maka dia ajak tengok rumah jepun zaman dulu. Kebetulan ada satu yang berdekatan istana iaitu rumah samurai. Tak tahu kenapa dipanggil rumah "samurai". Adakah rumah2 sebegitu hanya didiami oleh samurai aje masa zaman dahulu kala? Malu la nak tanya sensei hehe...

IMG_0925
memang tak puas la tengok sakura ni... gambar terakhir sebelum meninggalkan perkarangan istana (eh rasa macam tuan puteri pulak bila sebut perkarangan istana, eceh, padahal nak jadi dayang pun tak layak hik2...).

IMG_0926
Sayonara...

IMG_0929
melepas pintu gerbang jyou dan dapat melihat pandangan belakang jyou...

IMG_0932
jom ke samurai residence...

IMG_0933-tile
boleh tahan juga jauhnya, turun tangga dan lalu tepi sungai kemudian lalu melepasi rumah-rumah macam perkampungan. Sempat snap suisen (daffodils) kat laman rumah orang hehe... dalam hati, bila la nak sampai ni... preggy mama dah semput... fuh fuh...kawal pernafasan...

IMG_0942
tak faham pun apa yang tertulis tapi suka dengan sungai di tepi rumah samurai ni... teringat bawang merah bawang putih (ya ampunnn tak ada cerita lain ke???)

IMG_0944
tiket masuk 200 yen. Patik suka betul kalau ada jambatan kayu macam tu hehe... jambatan gantung pun suka jugak. Tapi kalau tinggi sangat takut la pulak...

IMG_0946
ada pintu kecil masuk ke laman. Tapi laman rumah ni tak ada kolam ala-ala japanese garden, maklumlah rumah kg dan rumah lama beratus2 tahun usianya. 

IMG_0949
mungkin ramai dah familiar, tempat buat ocha dan minum ocha... mungkin juga tempat memasak...

IMG_0950
vintage rain coat...

IMG_0953
belakang rumah... atap yang sangat klasik...

IMG_0955
bonsai... kemudian bateri kamera pun habis wuwuwu... tak dapatlah nak ambil gambar dan penulis pun tak sempat nak posing...

p/s: bila nak story mory kunjungan kakak saya sekeluarga ke jepun ni... walaupun dah agak basi. Ada masa saya nak abadikan memori tu di sini, insyaAllah...

Wednesday, April 25, 2012

Inside Shiroishi Jyou...

Hari ni Sendai dah panas sikit, namun masih pakai inner nipis dan cardigan, tapi malam agak sejuk jugak. Minggu lepas memang feeling mcm winter lagi tak ada feeling spring langsung. Negeri lain dah boleh pakai baju nipis dah hehe. Tengok kat tv semalam, di tokyo pulak panas macam dah nak masuk summer. Ramai mengadu atsuiiii sambil lap peluh.

Sambung ceritera Hanami bersama labmates. Masuk istana takahashi Shiroishi ni, terasa macam buat kajian tempatan tingakatan 3 zaman muda mudi dulu. Sekarang wujud lagi ke? Kalau dulu saya dan kuncu2 buat tentang Masjid Kg Laut yang unik kerana tak menggunakan sebarang paku. Begitu juga kebanyakan istana di jepun ni tak guna paku, cuma selit2 kayu je sebab strukturnya yang simple.

IMG_0895
suka tengok sakura setoet ni, tak cukup kat dahan tinggi kat sini pun dia nak berbunga jugak hehe...

IMG_0898-tile
my sensei yang segak... (eh sempat lagi tu). Tiket masuk istana 300 yen tapi sensei belanja separuh untuk pelajar2 beliau maka kami bayar 150 yen je, wehuuu arigatou sensei. Tangga pun klasik, batu2 besar, tinggi pulak tu. Lepas tu menapak masuk ke dalam ada tangga lagi yang agak curang eh silap, curam (maaf gambar kedua tu tidak menggambarkan kecuraman tangga yang dinaiki, itu je satu-satunya tangga yang tak curam wuwuwu). Tang naik masih ok tapi bila turun eh NGERI la pulak. Lantas saya berkata KOWAI. Sensei ajar turun tangga secara membelakangi dan pegang anak tangga, tapi cara tu lagi seram, alhamdulillah dapat turun dengan selamat. Sensei pun cakap "this is good to build your stamina for giving birth later on" lebih kurang macam tulah ayat beliau. 
gambar ketiga menunjukkan garisan yang menunjukkan kerosakan akibat jishin M9 11311 yang lalu. Struktur istana masih kukuh cuma retak pada lapisan luar sahaja... gambar keempat merupakan tingkat paling atas, ada balcony dan boleh lihat pemandangan sekitar istana...

 my sensei, currently Dean of the Faculty and the Graduate School of Science... LINK FACULTY.

IMG_0907
the view...

IMG_0904
antara lab mates lain yang tak ikut sama, depa lebih syok main bola kat bawah tu... maklumlah kawan patik ni kumbang2 semuanya... baru masuk junior undergraduate bunga 2 kuntum, yeayy ada kawan.

IMG_0906
tiang tak tahu hehe...

IMG_0913
retakan pada bahagian luar akibat jishin M9 11311... akan dibaikpulih tidak lama lagi...

IMG_0911
pintu istana...

IMG_0917
dalam banyak2 batang pokok yang dijadikan tiang asas istana, yang ni paling tua, kalau tak silap berusia 500 tahun... penjaga tu cakap laju tak terkejar dek patik untuk fahaminya... dah la dia ckp muka saya macam jepun auww janganlah pakcik, tak pasal2 cloud 9 gitu terhantuk kepala kat tiang tu nanti (sila jangan pengsan baca ayat ni). Patut la dia tak bagi pamphlet in english... dia bagi pada stuent lagi sorang dari china...

IMG_0916
Pintu kecil yang digunakan untuk menembak musuh. Zaman dedulu, hanya 5 pucuk senapang dibawa masuk ke jepun sekitar 1600, kemudian pada pertengahan 1600 senapang dapat diperolehi secara berleluasa kerana ramai orang tempatan "imitate" dan cuba buat sama seperti senapang asal. Malah zaman tu siap ada kilang membuat senapang, tapi lupa pulak kat mana, tsskk.

p/s: Eh jadi cikgu sejarah pulak hari ni, tapi banyak info ni diceritakan oleh my sensei... sugoi naa.. ada lagi story mory beliau tapi cerita lain entri lah ye...

Tuesday, April 24, 2012

Hanami at Shiroishi Jyou...

Entri yang lalu merupakan "scheduled entry" dan masa tu baru nak pergi jadi tak bolehla nak letak gambar sebab belum sampai hik2... (ada yn bertanya kenapa bercerita tanpa meletakkan gambar, mesti kes tak baca entri betul2 ni, hehe.) Nak update di hujung minggu penat mendaki ke Shiroishi belum hilang dan juga rileks kan diri serta buat kerja sekolah sikit dan jumpa kawan2. Itu yang tak tersentuh blog hehe.

IMG_0846
jam 11.15 am bergerak dari kampus, my love hantar sampai sendai eki. Nak join labmates naik bas dari lab ke sendai eki, patik sedar diri ini... huk2, bas 11.28 am, sampai sendai eki mesti kejar train jam 12. Lebih baik sampai sana awal sikit sebab saya dah tak boleh nak lari kejar train seperti waktu2 dulu. Beli tiket 740 yen dan berjalan menuju ke trek local train no.5. Beratur sekejap, train dah sampai. Terus naik dan ambil tempat duduk. Cuaca agak sejuk, walaupun spring tapi suhu 12 degrees, ya ampunnn... sebelum beli tiket singgah beli houji latte (my nihonjin friend told me, houjicha is caffeine free or maybe has the least caffeine). Lega lepas minum hot drink. 

Lepas tu nampak kawan2 lab berlari-lari untuk naik ke dalam train sebelum train bergerak tepat jam 12. Mereka pergi ke gerabak lain memandangkan di kawasan yang saya duduki dah penuh.

IMG_0848
12.48 pm sampai di Shiroishi eki. That was my first time in this small town. Yet it looks peaceful.

IMG_0849-tile
as i expected memang kena tinggal hehe... its ok, step by step, no need to rush and try to enjoy the surrounding. 

IMG_0851
we walked for a few hundred meters. Lepas tu kena daki bukit pulak. Biasanya istana ni mesti kedudukannya tinggi sikit kan, sebab macam kubu pertahanan gitu. (Tiba-tiba teringat LOTR, heh).

IMG_0852
belum sampai lagi... mo chotto... ganbare! walaupun masa ni rasa dah tak cukup nafas...

IMG_0858
alhamdulillah pendakian yang berbaloi... ada beberapa pohon sakura dah mankai.

IMG_0870
Shiroishi jyou...

IMG_0867
sakura yang mankai...

IMG_0871
tak tahulah tiang apa ni... ampunn...

IMG_0860
our hanami spot...

IMG_0877-tile
ada beberapa gerai, while waiting for others to arrive, saya beli とうもろこし = toumorokoshi, jagung bakar yum yum! dah lama sangat nak makan jagung bakar... weee...
IMG_0857
dating... :)

IMG_0881
yang lain dah mula main bola, sambil tunggu makanan sampai, lepas tu bermulalah hanami ada onigiri, salad, dango, etc maaflah tak sempat snap gambar... masa tu dah super duper lapar...

IMG_0884
tsubomi, kaika dan mankai... kalau tak tahu boleh CARI DI SINI.

IMG_0891
ママ と あかちゃん (mama to akachan), hanami 2012...

p/s: dah kenyang masuk explore Shiroishi jyou pula bersama sensei dan rakan2 lain. (miss typo will always be miss typo, maaf kalau ada yang tersalah eja.)
 

Friday, April 20, 2012

Hanami ni tsuite...

hanami = istilah piknik sambil menikmakti pemandangan sakura (eh betul ke? bantai je ni)

ni tsuite = berkenaan 

hanami ni tsuite = berkenaan hanami

Di kala anda membaca entri ini mungkin saya dalam densya (train) mungkin dah sampai ke destinasi hanami. Sepanjang patik belajar di lab OPC ni, setiap tahun mereka ada merancang untuk ber-hanami, kiranya macam salah satu acara tahunan, tapi sayangnya sepanjang tempoh tersebut juga, ianya tak pernah menjadi. Hari yang dinanti-nanti pasti hujan dan tidak pula ditunda pada hari lain sebab ramai yang sibuk.

Tahun ni alhamdulillah ada rezeki untuk merasa hanami bersama labmates dan juga sensei. Ramalam cuaca menyatakan hari ni cerah diikuti mendung (tapi masa tulis entri ni kat luar mendung dan sejukkkk). Bunga sakura tak pasti dah mankai (kembang mekar/sepenuhnya) ke belum. Cuma ia dah mula berbunga di Shiroishi. Tempat ni agak jauh, menghala ke selatan Miyagi. Di Sendai baru nampak ume (plum) yang berbunga, sakura baru keluar pinky "tsubomi" namun belum berbunga.

Saya baru tahu akan beberapa istilah untuk hanami ni... perihal tahap perkembangan sakura...
 tsubomi = bud
kaika = bloom
mankai = full bloom
destinasi hari ni adalah Shiroishi jyou. (Jyou=castle/istana). Dah lama saya ajak cinta hati ke sini, saja nak tengok istana di Miyagi. Princess istana sini tak pakai baju kembang la kan hehe... akhirnya tercapai juga hasrat di hati...tapi cinta hati tiada di sisi huhu...

Densya dari Sendai lebih kurang 50 minit dan dari Shiroishi eki (station) jalan dalam 10 minit untuk ke jyou tersebut. Harapnya gagah la berjalan bersama labmates. Rasanya confirm kena tinggal ni... faham2lah preggy mama 8 bulan jalan macam mana, tskk...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails