Friday, July 20, 2012

Kunjungan dan salam ramadhan...

Alhamdulillah ramai yang datang melawat Ken Hamza baru-baru ni, tak sempat nak cerita di sini. Saya cerita secara berperingkatlah ye (bajet macam ramai nak baca haha, takpe untuk memori kami sekeluarga juga).

Beberapa hari balik rumah adik2 junior datang group girls dan boys campur semua tahun 2-4. Terima kasih kerana sudi bertandang ke teratak buruk kami tu. Rumah kecik muat2 aje hehe. Jamu minum petang makan pengat. Sudah tentu bukan patik yang masak. Terliur toksah cakap la nasib sempat makan sebelum bersalin.

 
Masa ni Hamza tidur, bergilir2 (dari kiri) Mastura, Hanun dan Kira pegang Hamza. Mereka tak confident (faham sangat perasaan tu sebab saya pun tak berani pegang baby baru lahir) tapi dengan sifat keibuan (eceh, dush!) saya yakinkan mereka untuk pegang, lagipun badan Hamza yang agak montel tu mungkin senang nak pegang (ye ye aje kamu ni-penulis berkata pada dirinya sendiri).

Hadiah dari kakak-kakak cuns untuk Hamza... eh eh anpanman la (mama hamza pulak excited)

 Hadiah dari hero2 encem buat Hamza...

Kunjungan seterusnya sangat meriah dan havoc. Tak disangka kehadiran Ken Hamza telah memberi peluang untuk dua bloggers bersua muka bertentang mata (ahai ayat kemain lagi). Ada rezeki juga jumpa Kamalia dari Iwate. Seronok Hamza boleh jumpa Mama As dan Aunty Kamalia. Ada entry khas juga dari Kamalia bertajuk Ken Hamza. Beliau sekeluarga baru balik dari Hokkaido uwaa syoknyaa... kalau nak tahu trip mereka klik la pada link Ken Hamza tu.

 Buah hati Kamalia (Mr. K) pun sempat enterprem dengan baby Afiya. Pasangan ni sangat lawak ok, sakit perut gelak. Romantika in their own way. Yang masih diingati bila Mr. K tanya nama Hamza, dia dengar Hamdan instead of Hamza, lawak je. Banyak betul dengar pengalaman dari senior2 ni i loikee... tapi tak banyak boleh borak, baru je syok bergosip-gosipan, Hamza nak susu pulak... takpelah tunggu Hamza besar sikit boleh gather2 lagi... insyaAllah.

Murah rezeki Ken Hamza dapat hadiah lagi dari auntry Kamalia dan Mama As... eh bertambah koleksi anpanman, walaupun Hamza tak sempat kenal anpanman di sini, ada koleksi anpanman serba sedikit pun jadilah...

Terima kasih tak terhingga buat semua dan juga hadiah yang diberikan, syukur alhamdulillah. Nanti nak cerita kunjungan diva ladychenta gucci dan juga mommy to be Ami jika berkesempatan.

Ramadhan datang lagi. Bersyukur juga kerana masih diberi peluang. Gunakan peluang sebanyak mungkin untuk memanfaatkan bulan yang penuh keberkatan ni, kalau boleh bukan di bulan ni saja malah bulan2 lain pun kita cuba untuk memperbanyakkan ibadah.  InsyaAllah.

Kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa di bulan ramadhan bulan yang mulia ini buat semua ahli keluarga, sanak saudara dan kawan termasuk kawan bloggers. Maafkan kiranya ada salah silap. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar dan diterima semua amal ibadah yang dilakukan serta mendapat keberkatan dari Allah.



21 comments:

~Beb~ said...

wahhhh syiokkk byk dpt adiahhh..

salam ramadhan ya buat uols sekeluarga :)

MAY said...

selamat berpuasa jgk utk kamu yg jauh di sane..

Unknown said...

bilo balik malaysia kak?

selamat berpuasa.. :D

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Meriahhhhhhh ai loike
Murah rezeki prince ken
Ai dulu hdh Adam ader yg x smpt buka sbb byk sgt
Byk Kasi set bedak gituew sthn Pakai x habis siap ai tumpang sekaki pakai ngeeee
Kawaii nyer hdh yg prince dpt mcm tuan dia gak wootz wootz....

Ya hampun babe tetiba boh Gucci tu terrrrbersin teruih baca hahahaha *gelak kuat ni* baru nk verangan jer tu mana taw dream come true like u gak ngeeee ... Salam ramadhan to u too k TC

P/s tetiba n3 prince dpt top 10 dlm belog ai tu... Fofuler oke ur prince tu ngeeee

whitecappuccino said...

banyaknya hamza dpt hadiah!
selamat menyambut ramadhan hanis n family!

Jude Law said...

Masih ingat lagi ramadhan taun lepas..rasa baru je berallu mcm semalam.. kita sibuk berchat dan bertukar resepi..masihkan anda ingat?Dulu berdua sekarang bertiga..Tahniah dan alhamdulillah Cik Ha.

From Bosnia With Love.

Ijah EmoTemo said...

wah! bestnya Hamza ramai yg melawat dan kasi hadiah tu :D

salam ramadhan utk kak hana dan family ya! :)

Rohani Hashim said...

Hana, selamat menyambut ramadhan...

Hanamiko Sakura said...

hamza dah tersenyum2 sebab dapat banyak hadiah.. hehe

salam menyambut ramadhan untuk kak hanis sekeluarga ^_^

rudy bluehikari said...

Salam tahniah daripada saya atas kelahiran orang baru. Masih di Sendai ya. Kali pertama jejak di bluehikari 28 july 2009. Ramadhan KAreem.

Liyana Naim said...

Salam Ramadhan kareem untuk kak hanis dan keluarga. :)

Fazleyatul Aini said...

salam ramadhan =)

lavenderlover said...

tahniah dah jd mama..hehe..salam ramadhan ye akak! balik malaysia x ni?

Puan Awin said...

slmt berpuasa utk hana sekeluarga..

happyichigo♥ said...

salam ramadhan buat hanis sekeluarga..oh hamza yg comel, bnyk dapat hadiah..mesti mama dia seronoook sgt...hikhik...muah muah kat hamza!!

Umie Naziera said...

slamat berpuasa dgn org baru,nnty raya pon dgn org baru..weeee~~~

ct kektus said...

untung hamza dapat banyak hadiah. :D

amirah said...

slmt berpuasa mama hanis n family

Asmara said...

Baru tringt nk komen.;D Itu je yg termampu nak bagi dan memang nk belikan anpanman untuk kenang2an dari Mama As untuk Ken Hamza di Jepun. ;D

Unknown said...

selamat berpuasa kepada mama n papa baru!

Kamalia said...

selamat brpuasa hanis n mi..
baru brkesempatan dtg sini trus ke entry ni sbbnya tengok trafik dr last week tinggi datangnya dr blog hanis..hehe
sgt glemer tu hamza ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails