Tuesday, June 5, 2012

Undangan...

Cuti sekolah macam ni mesti banyak undangan perkahwinan kan? Tapi undangan yang kami terima lain sikit hehe. Hari khamis lepas kami mendapat undangan dari model dan chef sendai Pitt+Iryd=Ai-chan+adik Ai-chan. Wahh kalau mereka masak ni mesti best. Hati berbunga-bunga bila mendapat undangan tersebut.

IMG_1190
selesai solat maghrib kami memulakan langkah ke sana. Dekat aje naik kereta tak sampai 5 minit. Nak jalan pun boleh tapi tak sanggup sebab masih sejuk, kesian my parents nanti... Uwaa pengsan tengok menu tu... yang paling special adalah ikan pari bakar... ikan suzuki masak 3 rasa (menu yang kat tengah tu), sebelah telur dadar tu ayam masak perap nyum nyum...

IMG_1192
abah patik adalah peminat ikan pari. Seronok betul dia bila dapat makan ikan pari. Setakat kami duk beli lauk kat coop ni tak pernah pulak jumpa ikan pari. Nampaknya kena ke pasar kat bandar macam Pitt pergi tu... hujung minggu nanti misi mencari ikan pari... insyaAllah...

IMG_1194
su pun ada sama... comel tak ai-chan kat tengah2 tu. Dah macam rupa watak budak comel dlm monster inc tu kan? Senyum, nyanyi, menari tapi bila nak ambil dia lari cari mama dan daddy nya hehe...

IMG_1200
The latest of me. Memang kena bersiap sedia untuk mendapat komen2 dari pengunjung sekalian alam (padahal berapa kerat aje yang baca blog yang tak seberapa ni hikhik). Ambil yang positif dan buang jauh2 yang negatif ye tak... as long as akachan is healthy...

Terima kasih tak terhingga buat Pitt dan Iryd kerana sudi menjemput kami sekeluarga. Hanya Allah yang mampu membalas jasa kalian.

till then, i want to continue my work... plus malam ni kena tidur awal esok ada check up week 39...


30 comments:

نورعيم said...

mummy to-be!!! demokkkknya. hikhik.

siyesly, comei sgt budok kecik tu!

Hanis MY said...

@Noraim
:) alhamdulillah

Unknown said...

Yayaya ! Baby! Mommy take care :)!

Nadiah Sidek said...

ikan suzuki tu apa rasanya? bentuknya macam ikan keli ye?

Asmara said...

sedapnya menu! haritu jumpa pari jugak tp tak pandai mask, sekali beli mcm bau hanyir gitukan. dah siap masak baru tau kene basuh dgn limau. hihi..
*bila nk bwk jln sini? sempat lg tu.. hikhik..

~Beb~ said...

eh bestnye dapat mkn reramai..

btw dah 39weeks.. dh bole dikira 'bila2 masa' da tuh.. yeayyyy!

Fizah Ibrahim said...

Kak hanissss, waaa lama gila kot x datang sini, terkejut saya akak da mengandung ea, da besar perot hee.. da bape bulan ?.. Tmbh berseri2 bakal ibu..*tumpang happy ! =)

sillyme said...

comel nye u! :)
Agak2 sempat tak bday baby u same cm i. hee!

Anonymous said...

lama dah x komen kat sini.semoga semua berjalan lancar dan anak yg dilahirkan sihat...boy or girl?


Uncle Jude Law.
Best wishes from Malaysia..

ridoma said...

sodapnye tengok lauk dekat atas tu..lapar jadinya

Fizah Ibrahim said...

Sihat alhamdulillah hehe...Duk busy nga projek je laa loni, hee tolong doakan la kak hanis deh =)

Miss Butterfly said...

semoga checkup akak baikbaik saja :')


sory lama tak BW . jiwa kacau . huhuhu

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

oishii sou *lap ayaq lioq ni*
rajin betui pitt ryori ekkk
x sabaq nk rasa ayaq tangan dia nnt ngeeee

yatie chomeyl said...

sedakkknyo ik epari, tibo2 terliur jugop. dop bam bam sgt la hanis, kat muko jah naik sikti napok, tange supo sekalo jah tu kurus. mggu 39 doh deh; x lamo doh..mesti dag dig dug debar :)

Anonymous said...

wahh tomei nye perut awk dik , x lama dh tu kan .. leps ni uols dh ber 3... sonok ..

wida said...

family hanis dtg sbb nak jg ms pntg nnti ker?bestnya..

Munn Jaafar said...

nis, kalaulah nis dekat mmg sy pun teringin nak hantar kad undangan kat nis dgn lady ayu tau :)

Fazleyatul Aini said...

scary tgk ikan yg melingkar tu. semacam je. huhu

Unknown said...

xsabaqnya nak tgk baby (^___^)

amirah said...

tu mak ayah hanis ek...sihat lagi dorang kan...syukur.dapat tengok cucu sorang lagi nanti...sweet preggie mommy.. : )

Unknown said...

parents pn hanis dtg nk jge ank dia bersalin...hehehe...
comelnye perut... :p

Kamalia said...

sanagt comel ai-chan..tergelak saya baca bila hanis samakan dengan budak dlm movie tu..haha
rajin sungguh ek iryd masak..
insya Allah,ada masa kami ziarah hanis bila dah bersalin nnt ye.

Asrul "iLham" Sany said...

wahhh tahniah kepada bakal ibu :D

sudipVSsenduk said...

selagi boleh makan, makan... nanti dah berpantang, hanya mampu tenung je la huhuhu.. Take care

Mak Wardah said...

Salam Kenal. Mom to be...akak dah sampai ke merata dunia dengan hanya baca blog hana. Thank you for sharing

Farah Shamsudin said...

waa.. mommy to be sangat cumil tau!

mommyNadia said...

takpe..comel je Hanis..
time ni paling best nak makan..tanpa bersalah ;)

Unknown said...

wah masakan2 tuh semuo kelihatan sungguh menggoda la...

Umie Naziera said...

makin dekat...makin dekat

Nur-nba said...

Wah menu sedap.. Kami yang tengok ni terus rasa lapar..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails